MENANGI 2 PAKEJ UMRAH BULAN RAMADHAN 2019

Assalamualaikum wbt,

Inginkan anda menangi 2 pakej umrah bulan ramadhan 2019 nanti?



Beberapa tahun lepas kan, waktu tu dalam group whatsapp family besar saya, diorang duk bincang nak pergi buat Umrah ramai-ramai. Bapa saudara, mak saudara, tok saya sekali. 

Saya pun terus pm mak saya. Mama ngan ayah kalau nak pergi letak je nama, nanti abang long bayar. Waktu tu, duit ngam-ngam ada beberapa puluh ribu je. Plan nya nak buat deposit rumah. 
Tapi saya cakap takpelah. Sponsor je. 

Saya pun doa, ya Allah, nak hantar mama ngan ayah gi Mekah ni. Saya visualise, saya submit. Seminggu lepas tu terus saya dapat satu client VVIP panggil saya ke kediaman dia. 

Dia nak beli karya saya untuk seluruh rumah dia. Kuasa Allah beliau beli karya saya 10 kali ganda nilai saya nak sponsor mak ayah saya. 

Waktu hantar quotation tu, dia tengok kertas quotation dan cakap. Tunggu kejap ye, saya naik atas. Selang beberapa minit dia turun bawa satu paper bag. Beliau hulurkan pada saya. 

MasyaAllah saya tengok dalam bag tu, penuh duit cash. Saya ingatkan amount sebanyak tu nak bagi cheque ke, atau transfer. Cash rupanya. 

Saya pulak berdebar-debar drive kereta bawa cash yang begitu banyak. Duit penuh bawah seat kereta. πŸ˜…. 

Sampai di rumah terus saya jumpa mama and ayah, saya keluarkan satu stack cash, saya serah kan pada mama satu ketul, saya cakap, ni duit untuk umrah mama ye. Kemudian saya serahkan lagi satu ketul pada ayah saya. Ini duit umrah untuk ayah. 

Senyum mama dan ayah, mereka doakan saya murah Rezeki. Percaya lah, itu antara saat paling bahagia dalam hidup saya. Melihat mereka beribadah di sana, lebih lagi buatkan hati ni rasa sangat Bahagia. 

Kenapa saya cerita ni? Saya nak cakap, anda nak buat apa pun. Niat betul-betul, doa sungguh-sungguh. Visualise, Submit! Bayangkan seminggu je mintak. Out of nowhere VVIP client contact. Saya tak pernah kenal, tak pernah jumpa. 

Akhirnya bukan mama dengan ayah saja yang dapat pergi, sekali dengan saya Allah jemput pergi ke rumahNya. 

Sebab saya tahu betapa Bahagia nya berjaya bawa ibu dan ayah beribadah di sana, bawa parents jumpa Rasulullah. Sebab tu tahun ni kita nak sponsor 2 tiket untuk Umrah Ramadhan bernilai lebih RM20,376.00 secara PERCUMA! 

Kisah ini diceritakan oleh Afnan Rosli. Bayangkan kita yang dapat bagi pada parents kita tiket, mak, ayah. Ni tiket untuk Umrah Ramadhan tahun ni. Bayangkan betapa Bahagia nya mereka. 

Kalau kita betul-betul doa, usaha sungguh-sungguh, InsyaAllah Rezeki milik kita. Boleh register di link yang saya bagi nanti. Nanti dah register anda akan dapat link sendiri, invite kawan-kawan dan family seramai mungkin untuk register

Lebih ramai register, lebih tinggi peluang anda menang. Ingat. Usaha, Doa, Tawakkal. Orang yang sungguh-sungguh nak, pasti Allah bagi. Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum penyertaan di tutup. 

Boleh register di sini. πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
http://swee.ps/iuJoVznqR
Share:

Nak Yakin Tanpa Make Up? Gunalah Youth

Nak Yakin Tanpa Make Up? Gunalah Youth!

Assalamualaikum wbt,

Nak Yakin Tanpa Make Up? Gunalah Youth



Setiap kali keluar rumah, ramai dikalangan kita terutamanya wanita merasa kurang keyakinan tanpa mengenakan make up. Tahukah anda, sesekali wajah kita perlu bernafas tanpa diselaputi oleh foundation yang tebal. Namun, keadaan kulit yang kurang sihat menjadikan kita kurang berkeyakinan untuk keluar dengan kulit wajah tanpa make up. Orang kampung mommy kata, bare face. hehe

Mommy suka sebenarnya tengok orang make up, tetapi untuk mengenakan foundation pada kulit agak mengurangkan keselesaan pada mommy. Tambahan pula, apabila kita nak solat terpaksa guna make up remover untuk bersihkan wajah yang telah dipakai make up. Bukankah itu suatu pembaziran? Ini pendapat mommy la.

