TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V


PERKEMBANGAN MUKTAAKHIR INI, NEGARA PADA AMNYA, DAN NEGERI KELANTAN KHASNYA TELAH DITIMPA MUSIBAH BANJIR YANG AGAK LUAR BIASA. BANJIR YANG MENIMPA RAKYAT BETA ADALAH SEBAHAGIAN DARI QADA DAN TAQDIR ALLAH. HAL INI HARUS DI YAKINI DAN DI IMANI.

ATAS DASAR KEIMANAN, MUSIBAH PERLU DITERIMA DENGAN PENUH BERLAPANG DADA, BERSABAR BERTAWWAKAL KEPADA ALLAH YANG MAHA KUASA.
EKORAN MUSIBAH BANJIR YANG MELANDA INI RAKYAT BETA, BERHADAPAN DENGAN KETAKUTAN, KELAPARAN, KERUSAKAN HARTA BENDA, KEMATIAN, DAN KEKURANGAN HASIL MAHSUL.
BETA BERHARAP RAKYAT DAPAT MENGHADAPI MUSIBAH INI DENGAN BANYAK BERFIKIR DAN BERZIKIR KE HADRAT ALLAH.
BETA MERAKAMKAN UCAPAN TAZKIAH KEPADA MANGSA BANJIR. BETA AMAT DUKACITA DAN BERKONGSI RASA SIMPATI ATAS KERUSAKAN HARTA BENDA, KEHILANGAN NYAWA, RASA KETAKUTAN DAN GUNDAH GULANA.
BETA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JABATAN DAN AGENSI NEGERI, PERSEKUTUAN, PIHAK NGO, SWASTA, INDIVIDU, SELURUH MASYARAKAT YANG TELAH BERSATU HATI DALAM USAHA MEMBANTU, MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR.
KEPADA SEMUA AHLI MASYARAKAT, HARUS BERSIKAP PEKA DAN SENSITIF TERHADAP MUSIBAH INI. JANGANLAH ADA DIKALANGAN AHLI MASYARAKAT YANG TIDAK SENSITIF, INGIN MENANGGUK DI AIR KERUH, DENGAN MENYEBARKAN BERITA-BERITA YANG MENAMBAHKAN KEKERUHAN DAN KEKUSUTAN DALAM MASYARAKAT. UJIAN SEBEGINI RUPA, BUKAN MASA UNTUK MANA-MANA PIHAK MENUNDING JARI, MENELANJANG, MENYALAHKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU.
BETA BERHARAP KEPADA SELURUH ALIM ULAMA, DAN MASYARAKAT TERUS BERDOA, MENGADAKAN SEMBAHYANG HAJAT DIMASJID DAN SURAU AGAR UJIAN DAN MUSIBAH INI TIDAK BERTAMBAH BURUK, MALAH SEGERA PULIH.
MARILAH KITA SEGERA MENEROPONG DIRI, MOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH, SERTA MEMPERBAIKI LANGKAH-LANGKAH KITA, YANG MUNGKIN TELAH BANYAK MEMBUAT KESILAPAN.
MARILAH KITA MENGHULURKAN TANGAN PERSAHABATAN DENGAN ALAM SEKITAR. MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDAR BAHAWA SEGALA MACAM MUSIBAH BENCANA DAN MALAPETAKA YANG TERJADI SEMUA ITU AKIBAT DARI OLAHAN TANGAN-TANGAN KITA.
SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI KITA SEMUA DAN MENJADIKAN MUSIBAH INI DENGAN KEBAIKAN YANG BANYAK.
Share:

Tips Menjemput Jodoh

Assalamualaikum wbt,


Selamat petang sahabat wawa yang ohsem!")


Petang ni wawa nak share petua untuk menjemput jodoh. Biasa kita dengar orang cakap mencari jodoh. CARI JODOH, kita tahu ke nak cari kat mana? Siapa jodoh kita? Macam mana rupa jodoh kita? Kita tahu tak? 

Ya, betul. Kita langsung tak tahu siapa jodoh kita, dimana dia berada, bagaimana rupa dia dan bila jodoh kita akan sampai. Sebab JODOH itu rahsia ALLAH. Allah dah tentukan dengan siapa kita berkahwin, bertemu dan berkawan. 

