Penyejuk Tekak Di Kala Panas Terik

Assalamualaikum wbt,


Salam jumaat kawan-kawan blogger wawa. Hari cuti wawa hari ini, bersantai je kat rumah.

Cuaca sekarang tak mengizinkan untuk buat aktiviti luar. Jadi, wawa sejukkan sikit tekak dengan ais cream vanilla. 

Sejuk bila masuk tekak. Hihi

Apa aktiviti kalian hari ini? Share laa dengan wawa.")

Share:

2 Liter Air Putih Siang Hari

Assalamualaikum wbt,


Nampak tak tupperware kuning yang ada air putih? Kandungan air 2 liter. 

Alhamdulillah, wawa boleh habiskan jam 5 petang sebelum balik kerja. Balik rumah up lagi sampai 3 liter.

Wawa suka juga waktu demam, sebab wawa boleh habiskan air putih sampai 3- 5 liter sehari. Kulit jadi lembap, lembut berbanding wawa minum 2 liter sehari.

Jadi, untuk dapatkan kulit yang lembap dan sihat kita perlu minum air masak paling kurang 3 liter sehari. Tambah pula dengan nutrisi yang baik, insyaAllah anda pasti puas hati.")

Share:

Kesihatan : 7 Tanda Badan Anda Penuh Toksin

Assalamualaikum wbt,

Berapa ramai yang tahu dalam badan anda ada toksin? Biasa dengar kan, tapi kurang cakna. Sebab tak faham, apa sebenarnya toksin.

TOKSIN adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.

Penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan di Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg.Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu.

Selain itu, toksin yang banyak mempengaruhi keberkesanan supplemen yang di ambil. Ini kerana, toksin boleh mengganggu proses penyerapan vitamin di dalam badan anda. Jika berlaku ketidak berkesanan supplemen yang di ambil, anda perlu melihat, adakah badan anda mempunyai toksin yang banyak.

Bagaimana untuk mengetahui badan anda bertoksik atau tidak? Jom kita lihat senarai di bawah, adalah anda mempunyai tanda-tanda ini?

7 TANDA BADAN ANDA PENUH TOKSIN

Share:

Selamat Hari Lahir Sultan Terengganu

Assalamualaikum wbt,

Hari ini sepatutnya wawa cuti, tapi wawa kena masuk juga kerja sebab nak siapkan kerja yang semakin menggunung. Sempena hari keputeraan Sultan Terengganu, kami rakyat negeri terengganu semestinya dapat cuti khas. 

Apa perancangan kalian hari ni? Terutamanya orang-orang Terengganu la. hihi 
Apa perbezaan hari keputeraan dengan hari lahir ya? wawa terkonfius kejap.


Ehsan google

bagi yang belum mengenali Tuanku Baginda,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah diputerakan pada 22 hari bulan Januari, 1962 bersamaan 15 hari bulan Syaaban, 1381 di Bandar Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.  Kebawah Duli Yang Maha Mulia adalah putera sulung daripada tujuh bersaudara.

Info Lanjut Klik SINI.

Share:

Makan Vitamin C Hilang Ulser ?

Assalamualaikum wbt,


Sekali kena ulser lebih 5 biji, semua ruang mulut nak ada. Lidah satu, bibir 3, hujung gigi 1, Allahurabbi, sampai kering-kering bibir sebab tak leh nak minum air. Macam mana nak minum, tersentuh lidah pun dah rasa macam berasap telinga menahan sakit.

Allahurabbi, itulah pengalaman ayah wawa yang kerap kali kena ulser. Seingat wawa dari sekolah rendah, sampai besar ayah wawa selalu kena ulser. Kecian pun ada, sampai kami takut kalau nak bergaduh adik beradik. Lebih-lebih lagi waktu makan, lagi cepat ayah wawa naik angin. Ye la, tahan sakit lagi, dengar anak-anak gaduh pula. Berasap laa kan. Hihi

Selepas wawa hadiahkan vitamin c setahun yang lalu, tiada lagi masalah ulser pada ayah wawa. Ayah wawa pun perasan dah lama ulser tak naik. Makan pun laju sekarang, dah makin ke depan perut ayah wawa. ^_^

Alhamdulillah, dengan izin Allah bebaskan ulser dari ayah wawa.
Share:

Kenapa Orang Eropah Suka Minum Wine?