Apa yang mommy lakukan untuk keluar bekerja atau pun dating dengan daddy, untuk tambah keyakinan tanpa make up adalah dengan menggunakan Moisturizer youth skincare dari shaklee. Ini kerana Moisturizer youth skincare shaklee membantu menjadikan kulit mommy lebih sihat dan dilindungi.

Keistimewaan moisturizer youth skincare shaklee mempunyai SPF50 yang mana membantu melindungi kulit mommy selama 500 jam setiap hari. Best kan? Selain melindungi kulit dari sinaran ultra violet (UVA dan UVB), moisturizer dapat melindungi kulit dari serangan kanser akibat daripada sinaran UV. 

youth skincare shaklee, testimoni youth skincare shaklee, youth skincare, youth shaklee, moisturizer shaklee, moisturizer youth shaklee, moisturizer spf 50
Mommy hanya pakai moisturizer datang ofis & lipsice


Moisturizer bahkan lebih melindungi kulit kita daripada memakai foundation yang tebal. Ia juga menjadikan kulit mommy lebih moist dan ringan. 

Psstt, bulan ni ada promosi Youth tau. Boleh tengok bawah ni naa


Click ▶️ www.wasap.my/60199966576

Pilihan Promosi shaklee di SINI.

019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Ketengah Jaya
Share:

TESTIMONI OSTEMATRIX SHAKLEE

TESTIMONI OSTEMATRIX SHAKLEE.

Assalamualaikum wbt,

Sebelum ini mommy ada share tentang Ostematrix dapat bantu atasi 6 masalah kesihatan badan. Hari ini pula mommy nak share dengan anda semua testimoni ostematrix shaklee. Apa kata mereka yang telah mencuba ostematrix shaklee sehingga ada yang terjatuh cinta.

Sebelum mommy ceritakan dan kongsikan testimoni ostematrix orang lain, mommy juga nak berkongsi dengan anda testimoni mommy sendiri. Pernah tak kita ada masalah membuang? Pasti jawapannya adalah tidak bukan? Begitu juga dengan mommy, setiap hari pasti membuang. Jika kurang minum air atau makan maggi, langsung tak membuang. Kita rasakan itu normal kan?

Tahu tak, usus kita memang tiada masalah. Namun, perasan atau tidak najis yang keluar setiap hari itu agak keras kan? Untuk pengetahuan anda, tahi yang kerasa adalah menunjukkan badan kita kekurangan vitamin D dan magnesium. Suka mommy nak bagitahu bahawa, ostematrix shaklee mempunyai cukup keperluan vitamin yang badan kita perlukan bagi meningkatkan penyerapan yang optimum kalsium pada badan kita.

Ok, selepas mommy ambil ostematrix mommy dapati proses pembuangan mommy lebih mudah dan sekejap. Ini kerana magnesium dan vitamin D bertindak melembutkan najis dan seterusnya memudahkan ia keluar tanpa perlu kita meneran dengan kuat. Pembuangan yang menyeronokkan. hihi

Ok, jom kita beralih kepada testimoni ostematrix shaklee. Selain dapat membuang dengan mudah, ostematrix dapat membantu anda mengatasi masalah lain seperti testimoni ostematrix dibawah,

#1 TESTIMONI OSTEMATRIX : SAKIT LUTUT, KAKI DAN PINGGANG DAH KURANG

testimoni ostematrix, ostematrix shaklee, ostematrix, pengedar shaklee paka, pengedar shaklee ketengah jaya


#2 TESTIMONI OSTEMATRIX : LAWAS DAN TAK SEMBELIT LAGI

testimoni ostematrix, ostematrix shaklee, ostematrix, pengedar shaklee paka, pengedar shaklee ketengah jaya


#3 TESTIMONI OSTEMATRIX : DAPAT TIDUR NYENYAK

testimoni ostematrix, ostematrix shaklee, ostematrix, pengedar shaklee paka, pengedar shaklee ketengah jaya


#4 TESTIMONI OSTEMATRIX : BETIS TAK KEJANG 



#5 TESTIMONI OSTEMATRIX : SAKIT PINGGANG DAH BERKURANG

testimoni ostematrix, ostematrix shaklee, ostematrix, pengedar shaklee paka, pengedar shaklee ketengah jaya


#6 TESTIMONI OSTEMATRIX : DAPAT TIDUR LENA DAN TIDAK SEMBELIT

testimoni ostematrix, ostematrix shaklee, ostematrix, pengedar shaklee paka, pengedar shaklee ketengah jaya

Sempena bulan meraikan hari wanita, shaklee telah menawarkan promosi vitamin shaklee terutama untuk membantu wanita meningkatkan kesihatan. Ostematrix salah satu promosi terbaik bulan ini iaitu,
Belian 5 botol Ostematrix, anda akan dapat RM30 VOUCHER. Link promosi di SINI.
Jika anda ingin dapatkan Ostematrix dengan harga jimat, boleh hubungi mommy sekarang..")
DAPATKAN DENGAN HARGA PROMO SEKARANG!

