Assalamualaikum wbt,
Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 Diteruskan Lagi 2 Minggu | Alhamdulillah, Perdana Menteri kita telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan diteruskan 2 minggu lagi iaitu bermula 15 April 2020 hingga 28 April 2020. Menuruk ucapan Perdana Menteri, walaupun statistik kematian akibat Covid-19 berada pada tahap rendah, pesakit yang pulih semakin bertambah, bukan bermaksud kita boleh sewenangnya untuk keluar rumah dan tidak menjaga jarak antara individu.
Pengumuman PKP dilanjutkan oleh Perdana Menteri |
Perintah kawalan pergerakan ini mommy setuju sangat memandangkan wabak covid-19 belum sepenuhnya dapat dihentikan. Cuba bayangkan kerajaan hentikan PKP ini, maka berduyun-duyunlah keluar rumah samada pergi kerja, hilangkan tekanan atau berjumpa sanak saudara. Keadaan ini boleh meningkatkan kembali angka kes kerana kita tidak ketahui samada mereka-mereka ini dijangkiti atau tidak. Dan ini boleh merisikokan orang lain dengan lebih besar. Kan?
Mommy sarankan kepada anda semua untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, jarakkan antara inidividu dengan 1 meter dan paling penting, jaga kesihatan diri dan keluarga.
Baca :
4 Comments
Semoga akan ada perubahan positif yang lebih lagi lah dalam tempoh pkp kali ni
ReplyDeleteBetul tu. Rasa kena sifar Covid-19 baru rasa aman sedikit nak keluar dan jumpa orang. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
ReplyDeleteSemoga kita semua dilindungi olehNya... Terawih kat rumah tahun nie... Raya pon kat rumah masing masing🤣
ReplyDeleteDone follow #456
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