Thursday, 30 August 2018
Testimoni Set Menyusu Shaklee : Susu Meriah Penuh Freezer
Testimoni Set Menyusu Shaklee : Susu Meriah Penuh Freezer.
Assalamualaikum wbt,
Semua mommy pastinya inginkan yang terbaik buat bayi, sebolehnya ingin menyusu sehingga usia anak dua tahun. Untuk menjayakan misi ini, mommy perlu dapatkan sokongan daripad supplemen dan juga sokongan emosi yang baik dari orang-orang sekeliling terutamanya suami.
Boleh baca sini tentang supplemen Set Menyusu Shaklee , meriahkan susu ibu.
Hari ni kak wawa nak kongsikan testimoni susu meriah penuh freezer dikuasakan dengan Set Menyusu Shaklee.
Jom kita dapatkan pandangan dan pengalaman dari 2 ibu muda yang bahagia menyusukan bayi mereka.
Testimoni Set Menyusu Shaklee
1. Testimoni set menyusu shaklee - Master Coordinator Farah Wahida
Produk shaklee menyokong perjalanan penyusuan saya - ia memberi nutrien yang TERBAIK untuk saya dan bayi saya. Saya menyusu sepenuhnya dari anak pertama saya sehinggalah anak ketiga saya.
2. Testimoni set menyusu shaklee - Coordinator Shareen Khor Lee Yee
Perjalanan menyusu tidak mudah untuk semua orang, bagi saya, dengan sokongan daripada suami saya dan produk shaklee, bayi saya mempunyai peluang untuk mengambil susu ibu sehingga usia 18 bulan.
Ohh, ya bulan ni ada promosi Set Menyusu Shaklee iaitu Post Natal set. Jika anda ingin mencuba dan amalkan Set Menyusu Shaklee yang berkualiti tinggi ini, boleh hubungi kami untuk proses pembelian.
Hubungi kami:
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Jualan Produk Shaklee Hampir RM7 Ribu Sehari
Jualan Produk Shaklee Hampir RM7 Ribu Sehari.
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana memberi rezeki kepada customer dan kak wawa merasai sales RM7 ribu ringgit hanya petang ini sahaja. Sujud syukur pada Allah, kerana berikan rezeki sebesar ini dengan mudah.
Tiada yang berhak memberi, melainkan Allah swt Yang Maha Memberi (Ya Wahhab) rezeki.
Produk jadi rebutan petang semalam, pengguna setia shaklee mengaum. hehe
Hanya makan sendiri, beliau dapat balik cash rebate RM1162, insyaAllah bulan depan akan masuk ke akaun beliau.
Hanya makan sendiri, beliau dapat balik cash rebate RM1162, insyaAllah bulan depan akan masuk ke akaun beliau.
Selamat dah order untuk pengguna shaklee hebat,
Vivix - Buy 6 plus 1 (2 set)
Youth Intensive Treatment - 1 set
Alfalfa (s) promo 3 - 1 set
Vitamin c - 1
Vitamin e - 2
Carotomax - 1
Gla complex - 2
Esp - 3
Spoon + cooler bag - 2
Alhamdulillah, shopping hampir rm7k semalam. Sebenarnya kak wawa pun terkejut. Namun, percayalah sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Rezeki yang kita tak pernah jangka dari sumber yang kita tak juga sangka. Allah Maha Hebat!
Promosi masih belum berakhir uols, nak cuba vivix, youth skincare & set berpantang, menyusu & hamil shaklee bagitau je kak wawa.
Bila2 masa kak wawa boleh orderkan. Nak pos hari yang sama, boleh buat payment before jam 12 tengah hari naa.
Hubungi kami:
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Wednesday, 29 August 2018
Set Menyusu Shaklee Perbanyakkan Susu Ibu
Set Menyusu Shaklee Bantu Perbanyakkan Susu Ibu
Assalamualaikum wbt,
Hai mami sekalian, apa khabar bayi anda? Apa khabar susu anda? Adakah semeriah air terjun? hehe. Sebagai seorang ibu, sememangnya menjadi impian untuk menyusukan baby sejak dari lahir hinggalah berusia dua tahun atau dua tahun setengah. Betul ke betul?
Namun, cabaran menyusukan bayi bukanlah semudah yang diucapkan. Ia memerlukan pengorbanan, ilmu serta support system yang terbaik iaitu dari pasangan atau pun pengambilan supplemen. Sesetengah mami memiliki susu yang meriah, ada juga sesetengah ibu yang mempunyai masalah penghasilan susu yang sedikit. Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika masalah ini berlaku kepada anda?
