Assalamualaikum wbt,

[ TIPS MENJEMPUT REZEKI ]

Pagi ni Kak Wawa nak share, bagaimana cara untuk menjemput rezeki. Banyak dah buku duk ajar cara nak Menjemput Rezeki, tapi berapa kerat yang membaca. 

Betul ke betul? 

Tips ini simple untuk para Jutawan. RESTU

Minta RESTU dari suami. Kerana KUNCI REZEKI itu terletak pada redha suami.

Kekangan yang banyak dialami oleh para isteri yang nak maju dalam bisnes adalah sokongan dan redha suami tiada. Sebab orang laki ni ego, tak nampak apa yang isteri buat. Pada mereka buang masa. Isteri duk tulis target, tampal Vision Board diperlinya isteri. 

Untuk atasi hal ini, Kak Wawa nasihatkan banyak bercerita pada suami. Kita untung berapa, Customer berapa orang hari ini, barang apa yang laku banyak, bonus kita berapa, kita masuk kelas apa, kawan bisnes kita siapa. Cerita dan berkongsilah dengan suami mahupun isteri. Selain itu, doa setiap masa moga Allah bukakan pintu hati suami kita.

InsyaAllah, satu hari Allah pasti bukakan hati suami kita untuk sama2 memajukan bisnes kita.

Semoga bermanfaat.")

#JutawanWawa