Thursday, March 31, 2016

Kulit Lembap, Kurang Berminyak Dengan Set Cantik Shaklee

by , in
Assalamualaikum wbt,

Hai semua, wawa nak sharing satu testimoni best selepas amalkan ESP shaklee. wawa sekali yang teruja.


Thursday, March 31, 2016

Bila Doktor Tak Percaya Supplemen Shaklee

by , in
Assalamualaikum wbt,

Doktor juga manusia, yang perlukan nutrisi lengkap untuk kecergasan harian. Jika sesuatu supplemen atau nutrisi itu memberi kebaikan pada kita, why not kita amalkan.")

Wednesday, March 30, 2016

Allah Mengikut Sangkaan Hambanya

by , in
Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Wawa doakan kalian sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan.

Daripada kebencian seseorang kita belajar membetulkan kesalahan dan memperbaiki kelemahan...

Daripada kasih sayang seseorang kita belajar membina keyakinan dan kekuatan diri...

Syukurlah, jika masih ada yang membenci dan menyayangi... itu petanda Allah sedang mendidik mu melalui musuh dan sahabat mu!

Hari ini wawa di datangi 2 orang yang meluahkan perasaan kurang enak tentang keadaan di sekeliling beliau. Sorangnya ceritanya begini, sorang lagi ceritanya begitu. masing-masing tidak berpuas hati dan tujuan bercerita adalah untuk meraih sokongan daripada wawa mungkin. 

Wawa bukan nak bercerita tentang dieorang, cuma nak tekankan bahawa apa yang kita fikir itu yang kita tarik sebenarnya.

Perasan atau tidak, jika anda kata orang itu sombong, jika kita fikir orang sekeliling kita jahat maka orang-orang beginilah yang datang dekat dengan kita. Dalam Alquran juga ada menyebut, Allah mengikut sangkaan hambanya. Kita sangka baik, Allah datangkan yang baik-baik. begitu juga sebaliknya.

Wawa ajak kalian semua, cuba twist minda kita dari berfikiran negatif kepada fikiran yang lebih positif. Jika dulu kita sering fikir, kawan kita suka cakap kat belakang dengan kita, suka mengumpat kita, kali ni kita fikir dan anggap bahawa mereka bercakap tentang kita, mereka kagum dengan kita, mereka suka cara kita, mereka puji kita.

Jom ubah mindset, jadikan mindset kita lebih berfikiran positif, jutawan, hebat serta bersangka baik setiap masa..")
Tuesday, March 29, 2016

Jutawan Hebat Suka Bertolak Ansur

by , in
Assalamualaikum wbt,

[ BERTOLAK ANSUR ]

Hidup kita seharian saling berkait, saling bertemu. Walau tak bertegur, kita tetap jumpa. Walau tak kenal, pasti pernah berselisih.

Petang ni kak wawa belajar sesuatu, bertolak ansur dalam setiap pergerakan kita. Bergaul, bercakap mahupun ketika memandu.

Otw balik kerja tadi, kak wawa bagi signal untuk ke kiri, dari jauh sebuah kereta kancil meluncur laju. Terus tak jadi masuk, kak wawa biarkan dia pergi dulu sebab kalau kak wawa masuk mahu di cium belakang kereta.

Dari belakang kak wawa pandang, beliau tanpa memandang ke kanan terus masuk lorong kanan sedangkan motor betul2 berhampiran. Nyaris nak berlanggar nasib baik motor pandai kawal. 

Terus kak wawa berfikir, andai kak wawa juga begitu tadi macam mana nak jadi jutawan yang berjaya? Sedangkan sikap jutawan sentiasa merancang, bukan menonong. 

Jom jadi jutawan bijak.")
Tuesday, March 29, 2016

HIDUP BAHAGIA PERLU BERSYUKUR

by , in
Assalamualaikum wbt,

Sudahkah anda bersyukur hari ini?

[ HIDUP BAHAGIA PERLU BERSYUKUR ]

Ya Allah, panasnya hari ni. Ya Allah, tak tahan dah. Allahurabbi,itulah keluhan yang keluar dari mulut dengan keadaan cuaca sekarang.

MasyaAllah, kenapa ujian sekecil ini kita payah nak bersyukur dengan ucapan Alhamdulillah? Jika nak dibandingkan dengan orang yang kerjanya di bendang, kerja di bawah panas terik mentari yang langsung tiada pokok untuk berteduh.

Tak yah pergi jauh pun, lihat sahaja suami /ayah / adik beradik sendiri yang bekerja di plant gas. Syukurlah, kita masih mampu berteduh dibawah bangunan yang beraircond.

Alhamdulillah.

#JutawanWawa
Monday, March 28, 2016

Muhasabah Diri Usah Leka Mengejar Dunia

by , in
Assalamualaikum wbt,

Kita orang berniaga.
Ada kala sales kencang maut.
Ada kala sales semput.
Mahu salah siapa?

+ Marketing dah buat separuh nyawa.
+ Kelas dah berhabis ribuan ringgit. Masuk kelas sini, masuk kelas sana.
+ Tindakan dah sehabis kudrat. Kalau orang lain tidur 8jam, kita tidur 2 jam je.
+ Duit dah banyak lebur. Segala strategi, teknik, tips sudah di gunakan.

