Sidang Parlimen Malaysia Ke 14

Share:

Tarbiah Hati : Kenapa Banyak Berzikir Tapi Semakin Dekat Dengan Syaitan

Assalamualaikum wbt,


untuk renungan bersama, agar memanafaat kan...

KENAPA BANYAK YANG BERZIKIR TAPI MEMBUAT DIA SEMAKIN DEKAT DENGAN SYAITAN.

Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al Ghazali rah.a) 

“Syeikh, bukankah zikir boleh membuat orang yang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari menjauh darinya?"

“Benar,” Jawab Imam al-Ghazali. 

“Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir jestru malah semakin dekat dengan syaitan?”, tanya murid itu.

Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam ini pun menjawab....

“Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing namun dia masih menyimpan tulang dan pelbagai makanan kesukaan anjing di sekitarnya?”

“Tentunya, anjing itu akan kembali datang setelah diusir", jawab murid Imam Ghazali.

Imam al-Ghazali menjelaskan, "Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan pelbagai penyakit hati dalam dirinya. Syaitan akan terus datang dan mendekati bahkan bersahabat dengannya. Penyakit-penyakit hati itu ialah :

1. Kesombongan
2. Irihati
3. Dengki
4. Syirik
5. Bersikap/berkata kasar
6. Riak
7. Merasa soleh
8. Merasa Suci
9. Ghibah
10. Marah dan pelbagai penyakit hati lainnya. 

Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan terlaknat akan sentiasa datang, mengakrabkan diri. Kemudian menjadi sahabat karibnya.

Wallahua'lam

Sumber : Whatsapp group
Share:

Doa Amalan Ibu Mengandung Wajib Baca

Assalamualaikum wbt,

Doa Amalan Ibu Mengandung Wajib Baca. Kenapa wajib? Sebab kita nak anak kita jadi yang terbaik, soleh, solehah, hafiz, hafizah, sihat, sempurna fizikal dan akal, terpelihara dan sebagainya kan. Doa dan amalan ni snagat bagus untuk ibu-ibu mengandung amalkan.

1. SAYYIDUL ISTIGHFAR



Kelebihan Amal Sayyidul Istighfar,

"Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga." ( riwayat Imam al-Bukhari ).

Kelebihan lain,

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)


2. DOA ALLAH PELIHARA KANDUNGAN


3. DOA AGAR ALLAH MENJAGA DAN MEMELIHARA ANAK DALAM KANDUNGAN


4. DOA SUPAYA MUDAH BERSALIN SECARA NORMAL


5. DOA PERLINDUNGAN BUAT ANAK DARI GANGGUAN SYAITAN

6. DOA MENGELAKKAN KECACATAN BAYI

Sesungguhnya kita sebagai hambaNya yang lemah, tidak mampu melakukan apa-apa dengan izin Allah swt. Kita tak dapat kawal apa yang nak terjadi dalam perut kita kan. Apa yang kita boleh buat, sentiasa berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat kita.

Kredit page 9 Bulan 10 Hari sharing doa-doa yang menjadi amalan semua ibu ketika hami.
Share:

Bawal Benang Hijau Mudah Bentuk

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, siapa peminat bawal dikalangan friend blog kak wawa ni? Ce angkat tangan. hehe

Kak wawa sebenarnya dah lama tinggalkan dunia membawal ni, last pakai pada tahun 2014. Ikutkan dah hampir 4 tahun kak wawa bersama shawl. Sepanjang hampir 4 tahun, pernah juga berjinak kembali untuk pakai bawal, tapi langsung jadi buruk. Tak pandai dah nak pakai bawal dan muka pun jadi lain. Terus tak pakai.

Malam Sabtu hari tu, kak wawa ke bazar Kota Tinggi. Saja habibi ajak jalan-jalan cuci mata. Kak wawa apa lagi, follow je laa sambil-sambil boleh cuci dompet habibi sekali. kiki

Tengah jalan-jalan tu, kak wawa perasan ada gantungan tudung bawal yang cantik-cantik semua. Masuk laa kejap cuci mata, tetiba terberkenan dengan bawal benang hijau. Sebenarnya banyak je jenawa bawal akak tu jual, tapi kak wawa berkenan dengan bawal benang hijau. Nampak lebih exclusive gitu warna dan corak.

Lepas sampai bilik, kak wawa terus laa cuba tanpa iron sekadar nak try jadi ke tak kak wawa pakai. Bila cuba tu kan, Ya Allah mudahnya nak bentuk tudung bawal ni. Bila tunjuk kat habibi kita, dia terus cakap cantik laa. Color dia pun lawa sangat, ofcourse laa sebab dia yang pilih kan. hehe

Nampak cantik sangat dia berbentuk kan, walaupun tudung bawal benang hijau ni tak beriron.

