#shakleeEffect

Ayah Semakin Sihat
=======

Subhanallah,  rasa nak nangis! Terharu! Alhamdulillah.

Sejak 10 tahun yang lalu, ayah ada sakit kencing tak lawas. Mengikut kata doktor, salur kencing ayah bengkak. Bila time nak kencing, ayah mesti nangis. Katanya terlampau sakit. Pelbagai jenis ubat dah dicuba, asal dengar herba boleh hilangkan sakit ketika kencing, ayah makan. Namun, hasilnya tetap sama.

Sehinggalah, ayah terpaksa guna wayar untuk kencing. Setiap seminggu sekali, ayah akan ke klinik untuk tukar wayar salur kencingnya. Bayangkanlah, setiap kali tukar wayar kencing, ayah akan demam. Perkara ni berlarutan sehingga 5 tahun. Allahurabbi,  saya yang tengok dan pun rasa sakit apatah lagi tuan empunya badan kan.

Akhirnya, ayah ambil keputusan untuk buat minor operation untuk meluaskan salur kencing. Alhamdulillah,  operation tu berjalan lancar dan hasilnya doktor bagi kami tengok ada ketulan seperti batu yang menutup salur kencing ayah. Alhamdulillah,  ayah dah boleh kencing seperti biasa, tiada dah rasa sakit yang dulu.

Untuk pengetahuan semua,ayah saya juga ada darah tinggi dan kebas-kebas kaki dan doktor sahkan ayah ada sakit saraf. Yang mana menyebabkan, ayah tak dapat berdiri lama. Jalan tak sampai 5 minit, pasti kena cari tempat untuk duduk.

Sejak dulu lagi, bila ayah pergi makan kenduri, kami akan readykan sunquick dicampur dengan sedikit air bagi menghilangkan pening. Ubat klinik, wajib ambil setiap pagi dan malam. Rumah kami, dah jadi macam farmasi dah. Hehe.. Sampaikan mak sediakan satu box untuk letakkan ubat-ubat ayah. Kotak ni wujud sebelum saya mula kerja lagi.

Awal pagi tadi, duk bersembang ngan mak dan ayah. Tanya mana kotak ubat-ubatan ayah tu? Yang selalu dibawa kemana-mana bila nak gi jalan.

Tau tak, mak jawab apa? Ayah dah lama tak makan ubat-ubatan klinik! Mak bagi makan VIVIX je pagi dan malam. Tak de ngadu sakit dah sekarang. Semakin kuat, boleh habiskan 1 guni besar membaja pokok kelapa sawit dalam masa satu hari!

Tengok ni, makin gemuk ayah! Perut berlipat-lipat dah. Kadang pergi belakang rumah boleh bercucuk tanam pokok getah lagi, menebas semak samun. Umur ayah saya dah 72 tahun, Alhamdulillah masih kuat uruskan ladang kelapa sawit.

Ya Allah, rasa terharu sangat bila mak cakap tak bergantung pada ubatan klinik dah. VIVIX membantu untuk kesihatan keseluruhan ayah saya. ")

Alhamdulillah,  asbab vivix Allah menyembuhkan penyakit yang ayah saya ada. Tiada yang dapat membantu kita melainkan kebergantungan kita pada Allah swt.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Tiada apa yang dapat membahagiakan, bila ibu ayah kita sihat walafiat.

"Sediakan payung sebelum hujan"
"Cegah lebih baik dari mengubati"

*photo ayah saya sedang membersihkan kebun belakang rumah. rambut masih hitam, uban jarang-jarang*