Assalamualaikum wbt,

Apa khabar ibu-ibu sekalian, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa supaya kita dapat menjaga anak-anak yang diuji dengan kesihatan demam, selsema atau apa sahaja yang merisaukan ibu ayah. Sebagai seorang ibu yang prihatin dengan kesihatan anak, melihat anak orang lain mengalami demam, batuk dan selsema yang berpanjangan agak merisaukan kita.

Untuk mengelakkan anak demam berulang, mudah dijangkiti demam, batuk dan selsema, sebagai ibu bapa kita perlu cari dahulu apakah punca yang menyebabkan keadaan ini kerap berlaku. Hari ini, saya akan kongsikan beberapa punca kenapa anak-anak mudah dijangkiti demam, selsema mahupun batuk.

Apakah Punca Anak Mudah Dijangkiti Demam, Selsema Dan Batuk

5 Punca Anak Mudah Dijangkiti Demam, Selsema Dan Batuk, vitamin untuk anak kerap demam, anak kerap demam malam, anak kerap demam sebab tonsil, anak kerap demam sejak masuk taska, anak kerap demam selepas covid, petua anak demam on off, anak sering demam menurut islam, anak kerap demam setiap bulan,


1. Sistem Imun Badan Kurang

Mengalami demam, batuk dan selsema berkait rapat dengan sistem imun badan. Jika sistem imun badan anak-anak lemah, ia mudah dijangkiti dengan demam, selsema dan batuk. Ia umpama tiada perlindungan terhadap imuniti badan anak. 

Apabila berada dikalangan kanak-kanak lain yang demam, kemungkinan untuk dijangkiti pada anak kita sangat tinggi.

2. Suka Makanan Ringan / Jajan / Gula-Gula

Ramai yang sudah tahu pemakanan jajan, ringan, gula-gula, junk food dan fastfood antara pemakanan yang mengundang kepada kemerosotan kesihatan anak-anak. Untuk pengetahuan ibu-ibu, makanan yang berasaskan gandum merupakan makanan yang membentuk lendir (mucus), dan ia juga boleh menyebabkan radang atau inflamasi. 

3. Sering Terdedah Dalam Aircond

Cuaca yang agak panas di negara kita mengundang ramai ibu ayah untuk memasang penghawa dingin di rumah. Apabila ada, sudah tentu kita akan menggunakannya setiap masa. Keluar rumah panas, masuk rumah dan terus pasang penghawa dingin. Jika berterusan seperti ini, ia boleh menyebabkan anak mudah dijangkiti demam, selsema dan batuk yang berpanjangan. 

Jika anak mengalami demam, saya sebolehnya akan pastikan anak tidak menggunakan kipas supaya badannya mengeluarkan peluh dan  ia boleh memendekkan masa demam anak. Elak menggunakan penghawa dingin atau kipas ketika anak demam, selsema dan batuk. Pastikan anda tidak memakai baju pada anak, biarkan ia memakai pampers atau seluar pendek sahaja ketika demam.

4. Terdedah Kepada Orang Dewasa Yang Demam Atau Batuk

Sekiranya anak anda masih kecil, elakkan daripada bertemu atau dipeluk oleh orang dewasa yang sedang demam, batuk atau selsema. Biasanya virus yang ada pada orang dewasa lebih kuat dan jika dijangkiti pada anak-anak kecil boleh menjadi serius. 

Jika anak sudah pandai mengeluarkan kahak, ia kurang berisiko untuk dijangkiti kuman di paru-paru. Sekiranya anak masih belum tahu cara mengeluarkan kahak, risiko untuk mengalami batuk yang berpanjangan dan jangkitan kuman pada paru-paru lebih tinggi.

Jadi, sebagai ibu bapa kita perlu lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan anak-anak dan mengurangkan pendedahan kepada persekitaran kurang sihat.

5. Tonsil

Tonsil yang membengkak boleh menyebabkan anak mudah dijangkiti demam, selsema dan batuk. Tonsil akan membengkak sekiranya dijangkiti virus dan ia juga boleh menyebabkan anak anda kerap dijangkiti demam.

Baca juga,