Assalamualaikum wbt,

Tips bisnes, road blok kejayaan, cara buang road blok kejayaan, cara remove road blok kejayaan, tips kejayaan, tips bisnes, motivasi



Jangan simpan dendam, benci, kecewa lama-lama jika nak berjaya dalam bisnes.
Orang kata, solat tahajjud murah rezeki, sales masuk laju.
Orang kata, solat dhuha murah rezeki, sales datang non stop.
Orang kata selawat, istighfar, zikir itu, zikir ini murah rezeki.
Semua dah buat, macam-macam zikir amal, tapi sales tak datang-datang.
😁
Pernah tak macam ini, tercari-cari punca kenapa ini? Apa yang tak kena dengan diri ini? Statik sahaja dari dulu.
Pernah tak korang alami keadaan ini? MasyaAllah tabarokallah, inilah yang wawa lalui beberapa tahun yang lalu. Wawa tertanya-tanya sendiri, selain aktiviti fizikal tentang bisnes wawa buat, rohani pun buat, tapi wawa pelik, sales tetap sama. Tak bergerak.
Bukan sebab wawa tak bersyukur dengan apa yang wawa dapat sebelum ini, cuma wawa tercari-cari punca apa yang berlaku pada diri aku ini?
Bermula selepas wawa dapat hadiah istimewa dari Mentor Aeinna Musa untuk join kelas Selling Without Selling. Baru wawa tahu punca sebenar kenapa terjadi "Blockaged Rezeki" lama sangat.
Mungkin bagi anda yang ada alami masalah sama dengan wawa, boleh apply apa yang wawa nak kongsikan ini.
Rupanya satu sahaja iaitu kemaafan. Wawa belum sepenuhnya memaafkan orang. Wawa kata dah maafkan, tapi disudut hati masih ada perasaan kurang selesa. Subhanallah.
Syukur sangat, selepas wawa join kelas SWS, wawa belajar cara melepaskan satu persatu. Wawa buang segala perasaan dendam, geram, kecewa dan seluruh perasaan negatif itu dari hidup wawa.
Wawa tulis satu persatu nama-nama yang masih terlintas di hati dan fikiran. Wawa senaraikan apa yang wawa masih rasa dan ingat waktu itu. Wawa tulis dan cakap pada diri, aku maafkan semuanya. Aku maafkan dunia akhirat. Aku doakan Ya Allah, bantulah hamba-hamba Allah ini masuk syurga tanpa hisab. Aku tak nak ada kaitan diakhirat kelak, aku nak kehidupan aku mudah, lurus Ya Allah. Aku nak buang bebanan yang langsung tak perlu ada dalam diri aku.
Wawa tulis tau. Haha. Tulis satu-satu, rupanya hampir 3 kertas a4 dendam kesumat yang ada dalam diri ini. MasyaAllah, teruk sangat perasaan tu. Terus cakap pada diri, kenapalah aku simpan lama-lama beban ini?
😂😂
Kemudian, selepas itu, masyaAllah rezeki mudah sangat masuk. Betullah orang kata, rezeki tanpa disangka-sangka. Memang betul, bila kita clearkan mindset, heartset, insyaAllah mudah sangat jadi magnet rezeki.
Rupanya, selagi kita belum selesai dengan diri sendiri, ia akan jadi penghalang untuk kita lebih berjaya.
Jadi, marilah kita sama-sama menjadi orang yang lebih baik. Memaafkan dan melepaskan semua bebanan-bebanan yang masih dibawa.
Wallahuallam.
Love
❤️
Wawa

Jika anda berminat untuk menjana income shaklee dengan mudah, boleh baca disini terlebih dahulu. Mudahnya Buat Bisnes Shaklee 2021.







Hubungi kami;



Page FB : Kedai Vitamin Ketengah Jaya Paka 019-9966576
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi / Paka
Pengeposan ke seluruh Malaysia




Selepas anda mendaftar di form diatas, anda perlu mengaktifkan keahlian terlebih dahulu untuk membolehkan anda menikmati harga diskaun keahlian sebanyak 20% dan anda secara automatik juga boleh menjadi agen.