Assalamualaikum wbt,

Suka mengunyah ketika hamil antara penyebab berat badan wanita hamil bertambah dengan mudah. Ia menjadi satu habit kerana ibu hamil sering merasa lapar. Bagi mengelakkan pertambahan berat badan secara berlebihan ketika hamil, ibu-ibu seharusnya menggantikan makanan kurang sihat kepada kekacang sihat untuk dikunyah.

Wanita perlu berhati-hati dengan apa yang mereka makan semasa mengandung, kerana badan mereka mudah terdedah dengan risiko keguguran dan makanan tertentu boleh menyebabkan reaksi buruk.

6 Jenis Kekacang Bagus Untuk Ibu Hamil

Governments-should-recommend-nuts-to-pregnant-women-says-study, nuts for pregnancy, kekacang untuk ibu hamil

Berikut adalah kekacang yang boleh diambil oleh ibu hamil sepanjang kehamilan. Antaranya:

1. Badam

Almonds atau badam, terdiri daripada lemak penting, protein dan vitamin penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi yang sihat dalam setiap trimester. Fakta mudah ialah badam selamat dan sihat untuk dimakan semasa hamil jika diambil secara sederhana. Badam juga mengandungi khasiat:
  • Serat, yang penting untuk pencernaan yang betul manakala vitamin E memastikan kulit dan rambut sihat.
  • Magnesium, riboflavin, dan folat (Vitamin B9) diperlukan untuk fungsi otak yang betul serta mengekalkan sistem saraf.
  • Mangan mengawal berat badan ibu dan anak.

2. Walnut

Walnut membantu mengawal tekanan darah tinggi dan bacaan gula tinggi dalam darah bagi ibu hamil. Kandungan asid lemak Omega 3 dalam walnut membantu dalam perkembangan otak dan mata bayi. Selain itu juga, walnut membantu meningkatkan imun badan ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.

 3. Gajus

Kacang gajus merupakan sumber yang kaya dengan asid folik, protein, magnesium, zat besi dan fiber. Pengambilan kacang gajus ketika hamil sangat baik untuk kesihatan ibu hamil dan juga bayi. Rasanya yang berkrim memberi rasa 'best' untuk ibu hamil makan setiap hari. Kesemua vitamin dan mineral yang terkandung dalam kacang gajus bermanfaat untuk perkembangan janin yang sihat.

4. Pecans

Kacang Pecan mengandungi penuh vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan ketika hamil. Antaranya ialah kalsium, iron (zat besi), folik asid, DHA omega 3, vitamin D dan banyak lagi. Ia memberi manfaat untuk kesihatan ketika hamil, iaitu:
  • Sumber antioksidan semulajadi yang boleh membantu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.
  • Meningkatkan tahap kolesterol dengan mengurangkan kolesterol LDL (buruk) dan meningkatkan kolesterol HDL (baik).
  • Membantu menurunkan tekanan darah dengan memastikan arteri sihat dan santai.
  • Mencegah kemerosotan kognitif dengan memperbaiki pengaliran darah ke otak.
  • Melindungi daripada diabetes jenis 2 dengan mengawal paras gula dalam darah.

5. Macadamia

Kacang Macadamia merupakan kacang termahal didunia dan ia juga sukar untuk mendapatkannya. Macadamia kaya dengan lemak tak tepu yang boleh meningkatkan kesihatan jantung. Kacang ini juga rendah karbohidrat dan gula dan mempunyai kandungan serat yang sederhana. Makan kacang macadamia sebagai sebahagian daripada diet yang sihat boleh menurunkan tahap kolesterol LDL, dan sebenarnya meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik).

6. Kacang Brazil

Kacang Brazil adalah sumber mineral selenium yang baik, antioksidan yang kuat yang boleh melindungi badan anda daripada semua jenis penyakit kronik dan menyokong tiroid anda. Kacang ini juga mengandungi Serat dimana penting untuk kehamilan kerana ia boleh membantu mengimbangi masalah usus seperti sembelit yang mungkin biasa disebabkan oleh perubahan hormon.

 Baca juga tentang kehamilan sihat :