Sebaiknya, mami jangan stress, tenangkan minda dan sentiasa positif bahawa proses penyusuan pasti mudah, berjalan lancar dan susu meriah. Selain itu, pengambilan supplemen bagi melancarkan proses penyusuan dan memperbanyakkan susu perlu bagi memberikan yang terbaik buat baby anda.
Tahukah anda, supplemen set menyusu shaklee boleh bantu perbanyakkan susu ibu? Ya, pengambilan secara konsisten set menyusu shaklee membantu memperbanyakkan susu ibu dan melancarkan proses penyusuan bayi anda.
Kami tidak menjual susu ibu, tapi.. Kami bantu ibu-ibu hasilkan susu TERBAIK untuk si manja dengan Set Menyusu Shaklee.
Inilah konsep yang diketengahkan oleh shaklee bagi menyokong ibu-ibu untuk hasilkan susu yang terbaik untuk bayi.
Tujuh jenis nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu bagi menyokong keperluan proses penyusuan bayi secara optimum. Nak tau tak apa nutrisi penting menyokong penghasilan susu ibu yang terbaik untuk bayi?
Tujuh jenis nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu bagi menyokong keperluan proses penyusuan bayi secara optimum. Nak tau tak apa nutrisi penting menyokong penghasilan susu ibu yang terbaik untuk bayi?
7 Nutrisi Penting Galak Penghasilan Susu Ibu
![]() |
Set Menyusu Shaklee |
7 Nutrisi Penting Galak Penghasilan Susu Ibu
1. Zat Besi
- Menyokong penghasilan sel darah merah bagi ibu dan bayi.
- Menyokong perkembangan optimum otak dan tingkah laku bayi.
2. Vitamin B
- Menyokong kesihatan koordinasi diantara otak dan pergerakan bayi.
3. Vitamin C
- Bertindak sebagai antioksida dan menyokong penghasilan sel imun.
- Meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan penyakit.
4. Kalsium
- Menambah simpanan kalsium untuk mengelakkan tulang rapuh semasa penyusuan.
- Membina tulang dan gigi yang kuat bagi bayi.
5. Protein
- Membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi.
- Mengaktifkan sistem imun.
6. Alfalfa
- Menyokong penghasilan susu ibu secara semulajadi.
7. Omega-3
- Menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf.
![]() |
Set Menyusu Shaklee |
Bagaimana pula produk kami set menyusu shaklee dapat membantu anda, ibu-ibu yang inginkan penghasilan susu emas paling terbaik untuk bayi anda? Bersama 7 jenis supplemen set menyusu shaklee menyokong ibu-ibu di luar sana memperbanyakkan susu ibu.
Set Menyusu Shaklee Perbanyakkan Susu Ibu
1. Vitalea Iron Formula (Zat Besi)
- Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal.
- Diformulasikan dengan sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten untuk memastikan penyerapan asid folik.
2. B-Complex
- Lengkap dengan kesemua lapan jenis vitamin B.
- Diformulasikan dengan sistem penyerapan bioaktif berpaten.
3. Sustained Release Vita-C Plus
- Produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung.
- Membekalkan 500mg Vitamin C dalam masa 5 jam.
- Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus.
4. ESP - Energizing Soy Protein Isolate Formula
- Menggunakan soya Bukan-GMO dibawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
- Setiap hidangan membekalkan 14g protein yang mempunyai indeks glisemik rendah, lengkap dengan asid amino perlu.
- Mempunyai scor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0
5. Omega Guard
- Membekalkan spektrum lengkap 7 jenis asid lemak perlu Omega-3 yang tulen.
- Menjalani proses Penyulingan Molekul Tiga Peringkat untuk menyingkirkan merkuri, plumbum, dioksin dan lain-lain bahan cemar.
- Bau dan rasa hanyir yang kurang.
- Diiktiraf oleh Friend of Sea (Sahabat Laut).
![]() |
Set Menyusu Shaklee |
6. Alfalfa Complex
- Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee pada 1950-an.
- Ditanam di kawasan subur Antelope Valley.
- DItuai semasa di puncak kematangan 2 tahun.
- Selepas dituai, ia diletakkan untuk pengeringan di bawah udara segar dan sinar matahari panas California.
