Sunday, August 31, 2014

Senaman Minda Untuk Berjaya!

by , in
Senaman Minda Untuk Berjaya!

1. Fikirkan masa hadapan

Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.  Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.

Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.

2. Punyai matlamat dalam minda

Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.

Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas serta tuliskan dengan  spesifik  apa, bila dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.

3. Komitmen kepada kecemerlangan

Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan cara untuk menjadi hebat dalam industri mereka. Walaupun, belum mencapai kecemerlangan, fikirkan ke arah itu. Dalam apa sahaja industri sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Apabila minda hebat,  kejayaan pun pastinya hebat!

4. Fokuskan kepada penyelesaian

Mereka yang berjaya memikirkan keputusan dan penyelesaian, dan bukannya masalah. Latihkan minda anda untuk memikirkan keputusan yang ingin dikecapi dan jauhkan dari segala pemikiran yang negatif.

Pemikiran negatif akan membunuh semangat kita. Suara-suara negatif dalam dan juga di luar diri kita akan menjatuhkan motivasi dan membuatkan kita fikirkan masalah. Dalam apa sahaja usaha kita, pastinya akan bertembung dengan pelbagai masalah. Fokuskan  minda kita kepada penyelesaiannya.

Kredit : Irfan Khairi
Saturday, August 30, 2014

Herbal Blend Multipurpose Cream

by , in
#shakleeeffect

Suami saya ada masalah resdung yang kuat. Tahap alergiknya, makan kacang pun jerawat naik. Apatah lagi kalau makan seafood.

Tabiat suami saya ni, yang tak boleh makan tu laa nak makan. Hasilnya gedabak besar jerawat naik kat hidung. Seriau tengok. Bagi vitamin e, makan jarang-jarang tambah plak beliau kerja malam. Jadi, jadi alasan laa tak nak makan kan.

Malam tadi, teringat dekat herbal blend Multipurpose cream. Terus saya letak dekat jerawat. Esoknya jerawat yang besar merah menyala tu kecut. Jadi kering. Alhamdulillah.

Ya Allah, kenapa lah tak terlintas nak letak sebelum ni.

Suami saya suka sebab tak yah nak telan katanya.. ")

We are #s2uFamilies #s2united #shakleeeffect
Saturday, August 30, 2014

[Info] Set Penjagaan Wajah Nutriwhite Shaklee

by , in
Assalamualaikum wbt,

Review set penjagaan kulit wajah Nutriwhite. Selepas menggunakan Gentle Deep Foam Cleansing 2 bulan yang lalu, perubahan yang saya rasakan kulit muka saya tidak lagi berminyak ditambah dengan masker esp seminggu sekali membuatkan kulit wajah saya terasa lembut. Tiada langsung pengelupasan berbanding produk yang saya guna sebelum ini. SEKARANG, saya setia dengan penjagaan wajah dari Nutriwhite Shaklee.


Produk shaklee yang totally semulajadi, selamat dan halal meyakinkan saya sewaktu awal-awal penggunaan kerana sebelum ini sudah beberapa produk yang saya gunakan, kesemuanya membuatkan kulit wajah saya semakin menipis. 

"Kecantikan Sempurna Di Peroleh Daripada Alam Semulajadi, Di Sempurnakan Dengan Sains"

Saturday, August 30, 2014

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate

by , in
Assalamualaikum, 

Memahami masalah mencari pencuci serba boleh untuk kegunaan seluruh isi rumah. Kami menawarkan pencuci lantai basic h organic, sangat practical untuk ibubapa yang punyai anak kecil. Kerana bersesuaian bagi mengelakkan chemical didalam rumah menjamin kesihatan yang baik pada seisi keluarga.

Apakah Basic H Organing Super Cleaning Concentrate?

Basic H merupakan bahan pencuci serbaguna yang diperlukan untuk pekerjaan seisi rumah. Basic H digunakan untuk membersihkan dapur yang berminyak, lantai dan segala permukaan mana-mana yang boleh dibasih didalam dan luar.

Basic H mampu menghilangkan kotoran, gris dan kotoran di permukaan yang boleh dobasuh didalam dan keluar. 

Ia tidak perlu dibilas seperti sabun, tiada sisa dan formula bebas coretan. Tanpa toksik, asli dengan kepekatan, surfaktan biodegradasi.