Peliknya orang kita, yang di tanya tak ada perkara lain. Bila nak kahwin? Bila nak dapat Kekasih? Dan macam-macam lagi soalan. Betul ke betul?

Dua hari lepas, wawa ada jumpa dengan kawan baik dari kecil dengan dia. Rumah dekat aje, tapi sejak wawa kahwin ni lama dah tak jumpa. Kami bersembang-sembang, tetiba masuk topik jodoh. Katanya baru lepas putus, takpe laa dah tak ada jodoh kan? Wawa share dengan dia, tips untuk jemput jodoh. Almaklum, wawa dulu kahwin tak bercinta pun. BERCINTA lepas kahwin, lagi seronok..hihi

Apa yang wawa share dengan dia? Ini yang wawa lakukan selepas putus cinta dan agak kecewa. Alhamdulillah, hikmahnya ALLAH nak wawa dekat dengan DIA.

Setiap hari, wawa buat TAHAJJUD (selama seminggu)
Setiap hari, wawa buat solat hajat (sampai sekarang masih amal)
Setiap hari, wawa buat solat taubat (alhamdulillah, sampai sekarang masih amal)
Setiap hari, wawa mengaji Alquran (seingat wawa surah Yasin)

Selamat beramal..:)


Pesanan untuk adik-adik yang belum bertemu dan sudah bertemu, tak tahu nak memilih sebab ramai kan. hihi

Pilihlah yang nak dekat kita, lebih dari kita nak dekat dia.. Faham ke faham?")

Share:

Happy Wednesday!

Assalamualaikum wbt,


Selamat pagi sahabat wawa yang hebat..")

Alhamdulillah, kita masih bernafas hari ini. Syukuri nikmat Allah yang tak terhingga ini.

Apa khabar hari ni? dah sarap. Wawa doakan kalian yang singgah di blog wawa dideraskan rezeki sederas derasnya..




Share:

Kisah Nabi Musa Dan Lelaki Maksiat

KISAH Nabi Musa dan Lelaki yang maksiat.

MUHASABAH DIRI DAN TAUBAT.


Andainya ada dosa terselindung yang pernah kita buat..Allah itu Maha Pengampun. Peringatan ini buat diriku jua.


Perkongsian satu kisah mengenai doa. Kadang-kadang kita berdoa tetapi doa b kita tak dimakbulkan atau terhijab. Semoga kisah ini menjadi panduan dalam hidup kita.

Kisah Nabi Musa a.s:
Ada satu zaman terjadinya kemarau yang sangat panjang. Tiada hujan, tumbuhan semua mati dan nak makan pun susah. Jadi Nabi Musa a.s. mengumpulkan umat ketika itu seramai 70 ribu umat untuk buat solat hajat dan berdoa kepada Allah. Tapi Allah tak nak dengar doa tersebut. Allah berkata: “Sebelum kamu berdoa , ada seorang dari kamu yang telah berbuat dosa dan maksiat selama 40 tahun, sebab dia seorang Aku tak turunkan hujan, sebab dia seorang ini Aku tak makbulkan doa”. Mendengarnya Nabi Musa a.s. berkata: “Wahai orang yang telah berbuat maksiat 40 tahun kepada Allah s.w.t. sebab kamulah hujan tak turun, maka keluarlah kamu dari kumpulan kami”.

Orang ini mendengar, dia rasa malu sangat-sangat. Ya Allah selama 40 tahun aku berbuat dosa, Kau sembunyikan siapa aku, Kau tak tunjuk pada orang, janganlah hari ini Kau tunjukkan muka aku. Aku malu sangat-sangat dengan dosa-dosaku. Orang ini menutup mukanya dengan kain kelubungnya, Ya Allah hari ini aku taubat sungguh-sungguh pada Engakau Ya Allah. Belum sempat habis ayat dia bertaubat kepada Allah, Allah tahu niat dia, hujan telah pun turun.