- Hanya menggunakan serbuk dedaun untuk menghasilkan tablet alfalfa.
7. Ostematrix
Ohh, ya bulan ni ada promosi Set Menyusu Shaklee iaitu Post Natal set. Jika anda ingin mencuba dan amalkan Set Menyusu Shaklee yang berkualiti tinggi ini, boleh hubungi kami untuk proses pembelian.
Hubungi kami:
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Tuesday, 28 August 2018
Alfalfa Complex Shaklee : 5 Manfaat Utama Pada Tubuh
Alfalfa Complex Shaklee : 5 Manfaat Utama Pada Tubuh
Assalamualaikum wbt,
Pernahkah anda makan supplemen raja segala makanan ini? Atau pernah tak dengar perkataan Alfalfa? Jika belum pernah, jom kita kenali apa itu Alfalfa Complex dan apa manfaat Alfalfa complex ini pada tubuh manusia.
Apa itu Alfalfa?
Alfalfa merupakan Raja segala makanan yang telah dijumpai berabad lamanya. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6-18 meter ke bawah, bagi membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah.
Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin. Ia juga merupakan sumber baik untuk klorofil, empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa.
5 Manfaat Utama Alfalfa Complex Shaklee Pada Tubuh
- Membantu dalam penghadaman
- Meningkatkan sistem imun
- Memperbaiki peredaran darah
- Meningkatkan fleksibiliti sendi
- Menyokong penyusuan
5 manfaat utama alfalfa complex ini membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan seseorang dimana,
1. Membantu dalam penghadaman
- Alfalfa complex shaklee mengandungi nisbah enzim penghadaman dan serat yang tinggi untuk mengelakkan ketidakhadaman dan angin yang berlebihan di dalam badan.
- Alfalfa complex shaklee adalah sumber prebiotik yang baik untuk meningkatkan pertumbuhan bakteria baik pada usus.
- Alfalfa complex shaklee adalah makanan alkali yang membantu dalam detoks badan, terutamanya hati.
2. Meningkatkan sistem imun
- Alfalfa complex shaklee bertindak sebagai antioksidan untuk melawan tekanan oksidatif.
- Alfalfa complex shaklee merangsang penghasilan antibodi.
3. Memperbaiki peredaran darah
- Alfalfa complex shaklee meningkatkan peredaran darah.
- Alfalfa complex shaklee mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
4. Menyokong fleksibiliti sendi
- Alfalfa complex shaklee mengandungi asid amino yang mengurangkan keradangan.
- Alfalfa complex shaklee memastikan sendi anda fleksibel dan sihat.
5. Menyokong penyusuan
- Alfalfa complex shaklee adalah galaktagog yang hebat dimana ia adalah bahan yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
- Alfalfa complex shaklee digunakan secara tradisional untuk meningkatkan penghasilan dan kualiti susu ibu.
Ohh, ya bulan ni ada promosi Alfalfa Complex shaklee iaitu belian 3 botol dapat 5% DISKAUN. Jika anda ingin mencuba dan amalkan Alfalfa Complex shaklee yang TERBAIK ini, boleh hubungi kami untuk proses pembelian.
Hubungi kami:
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Sunday, 26 August 2018
Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee
Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee.
Assalamualaikum wbt,
Siapa yang pernah makan supplemen Alfalfa Complex shaklee? Apa yang sudah anda rasai kesan selepas amal makan alfalfa complex? Untuk pengetahuan anda, Alfalfa Complex dikenali sebagai Raja segala makanan. Ia memiliki pelbagai manfaat penting untuk kesihatan tubuh badan.
Apa itu Alfalfa?
Alfalfa merupakan Raja segala makanan yang telah dijumpai berabad lamanya. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6-18 meter ke bawah, bagi membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah.
Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin. Ia juga merupakan sumber baik untuk klorofil, empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa.
Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee
Empat keistimewaan utama Alfalfa Complex shaklee berbanding brand lain.
- Alfalfa Complex adalah Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee pada tahun 1950-an. Kini, usia Alfalfa Complex shaklee 68 tahun.
- Alfalfa Complex shaklee ditanam di kawasan subur Antelope Valley, California dan dituai di puncak kematangan iaitu selepas 2 tahun untuk pastikan kandungan nutrisi sebaik mungkin.
- Selepas dituai, ia diletakkan untuk pengeringan di bawah udara segar dan sinar matahari panas California.