Semangat mula luntur.

Nanti dulu!

Tinggalkan semangat yang berbaki.
Ini bukan pengakhiran hidup.
Mungkin ada perkara basic lain yang kita terlepas pandang.

+ Akibat seronok dan teruja berniaga, solat sering kita abaikan. Dengar sahaja azan, tangan kita masih mengulit kerja-kerja yang tidak berkesudahan.

Sedangkan janji Allah,

"Jaga AKU, pasti AKU jaga urusan kamu"

Beberapa petikan saya terbaca di dalam buku "mudahnya menjemput rezeki".

Tentang seorang yang bekerja menyusun batu, apabila tiba batu terakhir untuk di susun, azan berkumandang. Lantas beliau letakkan batu terakhir tersebut dan bergegas menunaikan solat.

Ini antara ayat-ayat yang terus menusuk ke dalam hati di dalam buku tersebut.

"Jika saya menghabiskan batu terakhir tersebut, ini bermaksud saya memBESARKAN batu tersebut bukan memBESARKAN Allah"

--- PAUSE ---

Apabila ralit berniaga, terkadang kita terleka.

Kita kata Allah first. Tapi perbuatan kita, Allah last.

Pengajarannya Allah berikan sales yang slow.
Tapi kita masih pura-pura tidak nampak.
Mencari mana silap yang mahu di betulkan.
Hingga terlupa mahu betulkan diri sendiri.

Itu lah kita.
Manusia yang pendosa,
Yang sering bergantung harap pada manusia.
Pada tools. Pada strategi. Pada tips dan trick.

Sedangkan Allah dah tunjuk,
Sebaik-baik strategi marketing adalah strategi marketing dengan AKU.

+ Solat awal waktu
+ Bersedekah
+ Menjaga keharmonian hubungan sesama manusia
+ Dhuha
+ Tahajjud
+ Taubat

Muhasabah.
Itu sebaik-baik tindakan.

#notadiri
#CopyPaste
Peringatan utk diri saya sendiri
Monday, March 28, 2016

Bagaimana ESP Membantu Menurunkan Berat Badan?

by , in
Assalamualaikum wbt,

Hai semua, selamat pagi. Hari ni kak wawa nak share dengan korang tentang bagaimana nak turunkan berat badan tanpa bersenam. Hehe.

Testimoni makan vitamin shakles untuk menyusu tapi jadi kurus pulak.")




Fauziah Chilun.
Pengalaman dengan Shaklee dan ESP. 
==============================

Saya pernah dengar jenama Shaklee sebelum tahun 2000 lagi masa pergi rumah abg sulong di ipoh. Masa tu x tau pun Shaklee tu produk MLM. Yang saya tau tu produknya vitamin. Sampailah ketika saya menyusu anak ke 3 pada tahun 2009, susu saya x memberangsangkan. Tambahan lagi saya perasan badan x berapa sihat. Saya pitam dalam komuter. Beberapa kali nak pitam sedang berjalan pergi dan balik kerja. 

Risau takut sakit ke apa saya pergi klinik utk pemeriksaan. Doktor kata ok tak ada masalah tapi saya tau badan saya x ok. Sedang mengepam berjemaah dalam surau, kami sembang2 sampailah ke cerita susu. Kawan saya makan supplemen beli online. Dia pun bagi saya alfalfa 10 bj. Dia bagi website sekali dan saya pun surf. Saya email nak beli alfalfa tapi dia call promote macam2 sampai saya terbeli sehingga RM500. BAYANGKAN asalnya nak beli RM50 jadi RM500. Saya dapat free membership. Produk yang saya ambil masa tu termasuk ESP. 

Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik. Dalam masa 6 bulan consume berat badan saya turun 58 ke 51kg sampai ada org tegur samada saya sakit ke nampak badan susut. Saya rasa sebab badan well nourish so lemak pun x berkumpul. Biasa sangat org cakap lepas beranak ramai2 badan pun naik tapi teori tu X berlaku pada saya. ESP mmg saya x miss. Balik kerja sementara masak tu minum ESP dulu. Lepas siap masak, perut masih kenyang. Sudahnya saya x makan malam. Itu yang susut agaknya. So ESP ni sesuai utk yang nak diet x makan malam. 

Saya hamil lagi anak ke 4 pada 2011. Kali ni memang anak Shaklee. ESP sangat membantu saya untuk kekal bertenaga. Bayangkan masa bulan puasa waktu sahur saya boleh telan ESP shake dengan kurma saja. Kenyang sampai waktu berbuka. Saya dah x minum susu An*um sejak ambil ESP. pengalaman saya anak sulong minum An*um dan En**mama sampai 7 tin, hampir setiap malam kaki saya cramp. Berbeza dengan ambil Shaklee. Kalau tak ambil ostematrix, sebelum tidur minum segelas ESP boleh elak cramp kaki jugak. Kawan saya pulak minum susu An*um tu dpt GDM. Ada gula tersembunyi dalam tu x boleh nak minum banyak rupanya. 

Dalam pantang pun saya enjoy sebab cepat sihat. Dek kerana pantang sendiri jadi kenalah cepat2 sihat. Banyak minum ESP kalau waktu2 x sempat makan. Memang mengenyangkan. Berat badan pun cepat susut. Luka cepat sembuh. Kulit x kusam. Yang penting rasa sihat sangat. Anak ke 5 dan ke 6 pun masih berpantang dengan Shaklee jer. Puas hati dah. 