Assalamualaikum wbt,

Kenapa Orang Eropah SUka Minum Wine? Pernah tak terfikir? Dulu wawa fikir sebab mungkin dieorang bukan islam, jadi wine adalah normal bagi dieorang. Rupa-rupanya wawa silap, sebenarnya mereka minum wine merah adalah untuk dapatkan kulit awet muda dan sihat.


Berdasarkan apa yang wawa baca, 

As red wine is intrinsic to their diet, it was soon discovered that the compound resveratrol was found in unusally high concentrations in much of the red wine commonly consumed in these regions!  Trans - Resveratrol: A Magical Elixir of Eternal Youth?
Scientists first tested their hypothesis on the humble yeast, and it was found that their life expectancy was increased by upwards of 70%. Though human studies have yet to be completed in this area, research with lower order species has thus far been compelling.The scientific community waited with baited breath until a study was released in late 2006 by the Harvard Medical School finding that resveratrol was also found to extend the life of mice by an average of 30% - and this was with mice that were middle aged to begin with! Again, one should not make such assumptions that Resveratrol will work the same with humans until the appropriate scientific studies are finalized.  Resveratrol improves health and survival of mice on a high-calorie diet

Berdasarkan apa yang wawa baca, red wine mengandungi resveratrol yang membantu meningkatkan tahap kesihatan dan keupayaan menjadi awet muda kepada peminum. Namun, ia adalah haram bagi orang muslim dan menjadi kesukaan bagi non muslim.

Tahukah anda, 1 sudu teh Vivix shaklee bersamaan kandungan resveratrol yang terdapat dalam l00 gelas wine merah. Bayangkan, jika orang eropah minum wine merah setiap hari pun awet muda, macam mana pula kita yang mengamalkan 1 sudu Vivix shaklee sehari?  100 kali AWET MUDA.")

Ingin jadi awet muda? +0199966576

Share:

Segmen Tonton Uk20 Free Gift

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/04/segmen-tonton-uk20-free-gift.html


  Uk20 adalah Animasi pendek yang bercorak komedi untuk hiburan semata-mata.Uk20 kali ini mempersembahkan 'free gift".Sinopsis :Ucing telah di beri Free Gift berupa iphone dari Orang yang tidak di kenali,adakah betul itu iphone .? dan apakah balasan Free Gift Ucing kepada Orang tersebut.? Anda akan menonton Animasi Free Gift setelah tamat Segmen ini.



 Dengan itu Saya minta Anda Support untuk Animasi ini.Syarat-syarat adalah mudah :



1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.

2) Buat Tajuk Post "Segmen Tonton Uk20 Free Gift"

3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.Tag Rakan Anda.

4) Tinggalkan Url post Anda ke dalam ruangan Komen Disini.

5) Tamat Segmen 29-4-2016.Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di Senaraikan dalam Video Animasi Uk20 Free Gift Sebagai Supporters.
Share:

Puan Jacky Bebas Dari Tonsilitis Dengan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Pengalaman Puan Jacky yang mengalami tonsil sejak dari bangku sekolah. Allahu, wawa antara yang mempunyai masalah tonsil. Apa yang wawa buat? Dengan mengamalkan vitamin c shaklee setiap hari. Alhamdulillah, wawa dah jarang demam.

Jom ikuti pengalaman Puan Jacky.

Share:

Positif Awal Pagi

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar? Alhamdulillah, wawa doakan  semua yang singgah dan baca blog wawa ini di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa. Amin InsyaAllah.