Click ▶️ www.wasap.my/60199966576

Pilihan Promosi shaklee di SINI.

019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Ketengah Jaya
Share:

Giveaway Road to 8 Million Pageview

Assalamualaikum wbt,

Jom korang, kita join giveaway di bulan march. hihi


Sebarang syarat, korang boleh klik je gambar direct ke blog tuan empunya badan. 
Share:

VIVIX SHAKLEE MELINDUNGI 4 MEKANISME PENTING SEL BADAN MANUSIA

VIVIX SHAKLEE MELINDUNGI 4 MEKANISME PENTING SEL BADAN MANUSIA.

Assalamualaikum wbt,

Tahukah anda, vivix merupakan minuman botani yang kaya dengan antioksidan yang bertindak melindungi tubuh badan kita sehingga ke tahap sel DNA. Sepertimana yang kita tahu bahwan DNA sel merupakan part of organ yang paling kecil dan halus. Itulah keistimewaan vivix yang dimiliki oleh shaklee.

vivix shaklee, pengedar vivix shaklee. pengedar vivix shaklee aktif, pos vivix shaklee seluruh malaysia, pos vivix shaklee, vivix shaklee paka, vivix shaklee paka aktif, FREE MEMBERSHIP SHAKLEE, cara join ahli shaklee secara percuma, vivix shaklee boleh free memebrship


Vivix merupakan produk yang dipatenkan oleh shaklee dan tiada pada mana-mana brand lain. Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.*
vivix shaklee, pengedar vivix shaklee. pengedar vivix shaklee aktif, pos vivix shaklee seluruh malaysia, pos vivix shaklee, vivix shaklee paka, vivix shaklee paka aktif, FREE MEMBERSHIP SHAKLEE, cara join ahli shaklee secara percuma, vivix shaklee boleh free memebrship


Sel merupakan komponen penting dalam badan, kerana badan seseorang terdiri daripada gabungan jutaan sel. Setiap hari berlaku ribuan sel yang mati dan dalam masa yang sama berlaku pertumbuhan sel baru. Pelbagai faktor yang menyebabkan sel tubuh kita mati antaranya asap rokok, radikal bebas, pemakan yang tidak seimbang, rutin hidup yang kurang sihat dan lain-lain.

Pertumbuhan sel baru terhadap badan kita bergantung kepada kesihatan badan. Jika badan kita cukup nutrisi, maka sel badan kita tumbuh dengan baik. Jika sebaliknya, badan kita mengalami kekurangan nutrisi. Jadi, bagaimana vivix membantu mekanisme sel badan?

4 Mekanisme Utama Vivix terhadapat sel adalah :

1. Mempertahankan Sel
Vivix bertindak mempertahankan sel badan dari mengalami kerosakan. Ia melindungi sel daripada serangan radikal bebas dan seterusnya mengekalkan kesihatan ke tahap yang lebih optimum.

2. Memberi Tenaga Pada Sel
Tahukah anda, sel badan juga memerlukan tenaga. Jika berlaku pengurangan tenaga, proses pertumbuhan dan perlindungan terhadap sel menjadi lemah. Kesannya, ia menyebabkan badan kita menjadi letih, lesu dan tidak bermaya.

3. Memperbaiki Sel
Badan kita sentiasa mengalami pembaikan. Namun, jika tidak mendapat nutrisi yang baik, proses pembaikan ini menjadi lambat. Perasan tak, mengapa orang sakit kencing manis mengalami luka yang lambat sembuh? Ini kerana pembaikan sel badan bagi orang yang ada kencing manis agak lambat.

4. Meningkatkan Prestasi Sel
Vivix amat membantu dalam meningkatkan prestasi sel badan. Sebab itu pengguna yang mengamalkan minum vivix setiap hari memberi feedback badan lebih sihat dan bertenaga.

Jadi, vivix adalah supplemen premium yang patut anda amalkan setiap hari bagi mengekalkan kesihatan ke tahap yang optimum.

Mommy wawa, saya berminat untuk dapatkan vivix. Boleh tahu bagaiman cara nak dapatkan vivix?

vivix shaklee, pengedar vivix shaklee. pengedar vivix shaklee aktif, pos vivix shaklee seluruh malaysia, pos vivix shaklee, vivix shaklee paka, vivix shaklee paka aktif,
2 BOTOL VIVIX  & FREE MEMBERSHIP


Untuk pengetahuan anda, harga sebotol vivix RM475.

