Sunday, 20 July 2014

Info Penyakit Kronik Kanser Usus

Assalamualaikum wbt,
Ada sorang kawan bertanya tadi, adakah dia mengalami tanda-tanda kanser usus. Ini hasil pembacaan wawa tadi.
Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008. Di negara kita, menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus atau kolon (juga kadangkala dipanggil kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.
Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.
Continue Reading

Thursday, 17 July 2014

Set Nutriwhite Shaklee

Assalamualaikum  wbt,

Wahh, dah nak habis puasa. Lagi dua minggu, raya laa kan? Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak habis Ramadhan. Apa khabar amalan kita? Bertambah atau sama saja? Semoga Allah terima segala amalan kita.Aminnn..

Bercakap pasal raya ni, mesti semua nak cantik kan? Tak hari raya pun, kita memang nak cantik. Betul ke idak? Jadi, wawa nak share Set Penjagaan Wajah Nutriwhite. Dijamin halal, selamat dan semulajadi. Tiada bahan kimia untuk memutihkan wajah anda dalam masa satu hari. Semua bahan yang digunaakan adalah semulajadi. 

Continue Reading

Tuesday, 15 July 2014

Koleksi Testimoni Carotomax Shaklee

[TESTIMONI CAROTOMAX]


Assalamualaikum semua.


Nak share sikit testimoni sendiri.=)

1. Power mata turun 250 ke 75

Tahun lepas kena pakai cermin mata - power mata kanan 200, kiri 250. mula makan carotomax akhir tahun lepas. cermin mata lama-lama jadi blur, so tak pakai haha ( memang jarang sangat pakai pun actually).

Bulan ni check mata, power dah jadi 75 for both eyes! alhamdulillah syukur sangat, thank you allah. thank you shaklee.! ;) - melissa

2. RABUN TERUK (KANTA TEBAL) MAKIN TERANG SELEPAS 3 MINNGU CONSUME CAROTOMAX



Ye.. Alhamdulillah hubby br amik 3minggu . sebelum ni mmg rabun teruk, kanta tebal.. so far br mkn dia kata dh terang sikit..pernah keluar kahak kuning yang teruk frt day amik..now..dh Alhamdulillah dh ok semua..dh nak msuk 2 botol..jom cuba…=) - Puan N

3.PENGLIHATAN MAKIN JELAS SELEPAS 1 MINGGU AMBIL CAROTOMAX



Pg td bgun tdo tgk jam dinding..eh2 asal senang je tgk jam nmpk clear je..sllunye samar2..
Mule2 igtkn terlupa buka lens sblm tdo smlm..
Tgk2 lens ada dlm bkas..
Then bru trigt..CAROTOMAX..!!
Yes..die punya keje kot..
Baru smggu lbh ambil tu pun kadang 2 skip sbb trlupa..

Pastu g tgk tv dr jarak yg sllu sy tgk..yes..more clear!!

Ya Allah bestnye..x sbr nk check thap rabunku ini.. that’s y sya ambil vitamin carotomax ni..- CIk M

Jom sapa nak cubabaiki masalah mata jom amalkan carotomax ni..
#saya tak nak pakai lens selamanya# 

==========

Mengapa carotomax boleh memulihkan kesihatan mata? 

》Ini kerana carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa.

Untuk pemulihan mata secara tradisional, pakar nutrisi mencadangkan pengambilan 5 - 9 hidangan sayuran dan buahan untuk kekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah.

Seterusnya membantu memelihata kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah cancer.

Wahh, paling kurang 5 jenis sayuran dan buahan untuk kekalkan nutrien pada mata. 

==============

Puan wawa nak tanya, satu hari anda makan berapa jenis sayuran? buah-buahan berapa jenis? cukup tak 5 jenis? 

Puan wawa, awal-awal surrender. buahan kat rumah paling banyak pun 3 jenis je. sayuran pun sama.