Jadi pada ketika itu Nabi Musa a.s. berkata “Ya Allah, Kau kata di kalangan kami ini ada orang yang berbuat maksiat dan dosa 40 tahun menyebabkan hujan tidak turun. Tetapi  kenapa tiba-tiba dia tak keluar pun, Engkau dah turunkan hujan?” Allah menjawab “Sebab dialah orang yang tak taubat tadi Aku tak turunkan hujan dan sebab dia jugalah, kerana dia dah bertaubat, Aku turunkan hujan”

Jadi selalulah buat solat taubat, istighfar banyak-banyak supaya doa kita dimakbulkan. Berdoa juga di waktu-waktu yang mustajab seperti pada waktu hujan dan bermusafir. Orang yang banyak berbuat dosa, Allah susah nak makbulkan doa. Orang yang paling baik adalah orang yang setiap kali buat silap, terus bertaubat kepada Allah s.w.t. Mohonlah doa pada Allah, mohon sungguh-sungguh. Terus baiki diri. Jangan berbuat maksiat kepada Allah s.w.t. agar doa kita tidak terhijab.

- Tanyalah Ustazah -
Share:

SEGMEN YOU FOLLOW ME, I WILL FOLLOW YOU BACK



Assalamualaikum,

Jom join segmen cik aina ni.")
Share:

Happy Sunday

Assalamualaikum wbt,

Selsmat pagi semua, dah sarap ke? Apa khabar sahabat yang mengalami banjir? Semoga kalian berada dibawah lindungan Allah swt.


Alhamdulillah,  syukur pada Allah hari ini kita masih bernafas. Menghirup udara segar. 

Alhamdulillah,  punyai kesempatan untuk menjemput rezeki. Punyai kekuatan fizikal untuk sampai ke tempat kerja. Alhamdulillah,  semua itu atas kehendak Allah semua.

Ayuh sahabat, panjatkan kesyukuran setiap hari. Bagaimana kita nak tingkatkan rasa bersyukur dengan nikmat Allah setiap hari? 

Mudah aja, cuba senaraikan setiap hari sebanyak mungkin rasa syukur kita, pasti tiada sekelumit pun untuk kita mengeluh dengan apa yang kita ada. Tak caya? Cuba dulu..") 


====

Korang sarap dengan apa hari ni? Wawa dah selamat minum esp bersama mealshakes. Hihi

Vitamin untuk kesihatan pun tak di lupa, almaklum wawa ni kerja di kawasan berisiko dengan radikal bebas. Kalau tak diambil supplemen tambahan, pasti cepattt aje letihnya.

 Haa, inilah vitamin yang wawa ambil setiap hari, untuk pastikan badan wawa sentiasa bertenaga.

Untuk pengetahuan korang, 2 biji vitalea bersamaan korang ambil 40 jenis lauk. Cukup hanya dengan 2 biji aja, kita dah makan 40 jenis lauk. Secara normalnya, kita mampu tak nak makan banyak tu? Wawa memang tak mampu. ")

B-complex plak untuk pastikan emosi wawa sentiasa tenang, tak de laa moody tak tentu pasal kan.. hihi.


Vita C sangat penting time2 hujan macam ni. Bila kena hujan, cepat je nak demam kan? Jadi, wawa protect laa imuniti badan siap-siap dengan vita c. Kalau demam pun, tak lama dalam 1 2 hari je. 


Korang bagi tak makanan nutrisi kat badan? Jangan ingat badan tak sakit, tak perlukan nutrisi. Sebab makanan yang kita makan hari-hari tu tak semua dapat memberi nutrisi penting pada badan.


Kalau korang nak cuba vitamin wawa makan ni, boleh aje tanya wawa..")
Share:

5 Sayur Dan Buah Untuk Kesihatan Musim Hujan

Assalamualaikum & selamat petang,

Musim hujan, boleh menyebabkan tahap kesihatan Anda semakin menurun dengan ancaman demam dan flu yang menyerang tubuh. Namun, kita boleh mencegahnya sedari awal agar tetap segar dan sihat walaupun terkena hujan.

Beberapa buah dan sayuran sangat baik untuk membantu menguatkan dan menjaga kekebalan tubuh sekaligus akan menjaga tubuh Anda tetap sihat, antara lain adalah

·   Epal
Buah yang hampir berbuah sepanjang tahun ini memang paling mudah didapati di pasar juga merupakan salah satu buah paling efektif menjaga kesihatan. Bukan hanya mengandungi antioksidan seperti vitamin A dan C, buah epal juga mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser. Jika Anda bosan makan epal begitu sahaja, boleh  juga dibuat jus epal untuk  diminum ditambah dengan potongan epal dihiasi ditepi gelas. (terasa macam berada di tepi pantai)

·   Labu
Buah labu yang tahan lama kerana kulit dan isinya yang keras ketika belum masak memiliki vitamin A yang sangat tinggi. Merebus dan menjadikannya sup atau mengukusnya begitu saja, dan dimakan panas setiap hari akan meningkatkan kemampuan penglihatan, melawan radikal bebas, menurunkan kolesterol serta membantu penurunan berat badan yang sihat.

