Assalamualaikum wbt,

6 Resepi Kek Marble Viral Pelbagai Cara Mudah Dan Sedap | semusim yang lalu, kek marble menjadi begitu viral di kalangan penggemar kek. Di sana-sini semua memuat naik gambar kek marble di mukabuku, bukan itu sahaja ia juga menjadi jualan hangat buat para bakers. 



6 Resepi Kek Marble Jelita dan Viral
Jadi, hari ini mommy kongsikan 6 resepi kek marble viral, kek marble jelita pelbagai cara untuk rujukan anda. Bolehlah dibuat ketika berada di rumah dan hari raya nanti.

6 Resepi Kek Marble Viral Pelbagai Cara Mudah dan Sedap

#1 – Resepi Kek Marble (Azlina Ina Fans)
Resepi Kek Marble Velvet
Bahan-Bahan:
  •  Butter atau majerin di cair kan timbang 160g
  • 5 biji telur gred A atau B
  • 1 sb ovalate
  • 1 cawan gula halus/150g (kemanisan ikut tekak korg)
  • 1/4 cawan susu segar/ 60g
  • 3sb serbuk horlick
  • 1sk esen vanila (pilihan)
  • 170g tepung self rising atau 1 3/4 cawan



Cara-Cara:
  1. Mix semua kecuali butter cair tadi sampai gebu berwarna putih suci.
  2. Masukkan butter cair tadi suam-suam ya dan gaul spatula gaul mcm biasa tu laju-laju eh.
  3. Ambik sikit adunan dan letak pewarna. Selebihnya tuang dalam loyang 8x8 buat tompok2 gitu.
  4. Selepas itu, lorekkan lah sukati korang.
  5. Panaskan oven 3 minit je.
  6. Oven 120-130 untuk 45-75 liter.
  7. Jika oven 140-150 untuk 100 liter.
  8. Dalam masa 45-55 minit atau 1 jam kalau ade oven yang suhu die lambat panas.
  9. Letak rak no 1 ya, tunggu sehingga masak.
     #2 – Resepi Kek Marble Kukus  (Saadiah Marno)
Resepi Kek Marble Kukus

Bahan A
  • 1/2 cawan butter cair dan sejukkan

Bahan B
  • 3 biji telur saiz B
  • 3/4 cwn gula perang
  • 1 sb ovelate
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/4 cawan tepung gandum*
  • 5 sb susu tepung*
  • 1 sk baking powder*
  • 1 sk soda bicarbonate (Untuk kukus sahaja, jika bakar tidak perlu letak)*

Cara-Cara:
  1. Ayak bahan bertanda * dan masuk dalam bahan-bahan diatas tadi kecuali butter cair.
  2. Putar bahan B speed laju lebih kurg 5 minit, hingga gebu.
  3. Masuk butter cair dan gaul sebati.
  4. Bahagi adunan 2 bahagian, 1 bahagian campurkan 2 sudu besar serbuk koko dan sebatikan.
  5. Alas loyang saiz 7" dengan baking paper bawah dan tepi loyang.
  6. Masukkan adunan selang seli hingga habis, lorek ikut kretiviti.
  7. Kukus api besar 30 - 40 minit.
  8. Jika ingin bakar pastikan suhu 170c 40 minit ikut oven masing-masing.

#3 – Resepi Kek Marble Gebu Gebas ( Azlina Ina Fans)
Resepi Kek Marble Gebu
Bahan-Bahan:
  • 6 biji telur( nak cantik naik elok senang kembang guna telur omega atau nutriplus xcaya try)
  • 1 cawan gula(170g)
  • 1 sb ovalate
  • 3sb susu pekat
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/4 cawan susu segar
  • 3 sb tepung susu( option boleh tukar horlick)
  • 2 cawan tepung self rising(200g)

Cara-Cara:
  1. Terjun semua sekali dalam mixer senang. Mix sampai gebu putih.
  2. Sementara itu cairkan butter dan sukat 1 cawan atau 150g nak moist suam-suam ya.
  3. Masuk dalam bahan mix tadi dan kacau sebati.
  4. Bahagikan ikut la warna kesukaan masing-masing.
  5. Lapik baking paper dalam loyang 9x9 kalau 8x8 melimpah ok dan panas kan oven sekejap je ye.
  6. Setkan rak bawah sekali dalam oven dan suhu 150 jangan lebih masa 45-50 minit bergantung oven masing-masing tau. Ok, tunggu masak.
  7. Sisip tepi kek dan tebalikkan atas redai petak2 dan bia 3-4 jam masa panas permukaan kek keras jadi bentuk redai xkan xterbentuk. Tunggu sejuk baru cantik corak dia.