Tapi, katanya dia lebih suka kak wawa pakai shawl atau jadikan bawal kepada shawl. Apa lagi, terus kak wawa tukar style jadikan bawal benang hijau tu kepada shawl. Mudah sangat cuma belit sahaja. hehe


Lepas pakai, kak wawa show off laa kat habibi. Abang, macam ni cantik ke? Dah herot berot kat muka tu, tak simetri langsung. Abang kata cantik macam ni? Aah, cantik abang suka tengok sayang pakai shawl. Emmm, ok. Takde can langsung nak jadi remaja balik pakai bawal. hehe

Walaupun herot berot, kak wawa nak bagitau kat uols memang best pakai tau. Mungkin sebab kak wawa belum cuci dan iron pun lagi bawal tu. jadi untuk pakai style shawl dia kena lembut lagi untuk jadi rapat betul-betul kat dahi. Gambar ni bawal benang hijau yang kak wawa baru lepas beli. hehe

Yang pasti kak wawa suka brand bawal benang hijau ni, bolehlah lepas ni tambah koleksi ye habibi. kiki

Share:

12 Amalan Pembuka Rezeki

Assalamualaikum wbt,

Selamat pagi semua, semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah. Amin


Share:

Hari Hantar Mak & Ayah Ke Makkah

Share:

Apa Itu OCD?

Apa Itu OCD? Obsessive Compulsive Disorder (OCD)



Assalamualaikum wbt,

Beberapa hari lepas, kak wawa ada baca status seorang kawan yang katanya anak dia berumur 5 tahun dan sangat pembersih, pengemas dan teliti orangnya. Pinggan mangkuk dalam sinki tak perlu suruh, kalau ada pasti licin. Bila mintak susun barang ibunya, dia akan susun sangat cantik, tak macam budak umur 5 tahun pun. Selepas kawan fesbuk kak wawa share tentang anak dia kat suami ni, terus suaminya kata ke anaknya ada OCD.

First time dengar perkataan OCD, serius kak wawa memang tak pernah dengar. haha. Jenuh mencari dan bertanya, apa maksud OCD ni. status inilah yang buatkan kak wawa buat sedikit pembacaan untuk tahu, apa sebenarnya OCD ni.


Semalam kak wawa sempat bersembang dengan ofismate time waktu solat jumaat tentang orang OCD ni. Selepas diterangkan sedikit dari mereka, fahamlah kak wawa bahawa orang yang OCD ni ada sejenis penyakit yang terlebih-lebih risau.

Bila diingat kembali, mungkin kak wawa juga pernah alami masalah ini sewaktu sekolah rendah dahulu. Kak wawa jenis suka tempat yang kemas dan tak boleh orang sentuh barang kita. Pernah sekali tu, kak wawa susun buku, sikat, bedak atas almari yang ada cermin. Kak wawa boleh ingat macam mana keadaan kak wawa susun. Dan bila balik rumah, tengok tempat yang kak wawa letak tu berubah dan boleh menyebabkan kak wawa merajuk dan mengamuk. haha

Kita boleh ingat macam mana kita susun, kedudukan asal dan sebagainya. Seboleh mungkin tak suka orang sentuh barang kita sebab orang akan letak ikut dan je kan. Alhamdulillah, keadaan tu berubah kak wawa tak sedar bila. Sekarang ni ok je laa orang nak ambil ke apa. hik2

Jom kita kenali apa itu penyakit OCD.

Apa Itu OCD? Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

Apa itu OCD, Apa maksud OCD, Info Penyakit, OCD, Obsessive Compulsive Disorder
sumber google



OCD atau Obsessive Compulsive Disorder  ialah penyakit mental yang berpunca daripada masalah genetik dan komposisi kimia otak yang berlainan, menyebabkan penghidapnya mempunyai masalah dalam mengawal pemikirannya sendiri. 


Obsesif Kompulsif (OCD)

Ciri-Ciri OCD


Sebelum seseorang individu dilabelkan mengidap OCD, mereka perlu menepati criteria seperti berikut:-
  • orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
  • Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
  • Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibaut-buat tetapi datang dari luar ‘ego alien’ pada dirinya.
  • Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
  • Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.
Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-
  1. Was-was
  2. Kebersihan
  3. Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)
Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.
Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.
Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:-
  • Kemurungan
  • Sedih
  • Kurang selesa
  • Cepat letih
  • Berat badan menurun
  • Cepat marah
  • Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.