Jika anda membeli 2 botol, anda akan mendapat diskaun sehingga RM190. Anda cuma perlu bayar RM760 sahaja.

Apa yang lebih best adalah, anda akan mendapat cash rebate sebanyak RM38. Woww sangat kan? Selain itu, anda juga secara automatik telah menjadi AHLI SHAKLEE dan juga AGEN SHAKLEE jika ingin menambah pendapatan. Selain itu juga, anda boleh menikmati diskaun sehingga 21% untuk setiap pembelian produk shaklee.

Best ke best?

Click ▶️ www.wasap.my/60199966576

Pilihan Promosi shaklee di SINI.

019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Ketengah Jaya

Share:

OSTEMATRIX BANTU ATASI ENAM MASALAH ANDA

OSTEMATRIX BANTU ATASI ENAM MASALAH ANDA.

Assalamualaikum wbt,

Apakah itu Ostematrix? Pernahkah anda mendengar perkataan Ostematrix?

Ostematrix adalah nutrien pembina tulang. Sudah tentu pernah bukan. Supplemen kalsium dari brand shaklee.

Tulang yang kuat untuk tubuh yang kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien pembina tulang untuk memastikan ia kekal sihat sepanjang masa.
Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda, kerana itulah amat penting untuk anda memastikan ia kekal kuat dan sihat. Tubuh anda membina tulang baharu dengan pantas, tetapi apabila umur anda meningkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina. Hakikat inilah menjadikannya penting untuk anda membekalkan tulang anda dengan nutrien pembina-tulang yang berkualiti.*
Keistimewaan Shaklee
Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

Selain untuk tulang, Ostematrix membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan lain. Antaranya adalah:

Ostematrix Bantu Atasi Enam Masalah Anda


 Ostematrix Bantu Atasi Enam Masalah Anda

  1. Insomnia
  2. Ibu menyusu
  3. Sembelit
  4. Ibu Hamil
  5. Senggugut
  6. Menguatkan tulang

Ostematrix Membantu Masalah Insomnia

 Ostematrix membekalkan kalsium dan magnesium yang mencukupi dengan memberikan tidur yang lebih lena.


Keperluan kalsium yang lebih tinggi daripada biasa buat Si ibu yang menyusukan anak. Ostematrix membantu membekalkan kalsium yang mencukupi untuk si ibu.


 Magnesium di dalam Ostematrix berperanan melegakan otot dalam usus dan juga mampu melembutkan najis bagi membantu melancarkan pergerakan najis.

 Ketika hamil, bayi akan mengambil sedikit kalsium dari si ibu. Oleh itu, ostematrix membantu menambah kalsium dalam menu diet harian si ibu.

Ostematrix Membantu masalah Senggugut
 Kalsium membantu masalah haid, meringankan sakit sewaktu haid, sakit kepala dan pitam. Malah ia juga menggalakkan tidur yang lebih selesa dan lena.

Ostematrix membekalkan kalsium bagi membantu mengelakkan masalah osteoporosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf.

Sempena bulan meraikan hari wanita, shaklee telah menawarkan promosi vitamin shaklee terutama untuk membantu wanita meningkatkan kesihatan. Ostematrix salah satu promosi terbaik bulan ini iaitu,
Belian 5 botol Ostematrix, anda akan dapat RM30 VOUCHER. Link promosi di SINI.
Jika anda ingin dapatkan Ostematrix dengan harga jimat, boleh hubungi mommy sekarang..")
DAPATKAN DENGAN HARGA PROMO SEKARANG!

Click ▶️ www.wasap.my/60199966576

Pilihan Promosi shaklee di SINI.

019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Ketengah Jaya

Share:

MEDIA SOSIAL FACEBOOK, INSTAGRAM DAN WHATSAPP ALAMI GANGGU TERBESAR

MEDIA SOSIAL FACEBOOK, INSTAGRAM DAN WHATSAPP ALAMI GANGGU.

Assalamualaikum wbt,

Sejak awal pagi mommy buat hantaran di laman muka buku masih belum berjaya. Hantaran di laman instagram dan juga whatsapp status juga gagal. Mommy ingatkan Mark Zuckerberg telah blog facebook mommy. Rupa-rupanya ni haa, berita di astro awani telah keluarkan kenyataan bahawa ketiga-tiga media sosial mengalami gangguan di seluruh dunia.




BEBERAPA jam lepas, mungkin ada antara anda yang sedar bahawa berlaku gangguan kepada aplikasi Facebook serta 'adik-beradiknya' iaitu Instagram dan Whatsapp.

Gangguan kepada aplikasi ini telah mengundang perbualan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru di Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah, tiada posting terbaru yang dikesan di ketiga-tiga platform berkenaan.

Malah, bagi pengguna Whatsapp, ada antaranya yang tidak dapat menghantar foto dan video.

