Cara Elak Kencing Kotor : Pengalaman Sendiri Kena Kencing Kotor Dan Cara Atasi Dengan Shaklee
Assalamualaikum wbt,
Kencing Kotor, bila diingat kembali rasanya pengalaman yang amat ngeri bagi mommy. Orang kata, kencing kotor ini biasanya terjadi kepada ibu yang hamil. Namun begitu, tahukah anda bahawa Kencing Kotor ini juga boleh terkena kepada anak dara dan tidak hamil.
Apa itu Kencing Kotor?
Kencing kotor ialah jangkitan kuman di saluran air kencing. Hal ini sangat biasa dialami oleh golongan wanita kerana wanita memiliki saluran buang air kecil yang sangat pendek sekaligus membuatkan mereka lebih senang dijangkiti kuman.
Kencing Kotor |
Kencing kotor mempunyai tanda dan gejalanya yang tersendiri. Apakah tanda dan gejala kencing kotor yang boleh kita cek sendiri di rumah. Jika gejala kencing kotor ini berterusan, anda dinasihatkan untuk bertemu dengan doktor.
Tanda Dan Gejala Kencing Kotor
- Kerap terasa hendak membuang air keciltetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.
Teringat mommy suatu ketika dahulu, ketika zaman belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang. Pertama kali dalam hidup mommy terkena kencing kotor, kesakitannya tak boleh dibawa berbincang. Sewaktu kena, kawan mommy bawa ke klinik jumpa doktor dan telah dibawa untuk cek urine test.
Keputusannya menunjukkan mommy kena kencing kotor. Mengapa mommy kena sewaktu belajar dan ketika itu umur mommy dalam 23 tahun. Seminggu mommy tak dapat buat apa-apa, ke kelas pun mommy tak pergi. Memandangkan waktu itu, mak mommy dikampung minta mommy balik untuk berubat dikampung.
Ketika dikampung, sekali lagi mommy diserang rasa sakit akibat kencing kotor yang menyebabkan mommy lemah dan tak boleh nak bangun pun. Waima nak pakai seluar pun mommy tak boleh, terpaksa mak yang pakaikan. Bila ingat balik, memang menyeksakan. Ia berlanjutan sehingga sebulan dan lebih.
Doktor hanya berikan antibiotik untuk meredakan masalah kencing kotor mommy. Ketika itu, mommy masih belum kenal dengan shaklee. Jadi, apa yang mommy buat untuk elakkan terkena kencing kotor lagi adalah dengan minum air masak banyak-banyak. Dulu, mommy tak suka minum air masak. Bagi mommy air masak snagat tak sedap. Namun begitu, selepas terkena air kencing kotor, mommy terus jadi peminum air masak tegar sehinggalah hari ini.
Nak tahu tak, macam mana mommy terkena air kenicng kotor? Ia berpunca daripada pengambilan vitamin untuk tambah berat badan. Dulu, berat mommy hanyak 38~39 kg sahaja dan tinggi pula 159 cm. Ramai yang kata mommy kurus keding, gelarkan papan, dan sebagainya. Sehinggalah mommy pergi ke farmasi yang ada di Bandar Perda Pulau Pinang dan membeli supplemen untuk tambah berat.
Inilah risiko bila beli vitamin di drug store atau farmasi, ini kerana ia tidak ada konsultasi yang betul dari orang yang bertauliah. Sanggup pula mommy makan vitamin tersebut, selepas tiga hari makan terus mommy kena kencing kotor sebab air masak tak cukup.
Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil supplemen shaklee untuk atasi masalah kencing kotor ini iaitu Garlic Complex dan Vitamin C Shaklee. Garlic merupakan antibiotik semulajadi membantu mengatasi masalah kencing kotor anda.
Garlic Complex Shaklee Untuk Kencing Kotor |
Vitamin C pula membantu meningkatkan imuniti tubuh badan supaya dapat membantu menghalang diri dari terkena kencing kotor. Kedua-dua vitamin ini amat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kencing kotor.
Anda mahu dapatkan produk ini dengan harga lebih jimat 15% - 20%? Baca cara jadi ahli di sini. Atau boleh berhubung dengan kami terus melalui whatsapp atau telegram,
019-9966576 (Kak Wawa)
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