Assalamualaikum wbt,
Set Berpantang Dan Menyusu Shaklee | Selepas bersalin, penjagaan ketika berpantang memainkan peranan penting dalam membantu ibu dalam keadaan sihat dan bertenaga dan juga memastikan anak mendapat khasiat susu ibu secara optimum. Jika bersalin normal, biasanya ibu mengalami luka jahitan dibahagian faraj dan jika tidak dijaga dengan betul proses pembaikan luka mengambil masa yang lama.
Ketika sedang berpantang, emosi ibu selepas bersalin lebih mudah terganggu. Tahukah anda, meroyan boleh berlaku ketika berpantang jika emosi ibu terlalu tertekan. Tekanan pula boleh jadi disebabkan oleh bayi yang menangis, kurang susu dan perlu fikirkan juga bahagian yang sakit. Pergerakan terbatas juga, menjadi punca kepada emosi yang kurang stabil buat ibu yang sedang berpantang.
Jadi, bagaimana set berpantang dan menyusu shaklee dapat membantu anda? Jom teruskan pembacaan anda.
SET BERPANTANG DAN MENYUSU SHAKLEE
1. Set Berpantang Shaklee Dengan Lebih Sihat Dan Bertenaga
Set berpantang shaklee perlu diambil seawal berpantang kerana ia dapat memberikan tenaga yang luar biasa ketika lalui waktu berpantang. Selain daripada itu, ia juga membantu mengelakkan anda dari mengalami perasaan stress ketika berpantang.
Set lengkap berpantang ini berharga RM470 sahaja dan dengan pembelian set ini anda boleh mendapatkan keahlian secara percuma.
Set Berpantang Shaklee |
Ostematrix Shaklee (Kalsium)
- Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam membentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
- Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
- Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
- Ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang.
Vitamin C Shaklee (Sustained Release Vita C Plus)
- Vitamin C shaklee diformulasikan penggunaan secara maksimum tanpa pembaziran, di mana ia formula 'sustained release' dipatenkan untuk pelepasan vitamin c secara berperingkat dan badan dibekalkan vitamin c selama 5 jam.
- Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.
- Vita c sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
- Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
- Memperbaiki tisu sel yang rosak semasa bersalin.
Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)
- Protein untuk pemulihan tubuh ibu,memberi tenaga dan menambahkan susu ibu.
- Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.
- Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
- Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.
Vita-Lea Iron Formula Shaklee (Multivitamin)
- Vitalea adalah multivitamin yang melengkapkan nutrisi yang kurang dan menambah darah yang hilang ketika proses bersalin.
- Ibu yang sedang berpantang digalakkan ambil vitalea sebab semasa dalam pantang banyak makanan yang kita tidak boleh makan, jadi tenaga kita akan berkurang.
- Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
- Untuk penyusuan bayi, pengambilan zat besi adalah sangat penting.
- Vitalea tidak boleh diambil bersama minuman bersusu kerana ia boleh mengurangkan keberkesan penyerapan zat besi oleh tubuh.
Zinc Complex Shaklee
- Zinc complex membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin normal atau pembedahan.
2. Set Menyusu Shaklee - Susu Meriah Untuk Si Manja
Ini adalah set lengkap shaklee untuk menyusu. Set lengkap menyusu shaklee ini menyokong para ibu membekalkan susu ibu paling istimewa untuk si manja sehingga ke umur 2 tahun. Penyusuan susu ibu memberi banyak manfaat kepada si manja anda, antaranya dapat meningkatkan imun badan yang tinggi, keakraban antara ibu anak, membekalkan nutrisi penting untuk perkembangan bayi dan paling penting dapat memberikan kesihatan yang optimum untuk anak anda.
Set lengkap menyusu shaklee berharga RM 472 sahaja dan anda layak mendapat keahlian percuma.
