Assalamualaikum wbt,

Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 Diteruskan Lagi 2 Minggu | Alhamdulillah, Perdana Menteri kita telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan diteruskan 2 minggu lagi iaitu bermula 15 April 2020 hingga 28 April 2020. Menuruk ucapan Perdana Menteri, walaupun statistik kematian akibat Covid-19 berada pada tahap rendah, pesakit yang pulih semakin bertambah, bukan bermaksud kita boleh sewenangnya untuk keluar rumah dan tidak menjaga jarak antara individu.

Pengumuman PKP dilanjutkan oleh Perdana Menteri
Perintah kawalan pergerakan ini mommy setuju sangat memandangkan wabak covid-19 belum sepenuhnya dapat dihentikan. Cuba bayangkan kerajaan hentikan PKP ini, maka berduyun-duyunlah keluar rumah samada pergi kerja, hilangkan tekanan atau berjumpa sanak saudara. Keadaan ini boleh meningkatkan kembali angka kes kerana kita tidak ketahui samada mereka-mereka ini dijangkiti atau tidak. Dan ini boleh merisikokan orang lain dengan lebih besar. Kan?

Mommy sarankan kepada anda semua untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, jarakkan antara inidividu dengan 1 meter dan paling penting, jaga kesihatan diri dan keluarga.

Baca :