Apa itu Penyakit HFMD - Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut?
Penyakit HFMD - Hand, Foot and Mouth Disease merupakan salah satu penyakit disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. - Portal moh
Assalamualaikum wbt,
Penularan kes penyakit kaki, tangan dan mulut ini semakin meningkat apabila meningkat 50 peratus kes di Melaka. Menurut astro awani, 795 kes telah dilaporkan pada Rabu lepas. Ini menunjukkan bahawa penyakit HFMD ini menjadi semakin serius jika tidak dibendung oleh para ibu bapa dari awal. Ini kerana penyakit HFMD boleh berjangkit dengan mudah dikalangan anak-anak kecil.
Simptom Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut
- Demam
- Sakit tekak
- Bengkak pada lidah, gusi atau di dalam pipi
- Ruam merah atau lepuh
- Gatal-gatal kulit pada bayi dan kanak-kanak
- Hilang selera makan
3 Langkah Penting Cara Pencegahan untuk Mengelakkan Jangkitan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut
- Cuci tangan anda - Cuci dengan kerap dan berhati-hati, terutama selepas menggunakan bilik mandi, menyediakan makanan atau minuman dan menukar lampin.
- Bersihkan tempat yang kotor / kerap disentuh - Basuh permukaan dengan air panas, sabun, gunakan larutan yang ditambahkan dengan 2 sudu pencuci antibakteria hingga 4 cawan air, kemudian bilas kering.
- Elakkan sentuhan - Jangan memeluk atau mencium atau berkongsi cawan/pinggan dengan orang yang telah dijangkiti.
Cara Mengatasi Penyakit HFMD
Penyakit HFMD biasanya sembuh tanpa rawatan menggunakan ubat-ubatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, ada keadaan jangkitan yang menyebabkan komplikasi teruk dan memerlukan rawatan intensif.
Namun, ibu bapa harus berwaspada terlebih awal dan jika sudah terjadi berikan boleh ikut cadangan dibawah :
- Pastikan suhu badan anak anda berada dalam keadaan normal dan pantau menggunakan alat pengukur suhu yang bersesuaian. Anda juga boleh menggunakan Basic H yang dititiskan 3-5 titis dalam 1 baldi air dan mandikan pada anak anda untuk menurunkan suhu badan. Selain itu, boleh juga di sapu Cream Herbal Blend ke selurun tubuh anak anda untuk menurunkan suhu badan.
- Berikan anak anda Chewable vitamin C dan Omega Guard supaya dapat menguatkan antibodi bagi melawan virus dan demam yang dialami disebabkan oleh penyakit HFMD ini.
- Sapukan Cream Herbal Blend pada bahagian kaki, tangan dan mulut yang mengalami lepuh dan gatal-gatal setiap kali selepas mandi. Ini bagi mengurangkan rasa gatal-gatal yang dialami oleh anak-anak.
Adakah anda ingin dapatkan set untuk mencegah dan mengatasi masalah penyakit HFMD - Penyakit Kaki, tangan dan mulut?
Hubungi kami:
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Pengeposan ke seluruh Malaysia
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Pengeposan ke seluruh Malaysia
1 Comments
Gud info. Sekarang ni macam-macam penyakit dah.
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