My Pregnancy Journey Part 4 : Ada Alahan Tak?

Kredit photo Ummu Khadijah

Assalamalaikum wbt,

Soalan pertama yang wawa dapat bila ramai orang tahu wawa hamil adalah, " Ada alahan tak?", Muntah tak? Pening tak? haha.

Sebolehnya wawa tak nak dengar soalan ni, nak tau kenapa? Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab wawa memang langsung tiada alahan muntah-muntah, pening, letih dan sewaktu dengannya. Wawa tak nak dengar sebab tak nak bagi emosi wawa catch dengan perkataan tu dan wawa takut terkena. hihi

Memandangkan wawa sekarang ni masih bekerja sepenuh masa dan dalam masa yang sama buat bisnes shaklee, sebolehnya wawa tak nak performance wawa jadi menurun. Jadi, sedari awal wawa dah set dalam minda wawa ok, wawa ok, wawa ok. InsyaAllah semuanya akan ok.

Orang kata, mengandung tanpa alahan macam tak ada feel hamil. Betul ke? Wawa lebih rasa bersyukur sebab wawa bebas untuk pergi kerja, makan, minum dan lakukan aktiviti tanpa rasa pening, muntah, loya dan sebagainya. Ada sorang housemate wawa juga hamil dan usia kehamilan dia masih baru, kecian sangat wawa tengok dia. Nak makan tak boleh, hidu bau orang masak tak boleh, asyik pening je memanjang, sampaikan tenaga pun tiada. Apa yang boleh dia makan? Maggi dan makanan-makanan ringan sahaja.

Bukankah itu lagi memberi kesan pada perkembangan janin? Jadi, wawa rasa sangat bertuah sebab Allah tak uji wawa dengan ujian rasa alahan ketika hamil. Hari ini usia kandungan wawa sudah 15 weeks 2 days. Pada usia ini, bayi sudah mula mendengar apa yang kita cakap, kita nyanyi, kita baca dan apa saja bunyian yang kita perdengarkan padanya.

Seeloknya, dengarkan bayi anda dengan zikir, ayat-ayat alquran dan kata-kata yang baik sahaja. Ok.

Masih ramai diluar sana yang menantikan kehadiran zuriat, wawa menanti selama 4 tahun dan alhamdulillah, Allah izinkan wawa merasa pengalaman ini. Wawa doakan kalian yang masih menanti zuriat dikurniakan zuriat secepat mungkin. Amin

Pesanan buat bakal-bakal mummy, sila ambil asid folic untuk persediaan rahim kita menerima kehadiran si kecil. Walaupun belum hamil, kita kena makan selalu asid folic ni disamping menguatkan rahim, asid folic juga membantu dalam melancarkan perjalanan darah, menukarkan makanan kepada tenaga, mencantikkan kulit serta bagus untuk orang yang ada masalah resdung.

Asid folic shaklee yang paling baik.