Assalamualaikum wbt


Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di negara kita. Namun begitu, penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan tepat berdasarkan tatabahasa, ejaan yang betul amat kurang digunakan oleh rakyat negara ini. Walaupun majoriti penduduk negara ini adalah Melayu, namun penggunaan Bahasa Melayu yang tepat dan betul sangat kurang memuaskan.


Ramai yang tidak sedar bahawa penggunaan penulisan Bahasa Melayu sangat penting pada masa kini. Menurut penulis buku 'Rahsia Bapa Viral Kebangsaan' Tuan Khairul Hakimin Muhammad, mengatakan bahawa penulisan menggunakan ejaan dan tatabahasa yang betul mampu mempengaruhi pembaca sehingga mampu mengikat pembaca untuk meneruskan pembacaan sesuatu penulisan sehingga habis.



Pentingkah Menulis Dengan Ejaan Dan Tatabahasa Yang Betul?


Tahukah anda penggunaan Bahasa Melayu dengan betul membantu anda untuk menulis dengan lebih baik, ia juga dapat menarik perhatian pembaca dan boleh menjana pendapatan anda. Menurut Tuan Khairul Hakimin lagi, penulisan Bahasa Melayu menggunakan ejaan dan tatabahasa yang betul dapat membawa penulisan anda ke peringkat global. Penulisan tersebut boleh ditranslate ke semua bahasa di seluruh dunia. Menarik ke menarik sangat?

Sudah tentu sangat menarik, kerana ia boleh membuka peluang kepada anda untuk menjadi penulis untuk produk luar negara, seperti yang dilakukan oleh Tuan Khairul ini. Jadi, bagaimana anda dapat membantu memperbaiki penulisan Bahasa Melayu menggunakan ejaan dan tatabahasa yang betul? Haa, mari saya perkenalkan kepada anda dengan aplikasi ini.


Menulis Bahasa Melayu Menggunakan Tatabahasa Dan Ejaan Yang Betul Dengan DewanEja11


Apa itu DewanEja11


DewanEja11 Penyemak Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu. Ia merupakan aplikasi terkini yang dapat membantu anda memperbaiki penulisan menjadi lebih baik, betul dan menarik. DewanEja11 berintegrasi dengan MS Office 2016, 2019, 2021dan 365. Dalam MS Office, tab DewanEja11 berada pada tab Add-Ins.


4 Kelebihan Menulis Dengan DewanEja11


1. Autocomplete - Menaip Dengan Lebih Pantas



Semasa anda menaip dalam aplikasi MS Word, DewanEja11 memantau perkataan anda dan melengkapkan perkataan serta-merta. Hanya tekan kekunci TAB untuk menyempurnakan perkataan tersebut. Mudah bukan, anda tidak perlu memeningkan kepala untuk menaip panjang kerana DewanEja11 dapat membantu.


2. Autoprediction - Melengkapkan Frasa Sekelip Mata



Selepas menaip perkataan, DewanEja11 meramalkan perkataan seterusnya untuk anda, berdasarkan  ribuan frasa bahasa Melayu yang dianalisis berdasarkan data statistik. Sebagai contoh, taip "terima", dan "kasih" akan dicadangkan secara automatik. Hanya tekan kekunci TAB untuk mengaplikasikannya.


3. Berintegrasi Dengan Pelayar - Tulis Bahasa Melayu Dengan Mudah Dalam Chrome, Edge Dan Firefox


Hanya satu klik pada sambungan pelayar DewanEja11, ia akan menyemak sebarang teks dalam editor aktif anda. Sama ada anda mengarang e-mel dalam Gmail, atau menulis blog di WordPress, DewanEja11 sentiasa mengawasi penulisan anda.


4. Kaya Kosa Kata - Lebih Daripada 24,000 Kosa Kata Baharu



DewanEja11 diperkaya dengan kosa kata yang terbaharu iaitu melebihi 24, 000 dan kini penyemak ejaan dapat mengenal pasti perkataan baru dan kontemporari.


Selain daripada itu, DewanEja11 boleh menyemak ejaan dan tatabahasa dalam aplikasi MS Office. Ia juga dapat menyemak dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Anda tidak perlu memikirkan tentang kesalahan ejaan dan tatabahasa tetapi hanya perlu fokus untuk mencipta kandungan yang berkualiti dengan lebih tenang.


DewanEja11 dapat menganalisa dan mengenal pasti 60 kesalahan tatabahasa biasa yang dilakukan ketika menaip dengan menggariskan kesalahan tersebut dengan warna biru. 


Pengalaman Wawa Menggunakan Aplikasi DewanEja11


Alhamdulillah, syukur saya diberi peluang untuk menggunakan Aplikasi DewanEja11 ini. Apa yang dapat saya simpulkan adalah, ia merupakan aplikasi yang sangat perlu digunakan oleh semua orang. Ini kerana, ia sangat membantu saya dalam menulis Bahasa Melayu dengan betul.

Saya merupakan seorang ahli perniagaan secara atas talian, yang menggunakan blog, facebook, instagram sebagai medium utama dalam memasarkan produk saya. Sebagai seorang yang menjalankan perniagaan produk kesihatan, menulis adalah salah satu cara yang wajib saya lakukan untuk memberi info-info tentang produk, info kesihatan dan info tentang perniagaan.


Kesilapan yang sering saya lakukan adalah ejaan, apabila sedang menaip dengan laju, kesilapan ejaan mungkin saya tidak perasan. Namun, dengan adanya aplikasi DewanEja11 membantu membetulkan perkataan tersebut secara automatik. Jadi, kita akan lebih mudah untuk mengarang sesuatu idea tanpa mengganggu proses penulisan. Seronok kan?


Sebelum menulis sesuatu teks atau penulisan di atas talian, saya terlebih dahulu mengarang atau menulis menggunakan MS Office. Ejaan yang mengundang kekeliruan juga dibantu oleh DewanEja11 seperti 'kereta api' atau 'keretapi' dan 'samada' atau 'sama ada', anda tidak perlu risau untuk membetulkannya kerana DewanEja11 akan memperbetulkan secara automatik kepada anda. Ini menambah keseronokan saya dalam meneruskan usaha menulis di atas talian secara berterusan.


Selain itu juga, aplikasi DewanEja11 membantu membuat pembetulan terhadap sesuatu perkataan yang ditulis atau ditaip. Cuma klik kanan pada teks yang digariskan oleh DewanEja 11 untuk mendapat petunjuk tentang cara membetulkan kesilapan yang mungkin berlaku.


Tambahan pula, selepas memuat turun aplikasi DewanEja11 ini anda boleh mendaftar menggunakan manual yang disediakan. Dan ianya sangat mudah, selepas memasang (install) aplikasi tersebut, anda boleh membuka semula (restart) laptop atau komputer untuk menggunakannya.


Siapa Yang Perlu Guna DewanEja 11


  1. Penulis buku
  2. Ahli perniagaan yang membangunkan 'copywriting'
  3. Blogger
  4. Bahagian Pentadbiran
  5. Penulis Berlesen

Bagaimana Cara Nak Dapatkan Aplikasi DewanEja11? Untuk dapatkan produk DewanEja11 ini, anda boleh terus ke DewanEja11 sekarang.