·   Kubis
Sayur yang cukup tahan lama ini memiliki nutrisi tidak kalah hebatnya dengan serat dan zat besi yang dimilikinya. Kubis mengandung vitamin C yang mampu memperkuat kekebalan tubuh. Bukan hanya membuat sel darah merah lebih sehat, namun juga meningkatkan kesihatan tulang dan gigi kerana mengandung vitamin K juga.

·   Bunga Kubis
Satu lagi sayuran putih yang memiliki serat tinggi dengan banyak nutrisi. Bunga kubis merupakan sumber vitamin C dan K yang membantu memperbaiki sistem peredaran darah dan menjaga tubuh dari serangan penyakit dan mengurangkan radikal bebas. Jika Anda hamil, maka asma folat dalam Bunga kubis juga sangat penting untuk dimakan setiap hari.

·   Buah Pir
Kerana kaya akan air, buah pir menjadi salah satu buah yang membantu menyihatkan ginjal dan melancarkan pencernaan dengan seratnya. Bukan hanya itu, buah pir yang manis semulajadi menjadi salah satu buah yang cukup bagus untuk diabetes, serta rendah kalori. Bahkan buah pir kaya vitamin C serta Copper yang mampu menurunkan risiko kanser.

Jadi, sediakan 5 buah dan sayur di atas sebagai persediaan musim hujan yang sedang kita lalui ini untuk menjaga kesihatan tubuh yang berpanjangan.

Share:

Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Di Kelantan

BANTUAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
===
Kuala Krai, Manik Urai & kawasan yang teruk terjejas.
.
Group besar bisness kami sedang mengumpul dana untuk bantuan kemanusiaan Banjir di kelantan. Sedang diusahakan sekarang untuk MENYEWA PRIVATE HELICOPTER.
.
Msg dari Group Leader kami,

BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI KELANTAN

=====

Hospital Kuala Krai sedang kritikal. Bekalan elektrik sudah terputus dan banyak nyawa hanya bergantung kepada mesin.

Kami sedang berusaha untuk membawa pesakit ke hospital berdekatan bagi teruskan rawatan.


Mohon sumbangan segera untuk menampung kos helikopter pesakit.

Masukkan sumbangan ke akaun

MAYBANK : FAWA ENTERPRISE
562731108836. Emelkan ke aisyahanas1@gmail.com


Terima kasih atas jasa baik semua.

Sebarang pertanyaan, hubungi Natrah 011-27016822/0192682710
Utk mula heli bgerak min 25k

So berapa kali shutte trip depend on berapa byk dana.

Sorry if kerja ni mcm gila sb mahal. Tp generator kt spital almost hbis.
Heli ada paramedik bed.


===
semalam kita tidur lena, mereka?
Allahuakbar!
===

Mohon sahabat seagama membantu seadanya. Kecil bukan ukuran, sekurang-kurangnya meringankan mangsa yang terlibat.

Setakat jam 5pm tadi, dana terkumpul RM47k.

Dibawah screenshoot dari comments status DAO.






#prayforpantaitimur
Share:

Anak Menangis Dalam Tidur

Assalamualaikum & selamat petang, 


Hai buat ape tu? Wawa nak share satu picture baby kena marah nangis sampai tertidur. 


Akibat main lipstik ibu, inilah padahnya.. Kena marah, pastu nangis, merajuk sampai tertidur.. hihi

Anak sape laa ni? Haha..
Share:

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com




Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...



Share:

Gambar-Gambar Banjir Sekitar Terengganu & Kelantan

Assalaualaikum wbt,


Beberapa hari ni kita dihebohkan dengan berita banjir besar di sekitar Pantai Timur, pelbagai gambar dikongsi di group whatsapp, FB dan medium sosial lain.

Wawa nak kongsikan gambar yang wawa dapat dari group whatsapp yang berlaku pada sahabat-sahabat dan saudara di kampung.

Marilah sama-sama kita doakan keselamatan saudara kita.

Ya Allah, semoga saudara kita semua berada dalam rahmat jagaan Allah sentiasa..