Positif di awal pagi mempengaruhi kehidupan kita seharian. Betul ke betul? 

Cuba bangun pagi, ucap alhamdulillah dan senyum pada diri. Katakan, hari ini semua yang baik-baik saja berlaku pada kita.

InsyaAllah, mood hari ini PASTI baik-baik saja.

Katakan pada diri, Aku Luar Biasa Hebat.
Share:

Pencarian Bloglist Sebulan Mei/Jun by Aisyhah Nyais

Assalamualaikum wbt,


Klik banner untuk join ye kawan2..")

Tag kawan, Fizah, Aeinna & Put.
Share:

Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Share:

Design Kematian Kita

Assalamualaikum wbt,

Apa maksud "Design Kematian Kita"? Siapa boleh jawab? 

Kita selalu menulis target impian, namun kita lupa bagaiman menulis design kematian sendiri.

Design kematian bermaksud melakar / mereka kematian sendiri. Bagaimana kita nak mati. Pernah tak kita fikir? Apa yang kita nak capai selepas mati. Pernah tak kita tanya diri? 

Selepas wawa join kelas bisnes, sifu wawa sharing tentang ni. Baru wawa terfikir, umur dah 30 tahun. Lagi berapa tahun kita ada? Katalah kita target umur kita meninggal 60 tahun. Lagi berbaki 30 tahun untuk kita lakarkan apa bekalan yang kita nak bawa.

Baki 30 tahun inilah untuk kita buat amal, nak bantu tambah nilai orang lain, nak sedekah banyak-banyak, nak buat amal kebaikan banyak-banyak, nak berubah jadi baik, nak mengaji banyak-banyak, nak puasa banyak-banyak, nak solat taubat, solat tak mau tinggal.

Waktu inilah, yang masih berbaki. Allahuakbar, subhanallah, sebelum ni tak nampak. Sekarang, cuba renung diri balik. Apa dah aku lakukan selama hidup atas dunia ni. Cukup tak amalan kalau Allah ambil nyawa kita tiba-tiba?

Ayuh kawan, sebelum terlambat.
Share:

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 




Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Share:

Mulakan Hari Kita Dengan Senyuman

Assalamualaikum wbt, 

Hai semua, apa khabar? Wawa doakan semuanya sihat-sihat belaka.")

Senyum, pasti membawa mood korang happy sepanjang hari.


Share:

Gambar Kanan Penyejuk Hati

Assalamualaikum wbt,

Salam Jumaat sahabat wawa, semoga Allah kurniakan hari iniebih baik dari semalam.

Ingat Allah walau apa keadaan sekalipun, insyaAllah Allah ingat kita waktu susah dan senang.


Share:

Bagaimana Jawab PM Customer?

Assalamualaikum wbt,

Perkongsian dari sahabat ilmu Tuan Izan. Semoga bermanfaat.

Alhamdulillah 

Bismillah
tiga " TA " dalam handle Ayat PM 

supaya pelanggan mudah membeli dengan anda.
TA pertama.

TAa' ruf.

Berkenal-kenalan dengan pelanggan
tips kemaskan dan kurangkan jurang ketakutan pelanggan bila kali pertama berhubung dengan penjual.

Boleh sahaja dimulakan dengan selawat atau mulakan dengan bersama sama mendoakan kebahagian antara pelanggan dan penjual.

contoh ayat (boleh copy paste dan digunakan) sebelum kita mula bersembang, jom kita mulakan 
dengan UMMUL KITAB dan selawat keatas nabi seterusnya dah selesai komen DONE

.

penjual yang mengenali nama pelanggan lebih mudah memastikan pelanggan mereka sentiasa merasai dirinya dihargai.

sekaligus megetahui tempat dan sedikit biodata diri memudahkan komunikasi lebih rancak dan tidak akan lahir situasi tegang dalam berbalas tulisan.

ingat dalam taa' ruf hal yang terbesar ialah bukan untuk menjual semata mata tetapi untuk membantu pelanggan 
mendapatkan produk yang terbaik untuk dirinya.