Kalau nak maintain kulit gebu, ambil ESP 2-3 sudu utk 3 kali sehari. Protein penting utk penghasilan sel kulit baru. Sebulan perlukan 2 tin lebih kurang. Memang sesuai sangat laa amik promo buy 6 free 1 ni sebab tahan untuk 3 bulan jer. Kulit cantik, body maintain. Perfect dah tu.  

Best ke best? Kak wawa jarang miss esp ni. Best tau.")

#ESPbest
Sunday, March 27, 2016

Personal Branding Tingkat Keyakinan Diri

by , in
Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni wawa di whatsapp oleh beberapa orang yang nak belajar ilmu branding diri. Wawa just tanya apa pandangan dorang tentang personal fesbuk wawa.

Rata-rata mengatakan nampak lebih confident, hebat, macam dah jadi jutawan dan aura jutawan semakin menyerlah.

Masing-masing tanya apa lagi bisness yang wawa buat? Haha. Macam banyak je kan. Sebenarnya wawa buat satu sahaja main bisness wawa iaitu menjual produk shaklee dalam masa yang sama sebagai konsultant kepada client-client wawa.")

Kesan selepas belajar dan apply ilmu personal branding, wawa lebih yakin dengan apa yang wawa buat. Orang yang melihat juga terasa auranya sekali. 

Kan? Hehe


Thursday, March 24, 2016

Blog Kak Wawa Jadi Terapi Diri

by , in
Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar? Kak Wawa doakan semuanya sihat-sihat, bahagia, gembira, ceria dan berjaya jadi jutawan dunia akhirat. Amin InsyaAllah.

Kak Wawa bercadang nak tukar nama blog kak wawa sekarang jadi (jutawanwawa.com) . Apa pandangan korang ye? Bila kita tukar domain, semua code akan berubah tak? kak wawa dah lama tak cara pasal coding2 belog ni. Minta pandangan pada yang pakar.

Kak wawa ni ada satu pea yang mana bila kerja terlampau banyak, kak wawa jarang stress sebab sentiasa di kawal oleh Vitamin shaklee iaitu B Complex. Jadi, bila kerja terlampau banyak kak wawa dah jadi tak tahu nak buat yang mana satu dulu. Akhirnya, kak wawa buka blog dan mengarang. hehe

Korang macam kak wawa jugak ke? hihi. Santai-santai rehatkan minda, kita jengah-jengah jiran tetangga sat. ")


Tuesday, March 22, 2016

Sotong Celup Tepung Versi Kelulut

by , in
Assalamualaikum wbt,

Teringin sungguh makan sotong celup tepung. Time kat ofis sampai kecur liur kak wawa.")

Balik dari ofis, terus bagitau suami. Jom kita pergi kelulut. Jarak rumah kak wawa ke Kelulut lebih kurang 1 jam 30 minit. 

Bukan selalu pun, cuma hari ni je teringat-ingat lagi sotong celup tepung Pok Nong di Pantai Teluk Lipat. Macam mengidam plak, hari ni terus terbang ke sini. Hehe

Layan gambar la ye.

Sotong Celup Tepung Versi Kelulut



Tuesday, March 22, 2016

Cara Mudah Centerkan Pdf File Yang Senget

by , in
Assalamualaikum wbt,

Hai semua, selamat petang. Kak wawa nak sharing ilmu yang baru kak wawa dapat. mungkin ramai yang memerlukan cara macam mana nak centerkan PDF file yang SENGET. hehe

Pernah tak jadi kat korang, lepas scan document yang penting jadi macam gambar kat bawah ni. Kurang center kan, bayangkan kalau ada 200 page, tak kan nak buat manual kan. 

Jadi, kak wawa sharekan cara-cara macam mana nak centerkan dengan cara yang mudah.

STEP 1 : Buka original pdf file

Monday, March 21, 2016

Top Kegembiraan Seorang Blogger

by , in
Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar? Alhamdulillah, Kak Wawa doakan kalian sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Subhanallah, Allahuakbar, Lailahaillallah.Puji-pujian bagiMu Ya Allah, menghidupkan kami siang dan malam. 

Perasan tak, mukaddimah kak wawa selalu mula dengan doa kan. Sebab apa? Ia adalah kerana bila mana mula nak menulis tu, Subhanallah rasa kagum dengan keagungan Allah yang sentiasa memberi nikmat kesihatan, hidup dan seluruhnya.

Alhamdulillah, sebagai seorang blogger kak wawa merasakan sangat bertuah kerana ramai sahabat-sahabat fesbuk kak wawa yang dulu tak pernah ada blog, kini dah pun berjinak-jinak dengan blog. Kenapa Kak Wawa suka blog? Sebab hubungan antara blogger lebih real berbanding rakan-rakan di fesbuk. betul ke betul? Bagi yang baru, cubalah korang blogwalking ke rumah jiran-jiran pasti korang akan rasai hal yang sama.

