Assalamualaikum wbt,
Semalam wawa makan kangkung goreng bilis yang di goreng penuh kasih sayang oleh suami. hihi
Balik tengah hari, malas nak tapau lauk, wawa singgah kedai beli ikan segar dan sayur kangkung , timun dan lain-lain. Sampai rumah pun dah lewat, lagi setengah jam nak masuk kerja, jadi wawa dan suami berbahagi tugas. Suami goreng sayur. wawa siang ikan. Makan simple-simple pun sedap bila makan bersama suami tercinta. kan.
Paling penting, sediakan bahan dulu.
ihsan google
Bahan-Bahan :
1 ikat kangkung di potong bersih
1 biji bawang sederhana besar di hiris nipis
1 ulas bawang putih di hiris nipis
2-3 biji cili padi di ketuk
3 sudu minyak masak
1 piring ikan bilis
1/2 gelas air masak
Perasa :
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sos tiram
Kicap
Serbuk perasa
Cara-Cara :
Panaskan minyak, tumis bawang bersama lada sehingga bawang putih menjadi kuning, masukkan sos tiram dan kicap, selepas itu masukkan kangkung dan ikan bilis, masukkan air, kacau sehingga rata dan masukkan 1/2 sudu kecil garam dan gula (ikut citarasa) serta sedikit perasa.
Dah siap, boleh hidangkan. Makan sambil ratah pun sedap..")
10 Comments
Kangkung masak simple macam ni yang SB suka. Tak perlu nasik..
ReplyDeletenmpak sedap je...kna cuba nie..sbb resepi dia senang sgt..
ReplyDeleteSedapp ni
ReplyDeleteSedap ni
ReplyDeleteSaya ambik resepinye,terima kasih..
ReplyDeleteMesti sedap ni kalau masak. Tq resepi tu tau .
ReplyDeleteikan bilis tu kena goreng dulu ke?
ReplyDelete@Unknowntak perlu dear..:)
ReplyDeleteterbaiklah👍💖
ReplyDeleteMintak izin, guna resipi Yee. Moga dilimpahkan rezeki yg barakah
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