Set Menyusu Shaklee - Susu Meriah |
Ostematrix Shaklee
Mengandungi kalsium serta mineral lain untuk mencukupkan keperluan kalsium yang hilang ketika penyusuan. Selain itu juga, kalsium membantu anda membuang dengan lebih lancar dan mengelakkan dari mengalami sembelit. Bukan itu sahaja, kalsium yang diambil oleh ibu dapat disalurkan kepada bayi melalui penyusuan ibu. Seterusnya dapat membantu menguatkan tulang dan gigi anak anda.
Vitamin C Shaklee (Sustained Release Vita C Plus)
Mengandungi Vitamin C untuk meningkatkan imuniti ibu dan bayi. Bayi yang baru dilahirkan perlu mendapatkan imuniti yang kuat melalui susu ibu supaya dapat melindungi bayi dari diserang virus.
ESP Shaklee (Energizing Soy Protein)
Protein amat penting untuk ibu menyusu kerana ia membantu menambahkan kuantiti dan memekatkan susu supaya bayi dapat kenyang dengan lebih lama. Justeru, ia juga mengelakkan bayi dari menangis kerana lapar. Protein ESP shaklee membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada anda yang kerap menyusu kerana kita tahu bahawa ibu akan cepat rasa lapar apabila bayi mereka kuat menyusu.
Vitalea Shaklee (Vita-lea Iron Formula)
Vitalea shaklee adalah multivitamin, ia berfungsi untuk melengkapkan nutrisi yang kurang dalam pemakanan harian ibu.
Alfalfa Shaklee
Alfalfa shaklee dikenali sebagai penggalak susu ibu. Ia adalah milk booster yang semulajadi membantu menambah susu ibu dengan banyak.
Set menyusu shaklee adalah solusi terbaik kepada ibu-ibu yang sedang menyusu dan tidak mempunyai susu yang banyak. Keadaan ini boleh menyebabkan ramai ibu diluar sana tertekan dan akhirnya mengambil keputusan untuk memberi susu formula kepada anak.
Jika ini yang berlaku kepada anda, set menyusu shaklee insyaAllah boleh membantu anda atasi masalah kekurangan susu.
Tahukah anda, jika anda minum set menyusu shaklee ini boleh memperbanyakkan susu ibu, dalam masa yang sama pastikan anak anda minum dan dipam supaya ia tidak pula berlaku pembekakan susu. Jika anak anda suka mengempeng setiap masa, ia tiada masalah. Jika anak kurang mengempeng,pastikan anda mengepam 2 ke 3 kali sehari supaya payudara anda tidak membengkak.
Katakanlah anda mengalami susu yang melimpah ruah, anak anda pula kurang menyusu dan mengakibatkan payudara membengkak. Apa yang perlu anda lakukan untuk atasi masalah ini?
- Pastikan sentiasa mengepam susu anda.
- Letakkan helaian kubis dibahagian payudara.
- Makan lecithin 6 biji sehari jika ada kerana ia boleh elakkan susu anda menjadi berketul jika tidak dikeluarkan.
- Jika susu sukar keluar, lakukan urutan atau pembersihan dibahagian puting supaya jalan keluar susu lebih banyak berlaku.
Selamat berpantang dan menyusu buat ibu-ibu yang baru bersalin. Lalui pengalaman ini dengan sabar, tenang dan gembira. Bila mood anda gembira, pengalaman menjadi ibu pasti lebih berharga.
Baca :
1. Pengalaman Bersalin & Berpantang Dengan Shaklee
2. Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Dengan Vivix
Baca :
1. Pengalaman Bersalin & Berpantang Dengan Shaklee
2. Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Dengan Vivix
Bagaimana Nak Beli Set Berpantang dan Menyusu Shaklee Ini?
1. Klik di sini dan boleh terus membeli secara direct dengan HQ Shaklee menggunakan kad kredit atau kad debit
Atau
2. Hubungi Mommy sebagai Pengedar dan Stokis serta Ejen sah Set Hamil Shaklee Malaysia di 019-9966576 (Touch to Whatsapp)
019-9966576 (Kak Wawa)
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