Thursday, 31 May 2018

Promosi : Last Call Today

Assalamualaikum wbt,

Untuk pengetahuan anda semua, hari ini adalah last day hari terakhir promosi produk shaklee di bulan Mei 2018. Bermula 1 Jun 2018, promosi shaklee akan umumkan promosi untuk produk lain pula.



Hubungi kami untuk info/order:

Your Certified Shaklee Product Consultant:
Wan Rokiah Wan Ismail / Kakwawa (0199966576)
Direct Wassap:
COD Bandar Penawar / Desaru / Bayu Damai
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Bonus Hari Raya Penjawat Awam 2018 Turun

Bonus Hari Raya Penjawat Awam 2018 Turun

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, pertama sekali kak wawa nak ucapkan tahniah kepada semua penjawat awam yang telah mendapat bonus hari raya penjawat awam 2018 iaitu pemegang gred bawah 41.

Berita yang kurang gembira dari Perdana Menteri beberapa hari yang lalu mengundang kesedihan kepada sebilangan penjawat awam yang sudah merancang perbelanjaan dan aktiviti yang menggunakan duit bonus hari raya dari kerajaan. Namun, jangkaan awal yang mereka akan mendapat RM500 meleset selepas Perdana Menteri mengumumkan hanya RM400 sahaja bonus yang bakal penjawat awam dapat.

Kak wawa sangat faham akan situasi ini, kerana ia pernah berlaku pada kak wawa satu masa dulu. Ini bukan bonus, tetapi cuma duit kutu. Namun, apabila sampai turn kak wawa ada ahli yang tak dapat nak bayar dan minta ditangguhkan. Akhirnya, perancangan awal untuk gunakan duit kutu tersebut terpaksa direplan balik dan ia mengundang stress sebenarnya bila memikirkan pasal duit yang telah kita rancang dengan sebaiknya. Namun, kita kena ingat sebaik-baik rancangan kita, perancangan Allah itu lebih hebat.

Jika dilihat pada side yang positif, alhamdulillah kerajaan mengurangkan bebanan penjawat awam menyambut hari raya tahun ini. Syukur sangat kan, sekurang-kurangnya ada duit untuk tambahan belanja menyambut lebaran.

Berbeza pula dengan kak wawa, gaji semestinya dapat selepas hari raya. Syarikat kami tak sama macam kerajaan bagi gaji sebelum raya. Alhamdulillah, kak wawa tetap bersyukur kerana masih ada duit fizikal dari Bonus Shaklee sebelum hari raya. ")

Apa beza yang kak wawa boleh kaitkan Bonus Raya penjawat awam dengan Bonus Shaklee?

Ya, sangat berbeza.

Bonus penjawat awam hanya diberi kepada penjawat awam yang mempunyai gred bawah DG41 dan pesara. Jumlah bonus juga telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM400 untuk penjawat awam dan RM200 untuk pesara. Pemberian Bonus Raya penjawat awam hanya setahun sekali.

Ikutkan kelogikan akal, adakah cukup bonus sebanyak itu? InsyaAllah cukup jika kita pandai menggunakan dengan cara yang betul. Namun, dengan keadaan ekonomi sekarang duit RM400 umpama rm40 sahaja. betul ke betul?

Semalam kak wawa pergi beli di Maslee, cuma ambil kurma, susu kurma saiz kecil, buah delima 1 biji, jambu batu 2 biji. Keluarkan note RM50, lesap. Barang 1 plastik pun tak penuh. Itulah harga duit sekarang.


Berbeza dengan Bonus Shaklee, diberikan kepada semua Agen Shaklee yang aktif bisnes. Jumlah bonus tidak ditetapkan oleh syarikat, malah mengikut kehendak agen. Pemberian Bonus Shaklee diberikan setiap bulan tanpa gagal.

Banyak tak perbezaan Bonus shaklee dengan Bonus raya penjawat awam? Bonus shaklee unlimited, awak boleh dapat seberapa banyak awak nak mengikut kerajinan dan kesungguhan awak untuk capai bonus melalui sales sendiri.

Bonus bulanan wajib dah, cash untung pun dapat jugak, silap hari bulan mentor bagi hadiah duit raya, tudung raya, baju raya bila performance kita bagus.

Bonus raya penjawat awam 2018, Bonus raya, bonus shaklee, bonus raya vs bonus shaklee

Bonus Raya setiap tahun vs Bonus Shaklee setiap bulan

Jangan risau jika tak dapat bonus raya daripada kerajaan, anda ada pilihan lain yang lebih bijak iaitu Bonus shaklee.

  • ada pilihan nk dapat bonus setiap bulan melalui Shaklee
  • business model mudah hanya Guna, Kongsi dan Bina bisnes (Use, Share, Build) 
  • dibimbing secara exclusive online
  • Bonus yang tiada had, anggaran bermula:

  1. pengedar biasa rm30-400
  2. pengedar aktif rm 400-1000
  3. pengedar tetap yang jana sekitar rm1500 keatas

Ini semua adalah bonus sebulan dan tidak termasuk dengan untung runcit.

Jadi anda pilih nak bonus setiap bulan atau setiap tahun sekali sahaja? Jika anda ingin memilih bonus setiap bulan, boleh hubungi kami di :


Hubungi kami untuk info/order:

Your Certified Shaklee Product Consultant:
Wan Rokiah Wan Ismail / Kakwawa (0199966576)
Direct Wassap:
COD Bandar Penawar / Desaru / Bayu Damai
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

My Pregnancy Journey Part 6 : Mana Nak Beli Seluar Mengandung Murah Dan Selesa?

My Pregnancy Journey Part 6 : Mana Nak Beli Seluar Mengandung Murah Dan Selesa?

Assalamualaikum wbt,

Bagi ibu yang sudah ada pengalaman mengandung dan hamil, ibu-ibu tiada masalah untuk mencari seluar mengandung / maternity pants atau skirt hamil. Serius kak wawa yakin, mereka tiada masalah. 

