Assalamualaikum wbt,

Seminggu lepas negara facebook diviralkan dengan kemunculan motor elektrik beroda 3. Ia menjadi fenomena seketika apabila ramai petani-petani yang mencari motor beroda tiga untuk kegunaan harian diladang bagi mengangkat buah sawit, sayuran dan lain-lain. 

Begitu juga dengan ayah kak wawa. Selepas melihat gambar motor tiga roda ini, dan-dan minta kak wawa carikan. Sepantas kilat kak wawa google dan jumpalah tuan empunya yang menjual motor beroda tiga ini. Malangnya, ia adalah motor elektrik. Untuk kegunaan di ladang kelapa sawit agak berisiko juga jika menggunakan kuasa elektrik sahaja.

Bincang punya bincang dengan suami dan ayah, tak jadi nak ambil. Pagi ni pula naik iklan di adsense motor beroda tiga yang berkuasa enjin 110 - 220 cc. Kalau laa tunjuk kat ayah ni, mau dia suruh order. hehe


Kredit photo @ Alibaba.com