Assalamualaikum wbt,

Life Shake Matcha merupakan produk terbaru dari rangkaian protein shaklee yang mana baru sahaja dilancarkan pada bulan Februari yang lepas. Protein perisa terbaru ini menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia yang meminati perisa matcha untuk dijadikan pengganti makanan anda.

Padat dengan nutrien, rasa yang lazat, dan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan untuk anda menikmati hidup yang gembira. LIFE Ceria, Shake Bertenaga, menjadikan hidangan anda lebih bermakna.

Life Shake merupakan hidangan semua-dalam-satu yang lengkap, kaya dengan protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral, serta tambahan ekstrak Matcha bagi meningkatkan manfaat antioksida.

Varian baharu yang bermusim ini didatangkan dalam perisa yang ringan dan menyegarkan. Ia meningkatkan tenaga, memberi rasa kenyang yang lebih lama, membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan menyokong kesihatan secara menyeluruh.



Life Shake Matcha - Keistimewaan, Kandungan Nutrisi, Fungsi Dan Harga


Perbezaan Teh Hijau Dan Matcha

Ada di antara anda yang sudah biasa dengan minum teh hijau. Adakah teh hijau dan matcha mempunyai manfaat dan khasiat yang sama? Ia sebenarnya tidak sama. Mari kita lihat apakah perbezaan teh hijau dan matcha.

Perbezaan yang ketara diantara teh hijau dan matcha adalah, warna matcha lebih cerah dan terang kerana kandungan klorofil matcha lebih tinggi. Manakala teh hijau lebih gelap dan rasanya lebih pahit. Rasa matcha kaya dan kompleks dengan rasa umami (sensasi manis selepas meminumnya). 

Kaedah penanaman yang istimewa ini membolehkan matcha mempunyai warna hijau terang, dengan rasa unik dan tidak pahit berbanding teh hijau biasa.

Matcha mengandungi 137 kali lebih banyak antioksida berbanding teh hijau bergred rendah dan sehingga 3 kali lebih banyak antioksida dari teh hijau yang terbaik.

Sejarah Matcha

Anda ingin tahu, bagaimana asal usul perkataan matcha? Mari kita lihat sejarah matcha itu sendiri. Perkataan Matcha berasal daripada bahasa Jepun. "Ma" diterjemahkan disapu atau dihancurkan, manakala "Cha" bermaksud teh. Matcha adalah teh yang telah dihancurkan.

Matcha dikenali sebagai penawar abadi, digunakan secara tradisi untuk menggalakkan tenaga yang berterusan dan ketajaman mental. Ia juga dihidangkan semasa upacara majlis teh Jepun (juga dikenali sebagai cara minum teh atau chado) kerana kesannya yang tenang.


Fakta Nutrisi & Fungsi Kandungan Nutrien Matcha

Kandungan nutrien matcha sangat bagus untuk kesihatan badan secara umumnya dan membantu meningkatkan fokus, ketenangan, detoks, tenaga dan lain-lain. Untuk mengetahui setiap fungsi kandungan nutrien dalam matcha, teruskan pembacaan anda.


Di dalam Life Shake Matcha mengandungi lebih 20 jenis vitamin dan mineral penting untuk memberikan nutrien lengkap kepada badan anda. Setiap nutrien yang ada dalam matcha mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Fungsi Nutrien Matcha

  1. Asid amino (L-theanine) - membantu meningkatkan fokus, memberikan ketenangan.
  2. Klorofil - detoksifikasi.
  3. Kafein - meningkatkan kepekaan, meningkatkan tahap tenaga.
  4. Catechins (EGCG) - aktiviti antioksidan yang kuat, agen anti-radang.
  5. Asid fenolik - Antioksidan untuk mengelakkan kerosakan selular daripada radikal bebas.
  6. Flavonoids - Rutin, Quercetin. Untuk kesihatan secara keseluruhan.


3 Manfaat Utama Matcha

1. Meningkatkan Fungsi Kognitif Dan Kesihatan Otak
  • Menggalakkan ketajaman mental, ketenangan dan fokus.
  • Mengurangkan inflamasi neuron, menghalang penuaan otak.
2. Meningkatkan Tenaga
  • Memberikan tenaga yang bebas daripada rasa gemuruh dan meningkatkan kepekaan dengan meningkatkan pengeluaran adrenalin.
3. Antioksidan Dan Agen Anti-Keradangan
  • Kaya dengan antioksidan, bertindak sebagai pemburu radikal bebas.
  • Menyekat penghasilan cytokine dan enzim yang berkaitan dengan keradangan.