Sekiranya pesakit berhadapan dengan konflik, symptom OCD ini boleh berubah dari segi keterukannya dimana ia boleh menjadi lebih serius.
Bagaimanapun, sekiranya masalah atau konflik yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang baik, symptom-simptom ini akan berkurangan.
Adakalanya symptom-simptom yang terdapat pada OCD boleh didapati pada penderita-penderita penyakit mental lain seperti skizofrenia, manik depresif, psikosis, kemurungan, penyakit mental organic dan lain-lain.
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Seseorang Mendapat OCD
  1. Genetik – ( Keturunan ) Ahli keluarga yang mungkin mempunyai sejarah penyakit ini meningkatkan lagi risiko OCD.
  2. Organik- Masalah organic seperti lesi dibahagian-bahagian tertentu otak juga merupakan satu factor bagi OCD. Masalah saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan enkefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.
  3. Personaliti – Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah.
  4. Pengalaman lalu – Pengalaman masa lalu / lampau juga muda mencorakkan kaedah seseorang menangani masalah diantaranya dengan menunjukkan symptom OCD.
  5. Konflik – Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.
Contohnya hubungan antara suami-isteri, di tempat kerja, keyakinan diri, ketuhanan atau ada sahaja yang boleh mencetuskan konflik dalam diri. Namun konflik ini tidak dapat dileraikan dengan cara yang positif atau betul menyebabkan mereka berasa tertekan dengan konflik tersebut. Dengan erti kata lain, apa juga tekanan, peristiwa atau tragedy yang boleh mencetuskan tekanan akan menimbulkan symptom-simptom OCD.

Ciri-Ciri OCD

Dalam proses penyiasatan, doctor akan mengambil kira latar belakang dan sejarah pesakit termasuklah:-
  • Tempoh berlakunya masalah tersebut
  • Punca sebenar tercetusnya masalah
  • Tempat simptom OCD sama ada lebih ketara di rumah atau di pejabat
  • Keseriusan simptom sekiranya penderita menghadapi masalah.
  • Peringkat keterukan yang dihadapi.
Sekiranya pesakit menghadapi konflik atau tragedi yang serius, prognosis mereka biasanya lebih baik berbanding individu yang tidak diketahui punca penyebabnya.
Doktor perlu menentukan sama ada penyakit atau simptom OCD yang dialami pesakit bersifat primer atau sekunder penyakit mental yang lain.

Rawatan

Ubat-ubatan
Biasanya doctor akan memberi ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional pesakit.
Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas.
Pendekatan psikologi
Pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku:-
  1. Psikoterapi kognitif – pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.
  2. Psikoterapi tingkah laku – Tetapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.
Bagaimanapun, sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada:-
  • Keseriusan masalah yang dihadapi
  • Kerjasama dan patutnya terhadap rawatan yang diberi
  • Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
  • Tempoh mengidap penyakit tersebut.
Pesakit juga perlu dibantu mengatasi masalah yang mereka hadapi sama ada masalah kewangan, perkahwinan, hubungan social atau sebagainya.

Malaysia Mental Health Association (MMHA)

Sumber

Apakah cara yang kita dapat bantu untuk selesaikan masalah orang yang mengidap OCD?


Dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta pengambilan supplemen Bcomplex dapat membantu mengatasi masalah OCD yang dihadapi oleh pesakit. Keistimewaan Bcomplex shaklee dapat memberi Ketenangan kepada individu terbabit bagi mengatasi masalah OCD yang dihadapi.


Info tentang Bcomplex shaklee disini.

Jika ingin dapatkan supplemen daripada kami, boleh berbuat demikian dengan hubungi kami seperti nombor yang tertera dibawah.

Hubungi kami: 

019-9966576 (Kak Wawa)

BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Bandar Penawar
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Share:

Kes Penyakit HFMD Meningkat Sehingga 28% Di Seluruh Malaysia

Assalamualaikum wbt,

Semalam kak wawa ada kongsikan tentang penyakit HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut sejenis virus yang menyerang bayi, kanak-kanak dan berisiko juga dikalangan remaja dan orang dewasa.

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak  di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Ianya disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71). Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis kes. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh (7) ke 10 hari. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis. Tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan penyakit HFMD.
Sehingga kini, di seluruh Malaysia, sebanyak 341 buah taska / tadika / tabika / pra-sekolah telah melaporkan kluster HFMD di premis mereka, iaitu 50% dari jumlah wabak yang dilaporkan pada tahun ini. Survelan virus HFMD juga mendapati peningkatan aktiviti virus EV71 dalam persekitaran semenjak bulan Mac  2018. - Sumber kkm
sumber image kkm
Bagi menghalang sebaran virus HFMD, KKM menggesa orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska / tadika / tabika / pra-sekolah untuk:
  1. Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak dengan membersihkan dan menyahkuman meja, kerusi serta alatan mainan kanak-kanak tersebut;
  2. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD. Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya;
  3. Sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum mengendalikan kanak-kanak lain;
  4. Membersihkan dan memastikan kebersihan tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin;
  5. Memastikan lampin pakai-buang dibuang dalam tong sampah bertutup; dan
  6. Melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.
KKM juga ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD supaya:
  1. Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut;
  2. Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  • Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  1. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin; dan
  2. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
Sekian, terima kasih.
 Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Sumber : KKM

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, peningkatan terus berlaku keatas penyakit HFMD. Di mana jumlah kes yang dilaporkan semakin meningkat mengikut negeri di seluruh Malaysia. Cuba lihat jadual statistik di bawah.
Sumber KKM

HFMD ALERT from Shaklee

Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap anak-anak dan keluarga anda, kami mengesyorkan supaya anda lakukan pencegahan sedari awal. Selain menjaga kebersihan diri, supplemen dan penggunaan bahan mandian yang semulajadi sangat membantu dari terkena virus HFMD.

