Saturday, 28 March 2020

6 Himpunan Resepi Donut Gebu, Lembut Dan Mudah (Guna Tangan Saja)

Assalamualaikum wbt,

6 Himpunan Resepi Donut Gebu, Lembut Dan Mudah (Guna Tangan Saja) | Bila duduk rumah macam ini, pasti mulut anak-anak nak sentiasa berisi. Ibu pening fikir, kuih apakah lagi yang boleh dibuat dengan kuantiti yang banyak dan boleh menghilangkan rasa lapar anak-anak. Di samping itu, boleh ajak anak-anak membuat bulatan donut sekali. Kan?


6 Resepi Donut Gebu Mudah dan Lazat


Di sini mommy kongsikan 6 resepi membuat donut gebu gebas pelbagai cara dan sukatan. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah dan senang di dapati. Boleh kita makan donut yang gebu setiap hari.

6 Himpunan Resepi Donut Gebu Dan Lazat Yang Penting Mudah

#1 - Resepi Donut Gebu Ala Kampung (Hamidah)
Resepi Donut Gebu Ala Kampung
Bahan-Bahan:
  • Tepung gandum cap ros 500g*
  • Telur sebiji*
  • Marjerin 3 sudu*
  • Garam secubit*
  • yis/mauripan ¹/² shj -
  • gula 2 sudu -
  • susu pekat 4 sudu -
  • air biasa 4 cawan -




Cara-Cara:
  1. Masukkan yang bertanda (-) dalam jug masukkan air suam, biarkan 20-25 minit sehingga kembang/berbuih.
  2. Sekalikan yang bertanda (*) dalam satu bekas, gaul hingga sebati.
  3. Selepas yis mengembang/berbuih masukkan ke dalam tepung tadi, masukkan air biasa sedikit-sedikit, uli hingga menjadi doh.
  4. Perapkan 20 minit guna penutup yang ada kain/ tdung periuk boleh.
  5. Selepas 20 minit boleh bentukkan guna acuan donut dan biar mengembang lagi.Kemudian boleh goreng.
#2 - Resepi Donut Gebu Tanpa Uli (Resepi Mama)
Resepi Donut Gebu Tanpa Uli
Bahan-Bahan: (sukatan ni saya dapat 18-20biji/doh 25gram)
Bahan A: Gaulkan sebati

  • 2 cawan tepung*
  • 2sb majerin*
  • 2sb susu pekat*
Bahan B: Biarkan sampai naik macam gunung berapi

  • 1 cawan air suam
  • 1paket yis
  • 1sb gula
Cara-Cara:

  1. Masukkan Bahan B dalam adunan tepung, kalau lembik biarkan je, tapi jangan lembik sanga, agak-agak lekat sikit-sikit kat tangan tu je, tutup biarkan sejam.
  2. Lepas sejam, saya amik timbang 25gram 1 doh, buat bentuk, biarkan lagi 30minit. Sudah boleh goreng .
#3 - Resepi Donut Gebu Tanpa Perap (Sadagar Jewelry)
Resepi Donut Gebu Tanpa Perap
Bahan-Bahan: (Hasilkan 130 biji donut)
  • 2kg tepung gandum
  • 1 1/4 gayung air
  • 1 sudu cina garam diratakan
  • 2 sudu cina gula diratakan
  • 3 sudu cina yis diratakan
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 senduk nasi marjerin (penuhkan)
Cara-Cara:
  1. Masukkan semua bahan dalam besen besar, gaul rata semua bahan sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi sekata. Gaulkan doh sehingga lembik, biarkan ia melekat pada besen dan tangan, ini adalah doh terbaik.
  3. Pastikan oles tapak tangan dgn minyak masak sebelum bahagikan adunan donut. Ini bagi mengelakkan adunan doh yang sangat lembik tadi dari melekat pada tangan. Genggam sedikit doh dan picit keluar melalui lubang antara ibu jari dan jari telunjuk. Jika anda baru melakukan proses ini, size doh mungkin tidak sekata. Bila sudah berulang kali melakukannya, InsyAllah anda akan rasa senang melakukannya dan size doh akan sekata (sama besar). Ulangi sampai habis.
  4. Susun secara bejarak dalam loyang besar. Ini kerana adunan akan kembang 3 kali ganda dengan sekejapnya.
  5. Ketika minyak sudah panas (guna api perlahan), gunakan hujung jari dan cucuk tengah-tengah doh kemudian tarik perlahan angkat dari loyang.
  6. Kemudian tarik menggunakan 2 jari untuk renggangkan sedikit lubang di tengah donut.
  7. Perlahan-lahan masukkan dalam kuali. Masukkan dlm minyak panas dengan cara gelongsorkan doh dari tepi kuali. Ini bagi mengelakkan minyak dari terpercik. Utamakan keselamatan.
  8. Masukkan cukup-cukup penuh permukaan minyak sahaja. Ini bagi memastikan donut masak dengan sekata. Bila habis sahaja proses memasukkan donut, cepat-cepat ambil sudip goreng dan terbalikkan donut. Ini bertujuan bagi memastikan permukaan donut yang tidak rata pada bahagian bawah sempat untuk halus.
  9. Goreng sampai warna donut bertukar keemasan. Tidak perlu goreng lama. Memadai 2-3 minit bagi mengelakkan donut keras kerana lama di goreng. Paling penting di sini, api kena perlahan.
  10. Sambil2 menggoreng, blend gula pasir untuk di jadikan salutan donut. Cara saya ini cara paling jimat dan mudah. Terpulang kehendak anda. Boleh juga beli siap gula aising sekiranya ingin memudahkan kerja anda.
  11. Tuang gula yang siap di blend dalam bekas besar yang bertutup.
  12. Tuang donut yang siap di goreng dan tutup bekas. Goncang bekas bagi memastikan gula tersalut rata pada donut yang gebu.
  13. Tekstur dalaman donut gebu. Spongy, ringan dan lembut. Makan sebiji memang tak cukup.
#4 - Resepi Donut Gebu Gebas (Ila Najwa)
Resepi Donut Gebu Gebas
Bahan-Bahan:
  • 5 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 Peket yis mauripan*
  • 1 cawan air suam*
  • 3 sudu besar susu pekat 
  • Sedikit garam



Cara-Cara:
  1. Satukan yang bertanda * ke dalam jug. Masukkan 3 sudu besar susu pekat dan sedikit garam. Kacau menggunakan sudu plastik dan biarkan selama 20-30 minit. Biarkan sehingga ia menjadi seperti lava gunung berapi.
  2. Masukkan 5 cawan gandum ke dalam besen atau bekas untuk menguli, masukkan pula 3 sudu marjerin. Gaulkan sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Tuangkan adunan yis tadi ke dalam bekas gandum yang sudah menjadi serbuk roti. Gaulkan sehingga adunan sebati.
  4. Dah siap gaul, masukkan 3/4  cawan air biasa. Uli sehingga sebati, jika rasa tepung tadi lembik, biarkan sahaja, jangan tambah tepung. Kalau rasa melekat kat tangan lagi just basuh jer tangan tu dan uli lagi.Biar tangan tu macam basah2 sikit. Uli sehingga doh cantik elok.
  5. Biarkan doh tadi selama 30 minit dibawah bekas yang bertutup sehingga adunan tadi naik sekali ganda.
  6. Tekap menggunakan penekap donut yang bersaiz besar. Biasanya dapat 20 biji.
  7. Goreng dengan minyak yang betul-betul panas dengan api yang perlahan.
  8. golek2 kan dlm gula yg dh dimesin hancur.
#5 - Resepi Donut Gebu Gebas (Kekda)
Resepi Donut Gebu Gebas
DONUT KAMPUNG GEBU (Cara Kekda)
Bahan-Bahan:
  • Tepung Gandum 400g
  • Yis 1/2 Paket
  • 2 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 1/2 sudu Mentega (cook & baked punya)
  • Air Suam