Basic H pencuci serba boleh yang paling menjimatkan. Dengan penggunaan hanya beberapa titik dibancuh kedalam satu baldi air, anda boleh mengemop lantai untuk satu rumah tanpa bilasan. Saya menggunankan basic h sejak 5 bulan yang lalu, tak sampai separuh yang luak. Saya gunakan juga setiap kali basuh baju, hanya beberapa titik sahaja. Jimat kan?

Berbanding dengan penggunaan pencuci lain, anda pasti membeli setiap 2 @3 bulan sekali. Dengan basic h, 5 bulan masih lagi berbaki separuh lebih.

Cara Penggunaan
  • 16oz botol kecil ini boleh menghasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat, benar-benar berkuasa.
  • Untuk pwmbersihan : tambah 1/4 sudu. 16oz air.
  • Untuk tingkap dan cermin : tambah 1-2 titik ke 16oz air.
  • Untuk nyahgris : tambah 1 1/2 sudu teh bersama 16oz air
  • Untuk kerja yang lebih besar, tambah 2 oz kepada 1 gelen air.


Tahukah anda? 

Kebanyakan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap kedalam tubuh melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. 

Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksik yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan pencuci super organic BASIC H tidak mengandungi bahan-bahan diatas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee

Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan 
  • Ph seimbang
  • Tanpa klorin


Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak.
  • Kepekatan berganda-16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air.
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal basic h dimana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.


Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan.

Anda sedang mencari pencuci yang selamat dan berkesan? Pilihlah yang senulajadi. Menjaga kesihatan keluarga ditahap yang optimum. Bermula dari rumah "get clean safe for you,  your home & your planet"

Saya boleh dihubungi di WA/Telegram : 019.9966.576




Saturday, August 30, 2014

Shaklee HQ Berpindah ke Sunway Pinnacle

by , in
Assalamualaikum wbt,

Untuk pengetahuan semua, Shaklee HQ office telah berpindah ke Sunway Pinnacle bersebelahan dengan Sunway shopping complex. Alamat terkini boleh refer dibawah.

SUNWAY PINNACLE
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
Level 9, The Pinnacle,
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-5622 3188
Fax : 03-5622 3099 (Corporate)
03-5622 3199 (Customer Service)
Toll Free : 1 800 88 6577
www.shaklee.com.my

Wahh, cantik sangat ofis baru kan. Siap ada playground lagi, senang laa pada yang bawak anak-anak kan. Jom layan beberapa keping photo yang saya ambil dari group jutawan kami. 





Cantik kan? Lebih luas dan cantik. 


Friday, August 29, 2014

Vivix Asbab Ayah Sihat

by , in
#shakleeEffect

Ayah Semakin Sihat
=======

Subhanallah,  rasa nak nangis! Terharu! Alhamdulillah.

Sejak 10 tahun yang lalu, ayah ada sakit kencing tak lawas. Mengikut kata doktor, salur kencing ayah bengkak. Bila time nak kencing, ayah mesti nangis. Katanya terlampau sakit. Pelbagai jenis ubat dah dicuba, asal dengar herba boleh hilangkan sakit ketika kencing, ayah makan. Namun, hasilnya tetap sama.

Sehinggalah, ayah terpaksa guna wayar untuk kencing. Setiap seminggu sekali, ayah akan ke klinik untuk tukar wayar salur kencingnya. Bayangkanlah, setiap kali tukar wayar kencing, ayah akan demam. Perkara ni berlarutan sehingga 5 tahun. Allahurabbi,  saya yang tengok dan pun rasa sakit apatah lagi tuan empunya badan kan.

Akhirnya, ayah ambil keputusan untuk buat minor operation untuk meluaskan salur kencing. Alhamdulillah,  operation tu berjalan lancar dan hasilnya doktor bagi kami tengok ada ketulan seperti batu yang menutup salur kencing ayah. Alhamdulillah,  ayah dah boleh kencing seperti biasa, tiada dah rasa sakit yang dulu.

Untuk pengetahuan semua,ayah saya juga ada darah tinggi dan kebas-kebas kaki dan doktor sahkan ayah ada sakit saraf. Yang mana menyebabkan, ayah tak dapat berdiri lama. Jalan tak sampai 5 minit, pasti kena cari tempat untuk duduk.

Sejak dulu lagi, bila ayah pergi makan kenduri, kami akan readykan sunquick dicampur dengan sedikit air bagi menghilangkan pening. Ubat klinik, wajib ambil setiap pagi dan malam. Rumah kami, dah jadi macam farmasi dah. Hehe.. Sampaikan mak sediakan satu box untuk letakkan ubat-ubat ayah. Kotak ni wujud sebelum saya mula kerja lagi.

