Assalamualaikum wbt,

Vitamin C atau juga dikenali sebagai asid askorbik merupakan sejenis vitamin larut air. Ia tidak mampu dihasilkan oleh badan, namun perlu diambil melalui pemakanan harian ataupun supplemen. Vitamin C bukan sahaja penting untuk orang dewasa, malah kanak-kanak juga sangat memerlukan vitamin C untuk kesihatan mereka.

Antara sumber vitamin C dalam makanan harian boleh didapati di dalam buah kiwi, oren dan lain-lain. Namun begitu, tidak semua kanak-kanak suka makan buah-buahan atau sayuran. Oleh itu, pengambilan vitamin C melalui supplemen sangat perlu.

Kebaikan Vitamin C Untuk Kanak-Kanak



Berikut adalah kebaikan Vitamin C untuk kanak-kanak,
  1. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan. Kita tidak mampu menahan anak untuk bermain, melasak, berkawan, dan keadaan ini menyebabkan anak-anak terdedah dengan risiko jangkitan dan kotoran. Mereka perlukan kekebalan sistem imun supaya tidak mudah dijangkiti virus yang menyebabkan demam dan selsema. 
  2. Vitamin C penting untuk penyembuhan luka. Ketika bermain, kemungkinan anak jatuh dan terluka. Vitamin C dapat membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia mengurangkan kerisauan para ibu juga.
  3. Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Ia membantu kanak-kanak mendapat zat besi yang secukupnya jika pengambilan vitamin c yang cukup setiap hari. Keperluan  zat besi yang cukup memberi tenaga dan bantu pembesaran. Tanpa pengambilan  vitamin C yang cukup, zat besi sukar untuk diserap ke badan.
  4. Vitamin C membantu membina otot yang sihat. Pengambilan vitamin c yang cukup bagi kanak-kanak membantu untuk bina otot yang sihat seterusnya membina tubuh badan yang kuat serta pembakaran lemak yang lebih baik.
  5. Vitamin C juga membantu menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat pada kanak-kanak. Ia juga mengelakkan gusi berdarah.
  6. Vitamin C membantu menguatkan saluran darah kanak-kanak dan mengurangkan risiko lebam sekiranya terjatuh. Ia juga mengelakkan hidung berdarah.
Baca tentang,