Cegah HFMD dari anak-anak anda



Vitamin cegah penyakit HFMD untuk lelaki dewasa



Vitamin cegah penyakit HFMD untuk wanita dewasa

Jika ingin dapatkan supplemen daripada kami, boleh berbuat demikian dengan hubungi kami seperti nombor yang tertera dibawah.

Hubungi kami: 

019-9966576 (Kak Wawa)

BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Bandar Penawar
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Share:

My Pregnancy Journey Part 9 : Perubahan Saiz Perut & Tendangan Baby Makin Padu

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar mami di luar sana? Kak wawa doakan semoga semuanya sihat dan diberi kesembuhan jika sedang sakit. amin

Ya Allah, permudahkanlah urusan kehamilan yang sedang dilalui oleh seluruh ibu-ibu diseluruh dunia, kurniakan kami zuriat yang sempurna fizikal, sihat akal fikiran, soleh dan solehah, cerdik berakal dan hafiz hafizah. Amin

pengalaman hamil kali pertama, hamil kali pertama, hamil 24 minggu, hamil 6 bulan, pengalaman hamil, pertama kali nak jadi mama


Perubahan Saiz Perut Menjadi Makin Comel. =P

Alhamdulillah, hari ini kandungan kak wawa sudah capai usia 25 minggu 3 hari atau 6 bulan 10 hari. Pada usia kandungan 6 bulan lebih ini, kak wawa mula perasan perubahan bentuk fizikal perut dan tubuh lebih cepat berlaku. Jika waktu 4 bulan, perut masih lagi nampak kecil, tapi kini perut semakin membesar.

Perubahan ini tidaklah membataskan pergerakan kak wawa, cuma berlaku sedikit perubahan cara berjalan je. haha

Kalau dulu, kita jalan macam biasa kan? Kini, berjalan pun perut yang seakan bergerak dulu. haha
Rasa macam kelakar kat diri sendiri, walau apa pun kak wawa tetap bersyukur kerana Allah masih beri peluang untuk kak wawa merasai pengalaman hamil. Alhamdulillah.

Tendangan Baby Semakin Padu

Bila usia kandungan sudah cecah 6 bulan ni, kak wawa perasan tendangan baby semakin padu. Kak wawa masih belum dapat kenal pasti benjolan akibat dari tendangan bayi itu samada dari kaki atau tangan atau siku. Cuma boleh rasa dan nampak benjolan-benjolan timbul diperut jika baby lakukan pergerakan dalam perut. So cute laa mami tengok awak. hehe

Bila Waktu biasa baby bergerak?

Awal pagi - Kak wawa akan bangun pagi jam 4:30-5:00 pagi, waktu ini bila kak wawa sedar sudah ada rasa pergerakan dalam perut. Maknanya baby dah bangun laa tu. Selepas selesai mandi & nak solat, kak wawa akan kejut baby bangun dan solat sama-sama. Waktu tengah solat tu, memang dapat rasa keaktifan baby dalam perut mami. Sentiasa bergerak, mungkin ikut mami solat agaknya kan.. hehe

Pergerakan baby akan berterusan sehingga jam 10:00 pagi. Kak doa baby masih maintain macam inilah bila dah keluar nanti. Bangun awal pagi bagus untuk rezeki mudah masuk dan menunaikan kewajipan kepada Allah.

Tengah hari - Biasanya jam 12:00 tengah hari, baby akan bergerak lagi. Mungkin sebab baby lapar dan waktu ini pula adalah waktu makan tengah hari kak wawa. Selepas makan, baby akan berhenti bergerak sebab dah kenyang dan kak wawa assume baby tidur balik. kiki

Petang - Selepas waktu bekerja, seakan tahu waktu mami dia dah habis kerja terus bangun dan melompat riang. hihi. Kak wawa balik dan driver akan pasang lagu/ radio. Bila dengar muzik, baby akan bergerak lebih rancak. 