Awal pagi tadi, duk bersembang ngan mak dan ayah. Tanya mana kotak ubat-ubatan ayah tu? Yang selalu dibawa kemana-mana bila nak gi jalan.

Tau tak, mak jawab apa? Ayah dah lama tak makan ubat-ubatan klinik! Mak bagi makan VIVIX je pagi dan malam. Tak de ngadu sakit dah sekarang. Semakin kuat, boleh habiskan 1 guni besar membaja pokok kelapa sawit dalam masa satu hari!

Tengok ni, makin gemuk ayah! Perut berlipat-lipat dah. Kadang pergi belakang rumah boleh bercucuk tanam pokok getah lagi, menebas semak samun. Umur ayah saya dah 72 tahun, Alhamdulillah masih kuat uruskan ladang kelapa sawit.

Ya Allah, rasa terharu sangat bila mak cakap tak bergantung pada ubatan klinik dah. VIVIX membantu untuk kesihatan keseluruhan ayah saya. ")

Alhamdulillah,  asbab vivix Allah menyembuhkan penyakit yang ayah saya ada. Tiada yang dapat membantu kita melainkan kebergantungan kita pada Allah swt.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Tiada apa yang dapat membahagiakan, bila ibu ayah kita sihat walafiat.

"Sediakan payung sebelum hujan"
"Cegah lebih baik dari mengubati"

*photo ayah saya sedang membersihkan kebun belakang rumah. rambut masih hitam, uban jarang-jarang*



Thursday, August 28, 2014

Sambutan Aidilfitri Samsung Engineering

by , in
Assalamualaikum, 

Raya dah habis, baru terhegeh nak sambut kan? Hehe.. semoga kita bertemu lagi Syawal tahun hadapan. 

Jemput tengok photo je laa ehh! Alahai, satu je ade gambar..=)

Wednesday, August 27, 2014

Wordless Wednesday

by , in
Tuesday, August 26, 2014

Lecithin Shaklee

by , in
LECITHIN
====

Apakah Fungsi Lecithin?

Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Apa Kandungan Lecithin?

》Lecithin mengandungi ekstrak daripada kacang soya organik bukan GMO.
》Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk  80mg kolin dan 48mg inositol.
》Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inosit, fosforus  dan lemak tepu.

Kolina ? Haa, apa maksid kolina ni ya?

Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolesterol dalam badan, lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.

Haa, sebab tu orang yang mengamalkan lecithin ni jarang mengantuk. Rajin buat kerja plak tu. ")

Apakah Kelebihan Lain yang ada pada Lecithin ni?

1. Menyerap vitamin yang larut lemak - membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.

2. Melindungi hati - menghalangenapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu  memulihkan kesihatan hati.

3. Pemecahan lemak dan kolesterol - lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid didalam tubuh.

4. Pelangsingan - menghalang obesit. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

5. Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

6. Memperbaiki alergi - menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salurdarah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit-dermatis, demam alergi.

7. Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestero, lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

8. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

9. Menghalang tekanan darah tinggi - memperbaiki tekanan darah tngg8 dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

10. Memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan lecithin yang banyak.

11. Meringankan sembelit - lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.


Monday, August 25, 2014

Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee

by , in
Assalamualaikum wbt,

Review Herbal Blend Multipurpose Cream produk shaklee hari ni. Cream pelbagai guna untuk seisi keluarga. Bagus untuk yang ada baby ruam-ruam merah. Tumit kaki merekah, kesan gigitan nyamuk dan banyak lagi.


  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
===============

Testimoni Diri Sendiri

Wawa punya masalah tumit kaki yang merekah sangat teruk sampai kulit kaki kasar tu jadi terkopek. Kadang wawa potong dengan pemotong kuku tu. Wawa pakai stokin, setiap kali nak bukak & pakai mesti rasa kasar je. 

Sebelum ni, wawa just baca je testimoni orang pakai herbal blend cream ni, bila nak beli selalu out of stock. Cream yang paling laris masa kini, restock tak sampai satu hari dah out of stock. 