Menurut pemakluman yang dikeluarkan Facebook, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang menyebabkan penggunanya gagal log masuk ke akaun mereka.

Malah, Facebook turut mengesahkan bahawa gangguan kali ini tiada kaitan dengan serangan DDos yang didakwa berlaku kepada mereka.

Bagaimanapun, gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector dot com, laporan daripada pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.


Malaysia juga turut menerima tempiasnya apabila laporan yang diterima setakat ini menyatakan gangguan berkenaan telah memasuki jam kelima.

Mengikut sejarah, Facebook pernah mengalami gangguan akibat masalah teknikal ketika kerja-kerja menaiktaraf bagi kepentingan pengguna yang kini bertambah.

Memandangkan Facebook merupakan platform komunikasi dengan bilangan pengguna terbesar di dunia ketika ini, ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dan menjalankan perniagaan mereka.


Share:

PRAY FOR PASIR GUDANG | TRAGEDI GAS METANA

Assalamualaikum wbt,


Sejak beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan kejadian yang menimpa penduduk Pasir Gudang di negeri Johor, dimana berlakunya pembuangan sisa toksik ditempat yang tidak sepatutnya dan mengakibatkan pelepasan gas metana ke udara.

Keadaan ini amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia dan penduduk Pasir Gudang khususnya. Kejadian ini telah mengakibatkan lebih 500 orang telah dikejarkan ke Hospital. 




keadaan sungai yang dicemari oleh bahan toksik


Tindakan pantas Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengisytiharkan 111 buah sekolah di seluruh Pasir Gudang adalah tindakan yang harus dipuji. Namun, mommy dikhabarkan ibu bapa yang bekerja di sana masih belum diisytiharkan supaya bercuti.


Buat pelajar SPM yang ingin mengambil keputusan, anda boleh rujuk sekolah dan lokasi yang boleh diambil seperti tertera di utusan rasmi KPM diatas. Semoga mendapat keputusan cemerlang mommy ucapkan kepada calon SPM yang mengambil keputusan hari ini.

Mommy kongsikan apa akibat jika terhidu gas metana yang berlebihan

BAHANA GAS METANA
versi alih-bahasa

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden pencemaran susulan pembuangan sisa toksik yang mengeluarkan gas metana di Pasir Gudang. Pendedahan kepada gas metana ini sangat membahayakan orang awam tidak kira dewasa mahupun kanak kanak. Mari kita kupas apa itu gas metana dan apa kesannya apabila terdedah kepada gas ini?

APAKAH GAS METANA?

Metana (atau Methane) ialah hidrokarbon paling sederhana yang berbentuk gas dan merupakan salah satu komponen utama gas asli. Metana tidak berbau, tidak berwarna, sangat mudah terbakar, dan mempunyai ciri asfiksian (asphyxiant) (mampu mengurangkan kadar oksigen dalam udara).

Namun demikian, untuk penggunaan komersial, gas metana kebiasaannya akan ditambah dengan bahan kimia lain, seperti Hydrogen Sulphide, untuk mengesan sebarang kebocoran. Kita dapat menghidu gas ini apabila kebocoran berlaku dan baunya adalah seperti telur busuk. Jika anda mencium bau ini, ia bererti konsentrasi gas metana sudah tinggi dan ianya membahayakan kesihatan.

APAKAH KESAN APABILA TERHIDU/TERDEDAH KEPADA GAS METANA?

Apabila kita terhidu/terdedah kepada gas metana dalam konsentrasi yang tinggi, fasa asfiksia (asphyxia) boleh berlaku di mana gas metana akan menggantikan gas oksigen di udara. Keadaan ini mampu menurunkan konsentrasi oksigen sehingga di bawah paras 15 peratus dan badan kita akan kekurangan oksigen kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi. Kebanyakan orang mampu bertahan dengan pengurangan oksigen sehingga 16 peratus tanpa merasa sakit. Namun begitu, keadaan ini amat membahayakan dan perlu diberi rawatan segera.

Kekurangan oksigen dalam badan akan mengakibatkan:
1. Sukar untuk bernafas, sesak nafas
2. Loya dan muntah
3. Pening kepala
4. Dehidrasi
5. Denyutan nadi meningkat
6. Lemah badan
7. Hilang kesedaran
8. Koordinasi badan semakin berkurangan

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan. Sebagai langkah berjaga-jaga, pakai “face mask” dan cuba sedaya upaya untuk jauhkan diri anda daripada kawasan yang menjadi punca kepada pengeluaran gas metana ini. 