Berbalik kepada tajuk di atas, apa yang paling menggembirakan seorang blogger? kalau tanya kak wawa , pastinya kepuasan menulis dan blog menjadi tempat rujukan sahabat-sahabat di luar sana. Boleh katakan sejak dua menjak ini customer kak wawa ramai dari pengguna internet, pelayar internet dan pengguna google. hihi

Selain itu, kunjungan sahabt-sahabat blogger dan comment yang ditinggalkan juga menjadi kegembiraan buat seorang blogger. Rasa diri ini lebih dihargai.

#JutawanWawa kata, nak dihargai, kita kenalah menghargai orang lain dahulu.

Nak banyak comment, kita kena rajin comment blog orang dulu. kan..")
Sunday, March 20, 2016

Hadiah Dari Blogger Jari Manis

by , in
Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar sahabat jutawan wawa? Semoga hari ini sihat-sihat semua.")

Alhandulillah, terima kasih JM tak sanfka dapat hadiah. Sis JM, datang terengganu roger la wawa. ")


JM merupakan blogger yang suka pergi travel. Wawa tak tahu masa bila JM kerja dan rehat. Haha. Sebab, setiap kali baca entry JM mesti time pergi travel. 

Wawa doakan semoga JM jadi agen dan buka company membawa orang ramai pergi travel dengan harga jimat. Amin

Thanks JM.

Jom terjah blog JariManis.

Saturday, March 19, 2016

Motivasi Pagi Di JutawanWawa

by , in
Assalamualaikum wbt,

Motivasi kita, bergantung pada apa yang fikiran kita tengah fokus sekarang.

Cuba kita jalan-jalan, sambil tertunduk, bahu jatuh, dengan muka yang masam.

Rasa macam ntah apa-apa kan?

Sekarang cuba jalan dengan yakin, dan senyum.
Rasa berbeza kan?

Jadi, untuk ubah fokus, jangan fikir masalah kita sekarang.

Tapi fikir apa yang kita rasa 6 bulan dari sekarang setalah apa yang kita mahukan telah tercapai.

Semoga bermanfaat.")

#JutawanWawa
Monday, March 14, 2016

Kelebihan Vitamin C Shaklee

by , in
Assalamualaikum wbt,

Ya Allah,hari ini kawan Kak Wawa forward satu mesej dari group whatsapp. Katanya, matahari sekarang berada betul-betul atas garisan khatulistiwa yang mana kita dinasihatkan untuk lebih perihatin dengan kesihatan sendiri. Keadaan ini berterusan sehingga lima hari. 

Kak Wawa nasihatkan kepada semua embaca blog kak wawa supaya banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar dan sentiasa mengamalkan makan vitamin c dari sumber makanan harian atau supplemen shaklee supaya mengekalkan tahap kesihatan lebih optimum. Kenapa perlu makan Vitamin C? 

Antara sebab yang sangat konkrit adalah bagi meningkatkan tahap imuniti badan, mencegah dari demam, selsema, batuk, sakit tekak dan kulit kering.

Kak Wawa lebih prefer para pembaca blog Kak Wawa supaya amalkan makan Vitamin C shaklee sebab ia mempunyai kelebihan tersendiri. 
Monday, March 14, 2016

Rahsia Doa Minta Duit

by , in
Assalamualaikum kepada semua Jutawan Kaya dan Berjaya

Sambungan Rahsia Doa Minta Duit Keenam

Seperti yg telah dijelaskan, ada 4 SYARAT utk mendapat DUIT.

4 Syarat itu berada pada ejaan lafaz DUIT 

D - Doa
U - Usaha
I - Ilmu
T - Tawakkal 

Utk mendapat Duit kita perlu terlebih dahulu Berdoa, Doa juga sebagai petanda kita Mahu duit. 

Allah hanya akan beri kita apa yg kita Mahu dan Allah tidak akan beri kita apa yg kita tidak Mahu.

Anda mahukan Duit anda mesti terlebih dahulu Berdoa.

Sesudah Doa minta Duit seterusnya anda mesti ada Usaha. Duit tidak akan datang bergolek tanpa Usaha. Usaha adalah antara Syarat yg penting. Usaha boleh dibuat melalui Pekerjaan atau Peniagaan.

Mencuri, Meminta2 dan Menipu utk mendapatkan Duit meskipun adalah Usaha namun Usaha sedemikian adalah ibarat Usaha yg Bocor.

Pada penyampaian Kedua, dikatakan bahawa Usaha adalah ibarat Saluran, Bekas atau Wadah yg kita sediakan utk mendapatkan Duit daripada Allah swt.

Apabila Usaha yg kita sediakan itu adalah perkara2 diatas maka kita sebenarnya menyediakan Saluran atau Wadah atau Bekas yg Bocor, apa yg kita dapat tidak kekal dan akan cepat hilang.

Syarat keempat adalah pada huruf terakhir ejaan DUIT iaitu Tawakkal.

Setelah kita Berdoa, Berusaha, mendapatkan Ilmu maka kita perlu berTawakkal.

Kita mesti ada sifat menyerahkan segala urusan Bila, Macamana dan Dimana utk mendapatkan Duit kepada Allah swt.

Jangan sesekali mempersoalkan 'Kerja' Allah swt, Dia Maha Mengetahui.

Yg penting tugas kita teruskan dengan Doa, Usaha, sentiasa mencari Ilmu dan Bertawakkal sesudah itu Serahkan kepada Allah swt.