Nak order online dah habis, wawa tanya upline ena ada stock tak. Then, ena cakap ada dan wawa terus ambik. Mulai hari tu, setiap pagi dan malam wawa guna cream herbal blend. Wawa buat macam lotion kat tumit dan seluruh kaki. Woww, lembut je kaki I.. hehe

Dalam masa tiga hari pakai, dah nampak perubahan, kesan koyak tu dah jadi nak hilang. Wawa teruskan pakai, sekarang dah dekat sebulan. Apa yang bestnya, kesan crack dan merekah dah hilang. Suami pun tegur kaki dah cantik. Alhamdulillah, syukur Allah Maha Cantik!





Monday, August 25, 2014

Testimoni ESP , Omega Guard dan Alfalfa

by , in
Testimoni Selepas Amalkan Vitamin Kurus
========

Dari pengguna terus jadi agen!

Berbaloi-baloi kan.

"Saya amalkan esp+ omega + alfalfa.. memula dulu saya memang tak yakin. Tapi bila tengok hasilnya, memang sangat memuaskan. Susu badan makin banyak, berat badan saya turun 7kg!! Memang tak sangka..n yang bestnya, ramai tegur kata muka nampak berrseri..hihi.. dari pengguna terus jadi agen.. terbaik laa shaklee! - Pn Qashlynn Sareh


*****
Haa, memang laa boleh nampak berseri sebab alfalfa kan sebagai detoks. Dia buang segala bagai toksin dalam badan kita. Jadi bersih laa usus kita.=)

Anda nak berseri jugak?

019.9966.576
Puan wawa
Monday, August 25, 2014

Ku Sangka Dah Ada

by , in
Assalamualaikum wbt,

Sejak dua minggu ni, wawa pening-pening lalat. Rasa sedikit loya, kepala macam sakit. Perkara yang tak pernah berlaku pun. Nak pergi check up doktor, masih terlalu awal. Dalam kepala wawa, mungkinkah saya sedang pregnant? Ramai yang mengatakan demikian. Wawa juga sering menjawab, saya sedang pregnant anak kembar!=)

Rupanya sangkaan kami meleset! Pening-pening itu, cuma emosi wawa mungkin. Allah belum izinkan kami, sikit masa lagi InsyaAllah, Allah bagi zuriat yang baik lagi soleh dan solehah pada kami. Sepanjang tempoh pening-pening tu, rakan-rakan ofis amat menjaga pemakanan saya. Ohh, sungguh terharu. Kata mereka, untuk baru-baru ni, kamu kena jaga pemakanan. Tak boleh makan nanas, tapai, yang sejuk-sejuk. Apa lagi ye? Wawa dah lupa..hehe

Tambah plak, bulan lepas wawa kerap demam. Orang kata bila selalu demam kemungkinan nak dapat baby. Wallahualam,  sesungguhnya semua diatas ketentuan Allah swt.

Alhamdulillah, sejak beberapa hari yang lalu urusan kami suami isteri dipermudahkan Allah swt.Allah murahkan rezeki kami. Allahummafirlahum..

Jemput rezeki dengan istighfar 1000x jom.
Sunday, August 24, 2014

Video Why We Age Vivix Shaklee

by , in
Why We Age?

Four mechanism of aging. Yang mengundang pelbagai  masalah kesihatan. Lihat video ni untuk memahami prosesnya..

Bolehkah kita memperlahankan proses penuaan ini? Jawapannya YES..Ia ada pada VIVIX..


LOOK 25 YEARS YOUNGER & FEEL 25 YEARS YOUNGER!
Sunday, August 24, 2014

Rezeki Tanpa Disangka

by , in
Assalamualaikum & selamat pagi,

Benarlah Allah berfirman, sedekah  dan menlazimi istighfar membuka pintu-pintu rezeki.


ISTIGHFAR PEMBUKA REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
Berdasarkan hadis di atas jelas pada kita bahawa salah satu kunci pembuka rezeki adalah istighfar, yang bermaksud memohon ampun.
Dengan melazimi istighfar, seseorang itu akan dibukakan pintu rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Pengalaman peribadi wawa, pagi semalam wawa ber ya wahhab sampai 2000 kali. Petangnya, bos wawa panggil untuk interview 3 bulan bekerja, maksudnya interview untuk confirmation. Sesi tu berjalan dengan lancar.
Allahuakbar,  seusai sesi tersebut bos wawa dengan senyum melebar bagitau I will increase your salary based on your good performance. I'm satisfy with your work!
Subhanallah,  sungguh rezeki tidak pernah salah alamat. Maka, nikmat manakah lagi yang engkau dustai.?
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur pada-Mu Ya Allah!
Saturday, August 23, 2014

Hakikat Rezeki

by , in
Assalamualaikum & selamat petang!

