My Pregnancy Journey Part 3 : Minum Air Gula Best Ketika Hamil Sedap

Pengalaman hamil anak pertama, air gula best, air gula ketika hamil, tujuan minum air gula ketika hamil


Assalamualaikum wbt,

Minum Air Gula menjadi igauan ngeri pada sesetengah ibu hamil, namun tidak bagi wawa. Pada mulanya, wawa bayangkan air gula ni macam pengat ubi atau pisang yang pekat. Tambahan pula, ada suami kepada kawan wawa yang menakut-nakutkan dengan air gula ni umpama pekat dia macam kuah mee sizzling. haha

Melampau kan? Dalam kepala wawa rasa takut juga sebab wawa memang tak suka manis, even minum air milo pun wawa tak letak gula. Air tea atau tea tarik sebolehnya wawa suka minum rasa kurang manis.

14 May 2018 (Isnin)

2 hari lepas, wawa ada checkup temu janji dengan doktor untuk scan, minum air gula, ambil darah dan test hiv. Selepas proses pendaftaran, wawa pergi bilik untuk test urine dan bilik minum air gula dan ambil darah.

Selepas letak buku pink, nurse mintak tangan untuk ambil darah kali pertama. Terus wawa tanya, sakit tak? Jujur sangat nurse ni jawab, sakit la kalau tak sakit saya tipu pulak. haha

Emm, betul jugak tu kan. Sambil borak-borak nurse cucuk tangan, boleh tahan laa rasa sakit dia tapi sekejap je rasanya. Dapatlah sedut darah wawa yang pekat satu picagari. Kemudian, dia suruh wawa minum air gula pula, Minum kat luar boleh? Tanya wawa. Ya, boleh jawab nurse.

Keluar dan pergi dekat suami sambil bawak air gula suam plain, duduk mengadap suami. Bang, takutnya nak minum. haha.. Suami kata, minum laa. Ok je tu, sekali teguk je. 

Lepas tu, wawa terus minum sampai setengah gelas berhenti sekejap. Emm, sedap!!haha. Terus minum setengah gelas lagi. Manisnya Ya Allah, sampai rasa ngilu kat gigi. Nak minum air masak, wawa fikir tak payah laa. Biar dia masuk dalam badan dulu laa semua. Lama diam nak bagi air gula meresap ke segenap tubuh. Lepas siap minum, wawa masuk jumpa nurse balik dan proceed ke procedure seterusnya la. Jumpa nurse dibahagian ibu dan anak, lepas tu tunggu pula giliran nak jumpa doktor untuk scan kali yang entah ke berapa. Untuk pastikan due date wawa, sebelum ni doktor belum dapat kepastian lagi.

Proses yang ramai orang kurang suka kan? Lamanya menunggu, sementara tunggu masa 2 jam lagi untuk ambil darah kali kedua, wawa tunggu pula giliran untuk masuk jumpa doktor. 2 jam lebih menunggu sahaja. 

Waktu menunggu, wawa sempat minum air masak sikit untuk hilangkan manis minum air gula. Selepas minum air masak, tak sangka pula dia buat kita rasa nak muntah. Wawa cuba tenangkan fikiran dan cuba sibukkan diri supaya hilang rasa nak muntah. Bayangkanlah kalau termuntah, kita terpaksa repeat balik minum air gula dan proses yang sama akan berulang. huhu

Tak mampu den nak hadap. kiki

Selepas lama menunggu, akhirnya sampai giliran wawa untuk berjumpa doktor. Sembang dengan doktor sekejap, kemudian doktor ajak intai baby. Intai punya intai, dah sah tarikh due date 7 Nov 2018 insyaAllah zuriat wawa keluar ke dunia.

Alhamdulillah, doktor pun bagitahu perkembangan janin sangat sihat. Doakan semoga kandungan wawa dipermudahkan, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan bakal tiba esok hari. Amin