- Shaklee hanya menggunakan serbuk dedaun untuk kesan terbaik.
Empat keistimewaan ini menjadikan produk Alfalfa Complex shaklee sangat unik, berkesan, halal dan berkualiti tinggi untuk tubuh badan manusia.
Untuk pengetahuan anda semua, bulan ini shaklee adakan promosi besar-besaran untuk produk istimewa ini iaitu Alfalfa Complex shaklee dengan belian 3 botol Alfalfa complex, anda mendapat 5% potongan harga.
Untuk belian dan order,
Hubungi kami:
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Saturday, 25 August 2018
Keistimewaan Omega Guard Shaklee
Keistimewaan Omega Guard Shaklee.
Assalamualaikum wbt,
Pernah dengar Omega Guard shaklee? Pernah dengar asid lemak Omega-3? Tahu tak kandungan asid lemak Omega-3 tu apa? Haa, pagi ni kak wawa nak share dengan anda sedikit info yang mana penting untuk anda tahu.
Spektrum lengkap asid lemak Omega-3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat.
Omega Guard shaklee adalah Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi. Omega Guard adalah minyak ikan tulen bergred farmaseutikal.
Untuk memilih Omega Guard terbaik adalah anda perlu pastikan Omega Guard anda mengandungi asid lemak Omega-3, di mana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Anda perlukan asid lemak Omega-3 ini dari sumber luar. Asid lemak Omega-3 pula mengandungi EPA dan DHA penting untuk kesihatan tubuh dan otak manusia.
Apa keistimewaan Omega Guard shaklee?
Keistimewaan Omega Guard Shaklee
1. Minyak Ikan Berkepekatan Tinggi
Omega Guard shaklee membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semulajadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk.
Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
2. Penyulingan Molekul Berganda
Untuk memastikan ketulinan dan kepekatan, minyak ikan di dalam Omega Guard shaklee menjalani proses moden iaitu Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar.
Selain itu, Omega Guard shaklee melakukan proses penyulingan molekul berganda bagi mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.
3. Sahabat Laut (Friend of the Sea)
Omega Guard shaklee diiktiraf oleh Sahabat Laut (Friend of the Sea) untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.
3 keisitimewaan Omega Guard shaklee sangat unik dan tidak terdapat dalam brand lain. Ini kerana kos yang dikeluarkan oleh pihak shaklee sangat besar dan shaklee sememangnya mementingkan kualiti yang tinggi bagi meningkatkan kesihatan para pengguna.
Pelbagai fungsi menarik dan terbaik Omega Guard shaklee boleh anda dapatkan di Link ini OMEGA GUARD SHAKLEE dan testimoni tentang Omega Guard shaklee juga boleh di dapati di link ini TESTIMONI OMEGA GUARD SHAKLEE.
Bulan ini shaklee tidak buat promosi untuk Omega Guard, jika anda ingin mencuba dan amalkan Omega Guard shaklee yang berkualiti tinggi ini, boleh hubungi kami untuk proses pembelian.
Hubungi kami:
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Khabar Dari Mekah : Terubat Rindu Pada Mak Ayah
Khabar Dari Mekah : Terubat Rindu Pada Mak Ayah.
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, selesai urusan sempurnakan haji mak ayah kak wawa semalam. Cuma tunggu untuk buat tawaf selamat tinggal sahaja. Minggu lepas kak wawa ada call mak tanya khabar, mak bagitau waktu tu 3 hari lagi akan berangkat ke Arafah untuk lakukan wukuf, melontar dan sebagainya.
Disebabkan kekangan untuk bertukar simcard dengan telefon pintar, mak decide untuk guna telefon ayah sahaja untuk berhubung dengan kami. Nak berhubung pula kami tak tahu waktu spesifik mak kelapangan, jadi bila call selalu tak berangkat dan sebagainya. Tambahan pula, charge untuk per minit adalah rm6. Untuk bercakap lama, kami akan topup rm100-rm200 setiap kali. Paling lama kak wawa dapat bercakap dengan mak 13-15 minit sahaja.
Jadi, kami decide untuk bagi mak dan ayah selesaikan haji dan ibadat lain dulu. Kami tak kacau laa sehinggalah semalam, ada nombor yang tidak dikenali whatsapp kak wawa. Bagi gambar mak ayah ni, ya Allah rindunyaaa. Hari sebelum tu, kak wawa ada juga hubungi mak tapi tak dapat. Mungkin tiada bateri agaknya.