Jangan sesekali kita Ragu dengan Keupayaan Allah swt, itu semua hanya akan Membatalkan pendapatan Duit.

Sabar dan Tunggu, kurniaan Allah itu Pasti datang. Kalau sudah datang tidak akan berhenti!

Jika Allah sudah menjanjikan yg kita meminta Dia akan beri maka Dia Allah swt tidak akan memungkiri janjinya.

Antara sebab seseorang itu tidak mendapatkan apa yg dia minta kerana dia tidak ada sifat Tawakkal dan Sabar.

Apabila hilang sifat Tawakkal dan Sabar tanpa kita sedari kita menjadikan diri kita sebagai Tuhan dan Allah sebagai 'Hamba' yg kita Suruh dan Mengarahkan apa yg kita mahu. Doa kita bertukar menjadi Command atau Arahan!

Adakah patut anda mengarahkan Allah swt menuruti apa yg anda mahu?

Tawakkal dan Sabarlah yg membezakan antara Doa dan Arahan.

Ini adalah kesalahan dan sikap negative yg serious yg hanya mengundang kemurkaan Allah swt kepada diri kita.

Positive Attracts Positive
Negative Attracts Negative.

Sekian.

#JutawanWawa
Sunday, March 13, 2016

Rahsia Kejayaan By Dr Azizan Osman

by , in
Assalamualaikum wbt,

Wawa sharing input yang wawa dapat dari talk Dr Azizan. Sangat bermanfaat jika disusuli dengan tindakan.

[ KELAS DR. AZIZAN : BASIC CLASS ]

Berpegang pada formula MESTI

M : MENTOR. Nak berjaya kena belajar dengan mentor. Kena belajar dengan guru yg juga berniaga. Bukan dengan lecturer yg hanya pandai ngajar biz, marketing strategies, tp tak pernah alami dunia perniagaan sendiri.

E : ELMU. Buat biz kena ada elmu. Kenapa saya pakai huruf E, sebab berniaga ni berkait dengan EMOSI. emosi dengan famili, partner, customer. Etc. (Akan dibincangkan pada next class). Elmu boleh dapat kat mana2 saje, google, dari buku, tapi sampai BILA. tindakkan tu penting. Tak ada MAGIC, kecuali perlu BERTINDAK utk dptkan PENINGKATAN, utk buat PERUBAHAN, nak berubah perlu BERKORBAN. Jangan PRESSURE sbb bila pressure takdapat buat TINDAKKAN (Plan & Action). Fikir nak buat tindakkan SEBAB apa?? Nak kaya? Nak bantu mak ayah pegi mekah setiap tahun? Nak buat charity?? Kena clearly stated. 

S : STRATEGY & SYSTEM. Nak berniaga kena ada STRATEGY & SYSTEM. kita nak biz dalam pada masa yg sama nak BANYAK MASA. So kena ada S. bila ad S, akan ada banyak MASA. masa BOLEH beri KEBAHAGIAN. Ada banyak MASA dgn FAMILY, boleh BUAT APA SAJA etc. Contoh system, pekerja yg kerja utk kita.

T : TINDAKKAN
Kena 
♡ BERANI
♡LUAR BIASA (bila mulakan kena HABISKAN & buat yg TERBAIK)
♡ ISTIQAMAH / KONSISTEN

I : INTENTION (niat) & IMPIAN kena JELAS.
Contoh kalau doa, kena SPECIFIC. nak kaya, doa NAK BERAPA. 
.
Moga bemanfaat.

#JutawanWawa
Sunday, March 13, 2016

Rahsia KEJAYAAN 3K Nizam Di Pentas IMKK

by , in
Assalamualaikum wbt,

Kak Wawa nak sharing, rahsia kejayaan Nizam founder minyak wangi.")



Seperti Yang Dijanjikan Inilah RAHSIA 3K Yang Nizam Kongsikan Di Pentas HOT SEAT IMKK MARCH 2016.
Sunday, March 13, 2016

G I V E A W A Y by Ros Nordin

by , in
Assalamualaikum wbt,

Jom join GiveAway by RosNordin. Banyak lagi masa ni haa.")

Saturday, March 12, 2016

Pengalaman Ayuney Borong 6 Tong ESP Shaklee

by , in
Assalamualaikum wbt,

Kak Wawa suka benar nak sharing pengalaman pengguna ESP shaklee ni sebab Energizing Soy Protein ini adalah favourite Kak Wawa dari dulu sampai lani.

Ini pengalaman Ayuney Ahmad dengan ESP shaklee.

Assalamualaikum..
Macam mana nak mula ye kecintaan saya kpd ESP..Sebab banyak sangat!

Saya bermula ketika berpantang anak kedua. 
Pantang anak pertama..saya jadikan Horlicks sbagai milkboost..tapi ..dalam masa yang sama..saiz badan pun boost up gak.

Maka..time anak k2 lahir..tak berani minum horlicks dh..heheh...
Tapi..dalam masa yang sama..sangat2 perlukan 'sesuatu' untuk jadikan badan lebih bertenaga. 

Maka..bermula lah episod ber'ESP' & ALFALFA.

Sehinggalah berani memborong 6 tin ESP promo time oktober 2012 tu& terus dftr keahlian..walaupun memang takde niat nak menjual..hehe..6 tin tu konon2 nk bolot sorang2..