.

taa' ruf juga tidak meleret dalam berkenalan, hanya sekadar mengetahui nama dan sedikit latar belakangnya
sudah memadai.

selesai tips pertama,
tips kedua akan menyusul 

mohon kerjasama sila tag nama nama kawan yang sesuai menerima ilmu ini supaya mereka tidak lagi menjual 
dengan hanya memikirkan untung semata mata.

berkenal kenallah ianya proses membina kepercayaan yang kuat untuk anda berkomunikasi dengan pelanggan.
tak kenal, maka tak closing, ok sampai sini dulu TA TA 

#GuruNiagaAkademi
#TuanIzanShafie
Share:

Gambar Sel Sihat Dan Sel Tidak Sihat

Assalamualaikum wbt,

Ini adalah gambar perbezaan sel sihat dan sel yang tidak sihat.


Sel yang sihat dapat menerima nutrisi yang kita makan sepenuhnya dan mengeluarkan sisa yang tidak perlu.

Manakala sel yang tidak sihat, tidak dapat menerima nutrisi yang kita makan  secara efektif. Sel hanya menerima sebahagian sahaja dan selebihnya akan keluar tanpa di serap.

Rugi ke rugi? Apa yang perlu kita lakukan untuk dapatkan sel yang sihat? 

Caranya hanya dengan detoks. Lakukan detoks plan selama 7 hari pertama dan seterusnya.

Detoks bukan hanya di lakukan melalui minum air detoks, tetapi ia perlu di lakukan secara keseluruhan. 

Nak tahu cara detoks 7 hari? Tunggu next entry ya.")

#JutawanWawa

#AgenKesihatanAnda



Share:

Kesihatan : Adakah Badan Anda Bertoksik

Assalamualaikum wbt,

Wawa nak bawa korang cek badan sendiri. Adakah badan anda bertoksik? 

Jom cek.")


#JutawanWawa

#AgenKesihatanAnda

Share:

DOA AGAR DAPAT MENGAWAL DIRI DARIPADA SIFAT PANAS BARAN

Assalamualaikum wbt,

DOA AGAR DAPAT MENGAWAL DIRI DARIPADA SIFAT PANAS BARAN

"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran".

(Riwayat Tarmizi no.3547)

-UZAR-

Siapa yang kurang dapat mengawal emosi dari jadi marah, sila amal ayat ini. Hihi

Alternatif lain yang boleh kita cuba adalah dengan amalkan 1-2 biji vitamin b complex setiap hari. InsyaAllah tenang sepanjang hari.")
Share:

RESEPI MUDAH SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI

Assalamaualaikum wbt,

Wawa dah lama cari resepi masakan stim ni. Hari ni jumpa kat fesbuk kawan wawa share pagi ni. Jadi, boleh juga wawa panjangkan kat sini untuk rujukan masa akan datang.")

SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI 
(PRIK KEE NOO)

Share:

Gambar Testimoni Kencing Manis Dan Vivix

Assalamualaikum wbt,

Wawa nak share gambar testimoni pengguna vivix shaklee yang mempunyai penyakit kencing manis.

Share:

Tips Kewangan : PROFIL KEWANGAN YANG MANTAP

Assalamualaikum wbt,

Ilmu kewangan yang wawa dapat dari group bijak uruskan wang. Boleh share jika bermanfaat untuk anda.")

PROFIL KEWANGAN YANG MANTAP :
Nombor 7 ramai yang kantoi
==============================

1. TAMBAH PENDAPATAN

Gaji yang anda terima mungkin tidak seberapa, namun itu bukan alasan yang bank boleh terima. Jika itu alasannya, maka lupakan sahaja hasrat dan impian miliki rumah idaman. Usahakan untuk buat kerja sampingan untuk jana pendapatan. Boleh juga buka syarikat enterprise atau kerja dengan rakan yang ada syarikat. Buat sahaja apa-apa kerja dan selepas itu pastikan anda baca nombor 6.

