Assalamualaikum wbt,
Buat apa tu? Ada yang dah mula kerja, ada yang masih bercuti? Sambil nonton tv tu, apa kata ambil tepung gandum bagai kita uli jadi donut. Hehe
Resepi mudah kak wawa nak share ni, kak wawa dapat dari rakan FB iaitu Tengku Asyirah.
Jom cek dulu bahan-bahan yang perlu ada naa.
Resepi Donut cara Hakak Duyung🍩
Bahan-Bahan Utama:
2 cawan tepung gandum
2 sb majerin/planta
3 sb gula
3 sb susu tepung (option)
Setengah peket yis mauripan
Secubit garam
Air suam
Cara-Cara Membuat Donut :
Satukan semua bahan kecuali air. Gaul rata biar planta sebati dengan tepung. Kemudian masukkan air sikit demi sedikit. Agak-agak la.
Uli doh sampai tak melekat kat tangan.
Biarkan doh selama 10-15minit.(tutup dengan kain basah ye)
Kemudian boleh bentukkan. Ikut lah nak bulat ke apa kan. Tunggu dalam 5minit dah boleh goreng.
Selamat Mencuba😘
sedapnya
ReplyDeletesdapnya donut..:)
ReplyDelete