Collagen Shaklee Coming Soon Mid of April

Assalamualaikum wbt,

Ramai sudah yang menantikan kehadiran Collagen Powder shaklee. Setelah kehabisan syok beberapa ketika, kiniCollagen Powder shaklee kembali berwajah baru. Didatangkan dengan pakejing yang lebih cantik dan menarik serta kandungan yang lebih hebat.


Jika sebelum ini, satu sachet collagen mengandungi 1000mg kini Collagen Plus Powder mengandungi 4 kali lebih daripada yang dulu iaitu 4000mg Collagen Powder dalam satu sachet. Woww, yang pastinya keberkesanan collagen lebih hebat. Yeay! 😊

Kolagen shaklee mengandungi vitamin C dan vitamin B yang membantu meningkatkan keberkesanan  collagen plus powder terhadap kulit. Booster kecantikan kulit ini diperakui sangat membantu dalam mencantikkan wajah dari dalam.

Sudahkah anda bersedia untuk menjadi lebih cantik? Jika ya, boleh hubungi mommy untuk dapatkan set kecantikan anda hari ini.

Collagen powder untuk dalaman dan youth skincare untuk luaran. Gabungan dua elemen penting ini sangat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

Baca info tentang Youth Skincare shaklee dan Testimoniyang telah berjaya.


Click ▶️ www.wasap.my/60199966576

Pilihan Promosi shaklee di SINI.

019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Page FB : Youth Skincare
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Ketengah Jaya
Share:

PROMOSI YOUTH FULLSET DAPAT PERCUMA TRAVEL KIT YOUTH SHAKLEE

PROMOSI YOUTH FULLSET DAPAT PERCUMA TRAVEL KIT YOUTH SHAKLEE.

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita masih bertemu di bulan April bulan ke empat setiap tahun. Pejam celik sekejap sahaja kita sudah habis suku pertama tahun 2019. Bercakap tentang bulan baru, mommy pasti ramai yang ternanti-nanti apakah pula kejutan promosi shaklee bulan ini.

Jeng jeng jeng. hihi

Promosi Shaklee April 2019 adalah Youth Intensive Treatment and Repair Set. Mommy lebih suka namakan set ini dengan fullset Youth skincare shaklee kerana ia mengandungi semua item skincare iaitu terdiri daripada cleanser, toner, moisturizer, serum, night cream dan radiance C+E.


Apa yang istimewa tentang promosi fullset youth kali ini adalah, anda pasti lebih teruja kerana anda dapat Youth Travel Set & Travel Case bernilai RM285.

Youth Full Set (Ada 6 item)

✅ Luminous Gel Oil Cleanser
✅ Perfecting Skin Toner
✅ Age Defense Moisturiser SPF 50
✅ Advance Renewal Night Cream
✅ Youth Activating Serum
✅ Radiance C+E

Total Retail Price RM 1,675

Tapi anda hanya perlu bayar RM 1,340 sahaja. 
Sebab belian Full Set ini, anda layak daftar Ahli Shaklee secara PERCUMA.

Apa Kelebihan Youth Full Set ini?

✅ Penjimatan harga ahli sebanyak RM 335
✅ Cash rebate RM 101
✅ FREE Membership RM 65
✅ FREE postage RM 10
✅ FREE Youth Travel Set (Bernilai RM 285)

Total penjimatan?
Lebih kurang RM 796. Banyak kan?

Selain itu juga, dengan setiap pembelian fullset Youth skincare shaklee ini anda berpeluang mendapat pelbagai Freegift yang sangat best.")

Antaranya adalah :

1. Youth Skincare Guide
2. Discover Beauty within Paper Bag
3. Youth Travel Set (4 Item)
4. Youth Travel Case



Tunggu apa lagi, hubungi kami untuk maklumat lanjut, www.wasap.my/60199966576/sayanakyouth





Comelkan? Cute je.

Jika anda nak dapatkan youth travel set ini, anda perlu beli fullset Youth skincare intensive dan treatment shaklee pada hari ini. Sementara stok masih ada tau, sebab free gift ini adalah limited dan exclusive.

Baca info tentang Youth Skincare shaklee dan Testimoni yang telah berjaya.

Click ▶️ www.wasap.my/60199966576

Pilihan Promosi shaklee di SINI.