Malam - Jam 8:00-9:00 malam, waktu ni kak wawa dah rehat dan bersembang-sembang dengan baby. Buat affirmation sikit dengan baby, doa-doa sikit dan bagi dengar orang baca al-quran. Waktu ini jugak baby akan aktif dan respon dengan apa yang mami dia cakap. good sangat baby ni. hik2

Bila dengar bunyi-bunyian - Menurut babycenter, pada usia kandungan cecah 5 bulan keatas bayi dalam kandungan sudah dapat mendengar bunyi-bunyian dari luar. Baby akan respon dengan bunyian tersebut melalui gerakan. Kak wawa banyak kali test letak bunyi atau dengarkan lagu kat perut, memang baby akan mula bagi reaksi. Jadi, kak wawa ambil peluang dengan perdengarkan ayat alquran selalu, supaya baby dah terbiasa dengar nanti.

Baby kak wawa pemalu mungkin dengan daddy dia, bila daddy ada jarang sangat dia nak tonjolkan diri. Bila daddy panggil pun, dia buat don't know je. Bila daddy dah balik tempat kerja, mulalah aktif semacam. Sampaikan daddy terpaksa tidur sambil letak tangan kat perut mami sebab tak nak lepaskan peluang rasa tendangan padu dari baby. 

Pengalaman hamil kali pertama yang kak wawa pasti takkan pernah melupakan sampai bila-bila. Bila coretan ini dibaca kembali, kak wawa yakin pasti mengimbau kenangan terindah dalam hidup kak wawa dan suami.
Share:

Hidung Berdarah Ketika Hamil, Normal Atau Tidak?

Hidung Berdarah Ketika Hamil, Normal Atau Tidak?

Assalamualaikum wbt,

Pernah tak uols alami masalah hidung berdarah? Sejak masuk trimester kedua, hidung kak wawa kerap berdarah. Bila dikorek dengan tisu, darah akan kelihatan samada pekat dan cair. pada awalnya, keadaan ini agak membimbangkan memandangkan kak wawa tak pernah kena hidung berdarah. Pada awalnya, kak wawa ingatkan cuaca panas. Namun, setelah bertanya dengan doktor rupanya keadaan ini adalah normal bagi ibu hamil.

Mengapa hidung saya berdarah ketika hamil?

Hidung berdarah sebenarnya adalah normal semasa mengandung, terutamanya mulai trimester kedua. Hormon kehamilan progesteron dan estrogen menyebabkan pembuluh darah anda terbuka semakin luas atau membesar. Pada masa yang sama, bekalan darah dalam badan yang bertambah memberi tekanan kepada urat halus pada hidung. 

Lapisan lembab atau membran mukus di dalam hidung anda juga akan membengkak dan menjadi kering. Ia biasanya berlaku terutamanya apabila cuaca sejuk dan kering. Ini menyebabkan pembuluh darah di dalam hidung anda lebih senang untuk terbuka dan pecah, menyebabkan pendarahan kecil.

Sumber : babycenter


Bagaimana cara hentikan pendarahan hidung?

Apabila hidung anda berdarah: 
  • Duduk dan picit hidung anda pada bahagian atas lubang hidung, iaitu di bahagian yang lembut.
  • Teruskan memicit selama lebih kurang 10 minit.
  • Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual.
  • Duduk tegak, bukannya berbaring agar tekanan darah di dalam hidung anda berkurangan.
  • Teruskan menekan bahagian atas hidung anda sehingga 20 minit supaya darah membeku dengan baik.
  • Anda juga boleh menggunakan pek ais untuk melegakan bahagian itu.

Bagi menghalang pendarahan berlaku semula dalam masa 12 jam berikutnya, elakkan daripada: 
  • menggerakkan kepala lebih rendah daripada paras jantung anda.
  • melakukan kerja-kerja berat.
  • menghembus hidung.
  • jangan korek hidung kerana ia menambahkan luka pada salur darah anda.

Selain mengamalkan tips diatas, ibu hamil perlu mengambil vitamin c yang mencukupi. Ini kerana vitamin c dapat membantu mengelakkan hidung dan gusi berdarah.

Kredit image pakcik google

Share:

Penyakit HFMD, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut Jadi Kerunsingan Ibu Bapa

Apa itu Penyakit HFMD - Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut?

Penyakit HFMD - Hand, Foot and Mouth Disease merupakan salah satu penyakit disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. - Portal moh

Assalamualaikum wbt,

Penularan kes penyakit kaki, tangan dan mulut ini semakin meningkat apabila meningkat 50 peratus kes di Melaka. Menurut astro awani, 795 kes telah dilaporkan pada Rabu lepas. Ini menunjukkan bahawa penyakit HFMD ini menjadi semakin serius jika tidak dibendung oleh para ibu bapa dari awal. Ini kerana penyakit HFMD boleh berjangkit dengan mudah dikalangan anak-anak kecil.

HFMD, Info Penyakit,  Penyakit HFMD, HFMD,  Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut, Penyakit HFMD Kerunsingan Ibu Bapa, HFMD shaklee, Set Shaklee HFMD, Penyakit HFMD, Apa itu penyakit HFMD, Risiko Penyakit kaki, tangan dan mulut, cara mencegah penyakit kaki, tangan dan mulut, cream herbal blend shaklee, produk shaklee untuk penyakit kaki, tangan dan mulut.

