Assalamualaikum wbt,

10 Tanda Awal Mengandung Dan Tanda Awal Hamil | Memiliki anak merupakan impian bagi setiap pasangan yang berkahwin. Mana mungkin ada yang menolak untuk meniman cahaya mata, jika sudah diberi oleh Allah. Inikan pula bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, pasti menggembirakan hati suami isteri malahan keluarga dan juga rakan-rakan. 

Jika belum disahkan hamil, jangan risau yakin dengan janji Allah pasti Allah kurniakan pada masa yang sesuai dan tepat. Bagi yang mendapat rezeki hamil di awal perkahwinan, kalian sangat bertuah. Dan pasti anda tertanya-tanya, benarkah aku hamil? Bagaimana nak tahu tanda-tanda aku sedang mengandung? Mari teruskan pembacaan anda.

Teringat pengalaman mommy sebelum disahkan hamil oleh doktor, dalam kepada berkira-kira adakah aku mengandung? Betul ke aku mengandung ni? Haha. Disebabkan oleh 5 tahun menanti, perasaan nak percaya dan nak bergembira itu macam biasa sahaja. Tak terlebih gembira kerana takut-takut bila cek hasilnya mengecewakan.

Baca Pengalaman Mommy Hamil:


10 Tanda Awal Mengandung Dan Tanda Awal Hamil

Bagi anda yang baru dan belum pernah mengandung, pasti menjadi satu cabaran untuk mengenal pasti dan kadang kala tidak sedar bahawa anda sedang mengandung atau hamil. Jadi, dibawah ini mommy kongsikan 10 tanda-tanda awal mengandung atau kehamilan supaya menjadi rujukan bersama.

10 tanda-tanda awal kehamilan ini mungkin tidak sama dengan setiap orang, tetapi sedikit sebanyak mungkin ada persamaan. Jadi, anda boleh lihat diri masing-masing adalah tanda-tanda awal mengandung ini terdapat pada anda.

Tanda-Tanda Awal Kehamilan / Mengandung

1. Mengidam

Ya, mengidam mungkin sudah kebiasaan bagi sesetengah orang tetapi ada yang tidak sedar bahawa anda sebenarnya sedang hamil. Ia berlaku apabila nafsu makan meningkat secara mendadak dari kebiasaan. Mommy juga alami keadaan ini, dimana tanpa sedar makan dalam kuantiti yang banyak dan kerap. Sehingga ada kawan pejabat menegur, adakah mommy hamil. Padahal waktu itu mommy belum pasti dan tidak buat sebarang Urine Pregnancy Test.

Paling ketara bila berbicara tentang mengidam ini, teringat satu peristiwa dimana pada waktu malam dah lewat jam hampiri pukul 12 tengah malam. Mommy teringin nak minum tea tarik kaw seperti dalam gambar diatas. Mommy memaksa daddy untuk carikan juga, padahal malam itu hujan turun sangat lebat. Pada awalnya, daddy memberikan pelbagai alasan, sehinggakan mood mommy waktu itu berubah sebab terasa macam "Ya Allah, kenapa aku tak boleh minum air tea kaw malam ni? Kenapa? Kenapa? haha

Bila dapat, terus rasa lega dan mood kembali tenang dan gembira. Pelik kan orang mengandung ni. 

2. Warna Areola Menjadi Gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi


Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

Keadaan ini menyebabkan rasa kekejangan dibahagian bawah perut dan pelvik. Seakan rasa sakit yang tak selesa.

4. Sakit Kepala


Perubahan hormon dalam badan dan ianya sering berlaku atas faktor fizikal yang dialami. Seterusnya, ia boleh menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan atau stress mahupun tekanan darah rendah. Dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.

Rasa sakit kepala ini mungkin tidak berpanjangan, tetapi ia bergejala seperti sekejap rasa pening, sekejap rasa sakit. Dan anda sendiri mungkin kepelikan dengan keadaan diri sendiri. 

5. Kerap Membuang Air Kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap. Kenapa dikatakan diawal kehamilan anda kerap membuang air kecil?

Apabila bayi dalam kandungan anda semakin membesar, badan anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, tetapi pundi kencing anda pula semakin mengecut. Oleh itu, walaupun pundi kencing anda kosong, tekanan yang diterimanya akan membuatkan anda merasa seperti ia penuh. Anda akan mengalami perkara ini terutamanya pada hujung kehamilan apabila kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir.

Anda juga mungkin mempunyai masalah mengosongkan pundi kencing, menyebabkan anda terpaksa pergi ke tandas berulang kali.

6. Perubahan Pada Payudara Melembut Dan Membangkak

Tanda-tanda awal kehamilan biasanya, payudara anda akan membesar dan membengkak. Ia akan menyebabkan rasa sakit apabila disentuh. Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Tidak Datang Haid


Jika kedatangan haid anda teratur, selepas seminggu anda tidak datang haid, anda boleh lakukan ujian Urine Pregnancy Test (UPT) untuk melihat samada anda hamil atau tidak. Jika terdapat tanda-tanda seperti diatas, anda boleh pergi berjumpa doktor untuk memastikan adakah anda sedang hamil.

Bagi anda yang haid tidak teratur, mungkin agak sedikit sukar untuk memastikan waktu subur anda dan waktu haid anda dengan tepat. Melainkan anda membuat tanda setiap bulan apabila anda datang haid.

8. Morning Sickness / Mabuk Hamil Pagi

Secara umumnya, tanda kehamilan akan berlaku selepas beberapa minggu kehamilan. Morning sickness berlaku seperti wanita seringkali berasa mual dan ingin muntah sepanjang hari lebih-lebih di waktu pagi. Tidak semua wanita merasakan mabuk pagi ini secara berterusan, tetapi ia boleh dianggap sebagai salah satu tanda awal seseorang itu telah hamil.

Pengalaman mommy sendiri, ada juga rasa mual nak muntah tetapi tidak sampai muntah. Ia bergantung kepada individu juga sebenarnya. Loya kehamilan juga boleh berlaku pada waktu petang dan malam.

9. Keletihan

Perubahan hormon yang tinggi membolehkan anda berasa malas, penat dan lelah. Walaupun ia mungkin bukanlah tanda yang kukuh tanpa kehadiran tanda-tanda lain, namun ia adalah tanda penting awal kehamilan yang perlu dititikberatkan supaya anda tidak mengalami keletihan yang berpanjangan dan boleh menjejaskan kesihatan anda.

Orang tua-tua berpesan, jika ada rasa malas ketika hamil kena lawan perasaan tersebut, kerana takut kemalasan itu jatuh pula kepada anak. hihi

10. Ujian Kehamilan Yang Positif

Ternyata dengan melakukan ujian kehamilan dapat memberikan jawapan kepada persoalan tentang kehamilan anda. Ianya sangat penting buat ibu yang hamil untuk menjaga pemakanan, kesihatannya dan juga kandungan agar dapat menempuh menempuh saat indah bergelar ibu.

Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Debaran ketika membuat ujian pregnancy test umpama mengambil result SPM. hihi

Baca artikel berkaitan :