Mengapa Omega 3 Penting Untuk Ibu Hamil?
1. Kurangkan Risiko Kelahiran Pramatang
Pengambilan DHA semasa hamil boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan mata yang sihat dalam kandungan. Ia juga boleh membawa kepada berat badan yang lebih kurus pada kanak-kanak pada usia lima tahun dan meningkatkan perhatian yang berterusan pada usia prasekolah. Kajian menunjukkan bahawa, kadar DHA tinggi dalam darah ibu hamil, memiliki anak dengan kemampuan kognitif, deria dan gerak motor yang lebih baik.
2. Untuk Perkembangan Otak Dan Mata Bayi
DHA digunakan dengan pesat oleh otak dan retina bayi semasa dalam
kandungan. Asid lemak Omega-3, terutamanya DHA, adalah blok binaan otak dan
retina bayi. Oleh kerana pengumpulan DHA berterusan sehingga umur dua tahun,
pengambilan DHA adalah penting semasa penyusuan dan penyusuan susu formula.
3. Kurangkan Risiko Berat Badan Ibu Hamil Naik Mendadak
4. Kurangkan Risiko GDM Ketika Hamil
Mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat baik membantu
tubuh dengan membekalkan lemak sihat. Ia mampu menghalang sel daripada menyerap
glukosa berlebihan penyebab obesiti. Ia juga mempunyai sifat anti inflamasi
(anti-radang) bagi mengelakkan kerosakan sel akibat paras glukosa yang tinggi
di dalam tubuh.
5. Bantu Elak Ibu Hamil Kemurungan
Pengambilan omega-3 semasa hamil mungkin mempunyai manfaat
untuk kesejahteraan mental ibu. Kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan
DHA dan EPA rendah dan risiko kemurungan yang lebih tinggi. Pengambilan asid
lemak omega 3 yang cukup membantu menstabilkan emosi ibu ketika hamil dan jugs
selepas bersalin.
Waktu Sesuai Pengambilan Asid Lemak Omega 3 Ketika Hamil
Ibu hamil sebaiknya mulai mengambil Omega 3 sejak kandungan
memasuki trimester ketiga, kerana pada masa itulah perkembangan otak bayi
terjadi dan berat otak janin bertambah pesat hingga dua setengah kali ganda
dari sebelumnya. Terus ambil Omega 3 hingga bayi berusia dua tahun, kerana
setelah lahir, otak bayi masih akan berkembang hingga usia dua tahun.
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