Share:

Anda Mampu Merubah Nasib Ibu Anda!

Assalamualaikum wbt,

Siapa sangka ibu yang dulu segar mampu berjalan ke sana ke mari, kini terlantar sakit akibat kencing manis. Luka sikit di bahagian kaki kini semakin merebak luas, dari warna cerah kini semakin gelap akibat memburuk. Kata doktor, tiada jalan lain untuk selamatkan ibu hanya "potong kaki" yang dapat menghalang dari terus merebak lebih teruk.

Allahuakbar, itulah luahan seorang anak yang mempunyai ibu sakit kencing manis atau diabetes. Serahkan pada doktor untuk membuang bahagian yang memburuk. 

Wawa yang dengar ini pun seriau, apatah lagi yang mengalami situasi ini? Adakah anda mempunyai ibu atau ayah yang mengalami sakit Kencing Manis? Jika ya, sanggupkah anda melihat kaki ibu di potong? 

Jadi, marilah sama-sama membantu ibu ayah kita kembali sihat sempurna dengan mengamalkan vitamin shaklee.

Bagaimana Vivix Shaklee membantu mengatasi diabetes?

Share:

Inspirasi Bisnes Shaklee Jutawan Wawa

Assalamualaikum wbt,

Berhenti Kerja dan Biz Shaklee!
------------------------------
Share:

Kesan Terlebih Minum Air Detoks Lemon

Assalamualaikum wbt,

Share:

8 Cara Senaman Kempiskan Perut

Assalamualaikum wbt,

Sejak akhir-akhir ni, ramai pula yang mengadu pada wawa perut buncit. Malu la, bila pakai baju nampak perut menonjol.

Bila diselidik, rupa-rupanya suka minum ais, suka makan berselang dengan minum, suka tidur lepas makan, suka mandi terus lepas makan. Semualah dia suka habit yang kurang sihat ni.


Jadi, wawa nak bantu korang yang ada masalah perut buncit ni dengan 8 jenis senaman untuk kempiskan perut.

Lakukan selama 10-30 minit setiap hari, selama 100 hari konsisten. InsyaAllah perut korang pasti kempis dan cantik.

Selain itu, elak minum ais dan banyakkan minum air masak atau suam.

Semoga bermanfaat.")
Share:

MURAH REZEKI DALAM HUBUNGAN

Assalamualaikum wbt,

C&P

MURAH REZEKI DALAM HUBUNGAN

1. Senyum itu sedekah. Murahkan diri dengan senyuman sentiasa dan rezeki pun akan murah.

2. Gembirakan kanak-kanak.

3. Mendirikan masjid bagi mereka yang masih bujang. Jangan ditunda-tunda kerana Allah swt akan memberi rezeki rumah tangga pula!

4. Bagi yang sudah berkahwin, jaga hati sesama suami dan isteri selalu. Sayang menyayangi sekeluarga, rezeki pun akan sayang pada kita!

5. Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

6. Bagi suami, isteri, sentiasa bersyukur dengan pasangan hidup sedia ada. Tidak kira apa sahaja kekurangan masing-masing.

7. Layan semua orang dengan penuh hormat tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda. Tidak kira juga pangkat, darjat, atau di mana sahaja kedudukan kita berada.

8. Gembirakan orang yang berada dalam duka atau sedih.

Pesanan mentor ku... Jangan lupa tekan SHARE supaya hubungan sesama keluarga dan kenalan anda juga dapat dimurahkan rezeki!

Credit Sharing: Ustaz Muzakir
Share:

Kenapa Anda Perlu Sihat?


Assalamualaikum wbt,

Tertarik wawa dengan perkongsian Master Amir, dalam buku Maharaja Wang.

Bagaimana Wang dan Kesihatan berkait antara satu sama lain?