Bagi yang baru dan first time hamil, sedikit masalah untuk mencari seluar mengandung / maternity pants ini. Tambahan pula, kak wawa jenis tak pakai skirt atau dress ketika waktu bekerja. Jadi, semestinya wajib mencari seluar mengandung ini.

Masalahnya, kak wawa tak tahu nak cari kat mana. Bagi orang lain, diawal kehamilan mungkin tiada masalah kerana perut masih lagi flat kan. Selepas 11 minggu, perut kak wawa sudah tak selesa pakai seluar slack yang biasa kak wawa pakai. Jadi ketat dibahagian perut dan bila nak solat terpaksa bukak. Agak leceh kan bagi yang sentiasa nak cepat siap ni kan. hehe

Iklan sponsor di facebook banyak juga cuma kak wawa agak fobia untuk beli online takut tak sesuai dengan saiz dan boleh jadi tak pakai. Jadi, kerana terlebih rajin hari tu kak wawa pergi Aeon Tebrau untuk cari butik scarlet, orang kata banyak baju-baju dan seluar untuk ibu hamil dan macam-macam pilihan ada.

Seingat kak wawa, waktu tu baru dalam 11 ke 12 minggu pergi tawaf satu mall Aeon tebrau untuk cari butik scarlet, namun hasilnya mengecewakan. Langsung tak jumpa, tanya orang pun tak tahu. Adeh, kaki pun dah lenguh sangat-sangat. Rasa nak menangis je tau sebab terlampau lenguh dan letih. Seluarnya tak jumpa-jumpa pun.

Akhirnya, kak wawa dan suami fedup terus balik. Terpaksa lagi pakai seluar yang tak berzip habis. haha

Lama selepas itu, kak wawa cuba juga pm online seller nak tahu pasal seluar mengandung ni. Semuanya harga mak aihh, rm85- rm106. Boleh tahan harga dia, cuma kak wawa tak berani nak beli lagi sebab itulah takut benar dengan tak padan, rasa macam membazir pulak.

Lama juga kak wawa fikir, tiba-tiba housemate cakap cuba tengok dekat shopee online banyak seluar pregnant murah-murah. Terus berkenan dengan patern ni, murah pulak tu. Bolehlah nak cuba saiz kan, jadi  kak wawa terus pilih saiz M dan warna khaki. Kak wawa tawakal je beli ni, tak tahu sampai ke tak dan ini first time kak wawa shopping di shopee.

Selepas beberapa minggu menunggu dan tracking masih ada di satu tempat yang agak lama, kak wawa redha je laa kalau tak sampai. Dalam masa yang sama, kak wawa tetap juga cek tracking no. Alhamdulillah, akhirnya 2 hari lepas dah sampai seluarnya. Alhamdulillah, cantik dan padan cantik jugak color ni.

Bagi yang nak cuba dan tak tahu nak beli seluar mengandung kat mana, boleh layaran shopee.com.my dan search "Maternity Pants", macam-macam design ada.




Cantikkan, boleh cepat-cepat order sebab dah tak banyak tinggal size M.
Continue Reading

Tuesday, 29 May 2018

Resepi Puding Karamel

Assalamualaikum wbt,

Hari ni jalan-jalan aja di wall fb, sekali terjumpa resepi ni. Ya Allah, lama dah wawa nak try tapi belum-belum terbuat lagi. Kiki

So, sementara nak buat kita parking sini dulu.😊

KEK KARAMEL TEMBIKAI

KARAMEL @ GULA HANGUS


Bahan-Bahan Utama

-3 sudu besar gula kastor

* masukkan dlm loyang saiz 8x3,masak diatas api sehingga menjadi gula hangus..masukkan loyang 8 inci td ke dlm loyang 10 inci, Ketepikan..


Cara Buat PUDING


- 1 cawan susu cair

-3/4 cawan susu pekat manis

-1 sudu kecil esen vanilla

-3 biji kuning telur

- 2 biji telur( putih & kuning)

*kacau semua sebati ( guna whisk).. Kemudian tapis, masukkan dlm loyang berisi gula hangus td


Cara Buat KEK


Meringue

-6 biji putih telur

-1/2 cawan gula kastor

-1sudu kecil cream of tartar

* pukul guna mixer bahan2 meringue sehingga bertanduk.. Ketepikan dulu..


Adunan kuning telur


-1+1/2 cawan tepung gandum

-1 sudu kecil baking powder

* Ayak ye tepung gandum & baking powder


-3 biji kuning telur

-1/4 cawan gula kastor

-1/2 cawan air

-1/4 cawan minyak masak

-2 sudu besar susu pekat manis

* satukan gula,telur,minyak, air & susu pekat..pukul sehingga gula hancur

*masukkan tepung yg di ayak td.. Kacau sebati..

* kaup balik adunan meringue ke dlm adunan kuning telur( 3 Kali masukkan meringue)

*kemudian bahagi kpd:

1-1 sudu besar diwarnakan hitam

2-2 sudu besar diwarnakan hijau gelap (dark green)

3-2 senduk diwarnakan hijau epal

4-1senduk diwarnakan putih ( nk warnakan hijau semua pun boleh??)

5-adunan selebihnya diwarnakan merah ( bright red)


Caranya buat corak tembikai..


1.tuang adunan hijau gelap diatas adunan puding td..tuang di tepi2 loyang,

2.tuang adunan hijau epal ditengah2 loyang,

3.tuang adunan putih ditengah2 loyang, di atas adunan hijau epal td

4.tuang sedikit adunan merah

5-buat bentuk lingkaran diatas adunan merah (guna adunan hitam td..

6-paipkan adunan merah diatas corak lingkaran td.. Paip sehingga menutupi lingkaran itu..

7-ulang lg membuat lingkaran sehingga adunan habis..


- panaskan oven suhu 180¡Γ£selama 15 minit

- masukkan kek ke dlm oven, tuang air panas ke dlm loyang,

- Bakar api bawah dahulu selama 1 jam

-selepas itu, tukar pula api atas bawah, bakar lagi 25-30 minit

-Apabila kek dh masak, ttup suis oven, biarkan kek dlm oven ( renggangkan pintu oven)

-Apabila nampak kek dh lekang dr loyang.. Keluarkan..sejukkan sehingga loyang rasa dh suam.. Boleh sisip tepi kek dgn spatula..kemudian terbalikkan

- kalau nak tepi2 puding nmpk kemas, lap dgn tisu dapur perlahan2..