Jadi, saya mengambil inisiatif mudah untuk tingkatkan kesihatan mata dengan mengamalkan carotomax. tambahan pula, bisnesswoman macam puan wawa ni mengadap pc, laptop & hand phone number one. ini menyebabkan mata cepat berair dan sakit.

Anda bagaimana? suka laa teww mata rabun! boleh pakai cermin mata kan? orang panggil specky boy/girl.. konon macho..erk?!

Nak pulihkan mata anda?

Puan wawa ada petua,
0199966576
Continue Reading

Sunday, 13 July 2014

Low Blood Pressure

TEKANAN DARAH RENDAH (HYPOTENSION)

Apakah Tekanan Darah Rendah?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. 

*Bacaan pertama mempunyai nilai lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah.

*Bacaan kedua mengukur tekanan diastolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat).

Untuk orang dewasa,
~Tekanan darah yang normal biasanya 120/80 mmHg. 
~Tekanan darah rendah berlaku bila kurang daripada 60/90 mmHg.
~Tekanan darah tinggi ialah apabila melebihi 140/90 mmHg.

Ataupun julat (range) untuk sistolik : 90-120 mmHg                  
                                        diastolik: 60-80 mmHg

*Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.
Continue Reading

TIPS TINGKATKAN TEKANAN DARAH RENDAH

Assalamualaikum & tengah hari,


Pernahkah anda terasa seperti gelap, nak pitam, tiba-tiba sekeliling terasa gelap seketika? Jika ya, ini bermakna anda sedang mengalami masalah tekanan darah rendah.

Biasanya tekanan darah terjadi kepada kebanyakkan ibu mengandung, wanita yang mengalami keletihan melampau.

Apabila badan mengalami tekanan darah rendah, darah tidak cukup untuk sampai ke otak, jadi oksigen. Ini boleh mengakibatkan badan terasa seperti melayang dan nak pitam. badan pun jadi lesu, lemah, teasa mual, cepat haus dan penglihatan menjadi kabur.

Penyebab Darah Rendah :

1. Kekurangan volum/ kandungan darah dalam badan
2. Perubahan hormon dalam badan- terutama kepada wanita mengandung
3. Dehidrasi- badan kehilangan banyak air dari yang diminum
4. Masalah jantung- otot jantung yang lemah, kadar degupan jantung yang rendah atau terlalu cepat
5. Diet yang tidak seimbang- kurang zat terutama B12 & asid folic
6. Pel;ebaran pembuluh darah.

Continue Reading

Friday, 11 July 2014

Hargai Nikmat Sihat

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah,  seminggu sudah saya demam hari beransur sihat cuma masih lagi ada batuk2.

Dari dulu lagi bila saya demam, paling kurang seminggu. Tak tahu kenapa, antibodi sangat lemah.

Agak lama sebenarnya saya tak demam teruk macam ni, since bulan 11 tahun lepas sebelum saya berkenalan dengan shaklee. Sejak saya amalkan nutriferon dan vitamin c, jarang sekali kena demam.

Kali ni, Allah nak uji saya dengan bekalan Nutriferon out of stock. Niat dihati tak nak bergantung pada ubat paracetamol. Memandangkan saya tak larat, digagahkan juga ke klinik untuk ambil mc. 

Alhamdulillah,  Allah izinkan doktor untuk bagi mc 2 hari pada saya. Sakit merupakan kifarah untuk Allah gugurkan dosa kecil kan? Alhamdulillah...=)

===========
Selepas dua hari mc, hari ketiga saya ke ofis tapi dalam keadaan yang tidak memberangsangkan. Batuk , selsema masih lagi belum hilang. Disebabkan kerja, nak tak nak terpaksa juga pergi. Niat dihati, seandainya dapat stay lama2 kat rumah kan best..=)

Kata mereka, saya ni demam berisi. Entah betul entahkan tidak. Malas nak buat upt, segan nak pergi beli kat farmasi..hehe.. Boleh plak cleaner kat ofis cakap, time saya batuk. Awak ni batuk baby, batuk baby bawak baby bunyi macam tu laa..