Bayangkan, anda punya matlamat miliki wang beratus ribu ringgit dalam masa 2 ke 5 tahun akan datang untuk menikmati bercuti ke luar negara bersama keluarga dengan keishatan yang begitu baik dan optimum.

Bayangkan jika anda punyai wang beratus ribu, namun punyai penyakit. Mampukah anda untuk menikmati percutian keluarga dengan aman dan tenang? 


Dalam petikan buku Maharaja Wang menyebut, wang dan kesihatan amat penting kerana badan yang sihat, cergas mampu memberikan kebahagiaan pada diri anda.

Cuba baca ayat di perenggan terakhir, apakah anda mahu mengumpul wang semata-mata untuk merawat penyakit? 

Jika tidak, usahalah cegah dari sekarang dengan mengamalkan pemakanan yang sihat serta pengambilan supplemen kesihatan yang berkualiti tinggi.

Nak supplemen, hubungi wawa +019 996 6576
Share:

Mahram Bagi Lelaki

Assalamualaikum wbt,

Ini pula mahram bagi lelaki. Kenali siapa yang boleh bersentuh dan siapa yang tidak boleh.


Semoga bermanfaat.")
Share:

Apa Maksud Mahram Dan Batas Bagi Perempuan

Assalamualaikum wbt,

Ramai yang keliru tentang mahram, jom kita lihat apa maksud mahram?

Mahram adalah boleh sentuh dan pegang, boleh buka aurat yang sedikit, tidak batal wuduk bila bersentuh dan haram kahwin selamanya.


Semoga bermanfaat..")

Share:

Review Buku Zero Hutang

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, baru sempat bersiaran. Subhanallah, agak lama wawa tak menyinggah ke rumah kawan2. InsyaAllah, wawa akan cuba melawat rumah korang ya hari ni.")

Sebelum itu, wawa nak review sikit buku yang baru wawa beli iaitu "Zero Hutang". Belum khatam lagi, tapi wawa teruja nak berkongsi dengan korang. Wawa baru baca bab satu, manfaatnya sangat besar.

Memandangkan sekarang ini, wawa fokus untuk clearkan hutang yang masih berbaki dan misi wawa dan suami adalah BEBAS HUTANG atau ZERO HUTANG. Kata suami wawa, tak apa kita tak pergi mana-mana sekarang, asalkan masa depan kita bebas nak berjalan ke mana-mana.

Penulis muda yang bernama Mohd Zulkifli Shafie sudah zero hutang pada usia muda. 
Buku Zero Hutang ini mempunyai 4 topik utama iaitu :

1) MENGURUS SIMPANAN
2) MOTIVASI KEWANGAN 
3) PENGURUSAN HUTANG
4) STRATEGI KEKAYAAN 
5) TOPIK BONUS.")

Hanya bergantung pada buku ini tak kan membantu anda jadi zero hutang serta merta, namun jika diamalkan dan bertindak seperti apa yang di sarankan oleh penulis, insyaAllah jalan untuk Zero Hutang lebih mudah. 

Ramai orang suka menghabiskan wang di usia muda tanpa beringat tanggungjawab membebaskan hutang diri terlebih dahulu.

Jika korang inginkan ilmu bagaimana untuk Zero Hutang, bolehlah beli dengan Puan Najdah (+60 19‑927 2780).
Share:

Apa Itu Istidraj ?

Assalamualaikum wbt,

Hari ni wawa dapat ilmu baru. Jom baca.")

APA ITU ISTIDRAJ ?

Bahasa DEEP
•Pemberian NIKMAT ALLAH kepada manusia di mana pemberian itu TIDAK DIREDHAINYA.
•NIKMAT kepada pembuat DOSA
________________________________________________

APA ITU ISTIDRAJ?