SELAMAT MENCUBA


(Saya bukan pakar buat kek ye,hanya seorang suri rumah yg suka masak & buat kek..sebarang kekurangan harap difahami)


Jangan pula ada yg cakap resepi saya bagi terlampau manis la..mcm2 lagi la..

Kalau tak suka manis boleh kurangkan gula.. Klu nk kurang manis lg,dinasihatkan jgn mkn kek.. (Mkn roti tawar cicah air kosong je????)


kredit-Azni Achik via Picex Hobbies


Kredit : Resepi Mama


Continue Reading

Cara Pakai Set Youth Skincare Shaklee


Assalamualaikum wbt,

Sempena nak menyambut kemansuhan GST bermula 1 Jun 2018 ini, kak wawa nak belanja step macam mana cara pakai youth skincare shaklee.

Langkah yang sangat mudah dan ada dua sesi iaitu siang dan malam. Pada waktu siang hanya 3 langkah sahaja dan waktu malam pula 6 langkah.

Dap dap dap, dah kulit makin awet muda.. 


Continue Reading

Monday, 28 May 2018

Koleksi Design Bilik Tidur Tema Warna Putih

Koleksi Design Bilik Tidur Warna Putih

Assalamualaikum wbt,

Semua orang ada impian untuk miliki kediaman yang cantik dan mewah bukan? Hari ni kak wawa tak nak share rumah kediaman cuma nak kongsikan gambar yang kak wawa ambil dari google jugak. hihi

Kak wawa yakin semua sahabat juga punyai taste atau citarasa sendiri dalam menghias kediaman terutamanya bilik tidur utama. Begitu juga dengan kak wawa, suka dengan konsep warna cerah seperti hotel. Simple, kemas dan menarik. Kan ramai yang suka pergi hotel, apa kata kita hias internal design bilik tidur rumah kita dengan design yang menarik dan cantik.

Nak tengok tak? 








Cantikkan? Tema warna cerah dan minimalist perabot dalam bilik. Semoga memberi inspirasi kepada anda yang sedang mencari tema dan idea macam mana nak design dan susun perabot dalam bilik tidur.

Kredit : gambar pakcik google
Continue Reading

Saturday, 26 May 2018

Cabutan Raya Bergaya Bersama Shaklee

Cabutan Raya Bergaya Bersama Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Ingin menangi hadiah cabutan raya bergaya bersama shaklee? Kini anda semua berpeluang untuk menangi hadiah exclusive daripada shaklee. Syarat nak dapatkan hadiah istimewa ini, anda perlu menjadi ahli shaklee terlebih dahulu.

Shaklee tawarkan pelbagai hadiah menarik untuk cabutan raya bergaya bersama shaklee, antaranya adalah :

  • Handphone huawei P20 Pro
  • Shaklee ferrano blender
  • Vivix
  • Vitamin c
  • Collagen
  • Youth Cleanser
Wowww, memang melampau hadiah shaklee ni.


Cabutan Raya Bergaya Bersama Shaklee promosi shaklee Cabutan Raya Bergaya Bersama Shaklee Cabutan Raya Bergaya Bersama Shaklee Cabutan Raya Bergaya Bersama Shaklee Cabutan Raya Bergaya Bersama Shaklee Cabutan Raya Bergaya Bersama Shaklee Cabutan Raya Bergaya Bersama Shaklee Cabutan Raya Bergaya Bersama Shaklee

Apa syarat nak masuk dan dapat cabutan raya bergaya bersama shaklee?

  1. Wajib menjadi ahli shaklee (SID only)
  2. Belian 300uv dalam 1 resit
  3. Sponsor 3 new member dengan belian 100uv setiap seorang dalam 1 resit
  4. Bermula 21 May hingga 30 Jun 2018


Berminat untuk mencuba nasib dalam memenangi cabutan raya bergaya bersama shaklee? Mana tahu, rezeki anda menangi handphone huawei , ferrano blender, vivix, vitamin c, collagen dan youth cleanser kan.

Boleh hubungi wawa untuk dapatkan dan join cabutan raya bergaya bersama shaklee dengan wawa.

Hubungi kami untuk info/order:

Your Certified Shaklee Product Consultant:
Wan Rokiah Wan Ismail / Kakwawa (0199966576)
Direct Wassap:
COD Bandar Penawar / Desaru / Bayu Damai
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, 23 May 2018

Pengalaman Jadi Mangsa Mercury Skincare

Pengalaman Jadi Mangsa Mercury Skincare

Assalamualaikum wbt,

Wawa baru lepas terbaca pengalaman blogger Namee Roslan, yang jadi mangsa skincare yang ada merkuri. Teruknya, korang boleh singgah baca kat sana.

Bila ingat balik, wawa juga pernah menjadi mangsa mercury skincare pada 2004 hingga 2007. Dulu wawa tak pernah pakai skincare waima pencuci muka. Wajah wawa zaman sekolah dulu boleh katakan macam kulit baby laa. Wawa pergi kelas pun pakai bedak powder johnson baby je. kiki

Lepas masuk universiti, mulalah terpengaruh dengan kawan-kawan yang pakai skincare. Lepas tu terus cuba 1 set, hampir beratus juga laa harga dia. Mahal laa juga untuk student yang bergandung dengan duit PTPTN. haha. tapi gatal juga nak pakai.

Baru pakai seminggu mercury skincare tu, Ya Allah tiba-tiba kulit wawa jadi teruk. Merah, gatal naik radang seluruh wajah. Selepas itu, bermulalah episod derita wajah kekal berjerawat hampir bertahun-tahun. Macam-macam produk wawa guna lepas tu, semata-mata nak hilangkan jerawat dimuka. Apa yang wawa dapat, bukan jerawat yang hilang, tapi makin membiak dengna gembira.

