Assalamualaikum wbt,

Impian semua ibu bapa di dunia ini yang berimpikan mempunyai anak-anak yang soleh solehah serta menjadi penghafaz Al-Quran. Tulisan kali ini saya ingin kongsikan beberapa doa dan selawat yang boleh kita amal sejak hari pertama ibu-ibu disahkan hamil.

Doa ini saya dapat dari perkongsian Ustazah Mahani iaitu isteri kepada ulama tersohor Malaysia Tuan Guru Sheikh Zainul Asri yang disiarkan oleh Ustazah Asma Harun. Beliau memiliki lapan (8) orang anak dan kesemua anak ustazah dan Tuan Guru hafiz dan hafizah Al-Quran 30 juzuk. Menurut Ustazah Mahani, beliau membaca doa ini setiap kali selepas solat.

Doa Mendapat Anak Soleh Solehah Hafaz Al-Quran


Klik image untuk view lebih jelas

Maksudnya:

Ya Allah peliharalah anakku selama mana dia di dalam kandunganku, sembuhkanlah, sihatkanlah anakku, sesungguhnya Engkaulah penyembuh tidak ada yang menyembuhkan melainkan Engkau, tidak diliputi anak dari kebodohan.

Ya Allah, keluarkanlah anakku daripada perutku, pada hari kelahirannya dengan mudah dan senang. 

Ya Allah, Engkau jadikan anakku sempurna, berakal, anak yang cerdik, berilmu, cerdik, beriman, anak yang soleh penghafaz Al-Quran (30 juzuk, insyaAllah aamin).

Ya Allah, Engkau elokkan sempurnakan ciptaannya, Ya Allah, Engkau fasihkan lidah anakku, Engkau perelokkan Ya Allah suaranya untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan hadith dengan berkat Rasulullah saw.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.


Selawat Mudah Bersalin - Selawat Ibnu Masyisy



Selawat ini dikongsikan oleh Tuan Guru Sheikh Zainul Asri, dimana isteri beliau mengamalkan selawat ini sepanjang kehamilan sekurang-kurangnya sehari sekali dan ditambah dua ke tiga kali sehari bila usia kandungan mencapai masa untuk bersalin.

Kata Sheikh, pada kelahiran anaknya nombor lapan, saat ingin bersalin, isterinya rasa mengantuk dan tiba-tiba bersalin tanpa ada rasa sakit apa-apa. MasyaAllah tabarokallah, bolehlah kita mengawalkan selawat ini ketika hamil, mudah-mudahan menjadi asbab untuk kita lalui proses kehamilan dan bersalin dengan mudah, selamat dan diberkati Allah swt.