Bahasa Ringkasnya
TAK SOLAT tapi:

•Kaya-raya
•Rezeki Melimpah Ruah
•Pandai (cth: Dekan dsb.)
•Kurang Masalah
•Dan Pelbagai Nikmat daripada ALLAH SWT
________________________________________________

BAHAYA ISTIDRAJ?

•Merasakan ALLAH menyayanginya walaupun sering melakukan DOSA
•Memandang hina kepada orang yang beramal

"Mat, kau ni ulang-alik pergi masjid, sembahyang sana-sini, taat sangat kat Tuhan apa kau dapat? Dari dulu sampai sekarang motor buruk tu je lah yang kau ada. Tengok aku, tak sembahyang pon rezeki mencurah-curah. Projek juta-juta, anak bini tak tutup aurat pon hidup aku rilek je."
________________________________________________

INGAT, Allah Maha Berkuasa.
Jangan sombong dengan Allah.
Bila-bila masa Allah boleh TARIK NIKMAT yang dia bagi.
Bila-bila masa Allah boleh TARIK NYAWA yang dia pinjamkan kat kita. Insaflah.

#farraNaffy
#SuaraMukmin

#JutawanWawa
Share:

Amalan Sunat Hari Jumaat

Assalamualaikum wbt,

Welcome Friday, semoga hari ini penuh barokah buat kalian. Sesungguhnya Jumaat adalah penghulu hari yang mana kita berpeluang merebut sebanyak mungkin pahala sunat.

Sedari bangun pagi sehinggalah tenggelam matahari. Apakah perkara sunat yang kalian boleh amalkan hari ini? Bukan bermaksud hari lain tak boleh buat, cuma jumaat ni dapat pahala lebih. Nak ke nak?


Semoga hari ini Allah gandakan pahala kita
Share:

Tiada Istilah Mulut Masin

Assalamualaikum wbt,

Hati terdetik rasa nak makan sup daging, alangkah sedapnya dapat makan, fikiran sudah membayangkan semangkuk sup daging panas di depan mata hinggakan air liur nak meleleh. Walhal tak ada pun, bayangan je lebih.

Tup. Tup. Petang tu, jiran datang hantar semangkuk sup daging. Allahuakbar, lita menyangka itu adalah kerana mulut kita masin. Betul ke betul?

Sebenarnya adalah, kata-kata, fikiran, perasaan, banyangan itu semua adalah doa. Jika kesemua doa ini bersatu dan yakin boleh dapat, insyaAllah boleh dapat. 

Sebab itu, kalau kita nak sesuatu mintalah dengan bersungguh-sungguh, banyangkan dengan sungguh-sungguh  apa yang kita impikan. 

Apa saja impian kita, mintalah dengan Allah bersungguh-sungguh.
Share:

JANGAN JADIKAN KERJA SEBAGAI BEBAN

Assalamualaikum wbt,

"Jangan jadikan kerja yang kita buat sebagai beban"

Allahuakbar, tersentak hati kak wawa tiba2. Seminggu ini rasa macam tak terurus, kerja yang menimbun seakan 1 beban besar, difikiran hanya lintasan untuk berhenti sahaja.

Dalam masa yang sama, kak wawa juga terlibat dengan persatuan. Rasa seakan dihimpit semakin sibuk. Dalam sibuk, sempat juga kak wawa layan handfon. Buka itu ini. Sedangkan Alquran kak wawa bagi alasan tak dak masa. 

Sebelum ini, kak wawa akan mengaji walau sepotong ayat. Sejak seminggu ni, kak wawa termiss, 2 hari sekali je baca. Allahu, Rupa-rupanya Allah tegur kak wawa.

Allah datangkan waktu sibuk, untuk kak wawa berfikir. Apa yang dah kak wawa lakukan. Alhamdulillah, hari ini dan insyaAllah kak wawa akan baca setiap hari walau sesibuk mana pun urusan dunia. 