Setelah beberapa tahun, keadaan masih sama tak berubah. Wawa terus fedup dengan skincare, mula dari hari tu wawa stop semua skincare dan langsung tak pakai apa-apa pergi kelas. Memang bare face betul. Sampaikan wawa cakap kat diri sendiri, kalau tak de orang nak akt aku pun tak apa. haha
(sampai macam tu sekali)

Selepas habis study, wawa mula bekerja dan terjumpalah dengan produk shaklee. Bermula waktu itulah, wawa ambil supplemen untuk pulihkan sel-sel kulit yang rosak secara konsisten. Alhamdulillah, setiap tahun kulit wawa makin berubah. Selepas itu, wawa tambah pula dengan skincare shaklee iaitu Nutriwhite (pada awal penggunaan skincare). Mulai awal tahun ini, wawa bertukar ke brand shaklee juga, cuma skincare yang lebih power iaitu Youth Skincare. 

Alhamdulillah, kini wawa stay bersama Youth skincare yang mengembalikan kegembiraan pada wawa. Kulit lebih lembut dan licin.

Youth skincare 100 peratus bebas bahan kimia. nak baca lanjut tentang youth, boleh teruskan di SINI.
Continue Reading

Tuesday, 22 May 2018

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum wbt, 

Berpuasa ketika menyusu merupakan satu cabaran besar bagi seorang ibu. Ini kerana, ibu boleh menyebabkan mudah lapar, dahaga dan keletihan. Mengikut pengalaman dari sahabat-sahabat wawa, beberapa tips berpuasa untuk ibu menyusu yang dikongsi supaya menjadi panduan pada wawa dan juga anda bagi menghadapi bulan puasa ini.

So mommies yang menyusu badan sama ada direct feeding or buat stok EBM ( express breastmilk), some tips untuk uols dari pengalaman mami :

✅ air sangat penting. Amek Lebih 8 gelas dalam 1 malam. Lebih banyak xpe.

✅ amek protein (tahan kenyang lebih lama)

✅ nasi or carbo yg rendah GI ( supaya x cepat lapat juga)

✅ pam susu waktu malam (minima 3 kali) -tengah malam InsyaAllah susu banyak.m dan sebelum sahur.

✅ ambil suplimen full set menyusu.

✅ banyakkan zikir2  dan dia minta Allah maintain or banyakkan susu badan utk anak

Kredit Picture google


Semoga bermanfaat.
Continue Reading

Resepi Berbuka Puasa Masak Lemak Toge

Resepi Berbuka Puasa Masak Lemak Toge

Assalamualaikum wbt,

Sejak-sejak hamil ni, tekak dah rasa lain. Nak makan menu kampung je tapi masakan simple je la. Masak lemak laa, masak ikan singgang la, sambal belacan laa. Pelik betul kan. hihi

Tambahan pulak, wawa jadi bertambah rajin nak masak. Dulu jangan harap la, walau lapar pun memang malas nak masak. Maklumlah, duduk sorang je. Ok, hari ni wawa nak share respi mudah macam mana nak masak lemak sayur toge. Sayur ni boleh je ganti dengan sayur-sayur lain seperti baby corn, petola, sawi, kubis dan lain-lain.

Puasa ke3 lepas, wawa masak lauk lemak sayur toge campur dengan lobak merah. Best laa, makan pula dengan ayam goreng kunyit dan sambal belacan.

Resepi Berbuka Puasa Masak Lemak Toge

Bahan-bahan :
  • 1/2 bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 ekor ikan selayang / sardin direbus(letak garam sikit)*
  • Toge
  • Lobak merah
  • 1 kotak kecil santan
  • Garam
  • Gula
Cara-cara memasak :
  • Tumbuk kesemua bahan yang bertanda * separa lumat.
  • Masukkan lobak, toge, santan dalam periuk dan masukkan pula bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • Masukkan garam dan gula. Kacau sehingga masak, jangan biarkan kuah mendidih tanpa dikacau kerana menjadikan kuah lemak anda berketul.
  • Siap, boleh dihidang.
Kredit picture google
Wawa tak sempat nak ambil gambar yang wawa masak, so kita guna google punya laa ye. 
Continue Reading

Monday, 21 May 2018

Promosi Peluang Menangi Cabutan Bertuah Shaklee Bernilai RM20 Ribu

Assalamualaikum wbt,

Peluang menangi cabutan bertuah!😍

promosi shaklee, promosi may 2018 shaklee, promosi coqtrol, promosi vitamin c, promosi youth skincare, Youth dijual loose May 2018, testimoni youth skincare shaklee

Saya nak bagi 3x Huawei P20 Pro!

Syaratnya sertai Lucky Draw dibawah ni!
Bermula 21 Mei - 30 Jun 2018

Caranya:

1. 1 penyertaan = 300uv personal purchase

atau

Daftar 3 keahlian Shaklee dgn belian 100uv ketas


Promo tambahan adalah beli 3 jimat 10% untuk

promosi shaklee, promosi may 2018 shaklee, promosi coqtrol, promosi vitamin c, promosi youth skincare, Youth dijual loose May 2018, testimoni youth skincare shaklee

1. CoqTrol plus (Energy Booster untuk jantung sihat)

2. Vitamin C (Immune Booster & kecantikan kulit)

Youth Intensive Set pun masih promo FREE radiance C+E

promosi shaklee, promosi may 2018 shaklee, promosi coqtrol, promosi vitamin c, promosi youth skincare, Youth dijual loose May 2018, testimoni youth skincare shaklee

Dapatkan Youth skincare promosi fullset dan PERCUMA Radiance C+E sehingga 31 May 2018.

Bermula hari ini, Youth skincare shaklee sudah mula dijual secara loose. Grab yours now!