Sepotong ayat dari Surah Hud, ayat 44.

"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" Surah Hud, ayat 44
Ya Allah, redakanlah bencana yg kami alami ini. Lindungilah kami semua, elakkan daripada berlaku bencana2 yg lebih besar dari biasa
Kasihani la kami semua ya Allah. Sesungguhnya Engkau la penentu segalanya, bantulah kami mangsa2 bencana alam.
Kami bermohon kepadaMu, Engkau la Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Makbulkan lah doa kami ya Allah.
Amin ya rabbal 'alamin..

==========
Gambar-gambar sekitar banjir.









Share:

Tak Suka Pakai Foundation

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat wawa yang gojes? Alhamdulillah, wawa doakan kalian yang singgah di blog wawa dikurniakan rezeki yang deras sederas derasnya oleh Allah swt.

Wanita memang tak leh berpisah dengan foundation kan? Pasti nak jugak tepek walaupun sedikit. Betul ke betul? Hihi..

Berbeza dengan wawa, sejak dulu wawa memang tak suka pakai foundation. Sehinggakan wawa kerja dalam plant, masuk site hari-hari. Ramai yang tegur muka wawa makin gelap, sebab selalu berjemur dengan mentari panas terik setiap hari. Time ni tahun 2011 - 2013, wawa belum kenal lagi dengan supplemen shaklee. Just cover dengan compact powder je.
Lepas member asyik tegur kulit makin gelap akibat kena sunburn, wawa pun apply foundation untuk elak dari jadi lebih gelap. Tapi, yang tak bestnya pakai foundation ni muka kita jadi macam plastik je. Tak nampak natural kulit kita kan. Wawa sempat pakai beberapa bulan je, lepas tu stop pakai foundation, just dengan compact powder je.")

Awal tahun hari tu, wawa dah memang stop pakai semua cream, founation, lotion , pelembap apa sahaja kat muka wawa tak pakai. Wawa mula makan supplemen dalaman, luaran pencuci sahaja. Masalah kulit wawa, kulit yang tak sekata, jerawat ade 1 2 je, kulit nampak kusam, pori-pori besar. sangat tak selesa sebenarnya, tapi buat don't know jer.. hihi

Alhamdulillah, sejak 8 bulan amalkan supplemen semulajadi ni kulit wawa beransur segar, Tiada lagi kulit kusam, parut jerawat cepat pudar. Paling best bila bangun tidur, kulit tak berminyak. 

Kini, wawa langsung tak pakai foundation. 100 peratus kawal melalui pemakanan supplemen kesihatan. Betul orang kata, bila kita jaga dalaman, automatik luaran kita pun nampak segar je..")

*photo hiasan semata..")


Share:

Lotte Duty Free

Assalamualaikum, 

Selamat petang semua, buat apa tu? ")

Siapa tahu apa Lotte Duty Free? Dah berbulan paper bag ni ada ngan wawa. Wawa ada mintak dengan budak korea yang duduk sebelah wawa. 

Tak pernah wawa ambil tahu pasal apa yang tulis kat paper bag ni. Wawa buat letak bekas air dan vitamin time gi kerja. Patutlah ada beberapa staff korea cakap, "look familiar this name". Wawa just tanya balik, really?? Hihi..

Tadi baru belek betul-betul, rupanya tak semua negara ada branch dia. Ada 3 negara je jual barangan dia.

Kalau korang nak tahu slebih lanjut, try google Lotte Duty Free. Website jual barangan korea semua..comel gak baju2 dia..")



Wawa bawak letak air masak ngan bekal-bekal makanan je..hihi


Share:

1.26 am Masih Belum Tidur

Assalamualaikum wbt,


Allah, jam 1.26 am masih belum tidur. Esok nak kerja pulak.


Ini sahaja waktu yang dapat untuk wawa update segala bagai tentang bisness sebab line internet memberi kerjasam yang baik. Siang tadi seharian wawa tak dapat berinternet, langsung tiada line..")

Jom perbanyakkan istighfar..")



Selamat malam sahabat..")

Share:

Kata-Kata DAO

Assalamualaikum wbt,

Petikan ini diambil dari Fb DAO,


Apa antara perkara saya belajar di Toronto, Kanada dari ‪#‎RobinSharma‬tentang bagaimana hidup saya dan ramai mereka yang asalnya biasa-biasa boleh berubah menjadi luar biasa?

