Assalamualaikum wbt,
VIT’S MENCARI GOLONGAN WARGA EMAS UNTUK HULURKAN BANTUAN MAKANAN HADAPI COVID19
Rawang, Selangor, 1 April 2020 - VIT Makanan Sdn Bhd,
pengilang dan pengeluar makanan
segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial
korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan
masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini. Dengan lanjutan
tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 14 April 2020. Vits berjanji
untuk meringankan beban petugas dan golongan sepanjang waktu PKP ini.
VIT’S MENCARI GOLONGAN WARGA EMAS UNTUK HULURKAN BANTUAN MAKANAN HADAPI COVID19
Bantuan makanan ke Covid19 Team Hospital Kuala Lumpur
Sejak
bermulanya PKP, Vits telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk kembali
menyumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan dan mereka yang sedang berjuang
demi negara dalam situasi sukar ini. Vits sehingga kini telah menyumbang
sejumlah 3000 lebih karton kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, para petugas
polis yang sedang menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah
kebajikan dan rumah orang tua yang kurang bernasib baik di beberapa lokasi.
Bantuan
makanan di agihkan pada petugas polis dan tentera di sekatan jalan raya
Noodlesman atau
Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, Covid19 adalah situasi
yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan
hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri dalam situasi penuh risiko
demi perjuangan memerangi Covid 19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami
terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan
secukupnya buat mereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat
Malaysia pada waktu yang sukar ini.
Sebagai
peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering
ini, kami amat mematuhi piawaian dalam memastikan makanan yang kami hasilkan
melalui saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan. Di
mana kami amat menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang
masih bekerja di bahagian logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat
perlu melalui pemerikasaan suhu badan, pemakaian topeng muka dan sarung tangan,
pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di nyah kumankan setiap hari bagi
memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang bersih dan terjamin,
tambah YT Lai lagi.
Vit makanan
juga ingin meneruskan niat murni ini dengan mencari warga emas yang berumur 60
tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang
bekerja untuk diberikan bantuan makanan.
“kami percaya
gologan ini seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini
tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini. Sekiranya anda
mempunyai jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan kami
akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka. Kami berharap agar
dengan bantuan ini kami dapat membantu bersama-sama mengangani Covid19, kata
beliau.
Kami sedang mencari golongan warga emas yang perlukan bantuan makanan. Sekiranya anda mengenali jiran, sekampung atau sesiapa yang mempunyai kriteria di bawah, mohon kongsikan kepada kami. Agar kita sama-sama dapat membantu.
Kongsikan posting ni di Facebook, Instgram atau mana-mana media sosial anda.
# Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas
# Tinggal bersendirian tanpa anak-anak yang bekerja
# Tanpa sumber rezeki
# Kekangan untuk bergerak di sebabkan perintah berkurung
Untuk maklumat lanjut
mengenai anda boleh menghubungi unit komunikasi dan pemasaran / Cik Baizura di
nombor 6012 631 2098 atau laman sesawang kami www.vitsnoodles.com
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