Klik ini untuk konsultansi

#JomShaklee
#SemuaAhliLayak
#s2uFamilies
#BYGFamilies

*Kelayakan cabutan bertuah hanya untuk ahli sahaja*

Hubungi kami sepantas segera, supaya uols tampil cantik bergaya dihari raya. Testimoni 100 hari Kak Ayu di bawah ini.

promosi shaklee, promosi may 2018 shaklee, promosi coqtrol, promosi vitamin c, promosi youth skincare, Youth dijual loose May 2018, testimoni youth skincare shaklee
100 days youth journey
Hubungi kami untuk info/order:

Your Certified Shaklee Product Consultant:
Wan Rokiah Wan Ismail / Kakwawa (0199966576)
Direct Wassap:
COD Bandar Penawar / Desaru / Bayu Damai
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Saturday, 19 May 2018

Set Premium Shaklee Atasi Slip Disc

Assalamualaikum wbt,

Ramai yang mengadu sakit belakang, ada yang sudah berjumpa doktor dan disahkan terkena slip disc. Ada juga yang takut untuk berjumpa doktor. Walau apa pun keadaan anda, perlu juga jumpa doktor untuk dapatkan pengesahan apakah penyakit sebenar yang anda alami.

Dibawah ini adalah set premium produk shaklee untuk atasi masalah SLIP DISC. Bacaan lanjut tentang slip disc.

Sebelum anda pergi lebih jauh dengan produk shaklee, suka wawa ingatkan bahawa supplemen shaklee bukanlah ubat yang dapat menyembuhkan dalam masa satu hari. Supplemen shaklee berperanan dalam melengkapkan nutrisi yang kurang di tubuh badan anda dimana ia penyebab kepada datangnya pelbagai penyakit.

Justeru, wawa senaraikan lima jenis supplemen yang sangat-sangat membantu anda untuk mengatasi masalah sakit belakang dan slip disc.

CADANGAN SUPLIMEN UNTUK ATASI SLIP DISC 

Set P[INFO] Produk Shaklee Untuk Slipped Disc remium Shaklee Atasi Slip Disc SHAKLEE SET SLIPPED DISC Testimoni Vivix [Slip Disc] Bantu Pesakit Kembali Pulih Vitamin Shaklee Untuk Slip Disc atau Sakit Tulang Belakang pengedar shaklee aktif johor, pengedar shaklee aktif paka, pengedar vivix shaklee,


1. Vivix ( tahan 2 bulan)

Membantu melahirkan sel yang sihat dan merawat sel yang rosak. Ia juga mengelakkan penuaan sel yang tidak matang. Disk yang rosak dan pecah antaranya berpunca dari penuaan sel dan kekurangan nutrien. Justeru, kandungan resveratrol dalam Vivix membantu menguatkan keanjalan pada disk, memperbaiki struktur sel dan menyokong kesihatan sendi.

2. Ostematrix (Kalsium dan Mineral) (tahan 1 bulan)

Ostematrix membantu membina tulang yang kuat dan melengkapkan keperluan kalsium pada tulang. Ia juga merangsang enzim untuk memadatkan tulang supaya tulang tidak mudah rapuh. Kalsium yang mengandungi mineral sokongan membantu atasi masalah sendi, meningkatkan kualiti kusyen sendi dan tulang rawan.

3. Omega Guard (Minyak Omega 3) (tahan 1-2 bulan)

Omega Guard bersifat anti inflamasi boleh membantu mengurangkan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Pesakit slip dis mengalami kesakitan disebabkan berlakunya keradangan pada tulang belakang akibat disk yang tergelincir dari kedudukan asal.

4. Collagen Powder Shaklee (tahan 1 bulan)

Salah satu keperluan badan ialah kolagen bagi mengekalkan keanjalan disk. Faktor usia menunjukkan keanjalan anggota badan semakin menurun dan pengambilan collagen powder shaklee sangat penting untuk pesakit slip disk bagi mengekalkan keanjalan disk.

5. B Complex (tahan 3-4bulan)

Disk yang terkeluar dan mengganggu saraf tunjang sangat mengganggu dan mendatangkan sakit yang melampau. bagi menjaga kesihatan saraf lebih terganggu, pengambilan b complex sangat membantu saraf kekal sihat. b complex juga membantu pesakit slip disc dari terus mengalami stressyang berpanjangan disebabkan kesakitan yang melampau. Pengambilan B Complex juga membantu motivasi pesakit dari terus menurun dan murung.

TESTIMONI SLIP DISC

1. "Ayah lagi teruk slipped disc kat pinggang.  Doc kata kalau pain killer tak jadi gak kena operate. Alhamdulillah setakat ni dah beberapa bulan ayah dah x ambil pain killer.  Makan Shaklee dan gi chiro je" - Puan Sofia
2. "Cust ena yg slip disc tu kan. Lepas consult dia ikut yg akak rekemen (pergi mengurut) dan dia amek set premium suplimen. Now dapat tido lena dah katanya. Sebelum ni hari2 malam2 tak dapat langsung gerakkan belakang macam tulang dh mati dia kata allahuakbar"- Puan Ena
Jika ada dikalangan keluarga mahupun sahabat handai yang menderita dengan penyakit slip disc ini, bolehlah anda syorkan supplemen shaklee dan wawa sebagai agen mereka. ")

Hubungi kami untuk info/order:

Your Certified Shaklee Product Consultant:
Wan Rokiah Wan Ismail / Kakwawa (0199966576)
Direct Wassap:
COD Bandar Penawar / Desaru / Bayu Damai
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Ramadhan Kareem : DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA


DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Assalamualaikum wbt, 

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur


Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.


Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras


Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.


Nabi SAW :


“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)


Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.


Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa


Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing


Cadangan doa ketika berbuka puasa


1. Bertambah iman

2. Sihat tubuh badan

3. Mati yang baik.

4. Murah rezeki.

5. Anak soleh.

6. Keluarga bahagia.

7. Rahmat Allah.

8. Jauh azab kubur.

9. Lapang dada.

10. Kekalkan iman.

11. Ampunkan dosa.

12. Anak2 berjaya.

13. Perniagaan yg diberkati.

14. Jauhi segala penyakit.

15. Ibadat diterima.

16. Mudah segala urusan.

17. Diterima taubat.

18. Lapangkan kubur.

19. Mudah bayar hutang.

20. Lailatulqadar.

21. Syafaat Nabi SAW.

22. Syurga Firdaus.

23. Jauhi neraka.

24. Terima kitab tgn kanan.

25. Selamat meniti Sirat.

26. Selamat fitnah Dajal. 

27. Ketenangan hati.

28. Doa ibubapa.

29. Keluarga yg dirikan solat.

30. Diterima puasa Ramadhan


Semoga memberi manfaat buat semua.