Orang yang hidupnya "biasa-biasa" mampu membina kehidupan & kewangan luar biasa over certain period of time bila mereka:-

1/ BUAT PILIHAN untuk bina kehidupan yang luar biasa
2/ BUAT KEPUTUSAN mahu ubah hidup & kewangan menjadi luar biasa
3/ BUAT TINDAKAN dengan belajar atau model cara fikir & tindakan mereka yang hidup luar biasa
4/ Lakukan KOMITMEN TINDAKAN untuk berfikir & bertindak seperti mereka yang telah hidup luar biasa
5/ BUAT PILIHAN untuk bergaul, berkawan atau berada di sekeliling mereka yang telah hidup luar biasa

5 perkara ini hanya relevan dengan anda yang mempunyai kemahuan yang tinggi untuk memperbaiki kehidupan dan kewangan diri & keluarga anda.

5 perkara ini adalah 5 perkara utama yang dilakukan oleh mereka yang telah ubah atau perbaiki hidup mereka dari "biasa-biasa" menjadi luar biasa.
Bagi anda yang pilih teruskan dengan tahap kehidupan anda, ya, silakan.
Share:

Senarai Harga Vitamin Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim.


Wawa nak share senarai harga semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak bersama postage. Senang untuk korang rujuk kan.

Ini adalah harga retail. Jika anda menjadi ahli, anda akan mendapat penjimatan sehingga 20-30% dari harga retail. Jika berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi wawa bila-bila masa sahaja ya..")

Klik gambar untuk dapatkan view yang lebih jelas.





=====

For Info and Order:



emel : wanrokiahwanismail@gmail.com 
 sms/whatsapp : 019 996 6576 ID Shaklee: 1109915 
COD Vitamin Shaklee : Paka & Sekitar 

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 “INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”

Share:

SIMPLE GIVEAWAY BY LICHA

Assalamualaikum wbt,

Penyertaan GA kedua wawa malam ni.

Jom try kawan-kawan, mana tahu rezeki menang hadiah.. ngee..


Klik photo for more info..")

Share:

Simple GA: Vietnam Shawl.

Assalamualaikum wbt,


Ehem..ehem.. Blog baru ni belum pernah lagi join GA. Blog lama dulu, rajin wawa join. Yang bestnye selalu menang.


Kali ni, kalau ada rezeki, mana tahu dapat shwal free dari Vietnam.. hihi.. nak pergi, entah bila kan..


Berminat nak join? Boleh klik photo kat atas tu ye.. 

Ok, done.")

Share:

Carotomax Untuk Mata

Assalamualaikum wbt,


Apa Carotomax?

>> Carotomax adalah supplemen khas untuk memelihara kesihatan mata, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

>> Carotomax mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant.

>> Antara ramuan dalam Carotomax ni adalah rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain.

>> Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5 - 9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah.


Manfaat Utama Carotomax :

1. Lebih selamat dari Vitamin A 

  • Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu Vitamin A. Pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti.
  • Ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.
2. Mempertingkatkan penglihatan
  • Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan  penglihatan didalam gelap.
  • Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti  nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata.
3. Meredakan penyakit kulit
  • Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. 
  • Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit.
4. Melindungi epithelial
  • Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
5. Melawan kanser dan oksidasi
  • Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan proses penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser san menghalang pembentukan sel-sel kanser.
  • Ia mengurangkan risiko kanser, terutama kanser paru-paru dan payudara.
  • Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati teroksida.
6. Menghalang infeksi
  • Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertimbangkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema.
7. Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
  • Merangsang perkembangan kanak-kanak /remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat.

Mengapa Anda Perlu Memilih Carotomax?

Carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa.

Fungsi setiap fitokimia,

1. Alpha Carotene - Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan

2. Beta Carotene - Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka
                            - Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan                                 prostat

3. Lycopene - Bersifat antioksidan, menghalanf penuaan organ.
                     - Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun
                     - Mengurangkan penyakit kelenjar prostat

4. Astaxanthin - Pigmen didalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon.                 Walaubagaimanapun, shaklee menuai karotnoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber poten yang tulen. Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL.

5. Lutein - Menyekat katarak, AMD (age related macular disease / penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.

6. Zeaxanthin - Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.
                       - Mengurangkan risiko kanser payudara ovari, endometrial dan serviks.



