Assalamualaikum wbt,

Ramai orang salah faham tentang bisnes shaklee dan tak faham tentang bisnes shaklee tetapi, ambil jalan untuk menulis cerita tidak betul. Ia boleh mengelirukan orang untuk join shaklee sebenarnya.

Mungkin anda tertanya-tanya, bisnes shaklee ni ok ke? Untuk pengetahuan anda, bisnes shaklee adalah berasaskan produk yang sangat berkualiti. Produk shaklee telah pun berusia 100 tahun lebih didunia. Bayangkan, pernah tak anda jumpa produk yang berusia ratusan tahun? Tiada kan? 

Shaklee sebuah Syarikat yang kukuh, mempunyai produk yang sangat berkualiti dihasilkan untuk kesihatan manusia. 


Bisnes shaklee mudah, bisnes online tanpa modal, bisnes shaklee tanpa modal



Salah Faham Atau Tak Faham pasal Bisnes Shaklee?

Beberapa hari lepas, Amir ada kongsikan 15 kriteria Bisnes MLM yang diharuskan dalam Islam. Setiap kriteria tu, Amir ulas dan kaitkan dengan Bisnes Shaklee sebab Amir yakin dengan bisnes ni.

Cuma kali ni, Amir nak kongsikan 5 poin yang orang salah faham dengan Bisnes Shaklee.

1) Bisnes ini hanya kayakan orang atas sahaja. Siapa masuk dulu, dia la kaya. Ini di namakan sistem piramid dan tidak patuh shariah (Haram). Malah ia melanggar akta Jualan Langsung 1993. 

Bisnes Shaklee ini adil sebab setiap komisen yang diberikan berdasarkan hasil jualan personal dan juga group. Siapa usaha lebih, dapat hasil lebih. Takde konsep goyang kaki yer. Siapa tidur, dia kena tinggal.

Tak percaya? Amir dah lihat sendiri ramai orang baru yang mendapat bonus lebih banyak dari upline mereka. Bila bonus dah banyak, pangkat juga mesti lebih tinggi kan. Tak perlu tunggu upline. Siapa cepat, dia dapat.

2. Ada orang kata Shaklee produk "sampah". Mungkin orang yang cakap tu, main pukul rata jer dengan semua supplemen lain. Amir sendiri dah pergi sendiri lihat Research Center Shaklee di Pleasanton, California. Ada lebih 60 saintis disana yang buat ujikaji lebih 100 ribu test terhadap produk Shaklee bagi memastikan ia sentiasa selamat pada manusia dan alam sekitar.

CEO Shaklee sendiri, Billionaire Roger Barnett sendiri sanggup buat landmark study terhadap 3 golongan yang ambil supplemen Shaklee, supplemen lain dan tak ambil langsung supplemen. Ujian yang mereka dapati bahawa orang yang ambil supplemen Shaklee secara konsisten lebih daripada 20 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding 2 golongan lain.

Bukan itu sahaja, Scientific Advisory Board (SAB ) Sshaklee terdiri dari Saintis - saintis  terulung seperti Dr Elizabeth Blackburn, pemenang hadiah Nobel perubatan yang membuat kajian tentang telemore(DNA).

3. Produk Shaklee memberi kesan sampingan? 
Biasanya kesan sampingan yang dialami oleh pengguna lebih kepada healing crisis. Mereka perlu minum masak secukupnya dan jarakkan dengan minuman bercaffein.

Pernah ada 1 kes dulu dimana customer tersebut memang dah ada penyakit. beliau makan ubat dan beberapa jenis supplemen termasuk Shaklee. Customer tersebut cuba salahkan produk Shaklee kerana penyebab penyakit dia. Shaklee ambil berat tentang tuduhan tersebut dan buat siasatan sehingga mendapat keputusan bahawa penyakit beliau terjadi sebelum ambil supplemen Shaklee.

Untuk pengetahuan, Shaklee membuat ujian sebanyak 176 kali terhadap bahan mentah dan 262 kali ujian ke atas finished products. Anda boleh semak artikel berkaitan dalam JAMA, The Lancet dan seumpamanya. Ini Journal World Cclass sebab mereka ada Peer-Rreview, bukan calang-calang kajian dapat diterbitkan.

4. Poin seterusnya ialah Company Shaklee adalah sebuah Bisnes Network Marketing yang sah di sisi undang-undang. Ini no Lesen Jualan Langsung Shaklee iaitu AJL 93747. Malah semua produk Shaklee ada kelulusan KKM dan logo halal pada botolnya.

5. Bukan itu sahaja, Shaklee Malaysia juga mempunyai Legal Department yang memantau segala urusan yang melibatkan P&R Shaklee. Jika ada yang berani komen yang bukan-bukan, bahagian ini akan bertindak terus dengan orang tersebut tidak kira samada beliau mempunyai pangkat atau tidak.

Ini nasihat dari Haji Roslan, merupakan antara ahli tertua di dalam Shaklee Malaysia (Lebih 25 tahun) kepada SID semua. "Usah tergugat dengan komen-komen yang negatif.  Usah layan dan fokus sahaja pada aktiviti harian anda. Team yang tak layan isu negatif ini, mereka akan naik. Kalau ada yang layan, momentum mereka untuk naik mungkin hilang."

Benar kata seorang influencer ini. "Kita tak mampu nak kawal apa orang kata pada kita. Apa yang boleh kita buat ialah berdoa dan usaha sehabis mungkin.  Berserah pada Allah. Mungkin itu satu ujian buat kita"

Kredit to, 
Amir Marzhuki
Allah jaga kita