Erkk!! Ada jugak ehh?? Haha..macam kelakat je..=) Ok, apa-apa jelah asalkan saya dapat bayi kembar. Boleh gitu? Hik2..

Selama seminggu demam, Allahuakbar cian suami melayan karenah saya yang pelik-pelik. Agak pelik lah demam kali ini, mengada semacam. Suami tak boleh pergi jauh, nak berkepit je.. kenapa ye?

Demam, agak membataskan kita untuk bergerak aktifkan? Nak solat pun kadang2 terganggu, mengaji apatah lagi..

Doakan saya dan baby sihat ye.. erk?? Hehe..
Continue Reading

Jenis-jenis Gemuk & Cara Atasi Dengan Supplemen Shaklee

Assalamualaikum sahabat,

Apa khabar anda? Semoga sihat sentiasa. Salam jumaat dan ramadhan #11. Wahh, pejam celik, pejam celik dah menginjak setengah bulan ramadhan. Tinggal beberapa hari lagi untuk kita grab pahala dibulan ramadhan.

Hari ni wawa nak berkongsi jenis-jenis obesiti atau kegemukan. Perasan tak, ada sesetengah orang bila diet boleh kurangkan berat badan, ada yang makin bertambah dan ada yang maintain.

Salahkah cara diet anda? Atau tidak melakukan exercise? Atau diet anda salah?

Jom, kita check diri sendiri. Yang mana satu anda.=)

1. Gemuk Air

  • Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan 
  • Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri 
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh
  • Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.

2. Gemuk Daging

  • Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan
  • Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
  • Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
  • Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging
  • Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang
Namun begitu proses perpeluhan yang aktif dapat membantu membuang sebahagian lemak-lemak degil ini, dan sebaiknya mengikut diet yang sesuai dan aktiviti senaman lebih sedikit berbanding gemuk jenis air dan angin.


3. Gemuk Angin

  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
  • Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut

☆☆☆☆☆☆☆☆

Continue Reading

Wednesday, 9 July 2014

[ INFO TANDA-TANDA AWAL SAKIT JANTUNG ]

Assalamualaikum sahabat,

Tahu tak, penyakit jantung merupakan salah satu pembunuh senyap? Statistik pesakit jantung di malaysia amat membimbangkan. Adakah anda masih lagi tidak peka dengan punca-punca penyakit ini? Apa kata, kita cek diri sendiri, adakah simpton-simpton awal ini wujud. Sekiranya ada, suka saya nasihatkan anda untuk segera berjumpa doktor.

Jantung merupakan organ penting yang harus kita jaga dengan baik.. Jantung akan mengalami gangguan dan tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdapat gangguan bekalan oksigen ke jantung... saya percaya ramai yang lupa akan kepentingan jantung.. antara habit buruk adalah tidak menjaga pola makan seharian yang seimbang, kurang aktiviti fizikal dan stress yang berpanjangan.. Kalau wanita yang merokok lagi lah tinggi potensi untuk mendapat serangan sakit jantung kerana merokok mengakibatkan ketidakstabilan hormon estrogen. Antara tanda2 atau gejala penyakit jantung yang perlu kaum wanita berhati2 adalah:

1. Sakit Dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang Selera Makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan.

4. Sering Rasa Lelah Penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap Buang Air Kecil
Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.

sumber
======================


Lepas saya baca artikel tu, cuak plak.. biasalah kalau tak takut tak normal lah kan.. nak taknak kena buat sesuatu. Antaranya jaga pemakanan dan tingkatkan aktiviti fizikal (bab ni yang malas nak gi jogging..suami dah berzaman ajak berjogging kat Bukit Bauk)... dan yang paling senang.. adalah telan sebutir Coq10health plus... hihihi.


Thanks for reading..=)
Continue Reading

[INFO PENYAKIT] KANSER USUS

Assalamualaikum,

Kanser usus bermula dengan bengkak usus. Usah ambil mudah perihal ini.

Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku. Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko kanser usus.


Apa itu usus?

Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:


  • Usus kecil- tempat makanan diserap 
  • Usus besar- tempat air dan garam diserap


Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum.

Apa itu kanser usus?

Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada peringkat awal.

Berapa ramaikah penghidap kanser usus?


Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia. 


Siapakah yang berisiko menghidapi kanser?

Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika 
anda berusia lima puluh tahun ke atas.
Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda :
  • mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  • pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih daripada lapan tahun.

Jika anda mempunyai faktor-faktor di atas, berbincanglah dengan doktor anda tentang risiko mendapat kanser usus.



Tanda-tanda kanser usus 


Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
  • Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  • Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  • Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Sakit perut.
  • Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  • Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi.Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.

Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah lebih baik.

Ujian saringan untuk kanser usus


Ujian saringan kanser usus melibatkan ujian terhadap individu yang tidak mempunyai tanda-tanda menghidap kanser usus. Saringan menggunakan kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada individu sihat yang berumur lima puluh tahun ke atas.

Faecal occult blood test (FOBT)


FOBT ialah satu ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser usus. Ujian ini melibatkan pengambilan beberapa sampel tinja atau najis dengan menggunakan kit ujian. Sampel diambil di rumah dan kemudiaanya dihantar ke makmal untuk dianalisis.

FOBT akan menentukan sekiranya terdapat darah di dalam tinja (darah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar). Darah di dalam tinja boleh disebabkan oleh polip (ketumbuhan di bahagian dalam usus yang boleh bertukar menjadi kanser) ataupun disebabkan oleh kanser usus yang berdarah. Jika terdapat darah di dalam tinja, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan.

Ingatlah bahawa kanser usus mempunyai peluang yang tinggi (90%) untuk disembuhkan sekiranya dikesan pada peringkat awal. Polip yang dikesan melalui FOBT boleh dibuang sebelum bertukar menjadi kanser.

Dimanakah saya boleh mendapatkan FOBT ?

 
Lelaki dan wanita yang berumur lima puluh tahun ke atas perlu berjumpa dengan doktor untuk menjalani FOBT dua tahun sekali.



Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi kanser usus dengan:
  • makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
  • mengekalkan berat badan yang sihat.
  • selalu bersenam.
  • tidak merokok.
  • kurangkan minum alkohol.


Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak faedah kesihatan yang lain. sumber
Continue Reading

Wednesday, 2 July 2014

Khasiat Vivix Shaklee PROMO July 2014

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah,  bulan ni Shaklee mengumumkan Item PROMO iaitu VIVIX SHAKLEE. VIVIX juga dikenali sebagai sirap merah dan juga Tonik Ajaib kerana keberkesanannya diakui oleh pengguna.

Auchh, sungguh tak sangka kali ni turn VIVIX plak. Dikalangan orang ramai mereka beranggapan bahawa Vivix terlalu mahal. Sebenarnya tidak, jika nak dibandingkan dengan sakit Harga VIVIX jauh lebih murah. Kalau tak percaya, try laa sakit. 

Sebagai contoh, ada dikalangan keluarga mempunyai sakit kencing manis atau darah tinggi. Apa yang kita lakukan? Sebolehnya kita mencari penyelesaian, samaada ubatan kampung, ubatan hospital. Kita tetap mencari walaupun beribu-ribu ringgit telah dihabiskan. Orang bagitau dekat utara ada doktor boleh berubat kencing manis, dekat Thailand ada ustaz boleh berubat. Sanggup tak kita bawak family tu pergi berubat? Jangan tak percaya, lebih dari sanggup ada yang buat. Tak lari jauh, tengok jiran-jiran je. Habis beri-ribu ringgit pun takpe, asalkan boleh tengok orang tersayang sihat walafiat.

Panjang lebar mukaddimah, kita nak cita pasal khasiat vivix kan..=)

================
 [ PROMO & KHASIAT VIVIX ]

Continue Reading