Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah,  seminggu sudah saya demam hari beransur sihat cuma masih lagi ada batuk2.

Dari dulu lagi bila saya demam, paling kurang seminggu. Tak tahu kenapa, antibodi sangat lemah.

Agak lama sebenarnya saya tak demam teruk macam ni, since bulan 11 tahun lepas sebelum saya berkenalan dengan shaklee. Sejak saya amalkan nutriferon dan vitamin c, jarang sekali kena demam.

Kali ni, Allah nak uji saya dengan bekalan Nutriferon out of stock. Niat dihati tak nak bergantung pada ubat paracetamol. Memandangkan saya tak larat, digagahkan juga ke klinik untuk ambil mc. 

Alhamdulillah,  Allah izinkan doktor untuk bagi mc 2 hari pada saya. Sakit merupakan kifarah untuk Allah gugurkan dosa kecil kan? Alhamdulillah...=)

===========
Selepas dua hari mc, hari ketiga saya ke ofis tapi dalam keadaan yang tidak memberangsangkan. Batuk , selsema masih lagi belum hilang. Disebabkan kerja, nak tak nak terpaksa juga pergi. Niat dihati, seandainya dapat stay lama2 kat rumah kan best..=)

Kata mereka, saya ni demam berisi. Entah betul entahkan tidak. Malas nak buat upt, segan nak pergi beli kat farmasi..hehe.. Boleh plak cleaner kat ofis cakap, time saya batuk. Awak ni batuk baby, batuk baby bawak baby bunyi macam tu laa..

Erkk!! Ada jugak ehh?? Haha..macam kelakat je..=) Ok, apa-apa jelah asalkan saya dapat bayi kembar. Boleh gitu? Hik2..

Selama seminggu demam, Allahuakbar cian suami melayan karenah saya yang pelik-pelik. Agak pelik lah demam kali ini, mengada semacam. Suami tak boleh pergi jauh, nak berkepit je.. kenapa ye?

Demam, agak membataskan kita untuk bergerak aktifkan? Nak solat pun kadang2 terganggu, mengaji apatah lagi..

Doakan saya dan baby sihat ye.. erk?? Hehe..