Simptom Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut
  1. Demam
  2. Sakit tekak
  3. Bengkak pada lidah, gusi atau di dalam pipi
  4. Ruam merah atau lepuh
  5. Gatal-gatal kulit pada bayi dan kanak-kanak
  6. Hilang selera makan
HFMD, Info Penyakit,  Penyakit HFMD, HFMD,  Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut, Penyakit HFMD Kerunsingan Ibu Bapa, HFMD shaklee, Set Shaklee HFMD, Penyakit HFMD, Apa itu penyakit HFMD, Risiko Penyakit kaki, tangan dan mulut, cara mencegah penyakit kaki, tangan dan mulut, cream herbal blend shaklee, produk shaklee untuk penyakit kaki, tangan dan mulut.

3 Langkah Penting Cara Pencegahan untuk Mengelakkan Jangkitan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

  1. Cuci tangan anda - Cuci dengan kerap dan berhati-hati, terutama selepas menggunakan bilik mandi, menyediakan makanan atau minuman dan menukar lampin.
  2. Bersihkan tempat yang kotor / kerap disentuh - Basuh permukaan dengan air panas, sabun, gunakan larutan yang ditambahkan dengan 2 sudu pencuci antibakteria hingga 4 cawan air, kemudian bilas kering.
  3. Elakkan sentuhan - Jangan memeluk atau mencium atau berkongsi cawan/pinggan dengan orang yang telah dijangkiti.

Cara Mengatasi Penyakit HFMD

Penyakit HFMD biasanya sembuh tanpa rawatan menggunakan ubat-ubatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, ada keadaan jangkitan yang menyebabkan komplikasi teruk dan memerlukan rawatan intensif.

Namun, ibu bapa harus berwaspada terlebih awal dan jika sudah terjadi berikan boleh ikut cadangan dibawah :

  1. Pastikan suhu badan anak anda berada dalam keadaan normal dan pantau menggunakan alat pengukur suhu yang bersesuaian. Anda juga boleh menggunakan Basic H yang dititiskan 3-5 titis dalam 1 baldi air dan mandikan pada anak anda untuk menurunkan suhu badan. Selain itu, boleh juga di sapu Cream Herbal Blend ke selurun tubuh anak anda untuk menurunkan suhu badan.
  2. Berikan anak anda Chewable vitamin C dan Omega Guard supaya dapat menguatkan antibodi bagi melawan virus dan demam yang dialami disebabkan oleh penyakit HFMD ini.
  3. Sapukan Cream Herbal Blend pada bahagian kaki, tangan dan mulut yang mengalami lepuh dan gatal-gatal setiap kali selepas mandi. Ini bagi mengurangkan rasa gatal-gatal yang dialami oleh anak-anak.
HFMD, Info Penyakit,  Penyakit HFMD, HFMD,  Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut, Penyakit HFMD Kerunsingan Ibu Bapa, HFMD shaklee, Set Shaklee HFMD, Penyakit HFMD, Apa itu penyakit HFMD, Risiko Penyakit kaki, tangan dan mulut, cara mencegah penyakit kaki, tangan dan mulut, cream herbal blend shaklee, produk shaklee untuk penyakit kaki, tangan dan mulut.

Adakah anda ingin dapatkan set untuk mencegah dan mengatasi masalah penyakit HFMD - Penyakit Kaki, tangan dan mulut?

Hubungi kami: 

019-9966576 (Kak Wawa)

BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Bandar Penawar
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Share:

Testimoni Vivix - Sakit Lutut Mak Hilang

Testimoni Vivix - Sakit Lutut Mak Hilang

Assalamualaikum wbt,

Testimoni vivix lutut sakit dah baik, alhamdulillah syukur. Selepas asbab minum vivix, sakit lutut emak dah hilang. Siapa tak gembira bila diri kembali sihat dan lebih menggembirakan hati si anak apabila hadiah yang diberi kepada orang tua, dapat mengembalikan kesihatan yang diambil sekejap oleh Allah. Terima kasih Allah, asbab vivix memberi kesihatan kembali kepada orang tua.

Testimoni vivix, Testimoni vivix sakit lutut hilang, kebaikan vivix shaklee, vivix shaklee, pengedar vivix paka, pengedar vivix shaklee, pengedar vivix johor, pengedar vivix pengerang, pengedar shaklee paka, pengedar shaklee johor


Testimoni vivix FRESH dari pengguna yang konsisten mengambil vivix. Kak Ena baru je terima testimoni ni malam tadi. Teruja sangat rasa #syukuralhamdulillah.- KekNa

Apa saje kita sanggup buat untuk yang tersayang kan.