♡Badan jadi lebih bertenaga
♡ Tak tidur siang pun takpe..memang rasa bertenaga.
♡malam kena bangun sejam sekali pun alhamdulillah ok sgt2..lebih pandai kawal emosi.
♡anak lelaki yang ni lebih kuat badannya..ototnya..mula meniti berjalan masa umur 8 bulan! 
♡sekarang..masih continue dgn ESP. Sebab:

》 alas perut elak gastrik...kadang2 xsempat sarapan awal2 pagi..berkejar nak ke sekolah..lepastu kelas smpi pukul 10..hehe..kalau xde ESP, mmg sakit perut!
》 untuk kawal pengeluaran minyak kat muka...yang ni memang membantu!
》 bantu pudarkan parut muka!lagi2 kalau berjerawat.


Minumlah ESP plain..suam2...dlm keadaan perut kosong..lebih cepat serapan & hasilnya!

#espBest
Friday, March 11, 2016

Waktu Mustajab Berdoa

by , in
Assalamualaikum wbt,

Kak Wawa nak sharing ilmu yang barh dapat dari fesbuk Tuan Haji Roslan. Semoga bermanfaat.

Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad saw amalkan untuk permohonan doa.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.

Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” 
-HR Bukhari dan Muslim

Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ  ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.” 
-HR. Bukhari dan Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara: 
(1) azab neraka jahannam, 
(2) azab kubur, 
(3) penyimpangan ketika hidup dan mati, 
(4) keburukan Al masih Ad Dajjal.” 
-HR Muslim 

Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.

Doa2 diatas dibaca semasa masih lagi didalam Solat iaitu sewaktu duduk didalam keadaan Tahiyat Akhir selepas selesai membaca kesemua bacaan tahiyat akhir solat SEBELUM Memberikan Salam dan menamatkan Solat.

Manakala Sewaktu Solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kitaWAJIB MENGIKUTI IMAM. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi Jika Imam Telah Memberikan Salam iaitu Mengakhiri Solat Berjemaah Tersebut maka antum WAJIB Mengikut Imam memberi salam dan Menyelesaikan Solat Tersebut.

Maknanya Dijelaskan Lagi Jika Didalam Solat Berjemaah Setelah Kita Selesai membaca Tahiyat Akhir itu, Sementara Imam BELUM MEMBERIKAN SALAM Untuk Mengakhiri Solat jemaah maka selagi itu dibolehkan membaca Doa2 Tersebut Akan TETAPI jika sewaktu membecanya Imam Sudah Memberikan Salam untuk menamatkan Solat Tersebut maka Antum semua WAJIB Berhenti membaca Doa itu dan memberikan Salam Kerana Kewajipan mengikut imam Itu Lebih utama Seperti disebutkan didalam Hadis, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِنْ صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ آلَيْتَ شَهْرًا فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ 
“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.” 
-HR Bukhari dan Muslim

Maka Doa ini Sangat Dituntut untuk membacanya dikala Kita semua Bersolat sunat sendirian, Jangan Lepaskan Peluang ini.. InshaALLAH..

Wallahualam..
Friday, March 11, 2016

Hidup Terus Memberi

by , in
Assalamualaikum wbt,

[ PENGAJARAN SEMALAM LUHUR HATI MU DIK ]

Semalam Kak Wawa sempat ke pasar malam Dungun, saja jalan-jalan dengan hubby. Jalan tak lama, Kak Wawa ajak suami duduk tepi beranda yang ada kat pasar malam tu sambil makan satey ikan. 

Lalu seorang peminta sedeqah yang tak ada kaki, dari jauh Kak Wawa pandang je. Niat kat hati tunggulah dia lalu depan muka bolehlah bagi rezeki sikit. Cuit kat hubby, hubby buat mula selamba sambil makan.

Tetiba ada sorang budak lelaki mungkin dalam linkungan umur 11/12 tahun. Badannya besarrrr, lama Kak Wawa ngan hubby duk perati. Mula gi tengok nasi ayam, pastu burger, pastu kuih muih. Berkerut dahi, mungkin duk fikir nak makan apa. Nampak duit rm5 di tangan.

Tak tahu kenapa, terdetik rasa kesian di hati. Seorang je ke budak ni? Dalam duk bercakap pasal budak ni tadi, Kak Wawa paksa hubby bagi duit kat budak ni sebab tak tahu kenapa ada perasaan belas di hati. Sungguh, rasa sebak camne ntah. Hubby duk layan makan hamlet dia.

Tetiba, sekilas pandang nampak budak ni masukkan duit dalam bekas pengemis tadi dan terus hilang. Subhanallah, mulianya hatimu dik. Kak Wawa lilau juga cari sebab nak bagi duit juga kat dia. Tak jumpa2 dah lepas tu. Terus bangun dan bagi kat pengemis tadi. 

Dalam otw balik rumah, terus terfikir mungkin perasaan belas ini sama dengan Dato Vida yang ambil aniq bekas peserta mentor millenia jadi menteenya.

Hangpa faham dak story ni? 😄

Budak kecil tu pun tahu erti memberi. Kita? 

#JutawanWawa
Thursday, March 10, 2016

JATUH CINTA BERKALI-KALI DENGAN ESP SHAKLES

by , in
Assalamualaikum wbt,

Pengalaman Rehana bersama ESP shaklee.

