My Pregnancy Journey Part 6 : Mana Nak Beli Seluar Mengandung Murah Dan Selesa?

Assalamualaikum wbt,

Bagi ibu yang sudah ada pengalaman mengandung dan hamil, ibu-ibu tiada masalah untuk mencari seluar mengandung / maternity pants atau skirt hamil. Serius kak wawa yakin, mereka tiada masalah. 

Bagi yang baru dan first time hamil, sedikit masalah untuk mencari seluar mengandung / maternity pants ini. Tambahan pula, kak wawa jenis tak pakai skirt atau dress ketika waktu bekerja. Jadi, semestinya wajib mencari seluar mengandung ini.

Masalahnya, kak wawa tak tahu nak cari kat mana. Bagi orang lain, diawal kehamilan mungkin tiada masalah kerana perut masih lagi flat kan. Selepas 11 minggu, perut kak wawa sudah tak selesa pakai seluar slack yang biasa kak wawa pakai. Jadi ketat dibahagian perut dan bila nak solat terpaksa bukak. Agak leceh kan bagi yang sentiasa nak cepat siap ni kan. hehe

Iklan sponsor di facebook banyak juga cuma kak wawa agak fobia untuk beli online takut tak sesuai dengan saiz dan boleh jadi tak pakai. Jadi, kerana terlebih rajin hari tu kak wawa pergi Aeon Tebrau untuk cari butik scarlet, orang kata banyak baju-baju dan seluar untuk ibu hamil dan macam-macam pilihan ada.

Seingat kak wawa, waktu tu baru dalam 11 ke 12 minggu pergi tawaf satu mall Aeon tebrau untuk cari butik scarlet, namun hasilnya mengecewakan. Langsung tak jumpa, tanya orang pun tak tahu. Adeh, kaki pun dah lenguh sangat-sangat. Rasa nak menangis je tau sebab terlampau lenguh dan letih. Seluarnya tak jumpa-jumpa pun.

Akhirnya, kak wawa dan suami fedup terus balik. Terpaksa lagi pakai seluar yang tak berzip habis. haha

Lama selepas itu, kak wawa cuba juga pm online seller nak tahu pasal seluar mengandung ni. Semuanya harga mak aihh, rm85- rm106. Boleh tahan harga dia, cuma kak wawa tak berani nak beli lagi sebab itulah takut benar dengan tak padan, rasa macam membazir pulak.

Lama juga kak wawa fikir, tiba-tiba housemate cakap cuba tengok dekat shopee online banyak seluar pregnant murah-murah. Terus berkenan dengan patern ni, murah pulak tu. Bolehlah nak cuba saiz kan, jadi  kak wawa terus pilih saiz M dan warna khaki. Kak wawa tawakal je beli ni, tak tahu sampai ke tak dan ini first time kak wawa shopping di shopee.

Selepas beberapa minggu menunggu dan tracking masih ada di satu tempat yang agak lama, kak wawa redha je laa kalau tak sampai. Dalam masa yang sama, kak wawa tetap juga cek tracking no. Alhamdulillah, akhirnya 2 hari lepas dah sampai seluarnya. Alhamdulillah, cantik dan padan cantik jugak color ni.

Bagi yang nak cuba dan tak tahu nak beli seluar mengandung kat mana, boleh layaran shopee.com.my dan search "Maternity Pants", macam-macam design ada.




Cantikkan, boleh cepat-cepat order sebab dah tak banyak tinggal size M.