Assalamualaikum wbt,
Sejak Covid-19 melanda dunia, ada pihak yang sedang berusaha mencari solusi atau mencipta vaksin bagi menangani masalah covid-19 yang sedang melanda dunia. Namun begitu, adakah alternatif Vaksin Covid-19 sudah ditemui?
Adakah Vaksin Covid-19 sudah Ditemui?
Kajian Vitamin C terhadap pesakit sebagai alternatif vaksin covid-19 ditemui. Wawa baru terbaca tentang satu kajian dari KKM yang mengatakan bahawa Vitamin C mampu membantu pesakit covid-19 mendapat kesihatan yang lebih baik berbanding pesakit covid-19 yang tidak ambil vitamin C.
Jom kita lihat image yang dikongsikan oleh pihak KKM mengenai kajian Vitamin C terhadap pesakit covid-19.
Dua 2 Kajian Vitamin C Kepada Pesakit Covid-19 |
Secara umum kita tahu, Ubat atau Vaksin untuk mencegah wabak Covid-19 belum ditemui. Namun ada satu alternatif, berdasarkan kajian pihak hospital, dengan menggunakan Vitamin C dapat kurangkan tempoh pesakit berada di hospital, dengan erti kata lain, lebih cepat sembuh.
Menurut pihak KKM, virus Covid-19 ini menyerang dengan pantas terhadap pesakit melalui paru-paru. 14% pesakit mengalami masalah Acute Lung Injury dan Acute Respiratory Distress Syndrome. Ia disebabkan oleh Cytokine Storm yang menyebabkan oxidative stress yang teruk dan akhirnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu dibahagian paru-paru mereka. Ia antara kesan serangan wabak Covid-19.
Berdasarkan masalah ini, pesakit Covid-19 akan mudah mengalami kesukaran bernafas, ketidakupayaan tisu-tisu dan organ lain hingga seterusnya boleh mengakibatkan kematian. Jadi, mari kita lihat bagaimana kajian Vitamin C ini boleh menjadi alternatif kepada vaksin covid-19.
Ujian dibuat keatas dua kumpulan umur berbeza yang dijangkiti Covid-19. Kedua-dua kumpulan diberikan ubat-ubatan yang biasa diguna untuk merawat pesakit Covid-19 cuma bezanya. Satu kumpulan diberikan rawatan menggunakan Vitamin C 100% dan satu lagi kumpulan hanya bergantung ubat-ubatan lain.
Keputusan Kajian Vitamin C Terhadap Pesakit Covid-19
Yang menariknya satu kumpulan diberikan 100 peratus Vitamin C, manakala satu kumpulan lagi diberikan ubat-ubatan. Dan hasilnya menunjukkan pesakit yang diberikan Vitamin C 100 peratus mendapat keputusan kesihatan yang sangat baik.
Daripada kajian tersebut, didapati kumpulan yang mengambil Vitamin C dapat keluar 9 hari lebih awal dari hospital, 57% keluar dengan kesihatan baik (tiada kekurangan), 5.6 hari lebih cepat berjaya bebas Extubation dan 7.6 hari lebih cepat bebas dari alat sokongan pernafasan. Ini keputusan yang sangat baik.
- Dapat keluar hospital 9 hari lebih awal berbanding pesakit yang diberi ubatan.
- 57% keluar hospital dengan kesihatan baik (tiada kekurangan)
- 5.6 hari lebih cepat berjaya bebas Excubation
- 7.6 hari lebih cepat bebas dari alat sokongan pernafasan
Kita boleh lihat perbezaan terhadap pesakit covid-19 yang mengambil vitamin C dan tidak.
Kajian Lengkap Vitamin C terhadap Pesakit Covid-19
Kajian penuh tentang Vitamin C keatas Pesakit Covid-19 |
Kenapa Vitamin C
Pengambilan dos tinggi Vitamin C yang mampu bertindak sebagai antioksidan mempunyai sifat yang berkesan bertindak kepada “Oxidative Stress” dalam ikhtiar untuk kurangkan risiko kecederaan pada paru-paru dan dalam masa sama mengelakkan organ lain gagal berfungsi.
Oleh itu, Wawa sarankan untuk kita mengambil makanan yang tinggi dengan vitamin C sebagai langkah pencegahan awal serta memberikan imuniti kita lebih kuat.
- Vitamin C merupakan antioksidan yang paling baik.
- Vitamin C sifat dia tinggi antioksidan dan ini sangat membantu mengawal radikal bebas dalam badan.
- Vitamin C membantu menguatkan sistem imun badan agar berfungsi dengan baik.
- Vitamin C juga boleh menghalang pembiakan virus dan menghancurkan sel yang telah dijangkiti. Ibaratnya vitamin C ni macam "natural killer cell".
Ada banyak buah-buah dan sayur-sayuran yang tinggi dengan vitamin C. Bagi Wawa sendiri lebih suka makan suplemen Vitamin C juga setiap hari. Sebagai usaha untuk pastikan imun badan lebih kuat lebih baik lagi-lagi masa pandemik Covid-19 masih ada sekarang.
Jom kita jaga kita, usaha memperbaiki kesihatan dan menjaga kesihatan dari awal merupakan amanah untuk diri kita sendiri.
Jika anda berminat untuk menjana income shaklee dengan mudah, boleh baca disini terlebih dahulu. Mudahnya Buat Bisnes Shaklee 2020.
Hubungi kami;
Page FB : Kedai Vitamin Ketengah Jaya Paka 019-9966576
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi / Paka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