SILA SHARE DAN SEBARKAN


Sumber FB Ustaz Iqbal Zain.

Continue Reading

My Pregnancy Journey Part 5 : Alhamdulillah, Hamil Dan Berpuasa

My Pregnancy Journey Part 5 : Alhamdulillah, Hamil Dan Berpuasa

Assalamualaikum wbt,

Hari ni masuk hari ke3 berpuasa, so far Alhamdulillah. Berbeza masa nak bergantian baru2 ni. Bercinta sungguh, tak sampai jam 10 pagi berkeroncong perut. Sebelum ni kak wawa sahur dengan nasi.

Bulan puasa ni, kak wawa betulkan mindset. Yes, aku boleh puasa tanpa masalah insyaAllah. Mummy kuat, baby kuat jugak πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺπŸ»πŸ˜„

Dah 2 hari puasa tanpa perut berkeroncong & dahaga. Tahu2 je laa ibu hamil berpuasa macam mana kan. Budak ofis kak wawa awal2 dah surrender. Katanya tak nak zalimi diri sendiri sendiri dan baby.

Betul jugak tu, kalau rasa tak larat better berbuka je kan. Itu lebih baik.

Tapi, kak wawa dah lama mintak Allah bagi peluang untuk puasa penuh, setiap tahun tau. Jadi, bila Allah dah bagi ni kak wawa tak nak lepaskan peluang keemasan ni.

Apa kak wawa buat? Paling penting ‘MINDSET’ dan ‘NAK’ tu penting. Bila ada dua2 ni, insyaAllah halfway dari nak complete puasa penuh tu dah ada. Ehh, takkan ni je?🀨

Hehe

Mestilah ada bantuan nutrisi yang TERBAIK untuk mummy dan baby. Hihi
Nak tau apa dia? Ini yang kak wawa ambil setiap kali sahur.

1. Energizing Soy Protein (ESP) - membantu bekalkan tenaga, mempunyai GI (glisemik index) yang rendah membantu bekalkan tenaga / glukosa pada badan secara beransur2.

Jadi, badan kita tak de lah rasa bertenaga di awal pagi dan lemah longlai di petang hari.

2. Performance Drink - Air orange shaklee tanpa gula sangat membantu kak wawa dalam mengekalkan badan dari terhidrasi / kering / dahaga. Bayangkan seharian berpuasa, dari pagi sampai petang masih boleh buang air kecil macam kita minum air 2 liter sehari. πŸ˜„



Maksudnya, badan kita terjaga dari terhidrasi walaupun cuaca sekarang ni panas terik. πŸ‘πŸ»πŸ˜



3. Mealshakes - kak wawa letak 1 sudu je setiap hari, berperisa vanila bau dia ya Allah sedapppp sangat. Biasanya kak wawa minum mealshakes untuk tambah selera. Tapi minum time puasa ni, kak wawa makan sekali je time berbuka. Kalau rasa kecian lauk tak habis time berbuka, baru kak wawa proceed kali kedua sebelum tidur.πŸ˜„πŸ˜‹

4. 3 biji kurma - sebelum tidur, kak wawa akan ricik2 buah kurma dan rendam dalam 500ml air masak. Esok pagi, kak wawa blend bersama 3 bahan utama di atas.

Lepas siap blend 1 minit, dah boleh sahur dan minum sampai habis. Itu je sahur kak wawa setiap 3 hari ni.

Kak wawa elak ambil nasi time sahur sebab nasi putih ada tinggi GI, uols perasan tak bila makan nasi banyak time sahur tak sampai jam 11-12 , perut dah rasa kosong?

Nak tau tak sebab apa? Lagi tinggi GI sesuatu makanan, lagi cepat dia tukarkan kepada tenaga / glukosa dalam darah kita. Bila kita makan banyak, masa awal2 tu je kita jadi kuat dan bertenaga. Lepas beberapa jam, badan akan jadi lemah balik.

Kan2? πŸ˜Š
ESP blend with PD + Mealshakes + kurma


PROMOSI MAY 2018

Continue Reading

Friday, 18 May 2018

Yakin Dan Percaya Rencana Allah Ke Atas Diri Kita

Yakin Dan Percaya Rencana Allah Ke Atas Diri Kita

Assalamualaikum wbt,

kredit image from google

Isu anak, isu jodoh, isu rezeki, isu maut semuanya urusan Allah.

Yakin dan Percaya, Allah bagi kat semua hamba-Nya merasa setiap satu. Jangan sedih, jangan kecewa dan jangan putus asa. Jalani kehidupan kita seperti biasa.

InsyaAllah, sampai masa yang TERBAIK Allah akan izinkan kita semua merasa.

Wawa faham sangat dengan perasaan orang yang sedang menanti zuriat, menanti jodoh, menanti rezeki & tak de orang menanti maut.πŸ˜„

Urus

Kalau kata bab jodoh, wawa juga diuji dengan lambatnya jodoh sampai. Di saat sahabat-sahabat lain sudah menimang cahaya mata, kita masih belum bertemu jodohnya. Apa yang kita nak bimbang? Allah ada, ingat Allah sentiasa dalam hidup kita pasti tiada rasa sedih, luluh, kecewa dan sebagainya. Yang ada cuma rasa makin bersyukur, makin gembira dapat meluangkan masa lebih lama dengan family.

Korang, percayalah Allah Pasti akan bagi bila tiba masa yang sesuai. Allah Maha Adil, Dia takkan letak dan bagi sesuatu pada bukan tempatnya.

Sabar, redha, tawakkal dan sentiasa upgrade amalan dan connection dengan Allah.
Wawa bukan ustazah, tapi selalu dengar ustaz @ ustazah dia pesan ni je. Jika baik hubungan kita dengan Allah, pasti Allah mudah bagi apa yang kita nak.

Tips lainnya, doakan apa yang kita nak tu tapi doakan kepada orang lain.