Hari ni kawasan paka terputus bekalan air, sejak pagi tadi sampai lah ke petang. Pagi tadi sempatlah tadah satu baldi dan mandi awal-awal sebab time tu air masih lagi ada cuma perlahan.

Pergi kerja, sampai ofis terus masuk toilet. Alhamdulillah,  air ada. Sempatlah membuang hajat. Tak sampai satu jam, ofismate masuk ofis then bagitahu air takde. Allahuakbar, Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk wawa guna air tadi.

Tepat jam 10 pagi, wawa pergi toilet untuk ambik wudhuk solat dhuha, Alhamdulillah air ada. Lepas siap solat, sambung kerja balik. Kemudian ofismate tanya, awak dah dhuha? Wawa jawab, ya dah. Lepas tu dia pergi untuk ambil wudhuk dan datang balik kat wawa bagitahu air takde. Alhamdulillah,  Allah izinkan saya dengan rezeki air untuk laksanakan dhuha. Dieorang macam confuse macam mana wawa ambil wudhuk sedangkan air tak de.

Zohor pun sama, lepas azan wawa pergi toilet bukak air ada cuma slow. Terus wawa ambil wudhuk untuk solat zohor.

Waktu Asar pun sama jugak, wawa sempat ambil wudhuk then solat. Ofismate tanya, dah solat? Air takde. Wawa jawab dah.

Subhanallah,  semuanya rezeki Allah kurniakan. Bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kemudahan untuk melaksanakan solat. Allahuakbar, Alhamdulillah. 

=======
Secara konklusinya, hendaklah kita sentiasa bersangka baik terhadap Allah swt. InsyaAllah Allah permudahkan segala urusan kita.

Sesungguhnya rezeki Allah itu luas, kemudahan untuk melakukan sesuatu kebaikan, kesihatan, makanan, dapat berjalan, boleh bercakap, mendengar, sempurna fizikal, dipinjamkan oleh Allah nyawa dan banyak lagi.

Bersyukurlah, dengan nikmst rezeki yang Allah kurniakan. Jangan pula kita merungut. Jauhi sifat-sifat mengeluh dengan ubah membuatkan kita bersangka baik dengan Allah serta sesama makhluk.

Wallahualam..=)



Saturday, August 23, 2014

Peppermint Ginger Plus Shaklee

by , in
Assalamualaikum wbt,

Peppermint Ginger Plus adalah kombinasi empat herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Empat Herba ;

》Daun Pudina
》Halia
》Adas
》Cekur Manis

Fung Utama Peppermint Ginger Plus

1. Pudina - Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

2. Halia - Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada dua ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus ,  sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa berpantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkanbahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain sepertiarawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat atau mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.

3. Pokok Adas (Fennal) - Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

4. Cekur Manis (Anise) - Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba dimusim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga didalam badan dan lembut pada perut.





Saturday, August 23, 2014

Get Clean Soft Fabric Concentrate Shaklee

by , in
Assalamualaikum,

Apa Get Clean Soft Fabric Concentrate ni?

Secara ringkasnya adalah pati pelembut pakaian. Biasanya korang akan guna softlan kan untuk lembutkan pakaian kan? 

Dulu, wawa pun guna softlan jugak. Untuk satu basuhan mesin tu korang mesti letak satu cup tudung kan? Dalam masa sebulan je, confirm dah tinggal separuh. Tapi tidak dengan Soft Fabric Concentrate ni.

Sejak April wawa guna, sampai sekarang tak sampai suku pun luak. Sangat menjimatkan, korang hanya perlu guna setengah sudu dan campurkan dalam satu gelas air sebelum dituangkan ke dalam mesin dibahagian softener tu. Hasilnya, fuhh wangi!

=======
Haa, wawa nak cerita yang pagi tadi. Dua kali mendobi dan wawa gunakan soft fabric ni macam biasa. Then, jemur lah baju-baju yang siap dibasuh di hanger/ penyangkut baju pastu atur ditingkap rumah.

Tetiba dapat message dari rakan bisness, nak datang belajar tentang gadjet baru dan bisness shaklee. Lintang pukang kutip baju-baju then sangkut kat tingkap dalam bilik.

Sampailah suami balik dari kerja pukul 7 tadi, wawa pun bukak lah pintu bilik tadi. Ya Allah, harumnya bau bilik! Sebelum ni, bilik tu jadi tempat iron baju je. Tak pernah sembur perfume ke apa. Sungguh, harum sangat bauan yang sungguh lembut.