Sumber gambar: Google

#FarmasiIdealShares
#TeamINC
Share:

8 HARI BERKAMPUNG DI HSNZ - PRINCESS ALAMI BRONCHOPNEUMONIA

8 HARI BERKAMPUNG DI HSNZ - PRINCESS ALAMI BRONCHOPNEUMONIA

Assalamualaikum wbt,

8 February 2019, jam 4:30 pagi. Mommy dikejutkan dengan panggilan telefon dari tokcik (yang menjaga princess) mengatakan anak mommy terpaksa dikejarkan ke hospital Dungun. Terkejut dan terus buntang biji mata mommy, kenapa anak aku, teruk ke. 

Tak lama kemudian, daddy pula yang call dan bagitahu jangan terkejut sebab princess terpaksa di transfer ke hospital Kuala Terengganu. Ya Allah, macam mana anak aku? Macam mana keadaan anak aku ni? Mommy terdiam dan dalam masa yang sama, mommy tak terlampau risau sebab kakak mommy yang bekerja sebagai nurse di Hospital Kubang Kerian balik bercuti dan Cik Ngoh (kakak mommy) yang bawa naik ambulance. Sampai di sana, princess mommy terus di masukkan ke wad PICU (Pediatric Intensive Care Unit).

Daddy pesan jangan balik dulu, tunggu cerah baru balik. Ibu mana yang dapat bersabar kan. Jam 5 lebih mommy dah siap mandi dan mommy cuba cari tiket bas untuk balik ke Terengganu. Namun, semuanya tiada yang ada malam sahaja. Selepas bersalin, mommy belum pernah lagi drive jauh. Hari itu, mommy tawakkal pada Allah, jam 7 mommy dah bergerak balik ke Terengganu.

Jam 2 petang mommy sampai di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Sebaik sampai mommy terus bertukar dengan CIk Ngoh untuk ambil alih menjaga princess. Mommy diterangkan secara ringkas oleh cik Ngoh keadaan princess di mana terpaksa pakai oksigen 10 liter.

Bila mommy naik dan tengok princess, sayunya hati. Ini gambar keadaan princess semasa dalam PICU. Menurut doktor pediatrik kanak-kanak di HSNZ, princess dikatakan mengalami Bronchopneumonia atau juga dikenali bahasa kampung "batuk 100 hari". Bila mommy dengar, agak terkejut juga, adakah anak mommy akan batuk sampai macam tu sekali. Doktor kata. "tak, ia depend kepada kekuatan imuniti badan princess dalam melawan virus ini".

Hari pertama warded
Kondisi princess boleh dikatakan agak teruk sebab terpaksa on oksigen 10 liter selama tiga hari. Sepanjang mommy jaga anak mommy ni, sebagai ibu kita memang kena kuat. Adakala air mata mommy tak dapat nak dihalang, kadang-kadang terjatuh juga. Tapi, mommy cepat-cepat seka dan elak dari menangis, sebab mommy tahu anak mommy akan kuat bila mommy kuat.

Setiap hari, mommy akan bercakap dengan princess walaupun princess tidur je, princess tak boleh bangun atau sedar. Bila sedar princess akan batuk sampai mommy tak sampai hati nak tengok dan mommy tak tahu macam mana nak kurangkan rasa sakit batuk tu. Batuk princess susah nak berhenti dan berpanjangan sampaikan tak dak suara princess nak batuk. Uols bayangkan macam mana. Kita yang dewasa pun rasa sakit dan senak perut kan? Inikan pula baby yang baru berusia 3 bulan. 

Bila sampai batuk dan kahak yang banyak, nurse terpaksa sedut untuk elak paru-paru dari terkena jangkitan kuman. Bila sedut, Allahurabbi, mommy menangis uols. Tak sanggup dengar anak menangis sampai tak de suara. Mommy yang kuat ni menitis air mata. Mommy tahu, princess mommy rasa tak selesa. Apakan daya, mommy terpaksa biarkan untuk kesihatanprincess.

Hari kedua, princess dah bukak mata tapi masih belum boleh cakap. Sesekali bunyi um umm. Tiada sudah kelincahan princess waktu duk dalam wad. Kecian mommy tengok.

Selama lapan hari berkampung di sana, mommy belajar banyak benda. Antaranya, penyakit yang anak mommy hadapi, kedua sabar, ketiga redha, ke empat pengorbanan. Sepanjang mommy jaga princess lapan hari di wab, serius mommy tak rehat. Dengan keadaan mommy yang baru lepas berpantang, alhamdulillah badan dan kesihatan mommy berada pada tahap yang paling maksimum. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah, asbab mommy tak tinggal vitamin C dan vivix.

Mommy rasa mommy laa paling teruk bila fikir keadaan anak, tapi sebenarnya orang lain Allah uji lagi teruk dari mommy. Semasa dalam wad, mommy jumpa ramai ibu-ibu yang anak mereka juga warded. Ada antaranya anak kena jangkitan kuman sampai ke otak, ada yang anaknya kena sawan, ada yang anaknya tak sedar dan macam-macam lagi. Bila mommy fikir balik, syukur lah Allah uji mommy macam ni sebab hikmahnya, mommy dapat spend masa dengan princess lebih lama. Selepas keluar wad, mommy ambil cuti sampai 24 hari bulan February, lebih kurang sebulan juga mommy cuti tanpa gaji. 