Betul kata Puan Shiqeen, usah jadikan kerja atau apa2 tugasan kita sebagai beban. Niatkan kerana Allah Taala, insyaAllah dipermudahkan.
Share:

Testimoni Hamil Dengan Set Subur Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Setelah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, pastinya seorang wanita mendambakan kehadiran cahaya mata.

Ada orang Allah bagi cepat, ada orang lambat. Namun, bukan alasan untuk kita tidak berikhtiar untuk miliki zuriat.

Kisah ini wawa bawakan setelah berikhtiar dengan set kesuburan shaklee, 2 orang customer sideline wawa berjaya hamil dengan izin Allah swt.

set kesuburan wanita, set kesuburan shaklee, set subur shaklee, pengedar shaklee johor, pengedar vivix shaklee, pengedar vivix johor
Share:

Kandungan Dalam GLA Complex Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Kandungan yang terdapat dalam GLA Complex shaklee adalah :

1- Gamma-Linolenic Acid (GLA)
2- Vitamin E
3- Linolenic Acid (Gabungan minyak sunflower dan Vitamin E)


Kebanyakkan GLA yang ada di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) manakala GLA shaklee diekstrak dari BORAGE dimana ia mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO.

Borage juga mengandungi 3 kali ganda bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Bioavailability GLA telah dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu badan.

The most concentrated natural GLA is from borage seed

Nota jutawan : Pastikan vitamin yang kita beli dan makan adalah dari bahan-bahan semulajadi, selamat dan berkesan.
Share:

Cara Makan Gla Complex Shaklee Untuk Hamil

Assalamualaikum wbt,

Gla Complex shaklee merupakan produk paling hot untuk kestabilan hormon dan kesuburan. Ramai yang beli tapi tak tahu cara makan yang lebih efektif untuk mendapat zuriat. Di bawah ini wawa kongsikan bagaimana cara yang lebih sesuai.

Cara Pengambilan Gla Complex Untuk Kesuburan atau Hamil:
1) Pertama sekali,anda mestilah tahu kitar haid anda,sama ada 28 hari atau 30 hari.
2) Kemudian, tentukan hari subur anda. Jika kitar 28, 28/2=14..hari yang ke 14 ialah hari subur
3) Mulakan makan GLA pada hari pertama kedatangan haid sehinggalah hari yang 13.
4) Berhenti makan pada hari yang ke 14 sehingga hari haid kemudiannya.
5) Jika haid anda lambat datang,sila buat UPT test..jika hamil..jangan makan lagi GLA tapi jika blum ada rezeki,sila sambung cara makan yang sama di awal pengambilan.

Bagaimana menentukan waktu subur anda? Salah satunya secara manual seperti pengiraan diatas (2) dan boleh juga menggunakan application di phone masing2. Install application Maternity Calendar.

Semoga bermanfaat.")
Share:

Doa Ketika Di Timpa Musibah

Assalamualaikum wbt,

Dari Ummu Salamah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Tidaklah seorang muslim itu ditimpa suatu musibah, kemudian ia berdoa:

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Allahumma’Jurni Fii Musibati, Wa Akhlifli Khairan Minha
(Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya)

Melainkan Allah SWT akan menggantikan baginya yang lebih baik daripadanya".
(HR. Muslim)


Semoga bermanfaat.
Share:

Syukuri Apa Yang Ada Disekeliling Kita

Assalamualaikum wbt,

Salam jumaat semua. Hari ni wawa nak sharing sesuatu yang begitu terkesan pada hati wawa. 

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

C&p
Share:

Follow by Email

About Me

My photo
Mommy to my pretty princess, Suka senyum, suka makan, suka membaca, suka memberi inspirasi, suka menulis

Popular

Followers

Blog Archive

Recent Posts

Total Pageviews

BLOGGER TEAM


Check Page Rank CK Free Auto Backlink\ Kedai Backlink,Backlink Percuma
free web site traffic and promotion

BRAND COLLABORATIONS

Printcious | Syaqist | BPT | Shaklee | Mcdonalds | Desaru Coast Adventure Waterpark