Assalamualaikum wbt,

Semalam kak wawa ada kongsikan tentang penyakit HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut sejenis virus yang menyerang bayi, kanak-kanak dan berisiko juga dikalangan remaja dan orang dewasa.

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak  di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Ianya disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71). Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis kes. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh (7) ke 10 hari. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis. Tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan penyakit HFMD.
Sehingga kini, di seluruh Malaysia, sebanyak 341 buah taska / tadika / tabika / pra-sekolah telah melaporkan kluster HFMD di premis mereka, iaitu 50% dari jumlah wabak yang dilaporkan pada tahun ini. Survelan virus HFMD juga mendapati peningkatan aktiviti virus EV71 dalam persekitaran semenjak bulan Mac  2018. - Sumber kkm
sumber image kkm
Bagi menghalang sebaran virus HFMD, KKM menggesa orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska / tadika / tabika / pra-sekolah untuk:
  1. Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak dengan membersihkan dan menyahkuman meja, kerusi serta alatan mainan kanak-kanak tersebut;
  2. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD. Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya;
  3. Sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum mengendalikan kanak-kanak lain;
  4. Membersihkan dan memastikan kebersihan tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin;
  5. Memastikan lampin pakai-buang dibuang dalam tong sampah bertutup; dan
  6. Melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.
KKM juga ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD supaya:
  1. Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut;
  2. Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  • Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  1. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin; dan
  2. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
Sekian, terima kasih.
 Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Sumber : KKM

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, peningkatan terus berlaku keatas penyakit HFMD. Di mana jumlah kes yang dilaporkan semakin meningkat mengikut negeri di seluruh Malaysia. Cuba lihat jadual statistik di bawah.
Sumber KKM

HFMD ALERT from Shaklee

Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap anak-anak dan keluarga anda, kami mengesyorkan supaya anda lakukan pencegahan sedari awal. Selain menjaga kebersihan diri, supplemen dan penggunaan bahan mandian yang semulajadi sangat membantu dari terkena virus HFMD.

Cegah HFMD dari anak-anak anda



Vitamin cegah penyakit HFMD untuk lelaki dewasa



Vitamin cegah penyakit HFMD untuk wanita dewasa

Jika ingin dapatkan supplemen daripada kami, boleh berbuat demikian dengan hubungi kami seperti nombor yang tertera dibawah.

Hubungi kami: 

019-9966576 (Kak Wawa)

BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Bandar Penawar
Pengeposan ke seluruh Malaysia