Assalamualaikum & selamat petang,
Musim hujan, boleh menyebabkan tahap kesihatan Anda semakin
menurun dengan ancaman demam dan flu yang menyerang tubuh. Namun, kita boleh
mencegahnya sedari awal agar tetap segar dan sihat walaupun terkena hujan.
Beberapa buah dan sayuran sangat baik untuk membantu menguatkan dan menjaga kekebalan tubuh sekaligus akan menjaga tubuh Anda tetap sihat, antara lain adalah
·
Epal
Buah yang hampir berbuah sepanjang tahun
ini memang paling mudah didapati di pasar juga merupakan salah satu buah paling
efektif menjaga kesihatan. Bukan hanya mengandungi antioksidan seperti vitamin
A dan C, buah epal juga mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan
kanser. Jika Anda bosan makan epal begitu sahaja, boleh juga dibuat jus epal untuk diminum ditambah dengan potongan epal dihiasi
ditepi gelas. (terasa macam berada di tepi pantai)
·
Labu
Buah labu yang tahan lama kerana kulit
dan isinya yang keras ketika belum masak memiliki vitamin A yang sangat tinggi.
Merebus dan menjadikannya sup atau mengukusnya begitu saja, dan dimakan panas
setiap hari akan meningkatkan kemampuan penglihatan, melawan radikal bebas,
menurunkan kolesterol serta membantu penurunan berat badan yang sihat.
·
Kubis
Sayur yang cukup tahan lama ini
memiliki nutrisi tidak kalah hebatnya dengan serat dan zat besi yang
dimilikinya. Kubis mengandung vitamin C yang mampu memperkuat kekebalan tubuh.
Bukan hanya membuat sel darah merah lebih sehat, namun juga meningkatkan kesihatan
tulang dan gigi kerana mengandung vitamin K juga.
·
Bunga Kubis
Satu lagi sayuran putih yang memiliki
serat tinggi dengan banyak nutrisi. Bunga kubis merupakan sumber vitamin C dan
K yang membantu memperbaiki sistem peredaran darah dan menjaga tubuh dari
serangan penyakit dan mengurangkan radikal bebas. Jika Anda hamil, maka asma
folat dalam Bunga kubis juga sangat penting untuk dimakan setiap hari.
·
Buah Pir
Kerana kaya akan air, buah pir menjadi
salah satu buah yang membantu menyihatkan ginjal dan melancarkan pencernaan
dengan seratnya. Bukan hanya itu, buah pir yang manis semulajadi menjadi salah
satu buah yang cukup bagus untuk diabetes, serta rendah kalori. Bahkan buah pir
kaya vitamin C serta Copper yang mampu menurunkan risiko kanser.
Jadi, sediakan 5 buah dan sayur di atas sebagai persediaan
musim hujan yang sedang kita lalui ini untuk menjaga kesihatan tubuh yang
berpanjangan.
3 Comments
Kebetulan semua ada dalam stok rumah sekarang kecuali pear :)
ReplyDeleteGood sharing!
ReplyDeleteNasib baik 5 sayur tu senang nak dapat. So kenalah simpan kat rmh kan..
baca entri ni rasa macam terliur pulak nk makan buah pear. hehe..
ReplyDeletethank you for sharing ye. :D
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