Hidung Berdarah Ketika Hamil, Normal Atau Tidak?

Assalamualaikum wbt,

Pernah tak uols alami masalah hidung berdarah? Sejak masuk trimester kedua, hidung kak wawa kerap berdarah. Bila dikorek dengan tisu, darah akan kelihatan samada pekat dan cair. pada awalnya, keadaan ini agak membimbangkan memandangkan kak wawa tak pernah kena hidung berdarah. Pada awalnya, kak wawa ingatkan cuaca panas. Namun, setelah bertanya dengan doktor rupanya keadaan ini adalah normal bagi ibu hamil.

Mengapa hidung saya berdarah ketika hamil?

Hidung berdarah sebenarnya adalah normal semasa mengandung, terutamanya mulai trimester kedua. Hormon kehamilan progesteron dan estrogen menyebabkan pembuluh darah anda terbuka semakin luas atau membesar. Pada masa yang sama, bekalan darah dalam badan yang bertambah memberi tekanan kepada urat halus pada hidung. 

Lapisan lembab atau membran mukus di dalam hidung anda juga akan membengkak dan menjadi kering. Ia biasanya berlaku terutamanya apabila cuaca sejuk dan kering. Ini menyebabkan pembuluh darah di dalam hidung anda lebih senang untuk terbuka dan pecah, menyebabkan pendarahan kecil.

Sumber : babycenter


Bagaimana cara hentikan pendarahan hidung?

Apabila hidung anda berdarah: 
  • Duduk dan picit hidung anda pada bahagian atas lubang hidung, iaitu di bahagian yang lembut.
  • Teruskan memicit selama lebih kurang 10 minit.
  • Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual.
  • Duduk tegak, bukannya berbaring agar tekanan darah di dalam hidung anda berkurangan.
  • Teruskan menekan bahagian atas hidung anda sehingga 20 minit supaya darah membeku dengan baik.
  • Anda juga boleh menggunakan pek ais untuk melegakan bahagian itu.

Bagi menghalang pendarahan berlaku semula dalam masa 12 jam berikutnya, elakkan daripada: 
  • menggerakkan kepala lebih rendah daripada paras jantung anda.
  • melakukan kerja-kerja berat.
  • menghembus hidung.
  • jangan korek hidung kerana ia menambahkan luka pada salur darah anda.

Selain mengamalkan tips diatas, ibu hamil perlu mengambil vitamin c yang mencukupi. Ini kerana vitamin c dapat membantu mengelakkan hidung dan gusi berdarah.

Kredit image pakcik google