Assalamualaikum wbt,
Kesukaran mencari kerja kosong di musim PKP menjadi satu masalah utama kepada rakyat Malaysia dalam ekonomi keluarga. Keadaan ini boleh menjejaskan institusi kekeluargaan jika tidak diuruskan dengan betul, samada dalam pengurusan mental dan fizikal. Keperluan makanan isi rumah perlu sentiasa ada bagi meneruskan kelangsungan hidup disaat semua orang di uji.
Tahukah anda, kita boleh menambah pendapatan keluarga dengan cara melakukan bisnes secara online hanya dari rumah. Adakah bisnes hari ini yang tidak memerlukan modal?
Ya ada, terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan keluarga dari rumah. Kita tidak perlu keluarkan modal ratusan ringgit untuk mulakan bisnes dan jana pendapatan dari rumah.
3 Cara Mudah Jana Pendapatan Dari Rumah Musim PKP Secara Online
1. Google Adsense Blog
Mungkin ramai yang belum tahu, sebenarnya Google Adsense boleh memberi income atau boleh jana pendapatan dari rumah. Macam mana tu wawa? Pertama sekali, anda wajib ada akaun gmail, ada blog dan daftar google adsense.
Walaupun google adsense memberi pendapatan kepada kita, namun ia tidak dapat jana pendapatan dengan cepat, kerana mengambil masa yang agak lama. Pendapatan melalui google adsense dijana berpandukan jumlah view dan klik pembaca blog anda.
Anda tidak memerlukan sebarang kos modal untuk menjana income melalui blog menggunakan google adsense, namun memerlukan komitmen masa dan fokus untuk pembangunan blog sehingga mendapat follower dan viewer yang ramai.
Blog memerlukan penulisan yang mantap, bermanfaat dan disukai oleh pembaca supaya mampu meningkatkan viewer dan pembaca di blog anda. Lebih tinggi viewer, lebih tinggi income yang boleh anda jana.
Anda perlu ingat, syarat untuk melepasi permohonan google adsense sekurang-kurangnya blog anda berusia 6 bulan ke atas, aktif, mengandungi konten yang baik dan bukan copy paste.
2. Google Adsense Youtube
Cara kedua untuk menjana pendapatan dari rumah di musim PKP ini adalah melalui Youtube. Perasan atau tidak, apabila kita membuka video di youtube akan keluar iklan di permulaan sesuatu video. Iklan itu memberi pendapatan kepada sesuatu akaun youtube.
Cara ini sangat mudah untuk tambah pendapatan kerana ia tidak memerlukan modal untuk upload video. Anda hanya perlu menghasilkan video yang kreatif dan menarik untuk menjadi tarikan kepada orang ramai menonton video anda.
Syarat utama untuk membolehkan iklan keluar di video youtube, anda perlu mencapai 1000 subscribers dan 4000 jumlah tontonan. Selepas cukup syarat ini, google adsense dan youtube team akan mereview youtube anda samada layak untuk diletak iklan atau sebaliknya.
Wawa yakin, ramai dikalangan rakyat Malaysia mempunyai smartphone dan jika digunakan dengan sebaik mungkin, ia boleh memberi pulangan pendapatan dengan mudah.
3. Bisnes Online
Bisnes online adalah antara cara paling mudah untuk jana pendapatan dari rumah pada musim pkp. Ini kerana bisnes merupakan aktiviti jual beli yang memang mendatangkan keuntungan dari segi kewangan kepada penjual.
Banyak bisnes online masa kini yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Anda hanya perlu memilih, bisnes apa yang ingin anda lakukan.
JJika anda berminat untuk menjana income shaklee dengan mudah, boleh baca disini terlebih dahulu. Mudahnya Buat Bisnes Shaklee 2020.
Hubungi kami;
Page FB : Kedai Vitamin Ketengah Jaya Paka 019-9966576
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi / Paka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Selepas anda mendaftar di form diatas, anda perlu mengaktifkan keahlian terlebih dahulu untuk membolehkan anda menikmati harga diskaun keahlian sebanyak 20% dan anda secara automatik juga boleh menjadi agen.
1 Comments
Kena pandai manfaatkan peluang untuk jana pendapatan.
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