Anda yang sedang mencari pelembut yang terbaik? Wawa Soft Fabric Shaklee sangat recommended! 

Sangat sesuai digunakan pada pakaian yang sukar digosok, kerana selepas penggunaan soft fabric ini, baju anda seperti sutera..=)

Tak perlu percaya, cuba dulu anda pasti jatuh CINTA!



Thursday, August 21, 2014

Kebaikan dan Keistimewaan Omega Guard Shaklee

by , in
Assalamualaikum wbt,


Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                

Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke
Testimoni Omega Guard




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, August 21, 2014

Himpunan Testimoni Energizing Soy protein (ESP) Shaklee

by , in
Assalamualaikum semua,

Ramai dah tahu keberkesanan vitamin shaklee. Semestinya vitamin yang bagus akan menjadi tarikan pada semua orang yang mementingkan kesihatan.

Seperti yang kita tahu, bahawa ESP merupakan protein soya yang mengandungi "non-GMO" iaitu non-genetically Modified Organism dan diproses pada kadar suhu yang rendah. ESP satu-satunya product yang berada dipasaran yang menjamin penyediaan 9 Asid Amino penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia.

Sesuai juga untuk pengidap kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah, iaitu 39.
























Bagi seiapa yang berminat untuk dapatkan ESP atau sebarang produk keihatan dalaman dan luaran bolehlah berhubung terus dengan saya melalui talian 019-9966576 (PM/WHATSAPP/TELEGRAM)

Friday, August 15, 2014

INFO : Produk - ESP -Segalanya Tentang ESP

by , in
Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat bloggers sekalian, doa saya anda sihat sejahtera sentiasa. Amin.

Berkongsi sedikit info tentang protein, sumber dirujuk dari laman facebook PM Chery. Semoga bermanfaat untuk semua.

=========

Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Thursday, August 14, 2014

Cara Menjadi Ahli Shaklee Dan Kelebihannya

by , in
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 

Hari ini terasa ingin share pada semua bagaimana anda ingin menjadi ahli shaklee dan menjadi distributor yang sah iaitu sebagai Shaklee Independent Distributor(SID). Dah lama nak share, hari ni baru berkesempatan.

Sedikit kisah saya dan Shaklee. Saya bermula dengan menggunakan produk tambah berat. Alhamdulillah, sebulan menggunakannya sudah mendapat kesan berat badan bertambah. Dalam masa yang sama, saya membuat sedikit iklan di facebook tentang produk ini. Syukur Alhamdulillah, bulan pertama saya sudah merasai nikmat bonus Shaklee. Bulan kedua, semangat terus berkobar-kobar dan rezeki Allah Taala saya capai rank supervisor dibulan kedua. Semuanya saya bermula dengan zero.

Rezeki Allah, siapa sangka kan? Semuanya Allah tetapkan rezeki masing-masing, hanya tinggal kita sahaja nak rebut ke tak nak. Kan?

Better late Than Never! Inilah masa untuk anda membantu keluarga menjana pendapatan sampingan disamping menikmati pelbagai percutian dengan percuma. =)

CARA MENJADI MEMBER/JOIN KEHLIAN SHAKLEE

Daftar Ahli Shaklee dan Cara Jadi Ahli Shaklee Percuma, 3 CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE 2017 : CARA ONLINE & OFFLIN, Jadi Ahli Shaklee Dan Kelebihan, Daftar Ahli Shaklee dan Cara Jadi Ahli Shaklee Cara Jadi Ahli Shaklee dan Kelebihan Daftar Ahli Shaklee Malaysia, Cara Jadi Ahli Shaklee dan Kelebihan Daftar Ahli Shaklee Malaysia, Images for ahli shaklee, Kelebihan Ahli Dan Cara Daftar Pengedar Shaklee, Nak Dapatkan Harga Ahli Shaklee & Daftar Ahli Shaklee Online, Cara Nak Daftar Ahli Shaklee Online - Vitamin Shaklee, 3 Cara Daftar Ahli Shaklee Online Dan Cara Jadi Pengedar Shaklee, daftar ahli shaklee 2017 harga ahli shaklee 2017 senarai harga produk shaklee shaklee malaysia Ahli shaklee johor, cara daftar ahli shaklee di johor, pengedar shaklee johor, pengedar shaklee pengerang, pengedar vivix shaklee, pengedar vivix johor, pengedar shaklee malaysia