Cara-Cara:
  1. Sukat tepung gandum sebanyak 400gram. Letakkan didalam besen bersama gula 2 sudu, garam 1 sudu kecil & mentega 1 sudu setengah.
  2. Sediakan air suam separuh cawan bersama 1 sudu gula untuk rendam yis & aktifkan yis. Biarkan sekejap sekitar 10-15 minit sehingga yis aktif & elok kembang melimpah. Pastikan air suam tau bukan air panas or sejuk nanti yis tu tak menjadi atau mati. 
  3. Dalam bekas adunan tepung dan bahan-bahan lain tadi, buat bulatan ditengah2 dan curahkan yis yg dh melimpah tadi tu.
  4. Uli sehingga sebati & sehingga doh tidak lagi melekat di tangan. Sukatan air kena pepandai adjust jangan terlalu banyak. Biasanya air rendaman yis tadi dah cukup elok dah. Kalau doh nampak lembek / kering sangat, adjust kuantiti air tadi okey.
  5. Uli uli uli dan uli sehingga jadi sado. Taklahh uli lah setakat mampu jangan sampai tersalah urat tangan pulak. Kekda tadi uli sekejap je haaa. Dalam 10minit je kot.
  6. Rehatkan doh sekejap bagi kembang. (sekitar 15-20minit)
  7. Agak-agak doh dah kembang, tumbuk2 kasi keluar angin sekejap, picit2 halus pun bisaa. Asal keluar angin tu.
  8. Bulat-bulatkan doh kepada size donut yang korang nak. Kekda buat sedang-sedang tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. 400g doh tadi Kekda dapat dalam 20 biji donut.
  9. Rehatkan sekejap (5-10minit) , bagi dia naik sikit.
  10. Then setiap doh yg dah dibulatkan tu, cucuk jari di tengah2 tu dan bentukkan bentuk donut. Kekda buat pakai tangan jaa, xdak acuan nak buat donut jadi bulat elok. Tapi pakai tangan pun okey jaaaa, jadik bulat gak.
  11. Lepastu bolehlaaa goreng sehingga keperangan. Agak-agak dah perang bolehlerrr angkat, tos sekejap then salutlah dengan gula.
  12. Dah siap ! Makan panas-panas memang sedap. Oh ya ! Gula tu Kekda xde gula yg halus tu , so Kekda blend je gula kasar yg biasa tu then salut donut. Kalo ada Nutella ka, Strawberry ka apa2 ka pun boleh jee nak taruk. Sedap jugak!
  13. Sebelum lupa, kalo nal frozenkan, goreng sekejap ja, goreng kilas Kekda panggil, then angkat, toskan, sejukkan sekejap, boleh taruk frozen. Boleh buat makan petang.
#6 - Resepi Donut Gebu Guna Pelembut Roti Buat Sendiri (Azlina Ina Fans)
 Resepi Donut Gebu Guna Pelembut Roti Buat Sendiri
Bahan-Bahan:
Bahan A:
  • Bahan2 A
  • 1cawan air
  • 2sb tepung gandum
  • Satukan dan masak atas api perlahan smpai pekat. Biakan sejuk.
Bahan B:
  • 1/2 cawan air suam
  • 1peket mauripan 11g
  • 2sb gula
  • 2sb butter atau majerin( xdak tibai ja minyak)
  • Satukan semua kacau dan biar berbuih tutup permukaan cawan



Bahan C:
  • Tepung gandum 4 cawan
  • Susu tepung 1/2 cawan ni kalau ada tiada abaikan
  • Sedikit garam
  • Gaul kan semua
  • 1 biji telur

Cara-Cara:
  1. Lubangkan tengah-tengah dia letak 1 biji telur dan bahan B dan 2 sb bahan A (bahan pelembut doh), kemudian gaul rata.
  2. Selepas itu dah boleh tambah sedikit air sambil uli dengan tangan.
  3. Ok stop tambah air bila dah jadi doh mcaam tak lekat dan licin. Uli dalam 10 mnt je macam tu lah. So tutupkan dengan tuala basah biarkan 30 minit bagi dia naik. Kemudian tumbuk bagi keluar angin dan bentukkan.
  4. Panaskan minyak dan slowkan sedikit api masukkan donut tadi. Ok dah garing terbalikkan.
  5. Kemudian gaulkan dengan gula halus, boleh makan.
Selamat mencuba.

Baca : Resepi Donut Big Apple


2 comments:

  1. Sesuai betul buat kudapan kan ni, ada niat juga nak buat untuk kudapan ni

    ReplyDelete
  2. salam
    hi sis dah follow .tqqq ye

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