019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Page FB : Youth Skincare
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Ketengah Jaya
Share:

7 MAKANAN PUNCA JERAWAT

7 MAKANAN PUNCA JERAWAT.

Assalamualaikum wbt,

Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Terdapat pelbagai punca jerawat antaranya adalah melalui pemakanan. Tahukah anda apakah makanan yang menggalakkan pertumbuhan jerawat. Nak tahu tak apa makanan punca jerawat pada kulit. Yang mommy nak kongsikan ini ada tujuh makanan punca jerawat.

Ok, jom check it out adakah makanan yang kita makan seharian menjadi punca pertumbuhan jerawat?

7 MAKANAN PUNCA JERAWAT

1. Produk Tenusu Makanan Punca Jerawat

Sesetengah produk tenusu iaitu susu lembu dipasaran yang dijual mengandungi suntikan hormon oleh para penternak bagi menghasilkan susu dengan banyak. Hormon ini mampu memberi kesan kepada kulit kita.


2. Makan Bergoreng Makanan  Punca Jerawat

Bagi mereka yang mengalami kulit bermasalah atau berjerawat, makanan yang berminyak seharusnya dielakkan supaya tidak naik jerawat.



3. Garam Berlebihan Makanan Punca Jerawat

Pengambilan garam secara berlebihan akan menyebabkan badan kehilangan banyak air sekaligus mengakibatkan kekeringan pada kulit.


4. Makanan Segera Makanan Punca Jerawat

Makanan segera biasnaya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet.


5. Minuman Beralkohol Makanan Punca Jerawat

Minuman beralkohol akan mengakibatkan dehidrasi. Jerawat mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.


6. Udang Dan Makanan Laut Punca Jerawat

Iodium yang terkandung dalam udang dan makanan laut dapat menghasilkaniritasi pada folikel rambut dan kelenjar sebaceous (sebaceous Gland). Produksi minyak wajah jadi meningkat apabila diambil secara berlebihan.


7. Kuning Telur Makanan Punca Jerawat

Kuning telur mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.


Woww, mengagumkan makanan-makanan yang menjadi punca jerawat tumbuh di wajah. Semua makanan ini sudah pasti menjadi kegilaan ramai remaja dan masyarakat negara kita. Sudah tentu ramai juga yang mengalami masalah jerawat.

Jangan ditanya kenapa jerawat tumbuh melata, jika makanan yang kita makan pun menjadi punca naik jerawat. hihi

Jom jaga pemakanan kita. 

Selain menjaga pemakanan yang seimbang, kita perlu mendapatkan nutrisi untuk kecantikan kulit dari dalam dan luar. 

Baca ini untuk info tentang kecantikan dalam dan luar.



Share:

Bertawassul Dengan Surah Al-Fatihah

Bertawassul Dengan Surah Al-Fatihah.

Assalamualaikum wbt,

Pernah tak dengar perkataan tawassul. Mommy sebenarnya baru juga dengar tentang tawassul ni. Tak pernah lagi buat. Tapi, bila dengar ada orang share tentang tawasssul dengan surah Al-Fatihah terus mommy cari info kat google. 

Baca surah Alfatihah sebanyak 41 kali, nak lebih pun boleh. Selepas itu, baca doa di bawah ini dan niatlah dalam hati apa yang kita nak dari Allah swt.



Apa itu Tawassul?

Tawassul berasal dari perkataan Arab وسيلة (wasiilah: perantara). Tawassala-yatawassalu-tawassulan. Yakni menjadikan sesuatu sebagai perantara di dalam kita berdoa. Kita tetap meminta daripada Allah, tetapi kita meletakkan perantara di tengah.
Di sana ada tawassul yang masyru’ (syar’i) dan ada tawassul yang mamnu’ (dilarang).
Tawassul yang disyariatkan
Tawassul yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul adalah berdalilkan hadis-hadis Nabi shallallahu’alaihiwasallam tentang bagaimana baginda mengajarkan kepada kita cara bertawassul.
Pertama, bertawassul dengan menggunakan nama-nama Allah Subhanahu wa Ta’ala. Firman Allah di dalam Al-Quran,
وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا
“Dan Allah memiliki nama-nama yang indah, maka berdo’alah kepada-Nya dengan nama-nama-Nya tersebut.” (surah Al-A’raf: 180)
Contoh berdoa dengan nama Allah adalah kita meminta dengan lafaz “Ya Ghaffar, ighfir li”. Wahai yang Maha Pengampun, ampunilah aku. Iaitu dengan menyeru Nama Allah terlebih dahulu; Ya Razzaq, kurniakanlah rezki kepadaku, Wahai yang Maha Pengasih, kasihilah aku. Ya Rahman, Ya Rahim, irhamni – Wahai yang Maha Pemurah, wahai yang Maha Pengasih, kasihanilah aku.
Sebut Nama-nama Allah terlebih dahulu, jadikan nama-Nya sebagai perantara untuk kita berdoa dan memohon atau meminta sesuatu daripada-Nya. Itu salah satu kaedah tawassul yang syar’i.
Share:

LANGIT BIRU PAGI HARI DI BANDAR DESARU UTAMA JOHOR

LANGIT BIRU PAGI HARI DI BANDAR DESARU UTAMA JOHOR.

Assalamualaikum wbt,

Pagi tadi seperti biasa, mommy bersiap untuk pergi ke pejabat. Seawal jam enam pagi, mommy dan kawan-kawan menunggu di depan pagar rumah menanti kedatangan pemandu. Setengah jam pertama, kami masih lagi menanti dengan sabar. Setengah jam kedua, kebosanan datang melanda.

Biasanya jam enam pagi, kami dah bertolak ke pejabat yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai. Disebabkan oleh kelewatan pemandu dan tayar van pancit, jadi mommy ambil gambar berselfie dengan housemate.

Ya Allah, lawa betul langit pagi tadi. Bertambah lawa bila ada mommy. keke

Mommy pinjam handphone oppo housemate untuk snap gambar. Subhanallah, serius lawa giler langit pagi tadi.





Fokus gambar langit ye semua, jangan fokus muka mommy. keke

Rahsia glowing macam tu mommy guna moisturizer spf50 youth dan juga camera oppo.
Share:

STATISTIK PENYAKIT DI MALAYSIA

STATISTIK PENYAKIT DI MALAYSIA.

Assalamualaikum wbt,

Dibawah ini adalah statistik penyakit di Malaysia. Bayangkan penyakit-penyakit kronik ini semakin berleluasa di kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya penyakit ini, antaranya pemakanan yang tidak sihat.

Statistik ini amat menggerunkan. Perasan atau tak, sekarang ini setiap rumah pasti ada pesakit terutamanya penyakit darah tinggi. Mak ayah, abang kakak atau sesiapa sahaja yang berada dalam rumah.


Mampukah kita untuk menangi masalah kesihatan ini dari terus membelenggu masyarakat kita? Walau tidak mampu untuk secara keseluruhan, bermulalah dari diri kita dan selepas itu, mulakan pula dengan keluarga dan seterusnya masyarakat.

Bagaimana kita nak bermula dengan diri kita? Mudah sahaja, mulakan dengan pengambilan makanan yang sihat, exercise secara berkala dan pengambilan supplemen secara teratur. Tiga konsep ini insyaAllah dapat mengubah statistik angka pengidap dari penyakit kronik.

Ayuh semua, kita sayangi diri sedari awal yang mungkin. Belum terlambat untuk bermula hari ini.

Pengambilan supplemen Vivix sangat mommy cadangkan untuk kesihatan keseluruhan. Jika ingin dapatkan supplemen vivix, boleh dapatkan daripada mommy pada bila-bila masa.

Jom kita kurangkan statistik penyakit di Malaysia.
Share:

8 HABITS OF RICH PEOPLE YOU CAN COPY

 Assalamualaikum wbt,

Selamat pagi semua, mulakan hari anda seawal yang mungkin dengan pengisian bersama Allah swt. Hidup kita ni bertujuan, tujuan utama kita adalah menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Jangan sesekali kita lupa diri dengan Allah swt. Bila kita jaga hubungan dengan Allah Taala, pasti semuanya dipermudahkan.

Macam nak jadi kaya. Dunia ini Allah yang punya, Allah yang cipta, takkan nak bagi kita kaya, miliki satu billion tak boleh kan. Mudah bagi Allah, sikit bagi Allah. Jadi, selain menjaga hubungan dan tujuan utama kita hidup, bolehlah apply tips yang mommy share dalam video ni ya.