Apa itu Bronchopneumonia? Mommy cuba buat entry lain supaya dapat mommy share lebih detail dan macam mana nak awasi anak-anak yang pernah alami masalah ini. 

Thank you sebab sudi baca entry mommy..")


Share:

APA ITU PENYAKIT BRONCHOPNEUMONIA

Assalamualaikum wbt,

APA ITU PENYAKIT BRONCHOPNEUMONIA?


Bronchopneumonia atau bronkopneumonia adalah jenis pneumonia yang mempengaruhi bronkus dan alveolus. Bronkus adalah saluran udara yang memastikan udara masuk dengan baik dari trakea ke alveolus. Sementara itu, alveolus adalah kantong udara kecil yang berfungsi sebagai tempat pertukaran oksigen dan karbon dioksida.



Bronkopneumonia dikenalpasti dengan keradangan yang menyerang saluran udara. Oleh karena itu, seseorang yang mengalami penyakit ini dapat merasa sulit bernafas atau sesak nafas kerana paru-paru mereka tidak mendapatkan bekalan udara yang cukup.

Siapakah yang biasa diserang penyakit bronchopneumonia?

Bronchopneumonia biasanya menyerang dan terjadi kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah. Ini kerana pada usia ini, kanak-kanak memiliki imuniti yang rendah dan jika berlaku infeksi, ia boleh menyebabkan kematian.

Beberapa tanda dan gejala bronchopneumonia adalah:

  • Demam
  • Batuk berkahak
  • Sakit kepala
  • Nyeri otot
  • Lemas, lesu, dan tidak bertenaga
  • Sesak nafas
  • Ngeri atau sakit di daerah dada ketika batuk atau bernafas dalam-dalam
  • Berpeluh berlebihan
  • Nafas cepat atau laju
  • Denyutan jantung laju
Untuk dapatkan info lebih lanjut, anda boleh terus ke link sumber di bawah naa.




Gambar ehsan google

Share:

PERKENALKAN PRINCESS AAIRA ZAFIRAH BINTI ZUUBER

PERKENALKAN PRINCESS AAIRA ZAFIRAH BINTI ZUUBER.


Assalamualaikum aunties,

Alhamdulillah, terima kasih Allah kurniakan mommy & daddy zuriat penyumbang pahala mommy & daddy diakhirat kelak. Amin


Mommy perkenalkan anak perempuan mommy Princess Aaira Zafirah Binti Zuuber kini berusia 4 bulan 8 hari.

Alhamdulillah, perkembangan princess sangat positif sejajar dengan usianya. Mommy sebolehnya tak nak dedahkan princess dengan gadjet, namun bila berjauhan ini mommy terpaksa juga sebab mudahkan mommy juga nak ber video call setiap hari.

Detail Princess:
Nama : Aaira Zafirah
D.o.b : 3 November 2018
Berat Masa Lahir : 2.9kg
Berat Kini : 6.3kg
Panjang : 63cm
Jantina : Girl

My Happy Family, 2/2/2019



Share:

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2020 SUDAH DI BUKA

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2020 SUDAH DI BUKA.

Assalamualaikum wbt,

Semakin bertambah tahun, semakin banyak perubahan berlaku, semakin berubah pimpinan, semakin berubah corak pemerintahan. Begitu juga dengan sistem pendidikan negara. Mommy bukanlah orang yang layak untuk berbicara tentang sistem pendidikan negara, namun sebagai seorang yang sudah bergelar ibu, mommy perlu mengambil tahu tentang pendidikan negara sebagai persediaan mommy untuk princess tercinta. hihi

Korang tahu tak, sistem pendidikan sekarang ni nak masuk sekolah pun kena buat online tau. Aduhai, serius mommy baru tahu beberapa tahun kebelakangan ini sahaja. Padahal mungkin sudah lama sistem online ini bermula kan?

Ok, sebenarnya mommy nak bagitahu kepada ibu atau bapa kat luar sana yang ada anak mula sekolah tahun depan (2020), anda boleh sudah daftarkan mereka sebelum terlambat. Sebenarnya ada dua cara iaitu permohonan online dan manual. 

Keadaan ini bagi adil kepada ibu bapa yang berada di luar bandar dan ibu bapa bandar yang tidak tahu cara nak daftar online, mereka boleh pilih untuk mendaftar permohonan secara manual. 