JATUH CINTA BERKALI-KALI DENGAN ESP


Pertama kali berkenalan dengan esp adalah pada oktober 2012. Mula-mula rasa tak nak cuba tapi cuba jugak akhirnya sebab tengok manfaatnya yang sangat best. Dekat blog orang ni cakap ESP marvelous, dekat page orang ni cakap ESP ni memekatkan susu. Memang sangat tergoda lah masa tu. 

Terus cuba, dan yes saya jatuh cinta dengan rasanya. Saya suka bau esp yang harum, fresh dan tulen. Tak ada unsur2 preservative sebab soya nya di proses dengan air sahaja. 

Dan paling terkejut lepas 3 atau 4 hari minum siku saya dah tak bersisik! Kalau dulu memang kering dan kusam je. Lepas tu jadi moist lah :)

Susu makin pekat. Syok tau. 

Lagi bonus sebab energetic. Tenaga luar biasa la. Walaupun penat saya boleh selesaikan banyak perkara dalam satu hari tanpa gagal. Kadang2 syamil tak tidur malam2, tapi pagi tu tetap boleh bangun dan pergi kerja. Tak ada pun qada tido kat ofis. 

"Rehana dah makin slim sekarang ni" kata2 ni memang kerap didengari kalau jumpa kawan2 or sedara mara. Yup, esp ni pun boleh bagi kurus jugak kalau ikut cara. 

Lain2 yang saya sangat syukur ialah gula dan kolestrol saya terkawal. Alhamdulillah. Dan yang paling best, saya dah tak diserang gastrik macam dulu2 sebab saya alas perut selalu dengan ESP dulu. Memang mengenyangkan sementara mengadap makanan lain. :D

Dah berpuluh tin saya dah consume. Memang saya suka sangat dan puas hati.

You all cubalah. 
Pasti jatuh cinta jugak :)


Wednesday, March 09, 2016

Bolehkah Kanak-Kanak Minum ESP Shaklee

by , in
Assalamualaikum wbt,

Ada yang bertanya dengan Kak Wawa, adakah ESP shaklee sesuai untuk di minum oleh kanak-kanak? Kebanyakan ibu-ibu yang mengamalkan ESP shaklee ini mempunyai anak, jadi bila time nak minum tu anak-anak pun nak menempel sekali kan. 

Ok, mari baca penjelasan Kak Wawa berdasarkan nasihat dari Pakar Nutrisi Shaklee. 


Kanak-kanak boleh consume esp tak? Jika boleh berapa sukatan yang sesuai untuk kanak-kanak?

Tidak disyorkan kepada bayi dibawah 1 tahun. Namun, mengikut kata pakar nutrisi shaklee BOLEH diberi esp  kepada kanak-kanak seawal umur 2 tahun. Ini adalah berdasarkan jadual pengambilan protein bagi kanak-kanak.

How Much Protein Do You Need Everyday?
  • 1-3 tahun : 16.5g protein/day
  • 4-6 tahun : 25g protein / day
  • 7-14 tahun : 31.5g protein per day
  • 15-18 tahun (male) : 44g protein per day
  • 15-18 tahun (female) : 40g protein per day
  • 18+ tahun : 45g protein per day
  • 19+ (male) : 54g protein per day
  • 19+ (female) : 44g protein per day
  • Pregnant : 30g protein per day
  • Lactating : 20g protein per day
  • Althlete : 62.5-100g protein per day
sumber : freefoodfreedom.com



Berdasarkan jadual diatas, kanak-kanak perlukan 16.5g protein setiap hari. Jadi, kanak-kanak boleh minum esp shaklee sebab 1 hidangan ESP shaklee (3 sudu besar) bersamaan dengan 14g protein sahaja. 

Namun begitu, ibu-ibu disarankan untuk membekalkan supplemen tambahan yang lebih sesuai untuk anak-anak iaitu Mealshake, Omega Guard, Chewable Vita C, Lecithin.

Semoga anda jelas dengan apa yang Kak Wawa tulis.")
Wednesday, March 09, 2016

Gambar Gerhana Matahari March 2016

by , in
Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar, Lailahaillallah.


Ini gambar yang Kak Wawa capture dengan handphone melalui film.

Subhanallah, 30 tahun Kak Wawa hidup hari ini dalam sejarah pertama kali lihat dan hayati kejadian gerhana matahari. Allahuakbar, Allah Maha Besar.

Bertasbihlah, bertahmidlah , berdoalah, bersedeqahlah. Moga Allah menerima segala amal kebaikan kita didunia ini.

Salam sayang dari Kak Wawa..")
Tuesday, March 08, 2016

Selamat Hari Wanita Dari Jutawan Wawa

by , in
Assalamualaikum wbt,



Lembutmu bukan hiasan, bukan jua kebanggaan.

Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati.

Itulah sekeping hati, yang patuh pada ilahi.

Selamat Hari Wanita dari #JutawanWawa

Tuesday, March 08, 2016

Tips Menjemput Rezeki JutawanWawa

by , in
Assalamualaikum wbt,

[ TIPS MENJEMPUT REZEKI ]

Pagi ni Kak Wawa nak share, bagaimana cara untuk menjemput rezeki. Banyak dah buku duk ajar cara nak Menjemput Rezeki, tapi berapa kerat yang membaca. 