Hamba Allah ni bagus sangat, dia banyak bantu mak ayah kak wawa sempurnakan rukun haji. Mereka bawak mak ayah kak wawa untuk melontar dan sebagainya. Memandangkan ayah kak wawa guna kerusi roda juga, kadang-kadang berjalan juga, jadi pergerakan tu agak lambat. Alhamdulillah, dengan pertolongan hamba Allah ni, mak dan ayah dapat selesaikan haji dengan mudah. Terima kasih Yie & Yah, semoga Allah ganjarkan pahala yang besar buat kalian.
Alhamdulillah, syukur mak ayah nampak sihat. Mak makin berisi, ayah pula makin kurus sebab tak makan sangat katanya mak. Walau apa pun, lagi 13 hari mak nak balik Malaysia. Tak sabarnya nak jumpa mak Hajjah Halimah bt Abd Rahman dan ayah Haji Wan Ismail b Wan Ahmad.
Friday, 24 August 2018
Fadhilat Hafal 10 Ayat Pertama Surah Al-Kahfi
Fadhilat Hafal 10 Ayat Pertama Surah Al-Kahfi
Assalamualaikum wbt,
Salam jumaat kepada semua sahabat dan pembaca blog kak wawa, terima kasih diatas kunjungan kalian ke teratak kak wawa ini. Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah jumpa hari jumaat kembali. Kan? Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita.
Kita digalakkan untuk membaca dan sebolehnya menghafal 10 ayat pertama dalam surah al-kahfi bahkan ada yang mengatakan 10 ayat terakhir. Dalam hadis riwayat muslim, Rasulullah saw telah bersabda.
Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
“Siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, maka ia akan terlindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim no. 809)
Dalam riwayat lain disebutkan, “Dari akhir surat Al-Kahfi.” (HR. Muslim no. 809)
Dalam hadis diatas Rasulullah saw memberitahu kepada kita bahawa, siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi, maka ia terlindung dari dajjal.
Imam Nawawi berkata, “Ada ulama yang mengatakan bahwa sebab mendapatkan keutamaan seperti itu adalah karena di awal surat Al-Kahfi terdapat hal-hal menakjubkan dan tanda kuasa Allah. Tentu saja siapa yang merenungkannya dengan benar, maka ia tidak akan terpengaruh dengan fitnah Dajjal. Begitu pula akhir surat Al-Kahfi, mulai dari ayat,
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا
“maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka Jahannam tempat tinggal bagi orang-orang kafir.” (QS. Al-Kahfi: 102) (Syarh Shahih Muslim, 6: 84)
4 Fadhilat Amal Membaca Surah Al-Kahfi
1. Terhindar dari Fitnah Dajjal
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman dajjal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” (HR Muslim)
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR Muslim)
2. Memperoleh Pengampunan Dosa Diantara Dua Jumaat
“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)
3. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaabah
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).”
(Sunan Ad-Darimi, no. 3273)
4. Dipelihara Daripada Gangguan Syaitan
Salah satu usaha mendekatkan diri pada Allah SWT adalah dengan membaca dan mengamalkan Al Qur’an dan membaca surat Al Kahfi termasuk di dalamnya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal, menyatakan bahawa sebuah rumah yang selalu dibacakan surat Al-Khafi dan surat Al-Baqarah maka rumah itu tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam tersebut.
Bagaimana Cara Membaca Surah Al-Kahfi Dalam 1 Hari?
Dibawah ini kak wawa sertakan macam macam cara nak habiskan pembacaan surah Al-Kahfi dalam masa satu hari. Bagi yang tidak bekerja, masa membaca agak fleksible kan? Manakala bagi yang bekerja ia perlukan cara mudah untuk habiskan pembacaan.
Betul ke betul? Tips mudah nak habiskan bacaan surah Al-Kahfi. Bagi yang tidak bawal naskah al-quran dalam beg, uols boleh membaca alquran secara online. Boleh ke laman web Surah.my atau terus ke link SURAH AL-KAHFI.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
Thursday, 23 August 2018
Cegah Kolesterol di Musim Raya Korban
Cegah Kolesterol di Musim Raya Korban.
