Assalamualaikum wbt,

Officially Effective Leader 19 September 2021





Alhamdulillah thumma alhamdulillah, masyaAllah tabarokallah. Tiada ucapan yang mampu wawa gambarkan perasaan ini, serius wawa sangat rasa gembira, syukur dengan izin Allah sudah dua bulan berturut-turut wawa dapat efektif seawal dua minggu. Jika mengikut rekod wawa, team wawa #BYGACADEMY telah pun efektif 3 hari awal. Walau apa pun, syukur kerana Allah izinkan hari ini secara rasminya.

Jutaan tahniah wawa ucapkan kepada seluruh team BYG Academy dan seluruh VVIP BYG member dan pelanggan-pelanggan yang percaya dengan perkhidmatan kami sebagai agen kesihatan anda. Memilih kami sebagai penasihat kesihatan anda. 

MasyaAllah, semakin lama wawa berada dalam bisnes shaklee ini, semakin wawa faham perasaan menjadi seorang leader. Bukan kerana wawa bangga, tidak tetapi perasaan ini semakin teruja dan membuak-buak untuk membantu anak didik #BYGACADEMY berjaya, supaya semakin ramai dapat income bonus, bonus besar dan kembangkan team mereka, menjadi leader yang hebat serta mampu capai impian masing-masing.

Jutaan terima kasih buat mentor-mentor kesayangan wawa, Mentor Aeinna Musa, Master Nadiah Suhai, Master Amir Marzuki, Master Iffah Anuar serta Master Firdhaus Zulkifli kerana telah banyak membantu dan mengajar wawa menjadi seorang leader. Masanya telah tiba untuk wawa bantu lahirkan leader dibawah BYG pula.

Bagaimana Cara Jadi Leader?


Pernah dengar kata-kata terkenal oleh Henry Ford? Beliau mengatakan bahawa,

"Whether you think you can or you think you can't, you are right."

Maksudnya, samada awak fikir awak boleh, awak betul. Atau awak fikir awak tak boleh, awak juga betul. Apa saja bentuk pemikiran kita, menentukan kejayaan diri kita. 

Ya, MINDSET sangat penting. Jika kita nak berjaya, fikirkan kita boleh berjaya. Tapi, kalau masih ada tapi dalam diri awak yang mengatakan awak tak boleh, awak memang betul. Memang betul tak kan beraya.

Jadi, kenapa kita tak katakan pada diri kita boleh, padahal memang kita boleh. Katakan pada diri, yakinkan pada diri dan mindset, kita boleh berjaya, saya pasti boleh berjaya dan saya memang boleh berjaya dengan izin Allah swt.

Apa yang wawa nampak sepanjang perjalanan wawa menjadi seorang leader adalah MINDSET. Kita kena letakkan kepercayaan pada diri kita, yang kita boleh jadi leader, yang kita boleh dapat bonus besar , yang kita ni pasti akan sampai ke puncak master. Pokoknya satu, keyakinan dan kepercayaan yang kita letak pada mindset.

Nak berjaya , belajar cara betulkan mindset. Ia tak mudah untuk tukarkan dari mindset tak pernah bisnes ke orang bisnes, tapi ia tak mustahil jika kita tahu cara dan belajar. Nak belajar buat bisnes shaklee dengan wawa? Jom.

Alhamdulillah, sejak BYG ditubuhkan hampir puluhan agen yang telah berjaya capai bonus dalam bisnes shaklee. Jika anda ingin jana income dari rumah, inilah bisnes pilihan yang tepat. Ia bukan bisnes bermusim, tetapi relevan sepanjang zaman.

Baca petikan berkaitan :




Jika anda berminat untuk menjana income shaklee dengan mudah, boleh baca disini terlebih dahulu. Mudahnya Buat Bisnes Shaklee 2020.






Hubungi kami;



Page FB : Kedai Vitamin Ketengah Jaya Paka 019-9966576
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi / Paka
Pengeposan ke seluruh Malaysia