Tahukah anda?

Satu hidangan Shaklee Carotomax bersamaan dengan :

  • 89 servings of raspberries Alpha - Carotene
  • 102 servings of bananas carotene
  • 714 servings of apricots lycopene
  • 113g of salmon astaxanthin 
  • 285 servings of pink grapefruits lutein & zeaxanthin

========


For Info and Order:



emel : wanrokiahwanismail@gmail.com 
 sms/whatsapp : 019 996 6576 ID Shaklee: 1109915 
COD Vitamin Shaklee : Paka & Sekitar 

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 “INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”


Share:

Qoute for Today

Assalamualaikum wbt,

Quote of the day..")




Share:

Qoute of The Day

Assalamualaikum wbt,





Share:

Cara Hilangkan Parut Hitam Di Muka

Assalamualaikum wbt,

Wawa nak kongsi tips dengan korang cara-cara hilangkan parut. Kesan parut yang hitam dimuka boleh mencacatkan penampilan seseorang. Kalau boleh nak kulit kembali sihat dan cantik sebelum terkena jerawat. Tapi ada ke caranya?


Tentulah ada, boleh pilih cara semulajadi atau cara moden. Tapi yang moden biasanya mahal. Yelah nak pergi pakar kulit, laser-laser kulit, mahu ribuan RM yang keluar.

Mari cuba cara hilangkan parut hitam di muka dengan cara yang lebih natural. Paling penting ianya selamat. Tiada risiko muka berubah jadi lebih hodoh dek kerana bahan kimia yang merbahaya.

Jom tengok jika ada cara hilangkan parut hitam di muka yang sesuai dengan hati anda:
  • Scrub
Salah satu cara. boleh scrub muka. Boleh gunakan bahan-bahan yang natural. Macam lemon, gula dan tomato. Nak scrub kena tunggu jerawat reda, selepas gunung berapi meletop. Lakukan secara konsisten, mungkin jika baru buat seminggu hasilnya masih belum ada. Konsisten buat, insyaallah akan nampak kesannya.
  • Guna Madu
Campurkan madu ke dalam bedak sejuk. Dan tepekkanlah di muka anda. Buat dengan kerap, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
  • Kayu Manis
Hah ini pun bagus. Tambah lagi baunya yang wangi. Tumbukkan beberapa batang kayu manis, sampai jadi serbuk. Lepas tu letakkan sedikit air. Jadikan 'paste' dan letakkanlah di bekas jerawat. Lakukan secara kerap. Atau boleh gantikan air dengan madu. Caranya masih sama, tampalkanlah pada bekas jerawat.
  • Timun
Selain baik untuk hilang mata 'panda' a.k.a dark circles, timun juga baik hilangkan parut hitam di muka. Kisar timun, tapiskan air. Dan tepekkanlah hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Muka akan rasa lebih 'fresh' dan tegang. Jika buat selalu, parut di muka akan pudar.
  • Daun Senduduk
Nie kalau rumah anda ada daun nie. Boleh guna beberapa helai, campurkan cekur dan segenggam beras. Guna batu giling (kalau ada) atau tumbukkan sampai lumat. Dan siap letakkan di muka yang ada parut. Lebihan boleh simpan dalam peti ais untuk ulang guna. Jangan buang, membazir.
  • Guna Sirih
Banyak kelebihan daun sirih. Selain baik untuk penjagaan kewanitaan, sirih juga baik untuk parut degil. Tumbuknya beberapa helai daun sirih. Tempelkan pada muka yang ada jerawat. Tunggu sehingga kering. Kemudian bilaslah muka dengan air bersih. Amalkan secara konsisten. 

Atau boleh cuba cara hilangkan parut hitam di muka dengan cara yang lebih senang, cepat, selamat dan paling penting berkesan.

Caranya adalah amalkan sebiji Vitamin E Complex setiap hari. Kandungan anti oksidan yang tinggi membantu untuk hasilkan sel kulit yang baru dan sihat. Hasilnya parut hitam di muka semakin pudar.

Nak lagi berkesan, boleh makan dua biji. Dan cucukkan Vitamin E Complex Shaklee, lepas tu ambil sedikit dan sapukan pada bekas-bekas atau parut hitam di muka. Lagi yang membuatkan Vitamin E suka, adalah kerana ia juga mengawal muka dari 'melahirkan' lebih banyak jerawat. Jerawat stop, parut pun hilang. 

