Assalamualaikum wbt,

Hai semua, siapa peminat bawal dikalangan friend blog kak wawa ni? Ce angkat tangan. hehe

Kak wawa sebenarnya dah lama tinggalkan dunia membawal ni, last pakai pada tahun 2014. Ikutkan dah hampir 4 tahun kak wawa bersama shawl. Sepanjang hampir 4 tahun, pernah juga berjinak kembali untuk pakai bawal, tapi langsung jadi buruk. Tak pandai dah nak pakai bawal dan muka pun jadi lain. Terus tak pakai.

Malam Sabtu hari tu, kak wawa ke bazar Kota Tinggi. Saja habibi ajak jalan-jalan cuci mata. Kak wawa apa lagi, follow je laa sambil-sambil boleh cuci dompet habibi sekali. kiki

Tengah jalan-jalan tu, kak wawa perasan ada gantungan tudung bawal yang cantik-cantik semua. Masuk laa kejap cuci mata, tetiba terberkenan dengan bawal benang hijau. Sebenarnya banyak je jenawa bawal akak tu jual, tapi kak wawa berkenan dengan bawal benang hijau. Nampak lebih exclusive gitu warna dan corak.

Lepas sampai bilik, kak wawa terus laa cuba tanpa iron sekadar nak try jadi ke tak kak wawa pakai. Bila cuba tu kan, Ya Allah mudahnya nak bentuk tudung bawal ni. Bila tunjuk kat habibi kita, dia terus cakap cantik laa. Color dia pun lawa sangat, ofcourse laa sebab dia yang pilih kan. hehe

Nampak cantik sangat dia berbentuk kan, walaupun tudung bawal benang hijau ni tak beriron.

Tapi, katanya dia lebih suka kak wawa pakai shawl atau jadikan bawal kepada shawl. Apa lagi, terus kak wawa tukar style jadikan bawal benang hijau tu kepada shawl. Mudah sangat cuma belit sahaja. hehe


Lepas pakai, kak wawa show off laa kat habibi. Abang, macam ni cantik ke? Dah herot berot kat muka tu, tak simetri langsung. Abang kata cantik macam ni? Aah, cantik abang suka tengok sayang pakai shawl. Emmm, ok. Takde can langsung nak jadi remaja balik pakai bawal. hehe

Walaupun herot berot, kak wawa nak bagitau kat uols memang best pakai tau. Mungkin sebab kak wawa belum cuci dan iron pun lagi bawal tu. jadi untuk pakai style shawl dia kena lembut lagi untuk jadi rapat betul-betul kat dahi. Gambar ni bawal benang hijau yang kak wawa baru lepas beli. hehe

Yang pasti kak wawa suka brand bawal benang hijau ni, bolehlah lepas ni tambah koleksi ye habibi. kiki