Assalamualaikum wbt,

Kisah Dr Forrest C Shaklee




Semasa Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yang merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup tidak lama.

Hati mak ayah mana yang tak sedih bila dapat berita macam tu. Tapi kasih sayang Mak ni lain, dia tak nak give up begitu sahaja. Mak dia tukar cara pemakanan mereka kepada herba-herba yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.

Akhirnya satu family bersetuju berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Disitu mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yang fresh.

Mak dia terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak boleh berjalan tapi dia sangat positif. Hinggalah baby Forrest berumur 4 tahun dan dia boleh berjalan dengan sendiri buat pertama kali!

Daripada ramalan doktor kata hidup dia tak lama, Forrest berjaya menjalani zaman kanak-kanak dan remaja dengan happy. 

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Dengan kemahiran nutrisi yang beliau ada, Forrest berazam utk tolong orang yang sakit dan tak mampu datang jumpa dia kerana faktor pengangkuta. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights (pencipta kapal terbang), Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

Disebabkan kerjanya berkaitan dengan tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yang tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.

Sekali lagi Forrest tidak give up. Antara motivasinya sebab dia nak terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dengan pemakanan berasaskan herba & buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yang banyak.

Masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herb-Lax. Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. 

Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen. Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 

5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome untuk bawa keluarga pindah ke California. Disitu beliau buka balik klinik dan sambung belajar.




Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah-olah macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. 

Kerana sikap positif, taknak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.

Kisah benar ini seharusnya dicontohi oleh semua pengedar Shaklee. Buat baik dan berbakti pada semua orang yang memerlukan. Niatkan kerana Allah.

Bukan buat bisnes ini sebab ikut-ikut orang dengan niat nak cepat kaya. Nanti boleh tunjuk kat orang lain. Buat dengan Ikhlas, insyaallah Allah akan redha. 

Wan Rokiah Wan Ismail (Wawa BYG)
Pengedar Shaklee since 2014