#4 – Resepi Kek Marble Sukatan Cawan (Loyang & Acuan)
Resepi Kek Marble Sukatan Cawan
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan planta
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 penutup esen vanilla
  • 1 sd baking powder
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • Pewarna
Cara-Cara:

  1. Campurkan semua bahan dan putar sehingga gebu dan putih.
  2. Cairkan planta hingga suam.
  3. Campurkan ke dalam adunan gebu tadi.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian ikut pewarna kesukaan.
  5. Masukkan ke dalam Loyang yang berlapik secara selang seli.
  6. Bakar suhu 150c selama 30-40 minit bergantung pada oven masing-masing.
#5 - Kek Marble Jelita viral
Resepi Kek Marble Jelita
Bahan A
  • 5 biji putih telur (kuning telur diasingkan
  • 50 gram gula kastor

Bahan B
  • 5 biji kuning telur (putih telur diasingkan)
  • 250 gram marjerin (jenama Pelangi)
  • 200 gram gula kastor
  • 1 sudu esen vanila

Bahan C
  • 200 gram tepung naik sendiri (self raising flour)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 50 ml susu segar

Cara-Cara:
  1. Gabungkan putih telur dan gula. Pukul sehingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, gabungkan gula, marjerin, kuning telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang. (Jika anda mahu, anda juga boleh menambah 1 sudu besar ovalet.)
  3. Seterusnya, ayakkan tepung ke dalam adunan.
  4. Masukkan pula susu segar secara berselang seli dengan tepung.
  5. Apabila adunan sudah sebati, gaulkan putih telur yang dipukul menggunakan senduk dengan perlahan. Gaul sehingga sebati.
  6. Kemudian, agihkan adunan kepada 4 bahagian. Guna warna terang dan kontras seperti merah, biru, hijau untuk mendapatkan hasil yang cantik.
  7. Griskan loyang dengan mentega dan kertas minyak.
  8. Lapiskan adunan mengikut warna yang berbeza. Mulakan dengan warna merah jambu, biru dan hijau. Simpankan separuh adunan untuk dicorakkan di atas kek.
  9. Ratakan adunan warna hijau di atas kek. Kemudian, sudukan adunan warna merah jambu dan hitam di setiap penjuru dan warna biru di tengah.
  10. Sebelum mula menghias kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu kepada 180°C.
  11. Dengan menggunakan lidi, corakkan adunan dengan menggabungkan warna-warna.
  12. Masukkan kek ke dalam ketuhar dan bakar pada 150°C hingga 160°C selama 50 minit hingga 1 jam.
  13. Apabila Kek Marble Jelita sudah siap, inilah hasilnya. Gebu dan memang cantik memandang! 
#6 – Resepi Kek Marble Jelita Oren (Azlina Ina Fans)
Resepi Kek Marble Jelita Oren
Bahan-Bahan:
  • 250g pure butter
  • 1 1/4 cawan gula halus / 180g
  • Telur ayam 6 biji gred B
  • 2 cawan tepung self rising /200g tepung self rising
  • 4sb susu segar
  • 1sk emolco oren dan lemon
  • 2sb serbuk koko
  • Buah ikut sesuai dengan tema limau mandarin atau.lemon.



Cara-Cara:
  1. Butter dengan gula serta esen oren di mix smpai kembang dulu.
  2. Sementara butter kembang, ayak tepung.
  3. Sudah kembang butter masukkan sebiji telur dulu mix slow bagi sebati baru masukkan telur ke dua dan seterusnya.
  4. Matikan mixer, masukkan 2 senduk tepung dan kacau, berselang dengan susu serta kacau lagi.
  5. Apabila sudah habis semua tepung dengan susu.kacaukan semua sekali, parutkan kulit limau sikit. Sagat kulit die yang oren-oren itu je. Bagi wangi.dan kacau lagi.
  6. Bahagikan 2 bahagian adunan. Bahagian marble coklat masukkan serbuk koko dan kacau.tambah 2sb susu segar kacau sebati.
  7. Satu bahagian letak emolco lemon pewarne oren sket dan kacau jugak.
  8. Lapik baking paper dulu ye.buat 4 tompok disetiap penjuru selang seli warna, baru letak adunan kat tengah-tengah. Isi adunan sampai habis secara berselang seli.
  9. Lorekkan adunan di dalam Loyang dan buah limau potong nipis susun cantik-cantik atas kek.
  10. Bakar dengan api atas bawah suhu 180 masa 45 minit.

Selamat mencuba semua!