7 MAKANAN PUNCA JERAWAT.

Assalamualaikum wbt,

Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Terdapat pelbagai punca jerawat antaranya adalah melalui pemakanan. Tahukah anda apakah makanan yang menggalakkan pertumbuhan jerawat. Nak tahu tak apa makanan punca jerawat pada kulit. Yang mommy nak kongsikan ini ada tujuh makanan punca jerawat.

Ok, jom check it out adakah makanan yang kita makan seharian menjadi punca pertumbuhan jerawat?

7 MAKANAN PUNCA JERAWAT

1. Produk Tenusu Makanan Punca Jerawat

Sesetengah produk tenusu iaitu susu lembu dipasaran yang dijual mengandungi suntikan hormon oleh para penternak bagi menghasilkan susu dengan banyak. Hormon ini mampu memberi kesan kepada kulit kita.


2. Makan Bergoreng Makanan  Punca Jerawat

Bagi mereka yang mengalami kulit bermasalah atau berjerawat, makanan yang berminyak seharusnya dielakkan supaya tidak naik jerawat.



3. Garam Berlebihan Makanan Punca Jerawat

Pengambilan garam secara berlebihan akan menyebabkan badan kehilangan banyak air sekaligus mengakibatkan kekeringan pada kulit.


4. Makanan Segera Makanan Punca Jerawat

Makanan segera biasnaya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet.


5. Minuman Beralkohol Makanan Punca Jerawat

Minuman beralkohol akan mengakibatkan dehidrasi. Jerawat mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.


6. Udang Dan Makanan Laut Punca Jerawat

Iodium yang terkandung dalam udang dan makanan laut dapat menghasilkaniritasi pada folikel rambut dan kelenjar sebaceous (sebaceous Gland). Produksi minyak wajah jadi meningkat apabila diambil secara berlebihan.


7. Kuning Telur Makanan Punca Jerawat

Kuning telur mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.


Woww, mengagumkan makanan-makanan yang menjadi punca jerawat tumbuh di wajah. Semua makanan ini sudah pasti menjadi kegilaan ramai remaja dan masyarakat negara kita. Sudah tentu ramai juga yang mengalami masalah jerawat.

Jangan ditanya kenapa jerawat tumbuh melata, jika makanan yang kita makan pun menjadi punca naik jerawat. hihi

Jom jaga pemakanan kita. 

Selain menjaga pemakanan yang seimbang, kita perlu mendapatkan nutrisi untuk kecantikan kulit dari dalam dan luar. 

Baca ini untuk info tentang kecantikan dalam dan luar.