Assalamualaikum wbt,

22 Weeks already.



Alhamdulillah, hari ni dah masuk 22 weeks 2 days. Awal2 dulu tak pandai pun nak kira weeks & days. Bila orang tanya pun blur2 je.

Tapi sekarang ni dah teror, bila orang tanya laju je nak jawab berapa weeks dah. Kiki

Padahal guna app babycenter. 😋 Mudah dan senang, banyak plak tu info boleh dapat tentang perkembangan bayi dan ibu.

Setakat 22 minggu ni kan, mami dah dapat rasa pergerakan baby, tendangan baby, siku baby, cuma tak pasti laa belah mana siku, belah mana kaki.😝😝

Masa awal2 dulu, nurse tanya pun blurr2. Dah rasa ke baby gerak? Jawapannya, saya tak tahu pun nurse macam mana rasa baby tu gerak.

Sekarang ni, dah lali laa mami rasa. Makin seronok pulak, kalau boleh setiap masa nak suruh baby bagi sidekick kat mami. Haha

Ye laa, bila baby gerak2 tu rasa macam. Wowwww 😱😱🎉🎉, baby aktif laa. Kan2?

Sekarang pun aktif sangat, mami duk makan, dia duk main2. Kadang2 rasa macam pergerakan kita dalam air. Lembut dan ada laa rasa mende bergerak dalam perut kita ni. Hehe

Tapii kan, baby mami ni pemalu sangat bila dengan daddy. Langsung tak gerak2, bila daddy cakap ngan dia pun senyap je. Bila daddy lari sikit, bukan main ehh dia.😄👶🏻

Baby boy ke girl ni? Malu macam girl, aktif macam boy. ☺️

Mami2 kat luar sana tu, kalau nak tahu pada minggu ke 22 ni kan, dah terbentuk tau bibir, kelopak mata, kening. Tangan baby pun aktif juga duk gerak2. Sekali sekali baby tersedu2 juga tau. 

Kalau rasa macam ada buih naik2 tu kan dalam 1 masa, mungkin baby tersedu tu. Hihi

Sekian bebelan mami hari ni. 🤗