Assalamualaikum wbt,


10 Menu Resepi Berasaskan Kangkung Mudah, Cepat Dan Lazat | Sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), blog mommy dihujani dengan pengunjung yang mencari resepi kangkung goreng belacan. Tambahan pula, ramai yang mula menanam lebihan akar kangkung secara hydroponik di rumah. Mungkin disebabkan itu, ibu-ibu mencari idea macam mana untuk memasak kangkung supaya sedap di makan.



Baca : Resepi Sayur Kangkung Goreng Belacan
10 Menu Resepi Berasaskan Kangkung Mudah, Cepat Dan Lazat
Di sini mommy kongsikan 10 menu resepi berasaskan sayur kangkung yang mudah dimasak, sedap di makan dan tidak perlu keluar rumah untuk mencari bahan. Boleh gunakan apa saja bahan yang ada di rumah sahaja. Jika tiada, terpaksa juga ketua rumah untuk mencarinya.



10 Menu Resepi Berasaskan Kangkung Mudah, Cepat Dan Lazat
#1 – Resepi Kangkung goreng ikan masin jeruk
Resepi Kangkung Goreng Ikan Masin Jeruk
Bahan-Bahan:
Bahan tumisan
  • 1 sudu besar bawang merah + putih kisar
  • Sedikit minyak

Bahan-bahan utk goreng kangkung
  • 1/2 cekak kangkung
  • Sejuring ikan masin jeruk
  • 3 biji cili merah kecil

Cara-Cara:
  1. Sediakan bahan-bahan diatas, potong sayur kangkung dan bersihkan.
  2. Dalam kuali, masukkan minyak untuk menumis. Kemudian masukkan bawang besar + bawang putih kisar + cili kecil yg ditumbuk. Goreng sampai naik bau.
  3. Akhirnya, letakkan kangkung. Siramkan air ke atas kangkung utk melembutkannya. Dah siap

Resepi : Ali Zuraina
#2 - Resepi Kangkung Goreng Belacan

Resepi Kangkung Goreng Belacan
Bahan-Bahan:
  • 150 g kangkung
  • 1 biji lada besar
  • 1 biji cili padi merah atau hijau
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 cm belacan dibakar atas api dapur terlebih dahulu
  • 1/2 sudu kecil garam halus. (Ikut citarasa)
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-Cara:
  1. Kangkung dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Kupas bawang merah dan bersihkan.
  2. Lada besar, cili padi dan bawang kecil dipotong kecil-kecil. Masukkan lada besar, cili padi, bawang dan belacan ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga separa lumat. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan 1/2 cawan air. Masukkan garam. Masukkan kangkung. Masak sehingga kangkung layu. Siap.

#3 - Resepi Kangkung Goreng Sambal Belacan / Sambal Belacan
Resepi Kangkung Goreng Sambal Belacan / Sambal Belacan
Bahan-Bahan:



  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Ikan bilis goreng
  • Belacan
  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • Cili besar merah
  • Air asam jawa/perahan limau kasturi(utk buat sambal belacan shj)
  • Garam
  • Gula
  • Sayur kangkung

Cara-Cara:
  1. Blender kesemuanya, letak air sedikit.
  2. Boleh masak juga sambal belacan tu bagi tahan lama. Kemudian letak kangkung.
Resepi : Merpati Putih
#4 - Resepi Kangkung Goreng Belacan Udang
Resepi Kangkung Goreng Belacan Udang
Bahan-Bahan:
  • 1 ikat besar Kangkung
  • 250 g Udang saiz besar di buang kepala dan di kupas
  • 1 ulas bawang putih di tumbuk halus
  • 1/4 Sdk Garam bukit
  • 5 g Chicken Cube non MSG
  • 1 biji Cili Merah di hiris melintang
  • 4 biji Cili padi merah di hiris melintang
  • 4 Sdb Minyak sayur
Bahan tumbuk /Kisar:
  • 1 sdb Udang kering di rendam
  • 7 g Belacan Bakar
  • 10 g Bawang putih
  • 30 g Bawang merah kecil



Cara-Cara:
  1. Sediakan semua bahan-bahan.
  2. Kisar kasar/tumbuk semua bawang, belacan dan udang kering.
  3. Satukan udang, bawang putih dan garam,gaul rata.
  4. Panaskan 1 Sdb Minyak sayur, goreng udang selama 1-2 Menit. Angkat dan ketepikan.
  5. Guna kuali yang sama, panaskan 3 Sdb minyak sayur, tumiskan bahan Kisar seketika hingga harum dan keperangan.
  6. Masukan kangkung, hirisan Cili, garam dan Chicken Cube, gaulkan sebati masak seketika.
  7. Masukan udang,gaul rata. Tutup api dan angkat.
  8. Kangkung Belacan Udang sedia untuk dihidangkan. 
#5 - Resepi Kangkung Goreng Sos Tiram
Resepi Kangkung Goreng Sos Tiram
Bahan-bahan:
  • 1 ikat sayur kangkung, basuh bersih dan potong/siang
  • 4 ulas bawang putih-ketuk/cincang 
  • Cili merah/cili padi di hiris 
  • 1/2 kiub pati ikan bilis 
  • 2 sudu sos tiram Udang/sotong secukupnya, Cik Wan guna 5 ekor udang shj 
  • Air secukupnya, Garam jika tidak cukup masin, Cik Wan tak tambah 
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga garing.
  2. Masukkan udang/sotong, kacau sekejap shj.
  3. Masukkan sos tiram, kiub ikan bilis. Kacau.
  4. Masukkan kangkung dan sedikit air, Kacau.
  5. Masukkan cili merah. Kacau dan siap!! Senang kan?