Assalamualaikum wbt,
Bila sampai musim hari raya korban, kita tak dapat nak lari dari 'terpaksa' makan daging samada daging lembu, kambing atau kerbau. Daging adalah sumber protein yang baik untuk tubuh manusia, namun jika diambil secara berlebihan ia memberi mudarat kepada badan kita seperti pertambahan kolesterol, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Bagi mengelakkan kes-kes kecemasan dan terpaksa bermalam di hospital akibat terlampau banyak makan daging korban, apa kata kita cegah ia dengan mengamalkan pengambilan Omega Guard, Phytocol dan Lecithin dari produk shaklee.
Di dalam darah kita terdapat dua jenis kolesterol iaitu Kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL).
HDL ini berfungsi mengangkut kolesterol keluar dari salur darah dan dibawa ke hati untuk disingkirkan. Ia berfungsi 'membersihkan' salur darah.
Manakala LDL pula bertindak dengan sangat jahat, dimana ia mengakibatkan pembentukan plak , menghalang dan menghentikan pengaliran darah untuk 'membersihkan' salur darah. Ini mengakibatkan kerosakan arteri, penyakit jantung dan angin ahmar.
Minyak ikan di dalam Omega Guard membantu meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) dalam salur darah bagi membersihkan dalur darah setiap masa. Omega guard juga berfungsi menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) supaya tidak berlaku pembentukan plak pada salur darah, dimana ia boleh mengakibatkan kerosakan arteri dan penyumbatan salur darah.
Oleh itu, pencegahan awal boleh membantu anda hidup lebih sihat dan bebas dari kolesterol jahat (LDL) dengan pengambilan Omega Guard secara konsisten setiap hari.
Pengambilan 3 biji sehari mampu menjaga kesihatan kolesterol di dalam tubuh anda. Inginkan Omega Guard terbaik dari shaklee?
Hubungi kami:
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
My Pregnancy Journey Part 11 : Reaksi Suami Bila Doktor Bagitahu Jantina Anak
Apa Reaksi Suami Bila Doktor Bagitahu Jantina Anak?
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, 21 Ogos 2018 yang lalu genap usia kandungan kak wawa 7 bulan 1 minggu atau 29 minggu. Orang kata usia 7 bulan ni adalah kemuncak waktu check up baby, di mana kak wawa kena jumpa doktor untuk scan dan lihat perkembangan baby.
Sebenarnya, kami tak beria untuk scan di klinik swasta memandangkan ramai yang tekak baby kak wawa gigirl. Balik bercuti hari tu pun, mak bidan bagitahu gigirl jugak. So, kami decide kita tunggu je la yang kerajaan punya untuk scan. Lagipun, kami tak tahu juga apa yang nak di tengok di screen nanti. haha
Walaupun doktor duk bercerita itu ini, kak wawa tetap nampak kat screen tu sama. Doktor bagitahu, ni kepala, ini kaki, ini tangan, ini perut, ini air ketuban dan lain-lain. Kami suami isteri cuma menjawab, owh, emmm, ok. Hahaha (sebab tak tahu nak respon macam mana)
Kak wawa sure, mesti doktor tu cakap " ehh, peliklah pasangan suami isteri ni. macam tak excited je bila tengok anak dia". haha
![]() |
cutenyaa |
Bukan tak excited, tapi sebab kami tak boleh nak beza gambaran yang doktor bagitau dengan screen. Kita jadi blurr laa kan.
Sebelum ni, ramai yang cakap doktor kerajaan biasanya scan nak tahu perkembangan baby je waktu 28 weeks ni. Kebanyakan doktor tak kan bagitahu jantina anak dekat kita. So, kita kena buat 2D, 3D atau 4D kat luar laa untuk sahkan jantina anak uols.
Kami beruntung sangat, sebab doktor yang offer kat kami. Nak tahu jantina anak tak? kak wawa just jawab, emm boleh jugak sebab memang tak jangka doktor tanya macam tu. Dah mungkin doktor fikir alang-alang scan kan. hihi
Alhamdulillah, rezeki kami Allah mudahkan untuk baby tunjuk dengan terang dan jelas beliau adalah gigirl, insyaAllah. hihi
Bila doktor bagitahu tu, kami pandang dan senyum je. hahaha. Sebenarnya, tak tahu nak respon macam mana depan doktor tu. kiki
Walau apa pun, kami bersyukur kerana semuanya dalam keadaan baik dan sihat. Kak wawa dan suami sebenarnya tak kisah pun jantina anak gigirl ke boboy, yang penting sihat sempurna. Amin
![]() |
comelnyaa |
Cuma tanggungjawab kami lebih besar laa dalam mendidik anak perempuan. Dan buatkan hati kak wawa cuak juga sebenarnya, macam mana nak hadapi keadaan dan cabaran di masa hadapan. Doakan kami semoga diberi kekuatan dan keimanan yang kukuh dalam mendidik anak kami menjadi insan yang bertaqwa, solehah dunia akhirat dan hafizah yang berpegang dengan alquran dan sunnah. Amin
Testimoni B Complex: Lebih Bertenaga Dan Fokus
Assalamualaikum wbt
Ohh, ingatkan bcomplex ni untuk ibu hamil je. Rupa-rupanya boleh diambil oleh semua golongan tak kira pelajar, pekerja, surirumah, ibu hamil, lelaki dan lain-lain.