Jom hadiahkan 1 botol vivix pada ibu ayah hari ni juga 😀

Adakah anda ingin menjadi salah seorang pengguna testimoni vivix? Jom cuba dan rasai sendiri kebaikan yang ada dalam sebotol vivix.

VIVIX adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
.
VIVIX mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan POLIFENOL yang menjadikan VIVIX begitu unik. .
**Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan semula jadi.
.
Kebaikan Vivix Shaklee: .
❤️Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti penuaan
❤️ Mengatasi masalah berat badan yang berlebihan
❤️Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
❤️Membantu untuk mengecutkankan cyst / fibroid
❤️Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
❤️Mengurangkan kompilasi penyakit diabetes / kencing manis
❤️Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
❤️Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
❤️Membantu mengurangkan penyakit parkinson
❤️Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
❤️Meningkatkan kesihatan dan imunisasi badan
❤️Menggalakan kesihatan secara keseluruhan

🌻Your heatlh & beauty Consultant:
❤KAK WAWA❤

Nak cuba? Boleh order dengan kak wawa ye.

Hubungi kami: 

019-9966576 (Kak Wawa)

BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Bandar Penawar
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Share:

Musollah Bergerak Hanya Di Jepun

Assalamualaikum wbt,

Jepun sememangnya memiliki teknologi yang lebih kedepan berbanding negara-negara lain. Kebijaksanaan para engineer di Jepun telah mencipta surau bergerak. Jom lihat video untuk tatapan lebih lanjut.


Share:

Alhamdulillah, Menang Giveaway Sitiyangmenaip

Alhamdulillah, Menang Giveaway Sitiyangmenaip.

Assalamualaikum wbt,

Syukur alhamdulillah, masuk ofis pagi ni dan terus turn on PC. Dah lama berpisah dengan pc sendiri gara-gara balik bercuti ke kampung selama 5 hari. Seronok balik kampung, macam-macam aktiviti kami buat termasukkanlah hantar mak ayah pergi airport untuk menunaikan Haji, makan durian, makan tepi pantai, makan besar di kedai femes Pantai Kelulut, makan durian, makan rambutan dan macam-macam. hihi

Bila turn on pc, terus laa bukak blog. Bila bercuti ni, blog pun turut cuti sama. Lima hari juga dia bercuti. hehe

Part pertama yang kak wawa buka blog adalah bahagian comment awaiting approved. Bila buka terpampang pesanan dari blogger Sitiyangmenaip, "Tahniah ada sesuatu untuk anda". Terus laju-laju kak wawa singgah ke blog sini. Tengok-tengok, wowwwww aku menang laa. hihi


Alhamdulillah, rezeki baby dalam perut ni. Murah sangat rezeki, dapat macam-macam hadiah dah. Terima kasih Allah. 
Share:

Tips Hilangkan Bau Durian Di Tangan

Assalamualaikum wbt,


Siapa suka makan durian? Haha..



Uols perasan tak, lepas makan durian, bila cuci dengan air paip, air sabun, bau durian tetap ada.
Kak wawa ni jenis suka makan durian, tapi kurang suka bau durian. Lepas makan, memang bau durian tu lekat kuat giler kan.

Nak tau dak cara amazing giler untuk hilang bau durian?

Yang ni kak wawa baru tau & lepas cuci cara ni terus hilang. Langsung tak berbau.
Caranya,

Uols lalukan air masak/ air paip di kulit durian, lepas tu uols basuh laa tangan bawah kulit durian tu.
Lepas cuci, mesti bau dia terus hilang. Macam tak pernah makan durian kat tangan tu.😄
Cuba tau.

Tips Hilangkan Bau Durian Di Tangan.
Share:

Bila Waktu Sesuai Membeli Kelengkapan Bayi

Bila Waktu Sesuai Membeli Kelengkapan Bayi?


Assalamualaikum wbt,



Hai bakal-bakal mami dan mami yang menanti kelahiran tak kisahlah anak yang pertama ke, kedua ke, ketiga ke, keempat ke atau kelima ke. hehe

Semuanya tetap akan ada isu dimana bila waktu sesuai nak beli baju baby. Bagi yang melahirkan anak dekat-dekat, mungkin tiada masalah langsung untuk membeli dan menyediakan kelengkapan bayi. Kan?

Hari ni kak wawa tak nak share lagi list barang keperluan bayi, tetapi nak kongsikan bila waktu sesuai membeli kelengkapan bayi. Entry ini khas untuk ibu yang pertama kali nak melahirkan baby. 

Sesetengah orang kata, jangan beli awal-awal, sesetengah orang pula kata belilah awal-awal. Ada pro dan kon untuk waktu sesuai membeli kelengkapan bayi. Pada kak wawa, sangat-sangat merecommendkan ibu-ibu untuk beli seawal usia kandungan cecah empat ke lima bulan.