Contohnya kita nak anak,

Ya Allah, kurniakan anak yang soleh solehah, hafiz hafizah , sempurna fizikal dan akal, cantik wajah serta akhlaknya yang cinta agama etc kepada si polan, si polan. Lama dah dia menanti zuriat ya Allah, kurniakan kepadanya supaya hatinya gembira dan semakin dekat dengan Mu Ya Allah.

Korang tahu kan, bila kita doakan pada orang lain. Beribu2 malaikat mengaminkan dan berdoa kembali pada Allah. Ya Allah, kembalikan doa ini kepada hambamu ini.

Jadi, nak apa2 saja doakan impian kita tu Allah makbulkan impian orang lain. Doa dengan ikhlas dan lapang dada.

Tak kisah apa pun impian kita, doakan. Kalau kawan kita belum kahwin, kita pun belum, doakan dia bertemu dengan jodoh yang baik, soleh, rajin, sabar etc.
Semoga bermanfaat.
Continue Reading

Thursday, 17 May 2018

Ramadhan Kareem : Waktu Berbuka, Imsak Dan Solat Negeri Terengganu

Ramadhan Kareem : Waktu Berbuka, Imsak Dan Solat Negeri Terengganu

Assalamualaikum wbt,

Masuk je ramadhan pertama, semua duk mencari nak print waktu solat, waktu berbuka dan waktu imsak kan? Tak terkecuali wawa la, ini sangat penting untuk orang yang berada jauh dari masjid. Ini kerana orang lain dah azan dah berbuka, kita masih lagi menunggu bunyi azan. Kan?

Jadi, wawa mudahkan uols yang mana tinggal di negeri Johor untuk print dan save waktu-waktu penting pada bulan ini. 


Ramadhan Kareem : Waktu Berbuka, Imsak Dan Solat Negeri Terengganu Mei 2018





Continue Reading

Ramadhan Kareem : Waktu Berbuka, Imsak Dan Solat Negeri Johor

Ramadhan Kareem : Waktu Berbuka, Imsak Dan Solat Negeri Johor

Assalamualaikum wbt,

Masuk je ramadhan pertama, semua duk mencari nak print waktu solat, waktu berbuka dan waktu imsak kan? Tak terkecuali wawa la, ini sangat penting untuk orang yang berada jauh dari masjid. Ini kerana orang lain dah azan dah berbuka, kita masih lagi menunggu bunyi azan. Kan?

Jadi, wawa mudahkan uols yang mana tinggal di negeri Johor untuk print dan save waktu-waktu penting pada bulan ini. 

waktu imsak negeri johor, waktu berbuka negeri johor, waktu maghrib negeri johor, waktu solat negeri johor
Kredit e-solat negeri Johor

waktu imsak negeri johor, waktu berbuka negeri johor, waktu maghrib negeri johor, waktu solat negeri johor



Continue Reading

Ramadhan 2018 : Apa Yang Boleh Menyebabkan Batal Puasa

Ramadhan 2018 : Perkara Yang Boleh Menyebabkan Batal Puasa

Assalamualaikum wbt,

Mungkin masih ramai yang keliru perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan tidak membatalkan puasa.

Pernah waktu kecil dulu, telinga rasa gatal tapi disebabkan wawa ingat korek telinga boleh batal puasa, memang menahan laa sampai berbuka. hihi



Lihat juga dari Ustaz Azhar Idrus mengenai perkara yang membatalkan puasa.


Continue Reading

My Pregnancy Journey Part 4 : Ada Alahan Tak?

My Pregnancy Journey Part 4 : Ada Alahan Tak?

Kredit photo Ummu Khadijah

Assalamalaikum wbt,

Soalan pertama yang wawa dapat bila ramai orang tahu wawa hamil adalah, " Ada alahan tak?", Muntah tak? Pening tak? haha.

Sebolehnya wawa tak nak dengar soalan ni, nak tau kenapa? Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab wawa memang langsung tiada alahan muntah-muntah, pening, letih dan sewaktu dengannya. Wawa tak nak dengar sebab tak nak bagi emosi wawa catch dengan perkataan tu dan wawa takut terkena. hihi

Memandangkan wawa sekarang ni masih bekerja sepenuh masa dan dalam masa yang sama buat bisnes shaklee, sebolehnya wawa tak nak performance wawa jadi menurun. Jadi, sedari awal wawa dah set dalam minda wawa ok, wawa ok, wawa ok. InsyaAllah semuanya akan ok.

Orang kata, mengandung tanpa alahan macam tak ada feel hamil. Betul ke? Wawa lebih rasa bersyukur sebab wawa bebas untuk pergi kerja, makan, minum dan lakukan aktiviti tanpa rasa pening, muntah, loya dan sebagainya. Ada sorang housemate wawa juga hamil dan usia kehamilan dia masih baru, kecian sangat wawa tengok dia. Nak makan tak boleh, hidu bau orang masak tak boleh, asyik pening je memanjang, sampaikan tenaga pun tiada. Apa yang boleh dia makan? Maggi dan makanan-makanan ringan sahaja.

Bukankah itu lagi memberi kesan pada perkembangan janin? Jadi, wawa rasa sangat bertuah sebab Allah tak uji wawa dengan ujian rasa alahan ketika hamil. Hari ini usia kandungan wawa sudah 15 weeks 2 days. Pada usia ini, bayi sudah mula mendengar apa yang kita cakap, kita nyanyi, kita baca dan apa saja bunyian yang kita perdengarkan padanya.

Seeloknya, dengarkan bayi anda dengan zikir, ayat-ayat alquran dan kata-kata yang baik sahaja. Ok.

Masih ramai diluar sana yang menantikan kehadiran zuriat, wawa menanti selama 4 tahun dan alhamdulillah, Allah izinkan wawa merasa pengalaman ini. Wawa doakan kalian yang masih menanti zuriat dikurniakan zuriat secepat mungkin. Amin

Pesanan buat bakal-bakal mummy, sila ambil asid folic untuk persediaan rahim kita menerima kehadiran si kecil. Walaupun belum hamil, kita kena makan selalu asid folic ni disamping menguatkan rahim, asid folic juga membantu dalam melancarkan perjalanan darah, menukarkan makanan kepada tenaga, mencantikkan kulit serta bagus untuk orang yang ada masalah resdung.