Betul ke betul? 

Tips ini simple untuk para Jutawan. RESTU

Minta RESTU dari suami. Kerana KUNCI REZEKI itu terletak pada redha suami.

Kekangan yang banyak dialami oleh para isteri yang nak maju dalam bisnes adalah sokongan dan redha suami tiada. Sebab orang laki ni ego, tak nampak apa yang isteri buat. Pada mereka buang masa. Isteri duk tulis target, tampal Vision Board diperlinya isteri. 

Untuk atasi hal ini, Kak Wawa nasihatkan banyak bercerita pada suami. Kita untung berapa, Customer berapa orang hari ini, barang apa yang laku banyak, bonus kita berapa, kita masuk kelas apa, kawan bisnes kita siapa. Cerita dan berkongsilah dengan suami mahupun isteri. Selain itu, doa setiap masa moga Allah bukakan pintu hati suami kita.

InsyaAllah, satu hari Allah pasti bukakan hati suami kita untuk sama2 memajukan bisnes kita.

Semoga bermanfaat.")

#JutawanWawa

Monday, March 07, 2016

Rezeki Blog Dengan Nuffnang

by , in
Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, terima kasih Allah kurniakan kami rezeki yang membuak-buak setial hari. Syukur Ya Allah.



Di blog tidak ketinggalan juga bila earning semakin meningkat naik, sejak dua menjak ni wawa tak dapat nak manage masa dengan proper. Akibatnya blog sedikit terabai.

Walau apa pun, syukur Alhamdulillah masih lagi ada rezeki dengan CPUV. Moga terus mekar berkembang di blog Jutawan Wawa ye.")
Sunday, March 06, 2016

Segmen #FamilyBlogger

by , in
Assalamualaikum wbt,

Hai semua, jon join segmen. Macam dah lama tak join segmen. hihi


Saturday, March 05, 2016

SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

by , in
*STICKY POST*

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, salam jumaat yang berkat. Semoga hari ini hidup kita diberkati dan dirahmati. Ya Allah, permudahkan urusan kami, perderaskan sales bisnes kami dan jadikan kami jutawan dunia akhirat. Aamiin InsyaAllah.

Sukacita wawa nak lancarkan segmen kedua dari blog wawa iaitu "SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016"

Wawa jemput semua blogger untuk meriahkan bloglist wawa kali ini. 


Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 5 MARCH 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016
2. Copy & paste photo diatas dan linkkan ke entry ini.
3. Follow blog Vitaminwawa.
4. Follow Ig : @vitaminwawa2u
5. Like page : Vitaminwawa2u
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^



Wednesday, March 02, 2016

Doa Umpama Panahan yang Tepat

by , in
Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar? Alhamdulillah, wawa doakan kalian semua sentiasa sihat, ceria, positif, bahagia, kaya dan Berjaya dunia akhirat. Amin, insyaAllah.

Kak Wawa nak sharing ilmu baru yang Kak Wawa dapat dari mentor Shiqeen Sattar. Ramai yang tak sedar dan tak tahu sebenarnya doa kita ni Allah perkenan hari-hari. Kalau siapa yang cakap Allah tak bagi yang dia mintak, itu sebenarnya hangpa tak minta betui-betui. Betui ka Kak Wawa cakap utara ni? Hehe.

Biasa kita duk minta, Ya Allah panjangkan lah umurku, murahkan rezekiku, ampunkan dosaku. Hangpa rasa, Allah makbul dak doa hangpa semua? Makbul lah, tengok sekarang masih hidup lagi kan. Rezeki melimpah ruah, tiap-tiap hari boleh makan. Tu hangpa minta main-main pun Allah bagi. Cuba minta betui-betui, confirm 200% Allah bagi kat kita.

Kak Wawa nak ajar hangpa, macam mana nak submit doa betui-betui.

1.       Minta DOA secara SPESIFIK.

Maksudnya, doa apa yang hangpa nak. Nak income RM5juta, doa sungguh-sungguh, rayu macam anak kecil nangis kat mak dia nak beli mainan.

Perasan dak, budak-budak kalau dia kata nak, dia minta, nangis-nangis, merayu, menjerit sampai mak pak dia bagi. Itu adalah tanda KEYAKINAN kanak-kanak terhadap ibunya akan bagi.

Sama lah kita, minta doa sungguh-sungguh, rayu ,nangis-nagis kita nak. Allah tengok kesungguhan kita, insyaAllah bagi.

2.       Submit DOA pada WAKTU yang TEPAT.

i)                    Waktu hujan lebat
ii)                   Ketika minum
iii)                 Ketika mandi (jaga adab nak berdoa)
iv)                 Ketika buat zero mind power
v)                  Waktu di sepertiga malam. Allah kata, siapa yang doa waktu ini umpama panahan yang tepat mengenai sasaran.
Doalah sungguh-sungguh, Allah pasti tunaikan segala doa kita. Letak keyakinan 200% kepada Allah swt, bahawa DIA Maha Kaya.

Semoga bermanfaat.”)
Tuesday, March 01, 2016

Welcoming March 2016

by , in
Assalamualaikum wbt,


Dear March, please be nice and good for me.")

Welcome March yang GEMILANG!")