Cara Permohonan Kemasukan Murid Ke Prasekolah Tahun 2020


  • Permohonan secara online telah pun dibuka bermula 1 Mac hingga 30 April 2019
  • Permohonan secara manual melalui sekolah yang dimohon pada 1 Mac - 31 Mei 2019
  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 sahaja layak memohon.
  • Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/ untuk permohonan.
  • Sebelum mendaftar, ibu ayah perlu membaca manual ini terlebih dahulu.

Sila klik link di atas. 

Selamat memohon ibu ayah!
Share:

GLA COMPLEX : KEISTIMEWAAN, KEBAIKAN, DAN TESTIMONI

GLA COMPLEX : KEISTIMEWAAN, KEBAIKAN, DAN TESTIMONI !

Assalamualaikum wbt,

Apakah sebenarnya GLA Complex? Apakah keistimewaan, kebaikan, manfaat atau fungsi GLA Complex?

GLA Complex adalah singkatan kepada GLA (Asid Linolenik Gamma) adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan oleh tubuh anda untuk menghasilkan prostaglandin – bahan yang membantu mengawal-atur pelbagai proses tubuh. Malah, ia amat bermanfaat untuk setiap wanita di semua peringkat umur.

GLA Complex diformulasi khas untuk membantu wanita mengekalkan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan.

GLA Complex, Fungsi GLA complex, Kebaikan GLA Complex, Testimoni GLA Complex,


Keistimewaan GLA Complex 

GLA Complex, Fungsi GLA complex, Kebaikan GLA Complex, Testimoni GLA Complex,

Diperolehi daripada minyak borage, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.

Fakta Nutrisi GLA Complex

GLA Complex, Fungsi GLA complex, Kebaikan GLA Complex, Testimoni GLA Complex,

Kebaikan GLA Complex

GLA Complex, Fungsi GLA complex, Kebaikan GLA Complex, Testimoni GLA Complex,

Pelbagai kebaikan dan manfaat yang terdapat dalam GLA Complex shaklee ini, antaranya adalah :
  1. Membantu, mengawal dan mengatur kitaran haid.
  2. Meningkatkan kesuburan.
  3. Melegakan PMS (Pre-Menstuation Syndrome).
  4. Menguatkan kuku dan rambut.
  5. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
  6. Mengurangkan "blood clot" yang menyebabkan serangan jantung.
  7. Mengawal gula dalam darah.
  8. Mengawal tahap kolesterol.
  9. Meningkatkan fungsi saraf.

Testimoni GLA Complex

Siapa sangka Puan Fieza yang mengalami masalah PCOS telah disahkan oleh doktor semakin mengecil. Selain itu, GLA Complex sangat bagus untuk kesuburan wanita dan ia membantu wanita yang mengalami masalah kesuburan dan sukar hamil. InsyaAllah, dengan izin Allah anda boleh hamil asbab makan GLA Complex.

GLA Complex, Fungsi GLA complex, Kebaikan GLA Complex, Testimoni GLA Complex,

Puan Azuraini yang juga mengalami masalah PCOS berjaya hamil dengan izin Allah selepas mengamalkan GLA Complex. Telah ramai lagi yang telah berjaya hamil dengan izin Allah selepas mengamalkan pemkanan yang sihat, diet yang seimbang dan pengambilan supplemen yang teratur.


Jika anda seorang wanita yang sedang berusaha untuk hamil, pelbagai kaedah sudah anda jalankan namun belum berhasil. Apakata, anda mencuba set kesuburan shaklee yang mana pelaburan yang sangat menyihatkan selain untuk membantu masalah kesuran, pastinya anda akan mendapat bonus yang lain seperti kesihatan bertambah baik, kulit yang lebih cantik, rambut yang menawan dan banyak lagi.

Oh ya, bulan ini GLA Complex sedang ada promosi. Jika anda ingin dapatkan harga promosi, bolehlah grab sekarang melalui link whatsapp di bawah.

Belian 4 botol GLA Complex, anda berpeluang dapat VOUCHER RM30.

DAPATKAN DENGAN HARGA PROMO SEKARANG!

Click ▶️ www.wasap.my/60199966576

Pilihan Promosi shaklee di SINI.




019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Ketengah Jaya

Share:

Follow by Email

About Me

My photo
Mommy to my pretty princess, Suka senyum, suka makan, suka membaca, suka memberi inspirasi, suka menulis

Popular

Followers

HOW TO ORDER

HOW TO ORDER
PLEASE WHATSAPP MOMMY DIRECTLY

Blog Archive

Recent Posts

Total Pageviews

BLOGGER TEAM


Check Page Rank CK Free Auto Backlink\ Kedai Backlink,Backlink Percuma
free web site traffic and promotion

BRAND COLLABORATIONS

Printcious | Syaqist | BPT | Shaklee | Mcdonalds | Desaru Coast Adventure Waterpark | Sensodyne