Keistimewaan Life Shake Matcha


Keistimewaan Life Shake Matcha mengandungi :

  1. Mengandungi 3 jenis protein bukan GMO iaitu protein soya pekat, protein nasi dan protein soya isolate.
  2. Mengandungi 16g protein, 20 jenis vitamin dan mineral, 6g serat dan tambahan 2500mg leusin.
  3. Mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi daripada ekstrak matcha. Serbuk matcha 1120mg setiap hidangan.
  4. Ditambah dengan prebiotik - fruktooligosakarida rantaian pendek (FOS).
  5. Tanpa perasa, pemanis, pewarna atau pengawet tambahan juga tanpa kolesterol dan lemak trans serta bebas gluten.

Manfaat Life Shake Matcha Untuk Kesihatan

Life shake matcha dikatakan mampu menggantikan makanan harian seperti nasi, mee dan sebagainya. Jika pada hari ini, anda tidak mahu makan nasi tetapi terasa lapar, boleh ambil dua senduk matcha dan campurkan bersama 350ml air masak, suam atau sejuk dan minum. Sudah pasti, matcha minuman sepuluh dalam satu dapat membantu memberi rasa kenyang dengan lebih lama.



Life shake matcha mempunyai manfaat tersendiri terhadap tubuh badan, antaranya adalah :
  1. Membantu membekalkan tenaga
  2. Memberi rasa kenyang yang lebih lama
  3. Boleh dijadikan hidangan gantian (meal replacement)
  4. Menyokong kesihatan sel dan perlindungan sel badan
  5. Meningkatkan kesihatan kolon
  6. Membantu sistem penghadaman yang sihat
  7. Menyokong kesihatan tahap gula dalam darah
  8. Menyokong penurunan berat badan, mengekalkan kesihatan otot
  9. Memberi ketenangan dan mood yang lebih baik
  10. Boleh diambil pada bila-bila masa, terutama pada waktu siang

Harga Life Shake Matcha




Harga life shake matcha :

Harga Runcit : RM 206.25
Harga Ahli : RM 165

Anda boleh dapatkan life shake matcha pada bulan ini dengan promosi istimewa. Belian satu tong life shake matcha akan dapat percuma 2 sachets ESP. Manakala belian tiga tong life shake matcha akan mendapat enam sachets ESP dan satu tote beg yang sangat comel. Promosi ini hanya sah pada 31 March 2022 sahaja.


Waktu Sesuai Minum Life Shake Matcha



Life shake matcha boleh diambil pada bila-bila masa, setiap masa yang diambil membantu memberikan kesan yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Contohnya, jika diambil waktu pagi matcha yang terkandung dalam life shake matcha membantu membekalkan tenaga dan fokus untuk kerja seharian.

Pengambilan life shake matcha pada sebelum atau selepas bersenam dapat membantu memulihkan otot, membina otot dan membantu mengekalkan otot.

Minum Life shake matcha ketika mengalami rasa gemuruh, berdebar atau gementar, ia membantu memberi kesan ketenangan dan relaks.

Selain daripada itu, life shake matcha juga boleh diminum pada waktu malam. Ia boleh dijadikan sebagai ganti hidangan makan malam dan membantu mengurangkan kalori harian. Seronok bukan, ia boleh membantu menurunkan berat badan tanpa buat anda rasa lapar.


Baca produk protein shaklee yang lain: 







Jika anda berminat untuk menjana income shaklee dengan mudah, boleh baca disini terlebih dahulu. Mudahnya Buat Bisnes Shaklee 2021.






Hubungi kami;




Page FB : Kedai Vitamin Ketengah Jaya Paka 019-9966576
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi / Paka
Pengeposan ke seluruh Malaysia




Selepas anda mendaftar di form diatas, anda perlu mengaktifkan keahlian terlebih dahulu untuk membolehkan anda menikmati harga diskaun keahlian sebanyak 20% dan anda secara automatik juga boleh menjadi agen.