Bila Waktu Sesuai Membeli Kelengkapan Bayi?


Assalamualaikum wbt,



Hai bakal-bakal mami dan mami yang menanti kelahiran tak kisahlah anak yang pertama ke, kedua ke, ketiga ke, keempat ke atau kelima ke. hehe

Semuanya tetap akan ada isu dimana bila waktu sesuai nak beli baju baby. Bagi yang melahirkan anak dekat-dekat, mungkin tiada masalah langsung untuk membeli dan menyediakan kelengkapan bayi. Kan?

Hari ni kak wawa tak nak share lagi list barang keperluan bayi, tetapi nak kongsikan bila waktu sesuai membeli kelengkapan bayi. Entry ini khas untuk ibu yang pertama kali nak melahirkan baby. 

Sesetengah orang kata, jangan beli awal-awal, sesetengah orang pula kata belilah awal-awal. Ada pro dan kon untuk waktu sesuai membeli kelengkapan bayi. Pada kak wawa, sangat-sangat merecommendkan ibu-ibu untuk beli seawal usia kandungan cecah empat ke lima bulan.

Bila Waktu Sesuai Membeli Kelengkapan Bayi? Seeloknya beli diawal usia kandungan empat ke lima bulan, ini kerana dapat membantu mami dan deddi menyediakan kelengkapan bayi dengan lebih teratur, jimat dan lengkap.

Kenapa kena beli kelengkapan baby seawal kandungan berusia empat ke lima bulan?

  1. Belian kelengkapan bayi boleh dibeli secara berdikit-dikit.
  2. Tidak membebankan mami dan deddi.
  3. Dapat mengurangkan kos dalam keadaan ekonomi keluarga yang tidak menentu.
  4. Mengelakkan kelengkapan bayi tidak mencukupi.
  5. Mengelakkan mami keletihan di penghujung kehamilan.
Mana nak beli kelengkepan baby?

Persoalan yang sama berlegar dikepala kak wawa sebelum ini, bila usia kandungan dah cecah 6 bulan haruslah lagi ligat memikirkan barangan keperluan baby samada kelengkapan menyambut kelahiran malah ketika berpantang. Semuanya kena fikir kan.

Awalnya kak wawa plan nak beli dengan shopee sahaja, tapi bila dah jumpa kedai "Little Genius" terus tak jadi nak order online. Semua kelengkapan baby dari A to Z semua ada kat sana. Sementara kak wawa masih di Johor ni, jadi ambil peluang untuk menjejakkan kaki di Little Genius untuk mencari kelengkapan baby.

Kak wawa plan mencari awal sebab faham aje lah, keadaan diri bila usia kandungan dah cecah tujuh ke lapan bulan. Masuk enam bulan pun, kaki dah rasa lenguh-lenguh bila banyak snagat berjalan.

Jadi, uols belilah awal supaya kita dapat berehat dipenghujung kehamilan nanti. hehe
Kak wawa masih banyak lagi kelengkapan bayi yang perlu dicari, untuk memudahkan mami sila buat list siap-siap dan tick yang mana sudah beli supaya tidaklah kita membeli banyak kali. Kan? hihi