Apa kata Farid seorang pelajar, selepas mengamalkan b complex setiap hari?
Kesan yang menakjubkan apabila badan rasa sentiasa bertenaga dan lebih fokus waktu belajar. - Farid
Alhamdulillah, inilah yang diperlukan oleh seorang pelajar bagi meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
Bagi ibu-ibu yang inginkan kesihatan dan fokus anak-anak lebih kuat ketika belajar, boleh berikan bcomplex. Nak tahu fungsi lain tentang B complex? Klik sini.
Bagi anda yang ingin mencuba, boleh hubungi kami:
Hubungi kami:
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Wednesday, 22 August 2018
Salam Aidil Adha Dari Kak Wawa
Salam Aidil Adha Dari Kak Wawa.
Assalamualaikum wbt,
Selamat menyambut hari raya korban kepada semua rakan-rakan blogger dan semua silent reader yang sudi membaca dan singgah di blog kak wawa. Semoga pengorbanan dan kebaikan yang kita laksanakan diterima Allah swt.
Tahun ini uols beraya di mana? Kak wawa tak balik beraya, sekarang ni tengah ada kat ofis beraya bersama geng-geng ofis sahaja. hihi
Monday, 20 August 2018
Manfaat Dan Khasiat Chewable Vitamin C Shaklee Untuk Kanak-Kanak
Manfaat Dan Khasiat Chewable Vitamin C Shaklee
Assalamualaikum wbt,
Manfaat Dan Khasiat Vitamin C Untuk Kanak-kanak
🌈Sebagai senjata untuk menghalang penyakit berjangkit atau untuk sistem pertahanan badan kanak-kanak.
🌈Membantu merawat masalah selesema, asthma, dan batuk.
🌈Mempercepatkan penyembuhan bagi masalah kulit seperti ruam, kudis, ekzema, dan sebagainya.
🌈Juga untuk penyembuhan luka jika berlaku sebarang kecederaan.
🌈Mengatasi masalah gusi berdarah.
🌈Kanak-kanak sangat memerlukam vitamin c untuk pertumbuhan kerana vitamin c membantu merangsang pembentukan kolagen untuk tulang.
🌈Membantu merawat masalah tonsil dengan mengecutkan tonsil.
🌈Sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah ulser mulut.
Sebarang pertanyaan dan order chewable vitamin c shaklee,
Hubungi kami:
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Saturday, 18 August 2018
Pelaburan 6 Juta Tingkatkan Prestasi Cemerlang Flower Chimp DI Asia Tenggara
Pelaburan 6 Juta Tingkatkan Prestasi Cemerlang Flower Chimp DI Asia Tenggara.
Assalamualaikum wbt,
Pernah tak dapat jambangan bunga dari insan tersayang? Mestilah ramai yang pernah kan, begitu juga kak wawa. Jambangan bunga boleh membuatkan orang yang tersayang jatuh cinta berkali-kali. Betul kan? Cuba anda hadiahkan jambangan bunga ros kepada insan tersayang hari ini. Wahhh, pasti menjadi ingatan yang tak mungkin dilupakan.
Jambangan Bunga Hari Istimewa
Bagi anda yang sibuk dengan urusan harian hingga tiada masa untuk pergi ke kedai bunga, jangan risau "Flower Chimp" boleh membantu anda untuk memenuhi keperluan bunga-bungaan pilihan anda serendah RM89 sahaja. Kiriman jambangan bunga bukan hanya untuk kekasih hati sahaja, malah ia ditawarkan ucapan istimewa sempena sambutan Hari Anniversary, Hari Guru, Hari Ibu, Hari Kekasih, Hari Lahir dan lain-lain.