Share:

MENANGI 2 PAKEJ UMRAH BULAN RAMADHAN 2019

Assalamualaikum wbt,

Inginkan anda menangi 2 pakej umrah bulan ramadhan 2019 nanti?



Beberapa tahun lepas kan, waktu tu dalam group whatsapp family besar saya, diorang duk bincang nak pergi buat Umrah ramai-ramai. Bapa saudara, mak saudara, tok saya sekali. 

Saya pun terus pm mak saya. Mama ngan ayah kalau nak pergi letak je nama, nanti abang long bayar. Waktu tu, duit ngam-ngam ada beberapa puluh ribu je. Plan nya nak buat deposit rumah. 
Tapi saya cakap takpelah. Sponsor je. 

Saya pun doa, ya Allah, nak hantar mama ngan ayah gi Mekah ni. Saya visualise, saya submit. Seminggu lepas tu terus saya dapat satu client VVIP panggil saya ke kediaman dia. 

Dia nak beli karya saya untuk seluruh rumah dia. Kuasa Allah beliau beli karya saya 10 kali ganda nilai saya nak sponsor mak ayah saya. 

Waktu hantar quotation tu, dia tengok kertas quotation dan cakap. Tunggu kejap ye, saya naik atas. Selang beberapa minit dia turun bawa satu paper bag. Beliau hulurkan pada saya. 

MasyaAllah saya tengok dalam bag tu, penuh duit cash. Saya ingatkan amount sebanyak tu nak bagi cheque ke, atau transfer. Cash rupanya. 

Saya pulak berdebar-debar drive kereta bawa cash yang begitu banyak. Duit penuh bawah seat kereta. 😅. 

Sampai di rumah terus saya jumpa mama and ayah, saya keluarkan satu stack cash, saya serah kan pada mama satu ketul, saya cakap, ni duit untuk umrah mama ye. Kemudian saya serahkan lagi satu ketul pada ayah saya. Ini duit umrah untuk ayah. 

Senyum mama dan ayah, mereka doakan saya murah Rezeki. Percaya lah, itu antara saat paling bahagia dalam hidup saya. Melihat mereka beribadah di sana, lebih lagi buatkan hati ni rasa sangat Bahagia. 

Kenapa saya cerita ni? Saya nak cakap, anda nak buat apa pun. Niat betul-betul, doa sungguh-sungguh. Visualise, Submit! Bayangkan seminggu je mintak. Out of nowhere VVIP client contact. Saya tak pernah kenal, tak pernah jumpa. 

Akhirnya bukan mama dengan ayah saja yang dapat pergi, sekali dengan saya Allah jemput pergi ke rumahNya. 

Sebab saya tahu betapa Bahagia nya berjaya bawa ibu dan ayah beribadah di sana, bawa parents jumpa Rasulullah. Sebab tu tahun ni kita nak sponsor 2 tiket untuk Umrah Ramadhan bernilai lebih RM20,376.00 secara PERCUMA! 

Kisah ini diceritakan oleh Afnan Rosli. Bayangkan kita yang dapat bagi pada parents kita tiket, mak, ayah. Ni tiket untuk Umrah Ramadhan tahun ni. Bayangkan betapa Bahagia nya mereka. 

Kalau kita betul-betul doa, usaha sungguh-sungguh, InsyaAllah Rezeki milik kita. Boleh register di link yang saya bagi nanti. Nanti dah register anda akan dapat link sendiri, invite kawan-kawan dan family seramai mungkin untuk register

Lebih ramai register, lebih tinggi peluang anda menang. Ingat. Usaha, Doa, Tawakkal. Orang yang sungguh-sungguh nak, pasti Allah bagi. Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum penyertaan di tutup. 

Boleh register di sini. 👇🏻👇🏻
http://swee.ps/iuJoVznqR
Share:

Follow by Email

About Me

My photo
Mommy to my pretty princess, Suka senyum, suka makan, suka membaca, suka memberi inspirasi, suka menulis

Popular

Followers

HOW TO ORDER

HOW TO ORDER
PLEASE WHATSAPP MOMMY DIRECTLY

Total Pageviews

BLOGGER TEAM


Check Page Rank CK Free Auto Backlink\ Kedai Backlink,Backlink Percuma
free web site traffic and promotion

BRAND COLLABORATIONS

Printcious | Syaqist | BPT | Shaklee | Mcdonalds | Desaru Coast Adventure Waterpark | Sensodyne