 Resepi : Cikwan Kitchen
#6 - Resepi Kangkung Goreng Ala Kampung
Resepi Kangkung Goreng Ala Kampung
Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar Minyak
  • 2 biji Bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas Bawang putih (dihiris)
  • 250 g Sayur Kangkung (dipotong 4cm)
  • 80 ml Air
  • 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung


Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan sayur kangkung dan air. Kacau sehingga separuh masak.
  3. Tambah 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung.
  4. Goreng sehingga masak. Hidangkan semasa panas.

#7 - Resepi Kangkung Goreng Kicap
Resepi Kangkung Goreng Kicap
Bahan-Bahan:
  • kangkung
  • bawang kecil
  • cili merah
  • kicap
  • garam
  • penambah perisa (ajinomoto)
  • minyak

Cara-Cara:
  1. Bawang dihiris halus dan ditumis sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan kangkung yang sudah dibasuh bersih(terpulang). masukkan kicap, garam,serbuk perasa(terpulang). gorengkan kangkung sehingga masak.sedia dihidang.



 Resepi : tumis.my
#8 - Resepi Kangkung Masak Lemak Putih
Resepi Kangkung Masak Lemak Putih
Bahan-Bahan:
  • 2 ikat kangkung ~ di potong dan bersihkan
  • 6 ekor udang basah
  • 1 batang cili merah ~ dihiris
  • 1 batang serai ~ dititik
  • 1 cawan santan
  • garam secukup rasa

Bahan kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan serai hingga harum
  2. Tambahkan sedikit air dan masukkan udang
  3. Masukkan santan
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa
  5. Akhir sekali masukkan kangkung dan cili merah
  6. Masak sebentar hingga kangkkung layur
  7. Angkat dan hidangkan
 Resepi : Norazlitaaziz

#9 - Resepi Tumis Kangkung Seafood
Resepi Tumis Kangkung Seafood
Ini merupakan masakan cara Indonesia.
Bahan-Bahan:
  • 250 gram kangkung segar
  • 10 butir telur puyuh
  • 150 gram cumi / sotong segar
  • 100 gram udang kupas
  • 10-15 butir bakso ikan



Cara-Cara:
  1. Pertama yang perlu dilakukan adalah masukan serta tumis bumbu bawang putih dan bawang putih yang telah diiris serta tambahkan cabai merah.
  2. Tumis dan masak semua bumbu tersebut tadi sampai layu dan mengeluarkan bau yang harum.
  3. Apabila sudah harum, lalu tambahkan dan masukkan udang, cumi, dan bakso ikan.
  4. Aduk dan tumis sampai berubah matang berubah warnanya.
  5. Kemudian, bisa masukkan sayur kangkung yang sudah disiangi dan dibersihkan.
  6. Lalu, tambahkan air dan bumbu seperti kecap,saus tiram, kecap asin, gula dan garam secukupnya.
  7. Kemudian langkah terakhir, bisa tambahkan telur puyuh yang sudah direbus. Aduklah hingga merata dan masak sampai benar-benar matang dan tumis kangkung siap dihidangkan.

Resepi : RomaDecade
#10 - Resepi Tumis Kangkung Telur Puyuh
Resepi Tumis Kangkung Telur Puyuh
Bahan-Bahan:
  • 2 ikat kangkung, yang sudah dicuci dan dipotong
  • 10 butir telur puyuh atau sesuai selera
  • 3 sendok makan sos tiram
  • 3 buah cabai merah
  • 1/4 sdm tepung jagung, dengan sedikit dilarutkan
  • 3 buah cabai hijau
  • Garam secukupnya
  • Penyedap rasa
Cara-Cara:
  1. Cara pertama adalah masukan bumbu berupa bawang putih dan bawang merah bersama cabai merah dan cabai hijau yang sudah diiris-iris.
  2. Masak semua bumbu tersebut tadi. Lalu bisa tambahkan air secukupnya dengan takaran yang telah ditentukan sebelumnya. Jangan sampai terlalu banyak air.
  3. Masukan telur puyuh yang sudah direbus dan dikupas serta tambahkan dengan saus tiram. Tumis sampai merata supaya semua bumbu bisa menyatu dengan rata.
  4. Setelah itu dapat menambahkan larutan tepung maizena serta juga bisa bubuhi garam dan gula pasir secukupnya atau sesuai takaran.
  5. Aduk-aduk tumis kembali hingga rata, kemudian bisa diamkan beberapa saat hingga semua bahan tadi matang dan bumbu bisa meresap semua.
  6. Terakhir bisa sajikan tumis kangkung telur puyuh istimewa ini. Masakan ini cocok di santap bersama nasi dan tempe goreng agar tambah nikmat.
Selamat mencuba.