Sunday, 10 November 2019

Lirik Penuh Selawat Maulidur Rasul

Lirik Penuh Selawat Maulidur Rasul

Assalamualaikum wbt,

Setiap kali Hari Maulidur Rasul tiba, kita merindukan selawat penuh yang didendangkan. Masih mommy ingat ketika zaman sekolah dahulu, setiap kali hari maulidur rasul menjelma, kami tidak sabar untuk mendendangkan selawat penuh yang begitu merdu.

Selawat menjadi tuntutan bagi kita umat islam, ia menandakan betapa kita sayang dan ingat pada Baginda Rasulullah saw. Setiap hari menjadi rutin untuk kita selawat paling kurang 100 kali.

Salam Maulidur Rasul Poster
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

Belum terlambat untuk mommy ucapkan Salam Maulidur Rasul pada anda semua. Jom jadikan amalam selawat kepada baginda Rasulullah saw setiap hari.

Salam Maulidur Rasul Poster
Sabda Rasulullah saw :
"Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali." - Riwayat Muslim

Mommy nak kongsikan lirik penuh selawat Maulidur Rasul kepada anda, boleh juga di dengar dalam rumah. 
Lirik penuh selawat maulidur rasul - kredit blog tokmudin
Anda juga boleh dengar yang mommy rekod juga ye, selawat maulidur rasul.

Semoga bermanfaat.

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