Sumber

Berminat untuk dapatkan Vita- E Complex? Anda boleh hubungi wawa seperti tertera dibawah. Vita-E sedang berlangsung PROMOSI BESAR-BESARAN.

BELI 6 PERCUMA 1, MEANS KORANG DAPAT 7 DENGAN HARGA 6 BOTTLES
====

For Info and Order:



emel : wanrokiahwanismail@gmail.com 
 sms/whatsapp : 019 996 6576 ID Shaklee: 1109915 
COD Vitamin Shaklee : Paka & Sekitar 

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 “INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”

Share:

Power Of Tahajjud

Assalamualaikum wbt,


Apa khabar sahabat? Wawa doakan kalian yang singgah baca di blog wawa dikurniakan rezeki yang banyak, melimpah ruah..

Wawa nak berkongsi dengan korang. Kisah wawa melakukan tahajjud. Apa yang wawa rasa masa berjalan teramat perlahan. Alhamdulillah,  wawa cuba bertahajjud 4 rakaat. Sebelum ni wawa biasa buat 2 rakaat je.

Sungguh wawa tak sangka, pagi tu seolah-olah pagi yang sangat panjang. Wawa sempat masak, iron tudung / baju dan update entry kat blog.. Sebelum pergi kerja, sempat lagi wawa duk main-main, cari hand sort, stokin dan macam-macam lagi. Allah kurniakan masa yang panjang pada sesiapa yang meminta padanya.

Jika sebelum ini, wawa selalu rasa tak cukup masa. Buat itu, buat ini tengok jam "ehh, dah masuk jam 7. 30 pagi" mula laa kelam kabut bersiap. Padahal sama je waktu kita bangun pagi.

Selain dari itu, Allah permudahkan urusan kita. Sepanjang hari, wawa rasa smooth sangat perjalanan hidup. Tak de rasa nak marah, stress atau apa sahaja yang mengganggu emosi kita.

Allah kata, di sepertiga malam yang akhir, mintalah apa sahaja Allah akan kabulkan tanpa hijab. Allah dengar permintaan kita. Allah dekat dengan kita waktu ni.

Jadi, marilah kita sama-sama untuk mengimarahkan tahajjud setiap hari. Wawa sedang berusaha untuk bertahajjud setiap hari. Jom sama-sama kita bertahajjud.


Share:

Hikmah Tersirat

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar? Wawa doakan kalian yang singgah di teratak wawa ni dideraskan rezeki sederas-derasnya.

Hari ni banyak hal yang jadi dan buat wawa berfikir. Allah sebaik-baik perancang.

Allah jadi setiap sesuatu penuh dengan HIKMAH.

Hak kita belum tentu rezeki kita.

.

Dua peristiwa yang wawa nak share dengan korang,


1. Group kami ke Pantai untuk makan beramai2 bersama bos. Sedang kami makan, salah seorang antara kami tertolak segelas air orang sebelahnya. 

Sekelip mata, habis tumpah, langsung tak dapat minum. 

Air dah depan mata tu, tapi tetap juga tak sampsi ke mulut dia. 

Yes, air tu hak dia tapi bukan rezeki dia..")

.

2. Petang tadi sebelum balik kerja, sempat makan kacang rebus. 

Waktu kawan wawa nak masukkan sebiji kacang ke mulut, tetiba jatuh ke lantai.

Dalam gelak, wawa cakap. Ada hikmah kacang tu jatuh. Mana tahu kalau awak makan, tercekik.

Dan

Boleh jadi kacang tu bukan rezeki awak..")

.

Pernah jadi situasi seperti ini? Tak semestinya kacang, air, gula2 & macam2 lagi.

Share:

Follow by Email

About Me

My photo
Mommy to my pretty princess, Suka senyum, suka makan, suka membaca, suka memberi inspirasi, suka menulis

Popular

Followers

Blog Archive

Recent Posts

Total Pageviews

BLOGGER TEAM


Check Page Rank CK Free Auto Backlink\ Kedai Backlink,Backlink Percuma
free web site traffic and promotion

BRAND COLLABORATIONS

Printcious | Syaqist | BPT | Shaklee | Mcdonalds | Desaru Coast Adventure Waterpark