Bila Waktu Sesuai Membeli Kelengkapan Bayi? Seeloknya beli diawal usia kandungan empat ke lima bulan, ini kerana dapat membantu mami dan deddi menyediakan kelengkapan bayi dengan lebih teratur, jimat dan lengkap.

Kenapa kena beli kelengkapan baby seawal kandungan berusia empat ke lima bulan?

  1. Belian kelengkapan bayi boleh dibeli secara berdikit-dikit.
  2. Tidak membebankan mami dan deddi.
  3. Dapat mengurangkan kos dalam keadaan ekonomi keluarga yang tidak menentu.
  4. Mengelakkan kelengkapan bayi tidak mencukupi.
  5. Mengelakkan mami keletihan di penghujung kehamilan.
Mana nak beli kelengkepan baby?

Persoalan yang sama berlegar dikepala kak wawa sebelum ini, bila usia kandungan dah cecah 6 bulan haruslah lagi ligat memikirkan barangan keperluan baby samada kelengkapan menyambut kelahiran malah ketika berpantang. Semuanya kena fikir kan.

Awalnya kak wawa plan nak beli dengan shopee sahaja, tapi bila dah jumpa kedai "Little Genius" terus tak jadi nak order online. Semua kelengkapan baby dari A to Z semua ada kat sana. Sementara kak wawa masih di Johor ni, jadi ambil peluang untuk menjejakkan kaki di Little Genius untuk mencari kelengkapan baby.

Kak wawa plan mencari awal sebab faham aje lah, keadaan diri bila usia kandungan dah cecah tujuh ke lapan bulan. Masuk enam bulan pun, kaki dah rasa lenguh-lenguh bila banyak snagat berjalan.

Jadi, uols belilah awal supaya kita dapat berehat dipenghujung kehamilan nanti. hehe
Kak wawa masih banyak lagi kelengkapan bayi yang perlu dicari, untuk memudahkan mami sila buat list siap-siap dan tick yang mana sudah beli supaya tidaklah kita membeli banyak kali. Kan? hihi
Share:

Tiket Harga Promosi Desaru Coast Adventure Waterpark

Soft Opening Desaru Coast Adventure Waterpark.

Assalamualaikum wbt,

Berita gembira buat anda yang suka mengunjungi taman tema air di dalam negara. Selepas ini, tak perlu lagi ke luar negara untuk menikmati cabaran bermain di taman tema air sebab dekat Malaysia pun ada. 

Istimewa Taman Tema Air Desaru atau dikenali sebagai "Desaru Coast Adventure Waterpark" merupakan taman tema air Terbesar di Malaysia. Woww, DSAW memiliki keluasan kawasan 17km, 2o jenis slides dan  ride mampu membuatkan anda kegilaan untuk bermain tanpa henti di sini. hihi

Desaru Coast Adventure Waterpark merupakan destinasi pelancongan premium dimana terdapat taman tema air, shopping, tempat makan, hotel & resorts, kelab golf, conference center dan pelbagai event menjadi kejutan buat anda.





Di buka : Dari jam 10am hingga 6pm

BUKA : Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad
TUTUP : Isnin | Selasa | Rabu

Harga 1 hari: Adult (12-59 years) | RM75
Children (3-11 years) & warga emas | RM56

Pantai desaru coast

Korang boleh lihat "RIDE & ATTRACTIONS" di sini.

Slide untuk anda nikmati kekecutan perut. hehe

Pelbagai jenis permainan air menanti anda

EAT & SHOP
Jika sedang bermain anda rasa lapar, jangan risau boleh nikmati pelbagai makanan di sini. Eat & Shop here..")

Eat & shop
Selain itu, di Desaru Coast Adventure Waterpark, ada juga disediakan facilities untuk kegunaan uols. Boleh lihat pelbagai Facilities di sini.

Pelbagai pilihan hotel dan resort di sini. Just Stay here.")
Penginapan hotel & resort
Video pertama Desaru Coast Adventure Waterpark


Bertempat di :

Desaru Coast Adventure Water Park 
No. 14, Jalan Damai, Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor
Phone: 03-2203 9696

Website: Desaru Coast 

"21 acres of fun for the family, boasting five spectacular wet and dry zones in the Desaru Coast Adventure Waterpark. Or tee off at the Ernie Els signature designed championship golf courses."

Enjoy your family day here. ")

Korang, boleh datang awal-awal tau dijangka bulan september nanti harga dah berubah. hihi
Share:

Follow by Email

About Me

My photo
Mommy to my pretty princess, Suka senyum, suka makan, suka membaca, suka memberi inspirasi, suka menulis

Popular

Followers

Blog Archive

Recent Posts

Total Pageviews

BLOGGER TEAM


Check Page Rank CK Free Auto Backlink\ Kedai Backlink,Backlink Percuma
free web site traffic and promotion

BRAND COLLABORATIONS

Printcious | Syaqist | BPT | Shaklee | Mcdonalds | Desaru Coast Adventure Waterpark