Asid folic shaklee yang paling baik. 
Continue Reading

Drama Hari Pertama Ramadhan 2018

Drama Hari Pertama Ramadhan 2018 : Nak bangun ke tak nak sahur, sambil tarik selimut. :)

Assalamualaikum wbt,

Awal Ramadhan bermula malam tadi selepas azan maghrib, dan malam pertama kita melakukan solat sunat terawih. Alhamdulillah, pertama sekali kita kena panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana bagi kesempatan kepada kita untuk sambut Ramadhan Kareem tahun ni.

Ada orang belum sempat nak bertemu Ramadhan Kareem, Allah ambil dulu dia pergi dari dunia ini. Syukurlah, kita masih dapat nikmati dan meraih pahala dibulan Ramadhan Kareem ini.

Seeloknya kita ucapkan pada orang bila sambut bulan Ramadhan ni, ucaplah dengan ucapan "Ramadhan Kareem = Ramadhan mulia" dan jawab pula dengan "Allahu Akram = Allah lebih Mulia".

Macam-macam drama wawa baca kat newsfeed wawa, antaranya masak nasi lupa nak ON switch, terkejut tiba-tiba dah azan dan banyak lagi.

Wawa pun ada juga dramanya, set alarm jam 4:00 pagi, 4:30 pagi, 5:00 pagi. Jam bunyi kul 4 pagi, biar dulu, 4:30 bunyi lagi, biar dulu, jam 4:45 pagi kena bangun juga, nanti terlajak sampai subuh. hihi

Bangun sahur, ambil air Nabeez (rendaman kurma 3 biji) dan blend dengan Mealshake, ESP dan Performance Drink. Hopefully dapat bertahan laa mami puasa sampai berbuka nanti. Doakan wawa tau.

Haa, itulah drama wawa tak ada laa sinetron sangat. hehe

Kredit photo en.tankiforum

Continue Reading

Wednesday, 16 May 2018

My Pregnancy Journey Part 3 : Minum Air Gula Best Ketika Hamil Sedap

My Pregnancy Journey Part 3 : Minum Air Gula Best Ketika Hamil Sedap

Pengalaman hamil anak pertama, air gula best, air gula ketika hamil, tujuan minum air gula ketika hamil


Assalamualaikum wbt,

Minum Air Gula menjadi igauan ngeri pada sesetengah ibu hamil, namun tidak bagi wawa. Pada mulanya, wawa bayangkan air gula ni macam pengat ubi atau pisang yang pekat. Tambahan pula, ada suami kepada kawan wawa yang menakut-nakutkan dengan air gula ni umpama pekat dia macam kuah mee sizzling. haha

Melampau kan? Dalam kepala wawa rasa takut juga sebab wawa memang tak suka manis, even minum air milo pun wawa tak letak gula. Air tea atau tea tarik sebolehnya wawa suka minum rasa kurang manis.

14 May 2018 (Isnin)

2 hari lepas, wawa ada checkup temu janji dengan doktor untuk scan, minum air gula, ambil darah dan test hiv. Selepas proses pendaftaran, wawa pergi bilik untuk test urine dan bilik minum air gula dan ambil darah.

Selepas letak buku pink, nurse mintak tangan untuk ambil darah kali pertama. Terus wawa tanya, sakit tak? Jujur sangat nurse ni jawab, sakit la kalau tak sakit saya tipu pulak. haha

Emm, betul jugak tu kan. Sambil borak-borak nurse cucuk tangan, boleh tahan laa rasa sakit dia tapi sekejap je rasanya. Dapatlah sedut darah wawa yang pekat satu picagari. Kemudian, dia suruh wawa minum air gula pula, Minum kat luar boleh? Tanya wawa. Ya, boleh jawab nurse.

Keluar dan pergi dekat suami sambil bawak air gula suam plain, duduk mengadap suami. Bang, takutnya nak minum. haha.. Suami kata, minum laa. Ok je tu, sekali teguk je. 

Lepas tu, wawa terus minum sampai setengah gelas berhenti sekejap. Emm, sedap!!haha. Terus minum setengah gelas lagi. Manisnya Ya Allah, sampai rasa ngilu kat gigi. Nak minum air masak, wawa fikir tak payah laa. Biar dia masuk dalam badan dulu laa semua. Lama diam nak bagi air gula meresap ke segenap tubuh. Lepas siap minum, wawa masuk jumpa nurse balik dan proceed ke procedure seterusnya la. Jumpa nurse dibahagian ibu dan anak, lepas tu tunggu pula giliran nak jumpa doktor untuk scan kali yang entah ke berapa. Untuk pastikan due date wawa, sebelum ni doktor belum dapat kepastian lagi.

Proses yang ramai orang kurang suka kan? Lamanya menunggu, sementara tunggu masa 2 jam lagi untuk ambil darah kali kedua, wawa tunggu pula giliran untuk masuk jumpa doktor. 2 jam lebih menunggu sahaja. 

Waktu menunggu, wawa sempat minum air masak sikit untuk hilangkan manis minum air gula. Selepas minum air masak, tak sangka pula dia buat kita rasa nak muntah. Wawa cuba tenangkan fikiran dan cuba sibukkan diri supaya hilang rasa nak muntah. Bayangkanlah kalau termuntah, kita terpaksa repeat balik minum air gula dan proses yang sama akan berulang. huhu

Tak mampu den nak hadap. kiki

Selepas lama menunggu, akhirnya sampai giliran wawa untuk berjumpa doktor. Sembang dengan doktor sekejap, kemudian doktor ajak intai baby. Intai punya intai, dah sah tarikh due date 7 Nov 2018 insyaAllah zuriat wawa keluar ke dunia.

Alhamdulillah, doktor pun bagitahu perkembangan janin sangat sihat. Doakan semoga kandungan wawa dipermudahkan, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan bakal tiba esok hari. Amin



Continue Reading