Penghantaran Seluruh Malaysia
Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran seluruh negara meliputi lebih daripada 80 buah daerah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Woww, satu perkhidmatan yang sentiasa ditunggu untuk memudahkan rakyat Malaysia menyambut dan membuat kejutan kepada insan tersayang walaupun berada jauh beribu batu.
Kos Penghantaran Percuma
Lebih membahagiakan apabila Flower Chimp memberi penjimatan berganda kepada anda menerusi penghantaran secara percuma keatas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Bagi pembayaran yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari, tempahan dihantar pada hari yang sama untuk berikan kejutan kepada insan tersayang.
Flower Chimp Luaskan Pasaran Global
“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan
penghantaran bunga ini, Flower Chimp
telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam
tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan
Filipina dengan rekod pertumbuhan lima
(5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.
Flower Chimp Tambat AVG Labur RM 6 Juta
Berikutan prestasi memberangsangkan mereka
dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur
termasuklah Asia Venture Group (AVG),
sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan
dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat
pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney,
Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di
Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara
yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah
Lotz.
Lotz dan rakan
kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri
perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima
untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping
meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan
ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap
pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa
secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk
pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan
keperluan mereka,” kata Frassa.
Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran
dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan
menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin
bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua
belas (12) bulan akan datang, dari Suku
Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)
2019, Flower Chimp akan
berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat
pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.
Contoh gambar bouquets,
Bagi anda yang ingin dapatkan tempahan dan perkhidmatan penghantaran bunga, boleh dapatkan detail contact dibawah.
Hubungi kami:
Flower
Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook:
https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp
Flower
Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook:
https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id
Flower
Chimp di Filipina
Laman Sesawang:
https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook:
https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph
#SayItWithFlowers #FlowerChimpMY #FlowerChimp
Friday, 17 August 2018
Guess My Weight Giveaway
Assalamualaikum wbt,
Lama dah nak join, tapi tak terjoin lagi. Alhamdulillah masih ada peluang untuk join Giveaway Abam Kie. harap-harap bertuah laa jawapan kak wawa ni. kiki
Mudah saja, cuma teka berat Abam kie yang sebenar. Kak wawa teka berat Abam Kie dalam 84.5kg.
Klik Sini untuk join juga.
Shapee Seamless Nursing Bra & Maternity Jadi Pilihan
Assalamualaikum wbt,
Bagi yang pertama kali nak jadi mami, pasti pening macam mana nak beli nursing bra yang sesuai dan best. Betul kan? Kita tak tahu macam mana yang sesuai dengan kita. Inilah dilema yang kak wawa alami seawal pregnant. Nurse beberapa kali ingatkan untuk bertukar ke nursing bra jika merasa tidak selesa dengan bra biasa yang kita pakai.
Disebabkan pertama kali hamil dan kak wawa tiada pengalaman dalam memilih nursing bra yang sesuai dan brand yang best untuk dipakai. Sejak usia kandungan 6 bulan lagi, kak wawa dah rasa kurang selesa pakai bra biasa, mungkin disebabkan oleh pertambahan saiz badan yang menjadikan ia sedikit ketat. Walaupun sebelum itu, kak wawa baru sahaja beli yang baru.
Selepas usia kandungan menjejak ke 7 bulan, ketidakselesaan makin terasa apabila memakai bra yang biasa. Jadi, kak wawa decide untuk beli juga nursing bra. Kak wawa dan suami decide ke kedai Little Genius sebab dekat situ macam-macam kelengkapan untuk ibu dan bayi. Dalam banyak-banyak brand, kak wawa tertarik dengan brand Shapee Seamless Nursing Bra sebab beli 2 percuma 1. haha
Walaupun harganya boleh tahan, tapi ada percuma 1 tu rasa macam berbaloi laa kan beli. Bila tengok sample, ehh bestnya kain di, sejuk sangat, lembut dan menyerap peluh, bahagian bawah pula jenis getah lembut yang tak mencekam lilit dada. Tak lama lagi nak menimang cahaya mata, bahagian depan boleh cabut apabila nak menyusukan anak.
Hari ni kak wawa tengok dekat shopee & lazada, wahh banyak rupanya yang tengah jual brand shapee nursing bra. Kak wawa sangat recommend untuk uols guna brand shapee ni tau. Harganya pun berpatutan dan paling penting selesa dipakai.